Friday, 31 August 2012

KUPANG HIJAU BERLADA PETAI

 SALAM SEMUA!

ALHAMDULILLAH...WALAUPUN HIDUNG MASIH TERSUMBAT DAN BATUK-BATUK TERPAKSALAH DIGAGAHI JUGAK BODY NI ..KE MAJLIS MAKAN-MAKAN SEMPENA BULAN SYAWAL..WAH!NAMPAKNYA SAMBUTAN MASIH LAGI HEBAT WALAUPUN DALAM SAKIT-SAKIT NI..


HARI INI..NIKEE TAK BOLEH BERCELOTEH PANJANG LEBAR SEBABNYA..MASIH LAGI BANYAK KERJA RUMAH NK DIBERESKAN...

N3..PAGI INI  BERKAITAN DENGAN KUPANG HIJAU YG DI BELI OLEH KAKAK LINDA SEMASA BALIK BERAYA DI MUAR..
PENDEK KATA..KALAU KE MUAR MEMANG KAMI TAKKAN LUPA MEMBELI KUPANG UNTUK DI BAWA BALIK...

DI MUAR KUPANG DI JUAL SEPANJANG JALAN KE BANDAR MAHARANI U..MEMANG BERBALOI..KALAU YG MALAS NAK BELI YG FRESH..BOLEH JUGAK MEMBELI YG SIAP DI KOPEK KULIT DAN DI REBUS..SIAP BERPEK LAGI...


KUPANG DI MUAR DATANG DALAM 2 SAIZ..YG KECIL DAN BESAR..KALAU TAK SILAP YG KECIL DALAM 5 RM SEKILO DAN 6 RM BAGI YG BESAR..

SEDAPLAH DI MASAK MENGIKUT CITARASA ANDA...KUPANG NI SEDAP DI MASAK RENDANG,MASAK SAMBAL,GULAI KARI,GULAI LEMAK CILI PADI..

HARI NI INTAILAH RESEPI MUDAH DARI NIKEE PULA..








RESEPI KUPANG BERLADA PETAI;


20 KEPING KUPANG-BASUH DAN BERSIHKAN JANGGUT YG BERJUNTAI
1 BIJ BAWANG PUTIH
3 ULAS BAWANG MERAH
SEDIKIT HALIA - JIKA SUKA
1 INCI BELACAN @UDANG KERING YG DI TUMBUK HALUS
3 SUDU MAKAN CILI GILING
10 BIJI PETAI- DI HIRIS HALUS
3 SUDU MAKAN MINYAK TUK MENUMIS
GARAM,GULA DAN SERBUK PERASA.


CARA;

1- APABILA KUPANG SUDAH BERSIH.MASUKKAN KE DALAM MICROWAVE TUK DI REBUS SEKETIKA...KALAU TAK GORENG TERUS PUN TAKPE.

2- MAYANG HALUS @ TUMBUK BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH SERTA HALIA BERSAMA BELACAN @ UDANG KERING.

3- PANASKAN MINYAK TUMISKAN BAHAN-BAHAN YG DI TUMBUK TADI ..BERSAMA CILI SAMPAI  WANGI SERTA PECAH MINYAK..

4- MASUKKAN KUPANG TADI..MASAK SEKEJAP SAMPAI KUPANG TERBUKA KUITNYA DAN MASUKKAN SEDIKIT AIR....MASA NI TUTUP KEJAP DENGAN TUDUG PERIUK SUPAYA CEPAT MASAK.

5- LEPAS 1 MINIT MASUKKAN SEDIKIT GARAM DAN GULA SERTA PERASA JUGA PETAI..KACAU RATA...DAN ANGKATLAH HIDANG .






PESAN NIKEE;

KALAU MASUKKAN DALAM MICROWAVE KUPANG...MASAK SAMPAI KULIT TERBUKA DAN AIR KUPANG AKAN KELUAR DGN SENDIRINYA..MASA MEMASAK JUGA
DAPAT DI KURANGKAN...

JANGAN MASAK LAMA NANTI KUPANG ISINYA JADI KERAS.....


SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, 28 August 2012

RED PEARL COOKIES

SALAM SEMUA..

MOOD MEMASUKKAN N3 KUKIS  NI TENGAH HANGAT..

RASANYA RAMAI YG  PERNAH MENCUBA KUKIS NI ..SEBENARNYA SUDAH BEBERAPA TAHUN MUMMY MEMBELI KUKIS NI SETIAP KALI LEBARAN.

KUKIS MUDAH NI MEMANG SEDAP DI MAKAN PENDEK KATA MENGALAHKAN LAH COOKIES CHOCOLATE CHIPS.

JADI BAGI YG GEMARKAN SESUATU YG CRUNCHY DAN SIMPLE NILAH KUKIS YG PATUT DI CUBA.

RED PEARL NI BURUK DI LUAR TAPI SEDAP DI DALAM ..MEMANG PATUT DI BUAT BANYAK-BANYAK KERANA BUKANLAH BESAR SANAGAT MODALNYA.

JOM LAYAN RESEPI NI;
SUMBER- INTERNET




150G BUTTER
150 G TEPUNG GANDUM
75 G GULA KASTOR@ ICING
60G COCO CHIPS
25G ALMOND NIBS
1 TSP VANILA ESEN

CARA;

PUKUL MENTEGA DAN GULA SAMPAI BERKRIM...MASUKKAN ESEN.
MASUKKAN TEPUNG BERSAMA ALMOND NIBS DAN COCO CHIPS..GAULKAN SAMPAI RATA.

UNTUK MEMBUAT KUKIS NI..SENDUKKAN DENGAN SUDU KECIL DAN LETAKKAN CERI MERAH SEBAGAI HIASAN.

BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 15- 20 MINIT.



LEMON OAT ALMOND COOKIES

SALAM SEMUA..


COOKIES NI ADALAH SALAH SATU KUKIS YG NIKEE SEDIAKAN SEMPENA SYAWAL MINGGU LEPAS..NI SEMUA BUAT MAMA DAN WAE DI KAMPUNG..

SEBENARNYA KUKIS NI BUDGET KUKIS DAN MEMANG MOLEK BAGI YG SUKA SESUATU TG KURANG MANIS...


KUKIS BANYAK KHASIAT DENGAN RASA LEMONNYA DAN DI TAMBAHKAN DENGAN ROLLS OAT YG LAZAT..

JOM LAYAN RESEPI NI;

RESEPI;MAJALAH MINGGUAN WANITA 2010 LEBARAN




150 G MENTEGA
100 G GULA HALUS@ GULA AISING
160 G TEPUNG GANDUM
120G ROLLS OAT- MESIN SAMPAI HANCUR
80 G TEPUNG JAGUNG
1 SUDU KECIL BAKING SODA
SEDIKIT LEMON ESEN
SEDIKIT PARUTAN KULIT LEMON
SECUBIT GARAM HALUS
1/2 CAWAN ALMOND NIBS- BAKAR 10 MINIT DLM OVEN
1 BIJI TELOR KUNING- SAPU DI ATAS KUKIS











CARA MEMBUAT KUKIS;

1- PUKUL MENTEGA SAMPAI BERKRIM DENGAN GULA TADI.
2- MASUKKAN ESEN LEMON DAN PARUTAN KULIT LEMON.
3- MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN TEPUNG JAGUNG YG DI AYAK TERLEBIH DAHULU...GAULKAN SEKALI SERBUK PENAIK.
4- MASUKKAN JUGA GARAM..GAULLAH SAMPAI RATA.
5- BAKAR PADA SUHU 175 C SELAMA 20 MINIT.






POPIA NESTUM



SALAM...

HAAA..MASA TUK MENAYANG POPIA NI....


DAH LAWA SEMPURNA DAN CUN..SEDAP LAH PULAK...NGAPPP..


MEMBUAT KUKIS NI HANYA SETAHUN SEKALI SAHAJA..ALMAKLUMLAH..BUKAN MUDAH NAK MENGGULUNGNYA...KENA ADA ASSITANT BERTAULIAH NI...

PROSES GULUNG MENGULUNG MAKAN MASA 3 HARI...LEPAS TU FROZENKAN DI DALAM FREEZER,HAHAHA..BUKAN MUDAH..

JADI LAYAN JERLAH RESEPI NI;



POPIA NESTUM;

2 PEKET KULIT POPIA-GULUNG DENGAN CHOPSTICK SAMPAI HABIS

2 CAWAN NESTUM
1/2 CAWAN GULA KASTOR
1/2 CAWAN SUSU TEPUNG

-  SEMUA NI DI MESIN SAMPAI HANCUR.

MINYAK TUK MENGGORENG KULIT POPIA GULUNG

CARA;

GULUNG KULIT POPIA TADI SAMPAI HABIS...

ANDA JUGA BOLEH GUNAKAN  KULIT POPIA YG BERSAIZ LEBIH KECIK.

SUDAH DI GULUNG SAMPAI HABIS TU...GUNTING SERONG-SERONG SAMPAI HABIS DAN JEMUR BAWAH MATAHARI SELAMA 1 JAM.
GORENG DALAM MINYAK DALAM DAN PANAS SAMPAI KEKUNINGAN..SEJATKAN MINYAK.

APABILA DAH SEJUK..GAULKAN BERSAMA NESTUM YG DI MESIN TADI SAMPAI BERGAUL RATA.

SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA...




RENDANG MANIS

SALAM....

HARI INI MINGGU  N3 FOTO-FOTO YG SEHARUSNYA KE UDARA DARI AWAL SEBELUM TIBA SYAWAL...

MINGGU SELEPAS RAYA NI MESTILAH MINGGU MENYAMBUT TETAMU JAUH DAN DEKAT..MINGGU OPEN HOUSE KAN...

ADA MENU RENDANG  ISTIMEWA TAK? 
HARI INI NIKEE NAK BERKONGSI RENDAN MANIS NI YG MENJADI MENU PENTING APABILA TIBA SYAWAL...

RENDANG NI JUGA MENJADI MENU WAJIB BUAT MEMBER NIKEE YG KETIKA ITU MASIH MENETAP DI DUBLIN...

RENDANG MANIS NI MEMANG TAHAN LAMA JIKA DI LETAKKAN DI LUAR BILIK DAN KALAU DI MASUKKAN DI  FREZER LAGILAH BERTAHAN LAMA..
AMAT SESUAI JIKA NAK DI BAWA BERJALAN JAUH KE DESTINA- DESTINASI YG MAHU ANDA KUNJUNGI ....MEKAH..NEGARA-NEGARA 4 MUSIM..ENAK DI JAMAH BERSAMA ROTI.


JOM LAYAN RESEPI NI;




1 KILO DAGING BATANG PINANG- POTONG BESAR-BESAR- DIREBUS SAMPAI EMPUK.
2 BIJI BAWANG MERAH BESAR
4 ULAS BAWANG PUTIH
5 CM HALIA MUDA
1/2 CAWAN CILI GILING
3 SUDU MAKAN GULA PASIR
KERISIK - 2BIJI KELAPA
1/2 KILO BAWANG GORENG
AJINOMOTO 
GARAM
1/2 CAWAN MINYAK -UTK MENUMIS
AIR REBUSAN DAGING



CARA;

1- REBUS DAGING SAMPAI EMPUK..SIMPAN AIR REBUSANNYA.

2- APABILA DAH MASAK..POTONG DAGING REBUS TADI NIPIS-NIPIS DAN GAULKAN BERSAMA GULA..KETEPIKAN.

3- SETELAH DI GAULKAN BERSAMA GULA TADI...PANASKAN MINYAK..GORENGKAN DAGING TADI SEPARUH GARING.....AGAK-AGAKLAH

4- BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH.DAN HALIA DI MAYANG HALUS....TUMISKAN SAMPAI WANGI DAN MASUKKAN CILI..GORENG SAMPAI MASAK DAN PECAH MINYAK.

5- APABILA DAH PECAH MINYAK..MASUKKAN AIR REBUSAN TADI OK...TNGGU SAMPAI MENDIDIH DAN PEKAT BARULAH DI MASUKKAN PULA DAGING.

6- APABILA AIR SUDAH HAMPIR KERING..MASUKKAN GARAM DAN AJINOMOTO DAN KERISIK..GAUL RATA..

7- LAST SEKALI MASUKKAN BAWANG GORENG..TADI LEPAS TU ANGKAT..BOLEH DI HIDANGKAN BERSAMA KETUPAT ,PULUT SERTA LEMANG....

SELAMAT MENCUBA.


BUBUR BIJI SALAK

 SALAM!

DI SEBABKAN KESUNTUKKAN MASA DI BULAN PUASA LALU..NIKEE TERPAKSA MENUNGGU SELEPAS RAMADAN BARULAH BOLEH MENAYANGKAN RESEPI BUBUR BUTIR SALAK NI....MEMANG SEDAP KALAU DI NIKMATI SEMASA HARI HUJAN....SEDAPNYA MEMBASAHI TEKAK..

BAGI YG MENCARI RESEPI BUBUR INI ADALAH SALAH SATU HIDANGAN  DARI NEGARA SEBERANG...

JOM SEMAK RESEPI INI..

BUBUR BIJI SALAK;


2 CAWAN TEPUNG BERAS 
 2 SUDU BESAR TEPUNG UBI- NIKEE TAK LETAK PUN
SEDIKIT AIR KAPUR
AIR 
PEWARNA KUNING TELOR@ LEMON
DAUN PANDAN 
AIR -UTK MEREBUS DOH

KUAH;
1 CAWAN SANTAN PEKAT
1/2 CAWAN SANTAN CAIR@AIR BIASA
2 KEPING GULA MELAKA @ MANISAN
DAUN PANDAN
1 SUDU KECIL TEPUNG BERAS -UTK PEKATKAN KUAH
SECUBIT GARAM
 2 SUDU BESAR SAGU  KECIL-BASUH DAN CAMPURKAN DALAM KUAH

CARA MEMBUAT KUAH;

1- AMBIL PERIUK CAMPURKAN BERSAMA SEMUA BAHAN TADI..
2- PANASKAN DI ATAS DAPUR DAN KACAU SAMPAI KUAH BENAR-BENAR LIKAT DAN PEKAT.....
3- RASA MANIS KUAH...APABILA SUDAH MENEPATI RASA ANDA ANGKAT DAN KETEPIKAN.



CARA MEMBUAT BIJI SALAK;

1- PANASKAN AIR DI DALAM PERIUK...BERSAMA DAUN PANDAN..BIAR MENDIDIH
2- MASUKKAN TEPUNG BERAS& UBI...MASUKKAN AIR KAPUR...DAN GAULKAN BERSAMA AIR DAN PEWARNA KUNING TADI..ULI SELAMA BEBERAPA MINIT SAMPAI LEMBUT.
3- PABILA AIR DAN MENDIDIH...JEMPUT SEDIKIT DOH SEBESAR BIJI GULI MASUKKAN KE DALAM AIR MENDIDIH TADI..BIARKAN SEKEJAP..
4- BILA BIJI SALAK TERAPUNG BOLEHLAH DI ANGKAT DAN TERUS DI MASUKKAN DALAM KUAH TADI.
5- BUATLAH SAMPAI HABIS....DAN NIKMATILAH BUBUR TADI.

SELAMAT MENCUBA.





PESAN NIKEE;

KUAH BUBUR BOLEH DI KECUALIKAN SAGU TADI JIKA TAK SUKA.

BOLEH GK DI MASAKKAN SANTAN PEKAT YG BERCAMPUR SECUBIT GARAM SEBAGAI GARNISHES DI ATASNYA...CUMA CAIRKAN SAJA KUAH TADI DAN MASUKKAN LEBIH GULA MELAKA SUPAYA KUAH SEDIKIT COKLAT SEBELUM DI TABURKAN SANTAN PEKAT DI ATAS BUBUR SEBELUM DI MAKAN.

PELBAGAI WARNA DOH JIKA SUKA......






BERRIES LEMON SWEET CINCAU

 SALAM!

HARI INI MASIH LAGI GILA MENYEDIAKAN AIR..ALMAKLUMLAH TABIAT MENYEDIAKAN AIR MASIH ADA...

AKIBAT  PERIT  TEKAK SELEPAS PUASA NI NIKEE KE  KEDAI BORONG CINCAU LYCHEE..SEDAP GAK KALAU DI BUAT MINUMAN..

UNTUK MENYEDIAKAN MINUMAN MUDAH INI ANDA PERLU ADA SIRAP GULA,RIBENA,SODA BERPERISA STRAWBERRIES ,CINCAU LYCHEE  DAN SEDIKIT AIR PERAHAN LEMON DAN HIRISAN LEMON SERTA AIS CUBES.

JOM KITA BUAT MINUMAN;

BERRIES LEMON SWEET CINCAU;







1 CAWAN RIBENA
2 TIN KECIL AIR SODA STRAWBERRIES
1 CAWAN SIRAP GULA
 CINCAU LYCHEE- CINCANG HALUS
1/2 CWN PERAHAN AIR LEMON
HIRISAN LEMON
KUIB AIS


CARA;

CAMPURKAN SEMUA BAHAN DI ATAS KE DALAM JUG YG BERSESUAIAN  DAN CAMPURKAN AIS CUBE UNTUK MENYEDIAKAN MINUMAN INI.

SELAMAT MENCUBA......


Monday, 27 August 2012

LEMON BARLEY


SALAM SEMUA..

ALHAMDULILLAH KITA DAPAT BERSIARAN KEMBALI SELEPAS SYAWAL NI...TIADA APA YG ISTIMEWA DISEBALIK BEBERAPA HARI INI..NAMPAKNYA SEMUA MENGELEPIK KEPENATAN SEBAB MAKAN TAK GITU..

HARI AHAD LALU KAMI SEFAMILI MENJENGAH KE TERATAK UNCLE DAUD DAN AUNTIE YATI DI SHAH ALAM ..APA LAGI OPEN HOUSELAH KAN....

HIDANGAN HEBAT NASI BUKHARA AYAM DAN LAKSA KEDAH MEMENUHI MEJA...LAZATNYA...KAMI DI HIDANGKAN BERSAMA KETUPAT DAUN PALAS DAN DI SAMPING HIDANGAN LAIN...TERIMA KASIH AUNTIE PAPA DAN UNCLE ATAS HIDANGAN YG SEDAP TU..

AKIBAT KESERONOKAN MAKAN DAN DI BERI MAKAN PERCUMA SEPANJANG SYAWAL NI..JOM KITA CUBA AIR LEMON BARLEY NI....RASANYA NILAH MINUMAN PALING BERKHASIAT BAGI YG PANAS BADAN NI....

JOM INTAI RESEPI NI;


LEMON BARLEY;










2 PEKAT BERAS BARLI-BASUH BERSIH
3 LITER AIR
3 CAWAN GULA
 1 BIJI LEMON- DI PERAHKAN AIRNYA

CARA;
1- PANASKAN AIR BERSAMA BERAS BARLI NI..MASAK SAMPAI BERAS TADI KEMBANG.
2- MASUKKAN GULA APABILA BERAS BENAR-BENAR KEMBANG.
3- MASUKKAN AIR PERAHAN LEON TADI BERSAMA HIRISAN BUAH LEMON TADI..
4- KAUPKAN 1 CAWAN BERAS BARLI YG DI REBUS TADI...MESIN SAMPAI HANCUR DAN CAMPURKAN KE DALAM AIR REBUSAN TADI..
5- APABILA NAK DI HIDANG BOLEHLAH DI TAMBAHKAN AIS ATAU BOLEH DI NIKMATI SUAM DAN PANAS...











PESANAN NIKEE;

 AIR REBUSAN BARLI AMAT SESUAI UNTUK MENURUNKAN PANAS BADAN

APABILA KITA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN BARLI..AIR KELIHATAN CAIR DGN MEMESIN BERAS BARLI REBUS AIR BARLI AKAN LIKAT DAN AMAT SEDAP UNTUK DI MINUM.

UNTUK MENDAPATKAN AIR REBUSAN YG JERNIH.SELALU KAUP ATAU KELUAR KAN BUIH-BUIH DI PERMUKAAN PERUIK SEMASA PROSES MEREBUS DI JALANKAN.

Sunday, 26 August 2012

NOSTALGIA DI AIDILFITRI

NIKEE,YAYA ,CALEB  DAN UNCLE VELLOO SYAWAL 2011

SALAM SEMUA..

SALAM SYAWAL BUAT SEMUA DI LUAR SANA. DI KESEMPATAN INI NIKEE RASA MASIH BELUM TERLAMBAT LAGI UNTUK MEMOHON SERIBU KEMAAFAN DAN MENGUCAPKAN SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...TERIMA KASIH SEKALI LAGI PADA PARA PENGUNJUNG LAMAN DAPUR HELEN..WALAU PUN TIDAK SEGAH BLOG-BLOG YG LAIN ALHAMDULLILAH SEGALA HASIL YG DI CURAHKAN ADALAH UNTUK KEPUASAN DIRI SENDIRI..

SEBENARNYA..2012 ADALAH SYAWAL YG PALING CEPAT BERLALU DAN PERGI..TAHUN INI SEMUANYA TERLALU LAJU..MANA TAK NIKEE MEMANG TAK BERKESEMPATAN MEMBAKAR KUKIS DAN MEMBUAT KEK BUAT SAMBUTAN LEBARAN...

DI PAGI SYAWAL LALU..KAMI MENYAMBUT AIDIL FITRI BERSAMA KELUARGA AZREEN DI SUBANG JAYA..BIASALAH SAMBUTAN TETAP MERIAH DENGAN KUNJUNGAN SAHABAT HANDAI SERTA FAMILI TERDEKAT..ANAK SEDARA JAUH DAN DEKAT TETAP SUDI DATANG BERKUNJUNG...
SAYU DI HATI TIADA SIAPA YG TAHU..MANA TAK MAMA DAN WAE YG JAUH DI KAMPUNG BAGAIMANA AGAKNYA SAMBUTAN RAYA DI SANA..

SEHARI SEBELUM RAYA..MAMA MENEMPAH SATAY BAUNG YG HEBAT DAN WAE HMM MEMANG TERROR MEMASAK KUAH NASI IMPITNYA..SERTA NASI IMPIT HAND MADE MAMA...ALHAMDULILLAH DALAM KEUZURAN TU..MAMA TETAP TERROR MEMASAK..
KAK IBAH DATANG BERSAMA FAMILI BERSAMA ROTI JALANYA...

TAHUN NI TERHIDANGLAH SATAY BAUNG..NASI IMPIT MAMA DAN KUAH SATAY WAE...TAKLUPA GULAI KARI MAMA DAN ROTI JALA CHE BAH..

DI SUBANG JAYA ..KAMI MENJAMAH NASI MINYAK,DALCA KAMBING,RENDANG AYAM,RENDANG DAGING PEDAS,LEMANG ,NASI IMPIT BERSAMA KETUPAT NASI,KUAH KACANG,KUAH LODEH,SERAWA DURIAN BERSAMA PULUT KUKUS...

NIKEE PULA SELEPAS SUBUH TERUS MEMASAK DAGING MASAK HITAM SARAWAK.. BERSAMA CHEWY GOEY DARK BROWNIES,LENGKONG KIWI BERLAPIS....TAPI MINTA MAAFLAH SEMUA SEMUA MAKANAN HEBAT NI TERLUPA NAK DI AMBIL FOTONYA...HISSSSSSH FRUST BETUL...

TAKPE TUNGGU OPEN HSE PULAKKAN...

DI SEBABKAN BUSY YG AMAT KAMI MEMANG TAK BERSEMPATAN NAK BERGAMBAR..JADI NIKEE NOSTALGIAKAN 2012 SYAWAL NI BERSAMA FOTO-FOTO SEPANJANG SYAWAL YG LALU..







MUMMY DAN AZREEN SYAWAL 2008









FOTO BERSAMA FAMILI AZWALIZA UTK MAJALAH MINGGUAN WANITA 2010 LEBARAN.




FOTO NADIF CALEB BERSAMA PATI,NENEK MILAH DAN ATUK AZMAN SYAWAL 2011





BEGITULAH MUDAH SYAWAL BERLALU..ALHAMDULLILAH NIKEE AMAT BERSYUKUR MASIH LAGI DI PANJANGKAN UMUR ..DAN MASIH MAMPU MENYAMBUT AIDIL FITRI BERSAMA KELUARGA MERTUA,ADIK BERADIK SERTA KELUARGA TERCINTA DI KAMPUNG..

SO..SALAM BUAT SEMUA DARI KAMI AZREEN AZMAN,NIK HELENNA NIK JAYA,DHIYA NISRYN MARHA,DAN CALEB NADIF AMILEIN BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG LAMAN DAPUR HELEN...MAAF ,ZAHIR DAN BATIN..

Monday, 13 August 2012

LEMAK KUNING TELOR


SALAM SEMUA...

SELANG BEBERAPA HARI LAGI KITA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA...ALHAMDULILLAH KITA SUDAH SAMPAI KE PENHUJUNG PUASA,SYUKUR RASANYA DAPAT MENUNAIKAN BULAN RAMADAN NI SEBAIK MUNGKIN.

BAGAIMANA SAMBUTAN SYAWAL NI AGAKNYA...TAHUN NI PENUH DENGAN KESEDERHAAAN NAMPAKNYA...TIADA PEMBAZIRAN LANGSUNG...

NIKEE MEMANG BEGINI..MASIH BELUM MENYIAPKAN APA-APA PUN UTK MENYAMBUT AIDIL FITRI..INSYAALLAH KAMI AKAN MEMBUAT PERSIAPAN TERAKHIR NANTI..


KALAU BERAYA DI KL..SELALUNYA NIKEE AKAN KE BAZAR AIDIL FITRI PADA MALAM TERAKHIR..SAJA CUCI MATA..

KALAU DI KAMPUNG PASTINYA..PERSIAPAN AMAT SIMPLE..NIKEE MEMBANTU MA MEMBUAT KUZI AYAM ATAU NASI DAGANG..SELALUNYA MENU KHAS HANYA SATU SAHAJA DALAM SEHARI....WAE DAN MA DAN TAK LARAT LAGI..SELALUNYA KAMI ODER JER SATAY BAUNG YG FAMOUS DI KELANTAN..SEBAB MEMANG SEDAP RASANYA...HABIS KERJA..BANYAK MANA BOLE MAKAN PUN.


SUDAH-SUDAH STOP JAP HAL HARI RAYA NI....

JOM LAYAN RESEPI LEMAK NI...


LEMAK KUNING TELOR;

4 BIJI TELOR AYAM@TELOR ITIK
1 BIJI BAWANG BESAR
1 BIJI BAWANG PUTIH
1 INCI LENGKUAS..DI KETUK
1 INCI KUNYIT-DI MESIN@ 1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT.
1 CAWAN SANTAN PEKAT
1 BIJI TIMUN- BELAH DUA DAN POTONG SERONG
1 SUDU MAKAN CILI GILING
SEDIKIT GARAM
GULA SERBUK PERASA.
1 BATAN G CILI MERAH- DIPOTONG SERONG.
CARA;

1- TUMBUK BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH SAMPAI LUMAT.
2- KISARKAN KUNYIT HIDUP& LENGKUAS BERSAMA SANTAN SAMPAI HANCUR-
-BOLEH GAK DI KETUK JER LENGKUAS TU..
3- TAPIS SEMUA BAHAN KISAR BERSAMA SANTAN TADI..
4- MASUKKAN SANTAN TADI BERSAMA BAWANG-BAWANG TADI...KACAULAH DI ATAS API YG SEDERHANA.KACAU CILI BERSAMA.
5- MASUKKAN GARAM,GULA DAN PERASA..RASALAH RASA KUAH NI....MASA NI..KECILKAN API PECAH TELOR...SATU PERSATU TUNGGU SATU-SATU SEHINGGA TEOR MENJADI POACH EGGS..BARULAH DI MASUKKAN SATU TELOR YG LAIN..LAKUKAN SAMPAI SEMUA BILANGAN TELOR HABIS...
6- MASA MENUNGGU TELOR MASAK KACAULAH KUAH PERLAHAN-LAHAN,JGN SAMPAI HANCUR TELOR..TAKUT KUAH PECAH MINYAK.
7- PABILA DAH MASAK TELOR MASUKKAN MENTIMUN BERSAMA CILI DAN TUTUPKAN API DAPUR.SEDIA UTK DI HIDANGKAN..







Wednesday, 8 August 2012

HOMEMADE CAESER SALAD


SALAM SEMUA..

HARI INI KITA MULAKAN DENGAN N3..MENU SIHAT OK..ALMAKLUMLAH SUDAH BERMINGGU-MINGGU BERPUASA NI TIBALAH RASANYA KITA MENJAMAH HIDANGAN SALAD ALA BARAT YG AGAK SIMPLE....

CAESER SALAD INI DALAH SALAD KEGEMARAN NIKEE ..KALAU KE RESTORAN MAKANAN BARAT TAK TERKECUALI SALAD   NI DI ODER...PASTI ADA DI ATAS MEJA.

BAGI YG GEMARKAN SALAD NILAH GAYA MUDAH DAN CARA MUDAH MENYEDIAKAN SALAD..

SALAD-SALAD ORG PUTIH BUKAN SUKAR DISEDIAKAN....CUMA SALAD SEASONING JER YG BERMACAM RASA DAN GAYA PENYEDIAANNYA..

SOS SALAD FAMOUS PASTINYALAH THOUSAND ISLAND.VINIGERTTE DRESSING,FRUITS SALAD DRESSING....MCM-MACAMLAH LAGI...

HARI KITA CUBA DULU..RESEPI SALAD MUDAH INI.

RESEPI SALAD;

CROUTONS

1 BUNGKUS SIME FRESH-ROMAINNE SALAD

3 SUDU BESAR PARMESAN CHEESE-YG SIAP PARUT HALUS @KASAR

2 SUDU KECIL AIR PERAHAN LIMAU LEMON

SEDIKIT GARAM

SEDIKIT LADA SULAH@HITAM

1/3 CAWAN MAYONOISE LIGHT KEWPIE

1 BIJI BESAR BAWANG PUTIH

SEDIKIT GULA-JANGAN MANIS..SECUKUP RASA.

CARA MENYEDIAKAN SOS SALAD;

AMBIK LESUNG BATU..@ MESIN PENGISAR KECIL...HANCURKAN SI BWNG PUTIH SAMPAI HALUS MASUKKAN MAYO,LADA SULAH.GARAM,PERAHAN AIR LEMON DAN SEDKIKT GULA..GAULKAN SAMPAI..CUKUP SEBATI

KALAU MENGUNAKAN PENGISAR TU..BLENG SEMUA SAMPAI HANCUR.


CARA MENYEDIAKAN SALAD;

BASUH SALAD ROMAINE TADI DAB TOSKAN SAMPAI KERING..POTONG  MENGIKUT BITE SIZE YG DI INGINKAN..SUPAYA SENANG NAK DI MAKAN..

ATURKAN DAUN ROMAINE TADI DI DALAM PINGGAN BESAR..TABURKA CROUTONS..DAN TABURKAN KEJU PARMESAN..

AKHIR SEKALI ANDA SUDUKAN SOS SALAD DI KESELURUHAN ATAS DAUN SALAD TADI MENGIKUT KE INGINAN ANDA...

LEPAS TU BARULAH DI GAUL RATA SEBELUM MEMAKANNYA.
















CARA MEMBUAT CROUTONS;



1/2 BATANG FRENCH LOAF@ ROTI PERANCIS

GARLIC BUTTERSPREAD

DULANG PEMBAKAR

SEDIKIT MINYAK ZAITON

CARA;

ROTI LOAF NI DI  SAPUKAN GARLIC SPREAD DAN TERUS DI POTONG KUIB DAN MASUKAN KE DULANG PEMBAKAR..RENJISKAN MINYAK ZAITUN..BAKAR SAMPAI GARING DENGAN MENGUNAKAN SUHU 200C SELAMA 2-3 MINIT..SAMPAI GARING.

APABILA MASAK..ANGKAT DAN TABURKAN DALAM SALAD TADI.




SALAD NI AMAT SESUAI DI HIDANGKAN BERSAMA HIDANGAN PASTA


SELAMAT MENCUBA DAN BERBUKA PUASA

Tuesday, 7 August 2012

PULUT BERINTI 2


SALAM SEMUA..


NIKEE INGIN KONGSIKAN FOTO-FOTO PULUT INTI YG BERBLUT DAUN PISANG NI...SEDAPLAH SESEKALI MENIKMATI PULUT NI KAN..

DI KELANTAN PULUT INTI NI BANYAK TERDAPAT DI GERAI-GERAI KUIH DI KELANTAN TAPI AMAT SUKAR DITEMUI DI KL..KALAU ADA PUN DI KRDAI-KEDAI MAKAN YG MENJUAL KUIH NYONYA KAN...

HARI NI LAYANLAH MATA..SEDIKIT...










UNTUK MENDAPATKAN BUNGKUSAN YG CANTIK MENGGUNAKKAN DAUN PISANG NI..LAYURKAN SEDIKIT DI ATAS API...SUPAYA SENANG NAK MEMBALUT SI PULUT NI....

KALAU NAK RESEPI NI...INTAILAH DALAM N3 NIKEE SEBELUM NI YEA....



SALAM RAMADAN SEMUA...SELAMAT BERBUKA PUASA










SAMBAL KENTANG KERING


SALAM SEMUA..

SIAPA SUKA MAKAN UBI KENTANG?PASTI UBI NI TAK TERKECUALI DALAM SETIAP MASAKAN SEHARIAN KITAKAN...

UBI INI BANYAK KEGUNAANNYA DALAM MENU SEHARI-HARI KITA..LEBIH SEDAP LAGI KALAU DI MASAK KARI BERSAMA DENGAN AYAM SERTA DAGING...

MASAKAN SIMPLE DENGAN MENGGUNAKAN KENTANG NI IALAH SAMBAL GORENG KERING..SERTA GORENG RANGGUP KENTAN BERKARI...SENANG SERTA MUDAH PULAK TU DALAM MENYEDIAKANNYA....

HARI NI KITA INTAI MASAKAN MUDAH NI...

RESEPI SAMBAL KENTANG KERING;


4 BIJI KENTANG- BERSIHKAN DAN POTONG NIPIS-NIPIS & JANGAN DI BUANG KULIT
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR- TUMBUK HALUS
2 SUDU BESAR GILI GILING
2 SUDU KECIL GULA
1 SUDU KECIL GARAM
1 SUDU KECUL SERBUK PERASA
MINYAK TUK MENUMIS..

CARA;
1- PANASKAN MINYAK BIARLAH BANYAK SEDIKIT...GORENG POTONGAN KENTANG NI SAMPAI GARING SEPERTI KEROPOK..
2- PANASKAN KUALI.....LETAKKAN SEDIKIT MINYAK LEBIHAN KENTANG TADI 
TUMISKAN BAWANG SAMPAI WANGI..MASUKKAN PULA CILI..GORENG SAMPAI  PECAH MINYAK.
3- MASUKKAN GULA SERTA GARAM DAN JUGA SERBUK PERASA...
4- APABILA SUDAH MESRA RASANYA BOLEHLAH DI MASUKKAN KENTANG TADI..GORENGLAH SAMPAI RATA DAN SEBATI...SESUDAH TU BOLEHLAH DI ANGKAT..










JERUK TENGGIRI



SALAM SEMUA..


HARI INI ,NIKEE NAK BERKONGSI SATU MASAKAN MUDAH YG SELALU WAN NIKEE SEDIAKAN APABILA DIA MEMBELI IKAN TENGGIRI YG CUN MACAM DALAM FOTO NI..

IKAN JERUK NI AMAT TERKENAL DI KELANTAN TERUTAMANYA APABILA TIBA MUSIM HUJAN @ TENGKUJUH..MASA NI LAH KITA DAPAT MELIHAT BANYAK IKAN-IKAN KEMBUNG SEGAR YG DI JERUK DIDALAM BESIN BESAR DI PASAR-PASAR SEKITAR KELANTAN. IKAN-IKAN NI AKAN DI JERUK BERSAMA GARAM KASAR.

IKAN JERUK NI SEDAP...APABILA DI GORENG BERSAMA TELOR KEPOK..IATU TELOR DADAR TU..MEMANG SEDAP..ADA PULA SUKA IKAN NI DI GORENG GARING SAHAJA..

UNTUK RESEPI WAN NI MUDAH SAHAJA...APA YG ANDA PERLUKAN IALAH SEKEPING IKAN TENGGIRI YG CANTIK ISINYA DAN SEGAR...





CARA MEMBUAT JERUK TENGGIRI;




1- BERSIHKAN IKAN..KERINGKAN

2- LUMURKAN IKAN DENGAN GARAM..

3- MASUKKAN KE DALAM BEKAS PLASTIK YG BERTUTUP...BIARLAH IKAN DI LUAR BILIK @ DI ATAS KAUNTER DAPUR SEMALAMAN.

4- PADA KEESOKAN HARINYA..BOLEH ANDA MENGGORENGKAN IKAN TENGGIRI NI SEHINGGA GARING.








FAKTA TENTANG IKAN JERUK NI;

1- SEDAP KERANA BERSIH DAN DI SEDIAKAN SENDIRI OLEH KITA DI RUMAH.

2- AMAT SESUAI BAGI YG BARU MELAHIRKAN BABY..SEBAB TENGGIRI MEMPUNYAI ASID AMINO YG TINGGI SEPERTI IKAN HARUAN YG ELOK DI MAKAN OLEH IBU SELEPAS MELAHIRKAN.

3- PERCAYA ATAU TIDAK..IKAN JERUK NI ADALAH PEMBUKA SELERA YG AMAT ENAK..DI MAKAN BERSAMA GULAI-GULAI LEMAK KEGEMARAN ANDA.

4- ANDA BOLEH MEMBUAT GARAM SECKUPNYA PADA IKAN MENGIKUT SELERA MASING-MASING


SELAMAT MENCUBA DAN MERASAI KELAINAN DALAM MENCUBA MAKAN SEPANJANG BULAN RAMADAN NI..























KOCAK LAICI





KOCAK LAICI PEKAT MANIS......





SALAM SEMUA...SELAMAT BERBUKA PUASA..


HARI NI KITA KONGSI MINUMAN LAZAT SEBAGAI PEMBASAH TEKAK YG DAHAGA SEPANJANG HARI  KOCAK LAICI NI MEMANG ENAK.....

SEPANJANG RAMADAN NI..RAMAI YG TERCARI-CARI RESEPI AIR MINUMAN YG LAZAT SEPANJANG BERPUASA NI NIKEE DAH BANYAK MENYEDIAKAN AIR BERMACAM-MACAMLAH RASANYA..

BEBERAPA HARI LALU NIKEE SEDIA AIR FRUITS PUNCH YG MANA NIKEE CAMPURKAN PES MINUMAN MANGO SUNQUICK ,BERSAMA OREN + PIC SUNQUICK DAN SEDIKIT SIRAP ROSE BERSAMA AIR GULA DAN SELASIH..SEDAPLAH...

NIKEE JUGA MEMBUAT MINUMAN PENDINGIN BADAN SEPERTI LEMON BARLEY BERSAMA PERAHAN LEMON JUZ ASLI..SEDAP..PASTIKAN BERAS BALI YG DI REBUS DI MESIN HALUS KEMUDIAN DIDIHKAN BERSAMA AIR BARLI YG DIDIHKAN ....PASTI RAMAI YG SUKA...



UNTUK RESEPI NI KOCAK LAICI JOM SEMAK RESEPI;








1 TIN LAICI- MESIN BERSAM AIRNYA SAMPAI HANCUR
1 TIN SUSU CAIR 
SECUBIT GARAM
1 CAWAN AIR SODA GRAPE MIRINDA
2 SUDU BESAR SIRAP ROSE
1 CAWAN AIR
1/2 CAWAN SIRAP BIASA
1 CAWAN AIS

CARA MEMBUAT AIR;

CAMPURKAN KESEMUA KEDALAM JUG BESAR..LALU KACAU SAMPAI RATA...MASUKKAN AISDAN SEJUKKAN DI DALAM PETI AIS SEBELUM DIHIDANGKAN..

TEKSTUR AIR YG LEMAK-MASAK BERASA SEDIKIT RASA ANGGUR TU..SEDAP GAK..CUBALAH  BILA FREE DI HUJUNG MINGGU NANTI OK.



BISKUT RED DAISY

 SALAM SEMUA .....


JOM BUAT KUKIS..HMMM SEBENAR KEINGINAN MEMBAKING KUKIS NI DAH LAMA TERBANTUT RASANYA...TAPI SEMALAM NIKEE TERUSKAN JUGAK WALAUPUN KUKIS NI BUKANNLAH SERUMIT MANA..

NAMA BISKUT NI DAISY KUKIS...NIKEE TUKAR WARNA KE WARNA KEMERAHAN GARANG..SEBAB INGINKAN KELAINAN..SUSAH NAK JUMPA KUKIS NI KAN..ENTAHLAH KENAPA JARANG BENAR ORANG NAK MEMBUATNYA..PALING FAMOUS TAT NENAS..ENTAHLAH KENAPE YER???.......

PERTAMA KALI MENJAMAH KUKIS NI DAH LAMA DAH SEBAB..KAK IBAH YG MEMBELINYA DARI SEORANG TEMAN CIKGUNYA..BIASALAH...KUKIS TUNJUK-TUNJUK..KUKIS NI JUGA MENJADI FEVERETE AZREEN DAN NIKEE..JIMAT SANGAT TANPA MEMBANCUH SEBIJI TELOR PUN SESUAILAH PADA YG VEGETARIAN.

NAK DI JADIKAN CERITA...KUKIS NI KALAU DAH NGAPP KE MULUT SUSAH NAK BERHENTILAH PULAK MUNGKIN SEBAB RUPANYA YG CUTE NI..

JADI SEMPENA AIDIL FITRI NI......JOMLAH MENCUBA KUKIS NI...









RESEPI BISKUT  RED DAISY:
SUMBER; CAT-KOLEKSI BISKUT & KUIH RAYA

BAHAN TOPPING MERAH:

160 G MENTEGA@ MARJERIN
160 G TEPUNG GANDUM
60 G GULA ICING
60 G TEPUNG JAGUNG
2 SUDU KECIL STRAWBERY PASTE @STRAWBERRY ESEN
2 SUDU KECIL PEWARNA MERAH TERANG.

* KALAU SUDAH MENGGUNAKKAN PASTA STRAWBERRY TAKYAH BUBUH PEWARNA DAH..SO KUKIS JADI PINK...MCM NIKEE TUKAR MERAH TERANG.

@HIASAN;COCO CHIPS

BOTTOM LAYER/ LAPISAN BAWAH;

250 G MENTEGA @ MARJERIN
60 GULA ICING
220G TEPUNG GANDUM
240 G TEPUNG JAGUNG
1 SUDU KECIL VANILLA ESSENCE.


CARA MEMBUAT TOP LAYER;
PUKUL MENTEGA DAN GULA SAMPAI BERKERIM..AYAKKAN TEPUNG GANDUM BERSAMA JAGUNG BEBERAPA KALI.
MASUKKAN PASTE STRAWBERRY @ ESEN STRAWBERRY. MASUKKAN JUGA PEWARNA MERAH...MASUKKAN TEPUNG TADI..GAUL RATA DAN ULI SAMPAI JADI DOH LEMBUT.
MASUKKAN DALAM PIPING BEG @ PAIP JER MENGUNNAKKAN NOZZLE BERBENTUK BINTANG..



CARA MEMBUAT BOTTOM LAYER;


PUKUL MENTEGA DAN GULA SAMPAI KEMBANG.
PASTIKAN TEPUNG GANDUM & JAGUNG DI AYAKKAN 
MASUKKAN VANILA ESEN KE DALAM BANCUHAN MENTEGA TADI..MASUKKAN CAMPURAN TEPUNG DAN GAUL SEBATI...ULILAH ADUAN SAMPAI MENJADI DOH YG LEMBUT..CANAI DAN TERAP DENGAN ACUAN BERBENTUK BUNGA KESUKAAN ANDA.

ATURKAN BOTTOM LAYER..KE DALAM DULANG PEMBAKARDAN PAIPKAN TOP LAYER..SECANTIK YG MUNGKIN...HIASLAH DENGAN COC CHIPS YG PALING KECIL

BAKAR PADA SUHU 160C PADA MASA 20 MINIT....ANGKAT DAN SEJUKKAN..









CUTE DAN ....SEDAP..SEKALI NGAPP PASTI NAK LAGI....





SELAMAT MENCUBA OK.....SALAM RAMADAN

Monday, 6 August 2012

PARU GORENG BELACAN


SALAM SEMUA...


JOM MASAK PARU PETANG NI....TENGOK PARU JER PASTI TERUJA..TAPI ORGAN DALAM  NI TAK BERAPA BAIK UTK KITA PULAK..YE KER?


APA PUN PUN APA SALAHNYA MENIKMATI PARU LEMBU SEKALI SEKALA


MASAKAN PALING SINONIM DAN SESUAI TENTU LAH MASAK BERLADA...GORENG GARING PARU..HMM PASTI ENAKKAN SESUAI SANGAT TUK BERBUKA NANTIKAN.




JOM..MASAK;




PARU LEMBU SECUKUPNYA- DI REBUS SAMPAI MASAK DAN EMPUK.
- POTONG NIPIS.
1 SUDU BESAR KUNYIT
1 SUDU BESAR GARAM HALUS


- GAULKAN BERSAMA PARU DAN PERAP SEKETIKA.




BAHAN TUMIS;


1 BIJI BAWANG PUTIH- TUMBUK HALUS
2 CM HALIA MUDA- TUMBUK HALUS- TAK BOH TAKPE
2 BIJI BAWANG MERAH BESAR- TUMBUK HALUS
3 SUDU BESAR CILI GILING
1/2 CAWAN AIR REBUSAN PARU 
2 CM BELACAN
1 SUDU KECIL KICAP MANIS
1 BIJI BAWANG BESAR KUNING- MAYAN BULAT
GARAM 
GULA PERASA- JIKA SUKA.
MINYAK SEDIKIT TUK MENUMIS
1 KEPING ASAM KEPING@ 1 SUDU BSR AIR PERAHAN ASAM JAWA


CARA;


1- PANASKAN MINYAK..GORENGKAN PARU TADI SEPARUH GARING...
2- DALAM KUALI YG SAMA MASUKKAN PULA BAWANG-BAWANG YG DI TUMBUK HALUS BERSAMA HALIA TADI..GORENG SAMPAI WANGI DAN GARING.
3- MASUKKAN CILI..GORENG SAMPAI PECAH MINYAK....
4- MASUKKAN BELACAN,GORENG LAGI....MASA NI MASUKKAN PULA..KICAP MANIS DAN AIR REBUSAN...GAULKAN RATA DAN MASAK SAMPAI KUAH LIKAT..
5- MASUKKAN PULA PARU GORENG TADI...GORENG BERSAMA BAHN TUMIS SAMPAI RATA...MASANI..MASUKKAN LAH GARAM DAN GULA....
6- MASUKKAN PALING LAST BAWANG KUNING TADI...MASAKLAH SEHINGGA MASAK PARU DAN ANGKAT...HIDANGKAN.







Sunday, 5 August 2012

DADA AYAM GORENG BEREMPAH

SALAM RAMADAN SEMUA.....



APA KABAR SEMUA PAGI NI..HARAP DI LUAR SANA.SIHAT HENDAK DAN DAPAT MENJALANI IBADAT BERPUASA DAN AMALAN-AMALAN LAIN YG MULIA SEBAIKNYA DI BULAN NI.


NIKEE TAK NAK BERCELOTEH PANJANG LEBAR..CUMA TENGAHARI INI NAK BERKONGSI SELEKSI HIDANGAN BERBUKA PETANG SEMALAM....


SEMALAM..NIKEE MENGOLAH SEDIKIT MASAKAN DADA AYAM SEBAB MEMANG BLURR SESANGAT NAK MEMASAK APA..SEPANJANG RAMADAN NIKEE MEMASAK MASAKAN YG BERLEMAK....TAKUT DI BUATNYA...MAKLUMLAH KOLESTROL DALAM SANTAN AMAT MERBAHAYA...TAK GITUKAN?


JOM INTAI RESEPI MUDAH;


1 KEPING DADA AYAM - DI POTONG NIPIS-NIPIS DAN KECIL
1 ULAS BAWANG PUTIH*
2 ULAS BAWANG MERAH*
1 CM HALIA MUDA*
1/2 SUDU KECIL LADA HITAM*
2 SUDU KECIL SOS IKAN@ KICAP MASIN
1 SUDU KECIL KICAP MANIS
1 SUDU KECIL SERBUK PERASA

2 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU KECIL GULA MERAH @ GULA BIASA


CARA-


SEMUA * DI ATAS DI MESIN ATAU TUMBUK HALUS DAN DI PERAP DARI PAGI BERSAMA BAHAN=BAHAN YG DI TULIS DI ATAS DI DALAM PETI AIS..SEBELUM DI MASAK PADA WAKTU PETANGNYA.








BAHAN UTK MENUMIS ;


2 BIJI BAWANG MERAH KECIL- MAYANG HALUS
1 BIJI BAWANG PUTIH- TAK LETAK PUN TAKPA
1 BATANG CILI MERAH @ CILI HIJAU BESAR- MAYANG KASAR
1 BATANG SERAI DI TITIK
1 SUDU KECIL BIJI SAWI
1/2 SUDU KECIL JINTAN MANIS
1/2 SUDU KECIL JINTAN PUTIH
1 SUDU KECIL KETUMBAR
1 BIJI BAWANG BESAR KUNING- MAYANG BULAT.
MINYAK TUK MENUMIS
GARAM,GULA SECUKUPNYA.






CARA MEMASAK.
1- KELUARKAN DADA AYAM YG SUDAH DI PERAP DARI PETI AIS.
2- PANASKAN MINYAK DI KUALI...TUMISKAN  BAWANG MERAH BERSAMA BAWANG PUTIH,CILI MERAH,SERAI BUAT SEKETIKA..TUNGGU SAMPAI NAIK BAU..
3- MASUKKAN REMPAH RATUS YG DI TULIS DI ATAS TADI..LEPAS ITU...BIARLAH BERGORENG SAMPAI WANGI.
4- SELEPAS TU..MASUKKAN AYAM YG DI PERAPKAN TADI..GORENG SAMPAI AYAM MASAK DAN KERING AIRNYA.
5- APABILA PECAH MINYAK DAN AIR KERING....MASUKKAN PULA  BAWANG KUNING TADI...GAUL SEKEJAP..LEPAS TU RASALAH AYAM TADI KOT-KOT MESRA RASANYA...
MASA NI TAMBAH GARAM @ GULA...SEKIRANYA TAK MENEPATI CITARASA ANDA..
6- DAH SIAP ANGAKAT DAN HIDANGKAN BERSAMA NASI.





PESAN NIKEE;


ANDAI KATA ANDA TIDAK MENYUKAI RASA JINTAN PUTIH @ BAU JINTAN MANIS BOLEHLAH DI KECUALIKAN PENGUNAAN NYA DALAM MASAKAN INI


SELAMAT BERBUKA PUASA...

Saturday, 4 August 2012

KALABASA LECHE FLAN

 SALAM SEMUA...


APA MENU PETANG TADI?PASTI MACAM-MACAM DI SEDIAKAN SEMPENA BERBUKA PETANG TADI..HARI INI NIKEE HANYA MEMBELI NASI KERABU BERSAMA AYAM GOLEK SAHAJA..TU PUN HARGANYA AGAK MAHAL 16  RINGGIT TAPI BERBALOI SEBAB AYAMNYA BESAR DAN RASANYA ENAK...


BERCERITA TENTANG PUDING..PASTI RAMAI YG TENGAH GIAT MENCARI RESEPI PUDINGKAN..HMM TAK TERKECUALILAH NIKEE.


WAN NIKEE BERSAMA MAMA ,ORANG YG PALING KREATIF SERTA SIBUK BILA RAMDAHAN MENJELMA MANA TAK..AYAH NIKEE CUKUP PANDAI MEMASAK KUIH-MUIH ASLI KELANTAN DAN MASAKAN ASLI KELANTAN NI..MEMANG KALAH MAMA.


AGAR-AGAR ROSE YG LEMBIK DI DALAM CAWAN PENDEK PASTI ADA DI FRIGDE SEPANJANG RAMADAN,SELEPAS TARAWIH..KAMI KAN BERKUMPUL UTK MENIKMATI HIDANGAN SELEPAS SEMBAHYANG MACAM ROJAK AYAM,BUBUR JAGUNG,KATO,PUTRI MANDI,,ROJAK BUAH,ROJAK JAWA BERMEE DAN MACAM-MACAM LAGILAH...


HARI INI SEMUA TU SUDAH LAMA BERLALU MEREKA SEMAKIN TUA DAN UZUR..HANYA TINGGAL KENANGAN SAHAJA....

JOM KITA INTAI FOTO DI ATAS PASTI ADA YG BERKATA..HMM TIADA YG ISTIMEWA TENTANG PUDING NIKAN...


MABUHAY SIR AND MADAM....WELCOME TO FILIPINE....


KALI TERAKHIR NIKEE KE SANA PADA AWAL TAHUN 1991..KETIKA MASIH TERBANG DI AWAN BIRU..SERONOK AGAK WALAUPUN MAKAN HALAL SUSAH TUK DI PEROLEHI..KAMI HANYA MENJAMAH VEGGIE PIZZA HUT BERSAMA TUNA PIZZA SAHAJA....


YG BEST MASA TU MAMAT FILIPINO TU SEMUA GWAPOO(KACAK)..HMMMM..MAMAT PIZZA PUN MACAM MODEL TV DAN CATWALK..


SO PUDING NI MASYARAKAT FILIPINA MEMANGGILNYA KALABASA BERMAKSUD..LABU @ SQUASH...


KALABASA NI MEMANG ENAK..HAMPIR SEMUA RAKYAT FILPINA TAHU MEMBUAT LECHE FLAN YG MUDAH NI.


RASA KALABASA NI SEPERTI KUIH KACAU LABU..CUMA MANIS-MANIS PAHIT DIK GULA HANGUS TU..ENAK..

JOM KITA INTAI RESEPI MUDAH;


2 CAWAN KALABASA@LABU KUNING- BERSIHKAN DAN POTONG HALUS.
1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
3 BIJI TELOR AYAM
1/3 CAWAN AIR- NIKEE TAMBAH SAHAJA.
1/2 TSP DAYAP@AIR LIMAU NIPIS@VANIAL ESSENCE
CARA;
1- REBUS KALABASA SAMPAI EMPUK..MESIN ATAU LECEK SAMPAI HANCUR SERTA HALUS
2- MASUKKAN TELOR AYAM KE DALAM MANGKUK SATUKAN SUSU PEKAT BERSAMA ..WHISK DENGAN TANGAN PERLAHAN -LAHAN SAMPAI SEBATI.
3- MASUKKAN VANILA ESEN @1/2 SUDU TEH DAYAP(AIR LIMAU NIPIS@CALAMANSI)..KACAU RATA.
4- MASUKKAN AIR KERANA ADUANAN TERLALU PEKAT...KACAU RATA..MASUK KALABASA ADUK RATA.
5- MASUKKAN KE ACUAN YG DI SUKAI YG SUDAH DI LAPIS CARAMEL GULA HANGUS DI BAWAHNYA..KUKUS SELAMA 20 MINIT.
6- ANDAI KATA ANDA MENGGUNAKAN ACUAN LOAF @ LOYANG MACAM NIKEE NI PASTIKAN DI KUKUS LAMA SELAMA 1 JAM.
7- TUTUP PERMUKAAN ACUAN DENGAN PLASTIK WRAP @FOIL TIMAH.

RESEPI GULA HANGUS;
1 CAWAN GULA KASAR
1 CAWAN AIR.
- GORENG GULA DI KUALI ANDA SAMPAI MENJADI KARAMEL DAN HANGUS KEPERANGAN ..MASUKKAN AIR DAN MASAK SAMPAI LIKAT DAN ..TUANG KE ACUAN YG DI KEHENDAKI.








PESAN NIKEE;
-KALAU IKUT PENULIS RESEPI NI..KUKUS 20 MINIT DLM ACUAN KECIK MACAM SOUFFLE DISH TU..KALU ACUAN BESAR HARUS LAMA.
- HASIL KUIH NI MEMANG SEDAP SEBAB PENYAMAN TEKAK SEMPENA DI BULAN MULIA INI...
-SETELAH MASAK SEJUKKAN DAN BIARLAH DIDLM ACUAN BILA NAK DI MAKAN KETIKA BERBUKA BARULAH DI TERBALIK.
- HARUS HATI- HATI SEBAB PUDING NI..LEMBUT DAN GEBU-GEBU BASAH G-ITU....BUAT DULU BARU TAHU HASILNYA
- PERCAYA ATAU TIDAK..PUDING NI TIADA RONGGA UDARA..TAU CUN DAN GEBU



SO...EVERYBODY..SALAMAT 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...