Sunday, 31 March 2013

BRETZEL WITH DILLS SCRAMBLES EGGS






SALAM SEMUA!







MASAKAN UNTUK SARAPAN PAGI INI PALING MUDAH DAN RINGKAS TAPI AMAT SUKAR NAK MENDAPATKAN BRETZEL KECUALI DI PASTISSERE DI USJ TAIPAN SEBELAH MAYBANK.....WAKTU TENGAHARI KE ATAS BANYAK ROTI YANG DI BAKAR SEGAR DI SANA....INI ADALAH SALAH SATU ROTI YANG SENTIASA ADA DI SINI...



UNTUK SARAPAN INI NIKEE MASAKAN SCRAMBLES EGGS BERSAMA DENGAN DILLS DAN SPRING ONION.



JOM MASAK...













BRETZEL WITH DILLS SCRAMBLES EGGS;





2 KEPING ROTI BRETZEL
4 BIJI TELOR AYAM A GRED
1 SUDU BESAR HERBA DILLS KERING
3 SUDU BESAR DAUN BAWANG -HIRIS HALUS
4 BIJI HONEY TOMATO-BELAH 2
2 SUDU BESAR MAYONNIES JAPAN KEWPIE-JIKA SUKA
LADA SULAH
GARAM
2 SUDU BESAR BAWANG BESAR-CINCANG HALUS
MENTEGA-UTK MEMBUAT TELOR.





CARA;



DALAM MANGKUK BESAR..SATUKAN TELOR SERTA SEMUA BAHAN,GAULKAN SAMPAI SEBATI.

PANASKAN MENTEGA DAN..MASUKKAN TELOR TADI..GORENGKAN SAMPAI MENJADI TELOR HANCUR.

CARA MENGHIDANG..SAPUKAN MENTEGA DI ATAS KEDUA BELAH BRETZEL YANG DI BELAH DAN...MASUKKAN TELOR TADI DAN PAIPKAN DENGAN MAYO SERTA SOSCILI..SEDIA DI MAKAN SEBAGAI PELENGKAP SARAPAN PAGI.









Friday, 29 March 2013

BLUEBERRIES TEA CAKE







                                     SALAM SEMUA!





BELI BLUEBERRIES HARI TU..MEMANG TUMPUL AKAL BILA TENGOK BLUEBERRIES..AL MAKLUMLAH KITA NIKAN ORANG ASIA BILA BAB  BUAH - BUAHAN ORANG PUTIH NI..MATI AKAL LA..

CAKAP HAL BLUE BERRIES INI..MAT SALLEH AKAN BUATKAN HOT PUDDING FOR WINTER@ PUN SUMMER..SEPERTI GOBBLER,CLAFOUTIS,TART AND JEMS..


PADA HARI INI NIKEE TAK PULAK SNAPP FOTO SEBIJI TEA CAKE YANG NIKEE SEDIAKAN DI SINI..NIKEE CUMA SNAP FOTO KEK YANG SUDAH SIAP DI POTONG.


TEA CAKE INI ADALAH SALAH SATU RESEPI TERBAIK YANG NIKEE JUMPA DI INTERNET...JANGAN TAK CUBA TAU SEBAB RUGI...BAGI BEGINNERS MEMBUAT PAUN CAKES SERTA SIMPLE TEA CAKES ADALAH YANG TERBAIK SEKALI.KEK INI KURANG MANIS DAN SEDAP DI NIKMATI KETIKA MINUM PETANG.







JOM MASAK.....











BLUEBERRIES TEA CAKE;

OLEH; WILLIAMS-SONOMA



8 TBSP UNSALTED BUTTER-MELTED ABD COOLED
2 CUPS ALL PURPOSE FLOUR
1 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP OF BAKING SODA
1/4 TSP SALT
1/4 TSP GROUND CARDAMOM-OPTIONAL
2 EGGS
1 1/2 CUPS LIGHT BROWN SUGAR
1 TBS DARK RUM-OPTIONAL
1/2 TSP  GRATED LEMON ZEST@LIME ZEST
1 CUP PLAIN YOGURT
2 CUP OF FROZEN BLUEBERRIES@2 SMALL PACK FRESH BLUEBERRIES
ICING SUGAR FOR DUSTING.


DIRECTIONS;


PREHEAT OVEN AT 180C AND PREPARE 8 INCH SQUARE BAKING DISH.

IN THE BOWL STIR TOGETHER THE 2 CUPS OF FLOUR,BAKING SODA ,BAKING POWDER ,SALT AND GROUND CARDAMOM.SET ASIDE.

BEAT THE EGGS AND BROWN SUGARAND BEAT UNTILL FLUFFY AND PALE.MELT BUTTER, THE RUM AND LEMON ZEST.UNTIL ALL WELL BLENDED.
ADD THE FLOUR MIXTURE IN 3 ADDICTIONS,ALTERNATING WITH THE YOGURT .BEGINNING AND  ENDING WITH YOGURT.BEAT AT LOW SPEED UNTIL ALL WELL BLENDED.
USING RUBBER SPATULA FOLD IN THE BERRIES.POUR IN CAKE TIN AND BAKE FOR 50-60 MINUTES.
TRANSFER THE PAN TO WIRE RACK AND LET THE CAKE COOL COMPLETELY.
USING THE  FINE MESH SIEVE ANG DUST THE ICING SUGAR ON THE TOP OF THE CAKE.
THE CAKES CAN LAST FOR 2 DAY IN AIRTIGHTS CONTAINER..AND  THE CAKE  LAST LONGER IN THE FRIDGE.




SELAMAT MENCUBA!









PESAN NIKEE:

- ADA DI LETAKKAN RUM DI DALAM RESEPI..JADI KITA TAK YAH LETAK OK SBB TAK HALAL BAGI YG ISLAM
.
- BAGI YANG TAK GEMARKAN RASA REMPAH PELAGA TU..MASUKKAN CINNAMON PUN OK..ATAU KEK TU DI MASAK SEADANYA DENGAN RASA ASLI BLUEBERRIES TU.

- LETAK ESEN BLUEBERRY PUN OK.

- KALAU GUNA FRESH BERRIES TU GAULKAN SEDIKIT TEPUNG GANDUM PADA BERRIES SEBELUM DI GAULKAN KE DALAM ADUNAN  KEK..BUKAN APA TAKUT BUAH TU TENGGELAM DI DASAR KEK PULAK.

- BOLEH DI TABURKAN ALMODS NIBS,ALMODS FLAKES JIKA SUKA DI ATAS PERMUKAAN KEK SEBELUM DI BAKAR..

-BOLEH DI TABURKAN LEBIHAN BERRIES JIKA SUKA DI ATAS.

-GANTIKAN SUSU SEGAR@ BUTTERMILK@ SOURCREAM JIKA TAK DER YOGURT.



Thursday, 28 March 2013

ASAM TUMIS TENGGIRI LOBAK HANCUR





          
                   SALAM SEMUA!







HARI INI MENU BIASA-BIASA AJER..MEMANG SEMUA SUDAH TAHUKAN BAGAIMANA NAK SEDIAKAN ASAM PEDAS TUMIS INI KAN..


HARI  TU BELI KEPALA IKAN TENGGIRI..TAPI SEMENJAK DUA MENJAK MUSIM PANAS INI,TEKAK INI TERASA NAK MAKAN YANG PEDAS-PEDAS MASAM SAHAJA..NAK TAK NAK NIKEE BUATKAN MASAKAN INI..DI KELANTAN SAPA MASAK ASAM PEDAS TUMIS DI KATAKAN KELANTAN MURTAD....KALAU MASAK ASAM REBUS TU DAH BIASA DI SANA.








BAGI YANG NAK MASAK JOM....




                                ASAM TUMIS TENGGIRI LOBAK      
HANCUR;





2 KEPALA IKAN TENGGIRI-BELAH DUA
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR*
2 ULAS BAWANG PUTIH*
2 CM HALIA*
2 CM BELACAN*
2 CM LENGKUAS*
2 BATANG SERAI- TITIK
2 CM KUNYIT HIDUP@1 SUDU BESAR KUNYIT SERBUK*
2-3 SUDU BESAR CILI GILING

* -  SEMUA INI DI KISAR SAMPAI HANCUR....KETEPIKAN.







3 SUDU BESAR MINYAK -TUK MENUMIS

1 BATANG BUNGA KANTAN
BENDI,KCG PJG,DAUN KESOM,TERUNG,BUAH TOMATO
2 CILI BESAR-BELAH DUA
3 SUDU BESAR LOBAK ASIN HANCUR

4 SUDU BESAR ASAM JAWA ADABI 
2 1/2 GELAS AIR
GARAM,GULA



TUMIS MINYAK SAMPAI PIJAR..MASUKKAN SEMUA BAHAN KISAR DAN CILI GILING..GORENG SAMPAI WANGI DAN PECAH MINYAK.

KEMUDIAN MASUKKAN AIR BERSAMA SAMA JAWA ADABI..MASAK SEKEJAP SAMPAI MENDIDIH.MASA INI MASUKKAN GUKA SERTA GARAM..

SEBELUM MEMASUKKAN IKAN..PASTIKAN IKAN DI BASUH SAMPAI BERSIH DENGAN CUKA @ AIR LIMAU.

MASUKKAN IKAN..PASTIKAN IKAN BERENDAM DI DALAM KUAH,MASA INI MASUKKAN LOBAK HANCUR,TOMATO,DAUN KESUM,BUNGA KANTAN,KCG PANJANG SERTA BENDI DAN TERUNG..SEMUA INI JIKA SUKA.

SETELAH KUAH PEKAT DAN MENDIDIH..MASUKKAN CILI BESAR TADI..RASA KUAH TADI DAN PASTIKAN CUKUP RASA..MAKA BARULAH DI ANGKAT.


                














LAUK YANG DI MASAK NI PLAIN SAHAJA..SEADANYA TAPI SEDAPLAH JUGA BAGI PENYAMAN TEKAK..YE LA ASYIK MAKAN YAN BERLEMAK SAHAJA DI MUSIM PANAS INI.

YANG BESTNYA..LOBAK SAIN HANCUR TU MELEKAT-LEKAT DI KEPALA IKAN..KALAU SAYANGKAN KUAH JANGAN DI BUANG..MAKAN DENGAN ROTI PUN SEDAP JUGA...





Wednesday, 27 March 2013

PADI HOUSE CYBERJAYA....










                     SALAM SEMUA!





SABTU LEPAS NIKEE LEPAK DI CYBERJAYA....NIKEE SEBENARNYA SUKA DENGAN SUASANA DI CYBERJAYA INI,BANYAK KEDAI MAKANAN ARAB DI SINI DI SAMPING RESTORAN YANG LAIN.PALING BEST DI SINI SUASANANYA YANG SUNYI DAN TIDAK SIBUK MENGUNDANG SEDIKIT RASA TENANG BILA NAK MENJAMAH MAKANAN KETIKA MAKAN DI SEKITAR CYBERJAYA.






KALI INI NIKEE BERKUNJUNG DI PADI DEKAT PRIMA 1 CYBERJAYA..DI SEBELAH MAYBANK CYBERJAYA.TAHU TAK DI SEKITAR SINI RAMAI RESTORAN YANG ANDA BOLEH PILIH SELAIN DARI PADI,KOPITIAM OLD TOWN DAN BEBERAPA KEDAI LAIN SINI.





FOTO KAT BAWAH TU..FOTO KOLAM IKAN DI ANTARA RESTORAN PADI DAN KOPITIAM OLD TOWN....ANDA BOLEH MEMBERI IKAN MAKAN DI SINI...DALAM KOLAM PUN ADA  ANAK-ANAK KURA-KURA BERENANG-BERENANG DI DALAMNYA.











SUASANA REDUP DI DALAM RESTORAN YANG BERALA-ALA RUMAH KAMPUNG..BUAT TENANG SEKEJAP HATI DAN MINDA SEMENTARA MENUNGGU MAKANAN DI SIAPKAN..KATA ORANG TAK KALUTLAH...DI BELAKANG PULAK DI SEDIAKAN TEMPAT MEMBASUH KERETA@CAR WASH BAGI YANG MALAS YANG MEMBASUHNYA SENDIRI..KATA ORANG PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG..GITULAH!..SERONOK..DI SINI SLOW AND STEADY...SEMUANNYASAMBIL TUNGGU KERETA DI BASUH..MULUT PUN KENYANG .....
















JOM  INTAI MAKANAN YANG SEMUANYA SEDAP...DI ATAS ITU BAKE MOZARELLA CHEESE WITH BOLOGNESE SPAGETTI..SEDAP..BANYAK SEMANGKUK SEDERHANA BESAR NI KIRA CALEB BERSAMA YAYA LAH YANG KONGSI.
















YANG NI PULAK  GRILLED LAMD WITH GARLIC SAUCE....BANYAK FRESH AND NOT BAD!BAGI YANG SUKKAN KAMBING..RASANYA MENU NI MEMANG PUAS HATI.

















FOTO DI ATAS BAWAH NI..PALING SEDAP DAN MENJADI HALWA TEKAK YANG LEMBUT....NAMANYA PULAK GRILLED DORY FISH SPINACH ON THE BED OF SMOOTH WHIPPED POTATOS SERVED WITH GARLIC BUTTER.











GITULAH MAKAN TENGAHARI LEPAS YANG MANA NIKEE BARU TAHU KENAPA SAHABAT BAIK NIKEE ARWAH AKMAL SUKA SANGAT KE SINI ..KERANA  THE COOL AMBIENCE  IN HERE....


LAUK YANG DI SAJIKAN PUN  FRESH..SERTA CUKUP BERSIH....JADI BAGI ANDA YANG TERSASAR DARI KL KE CYBERJAYA SINGGAHLAH KE SINI....



SELAMAT BERKUNJUNG KE PADI.....

Monday, 25 March 2013

CHOCOLATE CUPCAKES WITH SALTED CARAMEL

SALAM SEMUA!



SABTU LALU YAYA KATA MAMA NAK MAKAN KEK KOKO LA!BIAR BETUL BUDAK NI...YAYA NI PALING TIDAK SUKA MENIKMATI MASAKAN KEK ATAU KUIH YANG BERASAKAN KOKO.TULA..NIKEE MATI AKAL KALAU NAK BUAT KEK KOKO..PADAHAL NIKEE MEMANG SUKAKAN KOKO...












           BILA BERPELUANG BUAT KEK KOKO..TERUJALAH NIKEE SEKEJAP.KATA YAYA KAWANNYA SEDIAKAN MOIST CAKE COCO YANG SELALU DI BUAT OLEH SEMUA TU...YAYA KATA MAMA GUNAKANLAH RESEPI MAMA OK..JANGAN BANDINGKAN DENGAN YANG ORANG LAIN PUNYA.





       SO ,BAGI RESEPI KEK KOKO YANG PERSIS BROWNIES NI MEMANG SEDAP DI MAKAN DENGAN ICE CREAM VANILA....SEDAP DI LETAKKAN CREAM CHEESE,BUTTERCREAM FROSTING..INI DADALH SALAH SATU RESEPI YANG ADA DALAM SIMPANAN NIKEE DARI BUKU MASAKAN DESSERTS..OLEH PENULIS DARI AUSTRALIA IAITU..TING MORRIS,RACHEL LANE DAN CARLA BARDI...HMMM HEBAT BUKU MASAKAN INI.










    JOM INTAI RESEPI.










            CHOCOLATE CUPCAKES WITH SALTED CARAMEL:





BASIC CARAMEL:


MAKES: 1 CUP

PREP; 5 MINS

COOKING TIME; 2 MINS


 1/4 CUP(60G) UNSALTED BUTTER
1/4 CUP (60 ML) LIGHT CREAM
1/2 CUP (100G) FIRMLY PACKED DARK BROWN SUGAR
1/2 TSP VANILA EXTRACT
1/4 TSP FINE SALT

1- COMBINE THE BUTTER,CREAM,BROWN SUGAR AND VANILA IN A SMALL SAUSEPAN OVER MEDIUM HEAT.COOK ,STIRRING CONSTANTLY,UNTIL ALL SUGAR DISSOLVES.INCREASE THE HEAT TO HIGH AND BOIL FOR 2 MINUTES.

2- REMOVE FROM HEAT AND SET ASIDE TO COOL AND THICKEN.
  















CHOCOLATE BUTTERLY CAKES;



1 1/3 CUPS (200G) PLAIN FLOUR
2/3 CUP(100G) UNSWEENTENED COCO POWDER
2/3 CUP (150G) SALTED BUTTER 
1 CUP (200G) SUGAR
2 LARGE EGGS
1/2 (125ML) MILK
2 TSP BAKING POWDER
1/4 TSP SALT
1 TSP VANILA ESSENSE


0VEN;180C-160C
BAKE; 15-20 MIN



MIX FLOUR,COCOA,BAKING POWDER AND SALT IN MEDIUM BOWL.BEAT BUTTER AND SUGAR IN LARGE BOWL WITH ELECTRIC MIXER AT HIGH SPEED UNTIL PALE DAN CREAMY.ADD THE EGGS.ONE AT THE TIME.WITH THE MIXER AT LOW SPEED PUT THE FLOUR ALTERNATING WITH THE MILK.SPPON THE B UTTER IN THE PAPERCUPS LINER UNTIL 1 THIRD FULL.


BAKE FOR 15-20 MINUTES.COOL THE CAKES FOR 15 MINUTES BEFORE MAKING A SMALL HOLE IN THE CENTRE AND FILL IT WITH CARAMEL SAUCE.



FROSTING TOP OF THE CAKES WITH SALTED CARAMEL BUTTER CREAM @ VANILLA BUTTERCREAM AND DRIZZLES WITH CARAMEL SAUCE.








SIMPLE BUTTERCREAM:


130 G UNSALTED BUTTER
2 TBSP OF CONDENSED MILK
1/2 CUP  ICING SUGAR-SHIF
1 TBSP VANILA BEANS EXRACT @ESSENCE
3 TBSP OF CARAMEL SAUCE
4 TBSP OF  FULL CREAM MILK





CREAM THE BUTTER UNTIL CREAMY AND PALE AND MILK AND CARAMEL SAUCE...BLEND TOGETHER THE VANILLA ESESSENCE..LASTLY PUT THE ICING SUGAR BIT BY BIT UNTIL ALL WELL BLENDED.POUR 4 TBSP MILK TO CREAM THE FROSTING.









SELAMAT MENCUBA!


   UNTUK PENGETAHUAN SEMUA KEK KOKO NI TIDAK MANIS CUME CARAMEL SOS DAN FROSTING TU YANG MEMANG CUKUP MEMANISKAN KEK INI.

SEDAP DI SEDIAKAN DI MAJLIS HARIJADI KANAK-KANAK YANG GEMARKAN KEK YANG MANIS.

CARAMEL SOS WELL BALANCE DENGAN KEK KOKO.
















Friday, 22 March 2013

NASI GORENG SARDIN







                             SALAM SEMUA!





HARI INI QUICK N3....SEMALAM ADA LEBIHAN IKAN SARDIN YANG DI MASAK UNTUK MAKAN MALAM..BIASALAH TIN SARDIN YG PALING KECIK PUN SUSAH NAK ABISKAN IKAN SARDIN INI.


PAGI TADI NIKEE SEGERA MASAKKAN NASI GORENG SIMPLE DI MAKAN BERSAMA SAMBAL BELCAN SERTA TIMUN DAN KEREPOK.



JOM KITA INTAI SEKEJAP RESEPI NASI GORENG INI.




                  NASI GORENG SARDIN;


           SEMANGKUK SEDERHANA NASI
           2 ULAS BAWANG PUTIH

                      5 ULAS BAWANG MERAH

                     2 SUDU KECIL CILI KISAR

                     1 SUDU KECIL LADA HITAM KISAR

                     SERBUK PERASA

                     2 SUDU KICAP PEKAT
   
                     2 KEPING IKAN SARDIN
     
                    1 KEPING FISH CAKE-DADU HALUS
         
                    4 BIJI FISH BALLS - BELAH 4

                    SOS IKAN

                    KUBIS,DAUN SOP,DAUN BAWANG,KCG PANJANG

                   SEDIKIT MINYAK



CARA;



               PANASKAN MINYAK..PASTIKAN BAWANG PUTIH DAN MERAH DI TUMBUK HALUS.TUMISKKAN SAMPAI WANGI,MASUKKAN CILI KISAR.GORENG SAMPAI WANGI.

MASUKKAN IKAN SARDIN YANG TELAH DI HANCURKAN..MASUKKAN SERBUK PERASA,SOS IKAN DAN LADA HITAM KISAR...SEDKIT KICAP PEKAT SEBAGAI PEWARNA PADA NASI..

LAST SEKALI MASUKKAN SAYURAN TADI..GAUL BERSAMA NASI SAMPAI LAYU DAN SEBATI..DAN MASAK SECUKUP RASA BOLEHLAH DI ANGKAT DAN HIDANGKAN.




BOLEH DIMAKAN BERSAMA LAUK KEGEMARAN ANDA JIKA SUKA..PERAHKAN SAM LIMAU NIPIS....   


















           
            
















Wednesday, 20 March 2013

MADELINE WITH HAWAIAN SWEET COCONUTS











                                      SALAM SEMUA!



















BILA BUKA KOMPUTER TADI,TERUS KE BLOG SINGGAH SEBENTAR KE AZIE KITCHEN,TERDETAK RASA DI HATI BILA MEMBACA KISAH "MENGAPA DI RINDU" OLAH KAK AZIE....

KATA KAK AZIE ..JIWA TERSENTUH  DENGAN SIKAP WANITA YANG DICERITAKAN OLEH KAK AZIE ..SETELAH SEDAR AKAN KESILAPANNYA BARULAH DIA MULAI MERINDUI SUAMINYA ITU..


PADA NIKEELAH..SEBAGAI MANUSIA KITA TAKKAN JADI SEMPURNA MANA..SEBAB MEMANG KITA DI CIPTA SERBA SERBI KEKURANGAN..SEBAB ITULAH KITA  MASIH TERCARI-CARI MACAM-MACAM DALAM SETIAP BENDA DALAM HIDUP KITA.

MAMA PERNAH CAKAP..TAK SEMPURNA HIDUP SEORANG WANITA WALAUPUN DIA BERJAYA TETAPI TAK MAMPU NAK SEDIAKAN SECANGKIR AIR BUAT SUAMI TERCINTA...TEMAN SEKOLAH MENENGAH SAYA NAMANYA ATI HARON..SEKARANG DIA DI BATU PAHAT JOHOR.ATI ADALAH SEORANG SAHABAT LAMA YANG MASIH NIKEE INGAT LAGI SEWAKTU CIKGU DI SEKOLAH MENANYAKAN SOALAN BUAT ATI.."ZURIATI HARON BILA  AWAK DAH BESAR APA CITA-CITA AWAK? ATI JAWAB"SAYA NAK JADI ISTERI MITHALI DAN IBU YANG BAIK PADA SUAMI DAN ANAK-ANAK SAYA CIKGU'...


MASA INI SEMUA MULUT KAWAN-KAWAN DI KELAS TERUS TERNGANGA..BIAR BETUL BUDAK INI...SETELAH MASA BERLALU..ATIE SUDAH PUN MEMENUHI HASRAT IBUBAPANYA YANG HENDAKKAN DIA BERJAYA ALHAMDULLILAH BERGELAR PENSYARAH DI POLITEKNIK DI KL SELAMA 5 TAHUN SEBELUM BERHENTI DAN MENGIKUTI SUAMI KE BATU PAHAT...KATA ATIE DIA BAHAGIA SEKARANG KERANA CITA-CITA ASALNYA SUDAH PUN TERLAKSANA AKHIRNYA..IALAH NAK JADI ISTERI DAN IBU YANG BAIK...ITULAH ATIE.



GITULAH KEHIDUPAN HARI INI..BANYAK BERUBAH,BANYAK PERBEZAAN..SEPERTI NIKEE SENDIRI..MEMILIH JALAN KELUAR YANG AMAT MUDAH IAITU BERHENTI BEKERJA DAN MENJADI ISTERI DAN IBU KEPADA ANAK-ANAK .WELL PERKAHWINAN TU BUKANLAH BED OF ROSESKAN!PASTI ADA YANG TERKURANG DI SANA-SINI TANPA KITA SEDARI..TETAPI DI KEHIDUPAN HARI INI..SUDAH RAMAI WANITA BEKERJA,TERKADANG CACAT SANGAT DI MATA WANITA SEDERHANA SEPERTI NIKEE..INI IALAH LELAKI YANG BERGELAR SUAMI MACAM MAINAN AJERKAN! SEMUA MENGIKUT TELUNJUK SI ISTERI....MANA TAK EMPAYAR ISTERI LEBIH HEBAT DARI SI SUAMI....WELL BETTER BEGITU KOT DARI BERGELAR ISTERI SEPERTI NIKEE BUKANNYA BAWA KEUNTUNGAN PUN...INI KOMEN PERIBADI DARI NIKEE.


APA PUN NIKEE BELAJAR SATU PENGAJARAN HEBAT DARI KEDUA IBUBAPA NIKEE..MAMA NIKEE TAK PERNAH LUPA SEDIAKAN SEMUA UNTUK WAN NIKEE DARI MENGILAP SEPATU HINGGAKAN MENGGOSOK SAPUTANGAN..PENDEKATA  SEMUA TERSEDIA..KATA MAMA SEDAR DIRI KITA ORANG MENUMPANG!ITULAH SIFAT MENUMPANG INI SUDAH LAMA TERHAKIS DI JIWA SI ISTERI-ISTERI ZAMAN MODEN.KARIER SEGALA-GALANYA..SUAMI SECOND PRIORTY.



KALAU ISTERI BEKERJA PULA BERHENTI KERJA..SUAMI PULA DI MINTA SEDIAKAN ORANG GAJI BUKAN SATU MALAH DUA..BAGI YANG MAMPU DI MINTA SEDIAKAN DRIVER JUGA..PADA NIKEE AMAT BERUNTUNG MEREKA HIDUP DI DUNIA INI..WANITA MACAM NIKEE NI..BELUM TENTU MENDAPAT BALASAN PAYUNG EMAS...HANYA ALLAH YANG TAHU.




PENDEK KATA...SEDARLAH DIRI..KALAU ADA YANG TERKURANG TU...BUATLAH PERUBAHAN..BUAT KAK AZIE..JIKA ADA UMUR PANJANG NANTI DI USIA EMAS NI,HARAP KAK AZIE ADALAH KEKASIH PALING HEBAT DI MATA SUAMI..SERTA PERMATA BERLIAN BUAT ANAK-ANAK...













JOM KITA INTAI SEKEJAP KEK MADELINE YANG NIKEE SEDIAKAN DI SINI..MUNGKIN RAMAI YANG LUPA KEHADIRAN KEK NIKAN.MASA KECIK DULU WAN SELALU BELI DI KEDAI KEK DI BANDAR KB..MACAM KEDAI KEK PERI,CHOK CHE HIN DAN FEVERET NIKEE MENG TIN...GITULA BUNYI NAMA-NAMA KEDAI ITU.


MADELINE NI DI BAKAR DALAM ACUAN ..DERIOL@ ACUAN KEK YANG BERBENTUK CAWAN TINGGI  RUPANNYA SEPERTI GELAS.ACUAN INI BANYAK DI JUAL DI KEDAI BAKERI.

MADELINE SEPATUTNYA DI SALUTI DENGAN DESSICATED COCONUT@KELAPA KERING TAPI NIKEE GUNAKAN HAWAIAN SWEET COCONUT DI SINI,BOLEH JUGA DIKISAR HALUS KELAPA INI JIKA SUKA.


JOM  INTAI RESEPI:












MADELINE WITH SWEET COCONUTS
OLEH: NIKEE


90 G @ 3 0Z TEPUNG GANDUM
1/4  SUDU TEH BAKING POWDER
60G@ 2 OZ GULA HALUS
60G@ 2 OZ MARJERIN@ MENTEGA
1 BIJI TELOR
1/2 SUDU TEH ESEN VANILA.


MENGHIASKAN KEK:



1 SUDU  TEH JEM RASBERI,STRAWBERI @JEM YANG DIGEMARI.

2 SUDU BESAR KELAPA PARUT.

4 BIJI CERI BERGLIS DI BELAH 2

ANGELICA -JIKA SUKA.










CARA;


PANASKAN KETUHAR PADA SUHU 170 C BAKAR KEK PADA MASA 15-20 MINIT SAHAJA.

GRISKAN ACUAN DERIOLE TADI...

AYAKKAN TEPUNG BERSAMA SERBUK PENAIK.KETEPIKAN.

PUTARKAN GULA BERSAMA BUTTER,SAMPAI KEMBANG MASUKKAN TELOR ..PUTAR LAGI SAMPAI ADUNAN BERKRIM.
MASUKKAN ESEN VANILA ,KAUP BALIK TEPUNG SAMPAI RATA,ISIKAN KEDALAM ACUAN  SAMA  BANYAK..NIKEE GUNAKAN AIS KRIM SKUP DI SINI.

SETELAH SIAP ,BAKAR SAMPAI MASAK.


UNTUK MENGHIASKAN KEK..APABILA KEK DAH SEJUK.
RATAKAN BAHAGIAN BAWAH KEK,SAPUKAN SETIAP KEK DENGAN JEM  YANG DI PANASKAN.

KEMUDIAN GOLEKKAN KE DALAM KELAPA TADI..HIASLAH DENGAN CERI DAN ANGELICA.

UNTUK RESEPI INI..KITA KAN MENDAPAT 7 BIJI KEK,KALAU ACUAN LAGI KECIL MAKA BANYAKLAH YANG AKAN DI PEROLEHI.







UNTUK RESEPI INI NIKEE GUNAKAN BUTTERCREAM SAHAJA SEBAGAI HIASAN.

MADELINE ENAK MASAM-MANIS DAN BERASA SEPERTI BAULU...BOLEH DI PELBAGAI PERISA JIKA SUKA.



                    SELAMAT  MENCUBA.

Monday, 18 March 2013

SIRA PISANG RAJA ICE REAM VANILLA








                                             
                                                 SALAM SEMUA!


KALAU BERCERITA HAL PISANG RAJA ATAU  PISANG-PISANG YANG LAIN SEPERTI NANGKA , ABU, AWAK SERTA KAPAS..INI ADALAH PISANG YANG SELALU DI MASAK SEBAGAI SIRA PISANG.

DI TEMPAT KELAHIRAN NIKEE PISANG SIRA AMAT POPULAR DI JAMAH DI BULAN PUASA SELEPAS BERBUKA ATAU SELEPAS BERSOLAT TARAWIH.

KALI INI KITA KONGSI BERSAMA MASAKAN MUDAH INI DAN DI MAKAN BERSAMA DENGAN VANILA AIS KRIM YANG LEMAK BERKRIM.


PISANG RAJA PUN ADALAH SALAH SATU PISANG YANG PALING SESUAI DI BUAT SWEET DESSERT SEPERTI INI MEMANG MENEPATI CITARASA CUMA SUSAH NAK MENDAPATKAN PISANG INI.

SIRA PISANG RAJA AMAT WANGI BAUNYA SERTA ENAK....











     



JOM KITA MASAK SAMA-SAMA,KALAU TAK NAK MASAK PUN INTAI SAJA DI SINI SUDAH PUN MENCUKUPI


SIRA PISANG RAJA

OLEH: NIKEE


5-6 BIJI PISANG RAJA-BUANG KULITNYA.

1/3 CAWAN GULA PASIR.

3-4 KUNTUM BUNGA CENGKIH

1 HELAI DAUN PANDAN

1/3 CAWAN AIR

SEDIKIT PEWARNA KUNING TELOR



CARA MENYEDIAKAN:


MASUKKAN PISANG KE DALAM PERIUK DAN TABURKAN GULA,CENGKIH SERTA DAUN PANDAN SERTA AIR.MASUKKAN PEWARNA KUNING GAUL RATA SUPAYA WARNA BERCAMPUR SEBATI.

GUNAKAN API SEDERHANA,MASAKKAN SAMPAI PISANG MENJADI EMPUK .APABILA SUDAH EMPUK BOLEHLAH DI ALIH DARI API DAN SEJUKKAN.

APABILA PISANG BETUL-BETUL SEJUK,AMBIL PISANG SIRA TADI DAN NIKMATI BERSAMA AIS KRIM VANILA....TABURKAN SIRAP GULA LEBIH DARI SIRA TADI KE ATAS AIS KRIM










Sunday, 17 March 2013

MORNING PAPAYA WITH LIME







                                     SALAM SEMUA!





KALAU KITA BERSARAPAN PAGI ORANG MELAYULAH YANG PALING TAKUT MENIKMATI BUAH-BUAHAN DI PAGI HARI.KATA MEREKA TAKUT SAKIT PERUTLAH...NANTI KE BILIK AIR SEPANJANG HARI....MACAM-MACAM ALASAN LAGI.



SEMASA MENJADI PRAMUGARI MAS YANG DI AJAR SECARA DETAIL  LAGI TENTANG APA ITU SARAPAN PAGI,MAKAN TENGAHARI,BRUNCH SERTA MAKAN MALAM JUGA MAKAN TENGAH MALAM.












KALAU DI DALAM PENERBANGAN DULU BUAH-BUAHAN YANG SELALU TERHIDANG ADALAH BETIK DAN JUGA FRUIT COCKTAIL SERTA PEACHES DALAM TIN..INI ADALAH WAJIB SEBAGAI PEMANIS MULUT SELEPAS SARAPAN.


KALI INI NIKEE KONGSIKAN CARA NAK MENIKMATI SARAPAN PAGI BERSAMA LIME @LIMAU NIPIS YANG DI PERAH AIRNYA SEKALIGUS DINIKMATI BERSAMA POTONGAN BUAH-BUAHAN INI.BETIK ADADALAH BUAH-BUAHAN YANG PALING SESUAI DI NIKMATI BERSAMA PERAHAN ASAM LIMAU.




MORNING PAPAYA WITH LIME;

OLEH; NIKEE


1 MANGKUK SEDERHANA KECIL BUAH BETIK- DI POTONG MENGIKUT YANG DI SUKAI.

POTONGAN BUAH LIMAU NIPIS.



CARA;




LETAKKAN BUAH BETIK DI DALAM MANGKUK YANG SESUAI DAN PERAHKAN ASAM LIMAU.

HIDANGAN BUAH-BUAHAN NI AMAT SESUAI DI NIKMATI SELEPAS ANDA MENIKMATI SARAPAN PAGI ANDA,TAK KIRALAH JUADAH APA YANG ANDA NIKMATI..PASTIKAN ADA HIDANGAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ITU.









Thursday, 14 March 2013

LAKSA LEMAK SINGAPURA



                         


                     SALAM SEMUA!












KALAU BAB LAKSA NIKEE SUKAKAN LAKSA LEMAK SEBAB MEMANG PUAS DAN SEDAP UNTUK DINIKMATI.HARI INI NIKEE NAK KONGSI LAKSA LEMAK SINGAPURA YANG MANA MENJADI SALAH SATU LAKSA KEGEMARAN NIKEE.











JOM KITA SEMAK RESEPI DAN CUBA MENYEDIAKANNYA DI HUJUNG MINGGU NANTI...!!





                 LAKSA LEMAK SINGAPURA;

           OLEH:BUKU MASAKAN PRIMA

           HIDANGAN: 6 0RANG.


BAHAN HIASAN:

TAUGEH

TIMUN

UDANG -REBUS

LIMAU KASTURI

SAMBAL BELACAN-JIKA SUKA



BAHAN-BAHAN:


1 KG MIHUN /PASTA VERCIMILLI- DI CELUR

60 ML MINYAK MASAK
400G ISI IKAN KEMBUNG - DIREBUS DAN DI AMBIL ISINYA
500G BAWANG MERAH*
150G BAWANG PUTIH*
50G LENGKUAS*
50G KUNYIT*
400G CILI MERAH@CILI KISAR*
300G SERAI - DI TITIK
1 LITER SANTAN 
1 SUDU MAKAN GULA
GARAM SECUKUPNYA.

* - SEMUA BAHAN INI DI KISAR HALUS.











CARA MEMASAK KUAH ;

PANASKAN MINYAK  DAN MASUKKAN BAHAN YG DIKISAR.

TUMISKAN BAHAN KISAR SAMPAI NAIK BAU,KEMUDIAN DI MASUKKAN ISI IKAN DAN SANTAN.

MASUKKAN SERAI, KACAU RATA DI ATAS API YANG PERLAHAN.

MASUKKAN GULA SERTA GARAM...LEPAS ITU BOLEHLAH DI ANGKAT DAN DI HIDANGKAN KUAH BERSAMA MIHUN TADI.

BAGI YANG SUKAKAN MAKANAN LAUT UDANG BOLEH DIMAKAN BERSAMA LAKSA INI.

MIHUN JUGA BOLEH DI GANTIKAN DENGAN PASTA VERCIMILLI,ANGEL HAIR @ PUN MEE KUNING.









                  SELAMAT MENCUBA!





Tuesday, 12 March 2013

CREAM CHEESE AI YI PING



                              SALAM SEMUA!





BEBERAPA MINGGU INI CUACA AMAT PANAS DI SEKITAR KL INI.MENCURI SEDIKIT RUANG DI SINI..NIKEE LAPANGKAN SEDIKIT WAKTU MEMASAK PUDING INI.AI YI PING NI DAH LAMA DALAM SIMPANAN TAPI MASIH BELUM DATANG MOOD UNTUK MEMBUAT RESEPI CHA CHA AI YI PING...

AI YI PING NI BOLEH DI DAPATI DI KEDAI BAKERI,KALAU DI YEN ADA DI JUAL DALAM 10 GRAM BERATNYA..TAPI OLEH DI GUNA PAKAI UNTUK MAJLIS YG TETAMUNYA  RAMAI...

AI YI PING ADALAH AGAR-AGAR RUMPAI LAUT JEPUN....






BAGI YANG TAK KENAL AI YI PING INILAH AI YI PING YANG SUDAH DI WARNAKAN HIJAU SERTA KUNING TELOR.MEYEDIAKAN AI YI PING ADALAH TANPA MEMASUKKAN GULA DI SINI NIKEE LETAK DALAM 6 SUDU GULA TAPI MASIH LAGI TAWAR.KALAU YG SUKAKAN MANIS BOLEHLAH DI MASUKKAN LEBIH IKUT CITARASA ANDA..





DI SINI KITA DAPAT SEDIAKAN AI YI PING DALAM PELBAGAI CARA DAN DEKORASI TERPULANG JADI JOM JENGUK RESEPI;




       CREAM CHEESE AI YI PING

     OLEH; NIKEE



10 G SERBUK AI YI PING

1500 ML AIR

1/2  CAWAN GULA@ NIKEE LETAK 6 SB SHJ


CARA;

PANASKAN DI DALAM PERIUK BESAR DAN MASUKKAN AI YI PING.MASAKKAN SAMPAI MENDIDIH ANGKAT.

MASUKKAN WARNA YANG DI GEMARI..SEJUKKAN DALAM PETI AIS SAMPAI KERAS.









CREAM CHEESE;


250 G CREAM CHEESE- DI SUHU BILIK
1 CAWAN GULA ICING-AYAKKAN
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
1 SUDU BESAR BUTTER-SUHU BILIK
4-5 SUDU SUSU SEGAR@SUSU KOTAK.


CARA;

PUTARKAN CHEESE BERSAMA BUTTER SAMPAI LEMBUT,MASUKKAN PULA ESEN VANILA DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT ICING SAMPAI SEBATI,LEPAS ITU TERUS MASUKKAN SUSU PUTAR SAMPAI SEBATI DAN RATA,ANDAIKAN KATA ADUNA MASIH KERAS TERUSKAN MEMASUKKAN SUSU,PASTIKAN JGN TERLALU CAIR.



HIASAN;

BUAHAN KOKTAIL,PINEAPPLE,RAMBUTAN,LAICI@LONGAN @ PEACHES-

1 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM-PUTAR SAMPAI BERTANDUK


BEKAS PUDING YG DIGEMARI.



CARA MENYEDIAKAN PUDING;


1 - SEDIAKAN BEKAS ...PAIPKAN CREAM CHEESE.


2- DI TABURKAN FRUITS COCKTAILS,MASUKKAN AI YI PING DAN DI PAIPKAN WHIPPING TADI..ULANGI PROSES SAMPAI HABIS.

3- APABILA SUDAH HABIS SEJUKKAN DI DALAM PETI AIS...BEBERAPA JAM SEBELUM DI HIDANGKAN SEJUK.




PESAN NIKEE;

BOLEH DI SEDIAKAN DALAM CASSEROLE BOWL.

AI YING JUGA ALTERNATIVE JELLY BAGI YG GEMARKAN PUDING TRIFLES,CUMA TAMBAHKAN PERISA DALAM MENYEDIAKAN AI YI PING.


AI YI PING BOLEH DI SEDIAKAN BERENDAM DALAM KUAH KASTAD MEMANG ENAK...SEBAB TIDAK MANIS LANGSUNG..

PUDING JUGA BOLEH DI GANTI DENGAN BUAHAN SEGAR SEPERTI ANGGUR,STRAWBERI JUGA KIWI

TEKSTUR AI YI PING MEMANG LIAT DAN SUSAH PUTUS.



SELAMAT MENCUBA!










Tuesday, 5 March 2013

UDANG HARLOCK ALA AROMA




                              SALAM SEMUA!






HARI INI NIKEE BERPELUANG MEMASAK MENU YANG DISEDIAKAN DI RESTORAN MAKANAN LAUT DI JERAM SELANGOR.RESTORAN AROMA MEMANG TERKENAL KERANA KESEGARAN MASAKAN SEAFOODNYA.



N3 KALI INI ,NIKEE SEDIAKAN UDANG MASAK HARLOCK ALA AROMA.SEDAP LAA DI MAKAN BERSAMA NASI PANAS BERKUAHKAN GULAI LEMAK,KARI DAN SEBAGAINYA

KALI INI UDANG NI TIDAK BERHIAS CANTIK KERANA BEBERAPA EKOR SUDAH  PUN MASUK MULUT,JADI NIKEE SNAPP FOTO SECEPAT MUNGKIN.





MASAK UDANG HARLOCK ALA AROMA INI MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DENGAN ALA-ALA CINA,YANG PASTI PEDAS-PEDAS MANIS..


JOM KITA CUBA!








UDANG HARLOCK ALA AROMA;
SUMBER: MAJALAH RASA 2008


1 KG UDANG-BERSIHKAN+ GAUL SEDIKIT GARAM+GORENG
5 ULAS BAWANG MERAH-*
3 ULAS BAWANG PUTIH- *KISAR
5 BIJI CILI PADI-*
3 CM HALIA-*
50GM CILI KISAR@ CILI KERING-*
3 SUDU MAKAN CILI SOS
3 SUDU MAKAN SOS TIRAM
GARAM
GULA
SERBUK PERASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG.









CARA MEMASAK:

GORENG UDANG SEPARUH MASAK.KETEPIKAN.


PANASKAN SEDIKIT MINYAK DI DALAM KUALI,TUMISKAN BAHAN KISAR SAMPAI WANGI...SERTA PECAH MINYAK

KEMUDIAN MASUKKAN CILI SOS,SOS TIRAM,BAHAN PERASA,GULA SERTA GARAM..KACAU SAMPAI MENDIDIH.

SELEPAS ITU,MASUKKAN UDANG TADI,GAULKAN RATA-RATA SAMPAI SEBATI.ANGKAT DAN SEDIA UNTUK DI HIDANG.




























Sunday, 3 March 2013

CUPPIES YANG KAK AZIE SUKA!




                       SALAM SEMUA!






KALI INI NIKEE RASA AMAT TERUJA SANGAT APABILA MELIHAT KAK AZIE DARI AZIE KITCHEN BLOG..MENYEDIAKAN CUPPIES NIKEE.ALHAMDULILLAH NAMPAKNYA CUPCAKES YANG DISEDIAKAN KAK AZIE BENAR-BENAR MENJADI.


JADI BAGI YANG DAH PUN MENJENGUK BLOG KAK AZIE PASTI ADA YNAG TERPANDANG KEK-KEK CAWAN HEBAT HASIL TANGAN KAK AZIE.


BAGI YANG NAK MENCUBA BOLEHLAH MENYALIN RESEPI DI SINI @JENGUK  DI BLOG AZIE KITCHEN.
SEBENARNYA,KEK CAWAN INI BOLEH DI ADAPTASI DALAM PELBAGAI RASA SEPERTI,LEMON,OREN,BLUEBERRIES,DAN BERMACAM JENIS RASA LAGILAH.








JOM INTAI RESEPI INI....


I-VILLAGE VANILLA CUPCAKES;

1 1/4 CAWAN MENTEGA
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
6 BIJI TELOR AYAM-GRED A
2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 1/2 CAWAN GULA HALUS
1/3 CAWAN SUSU SEGAR@KOTAK.
1 SUDU KECIL ESEN VANILA@PERISA LAIN YG DIGEMARI.


ICING @FROSTING;

8 SUDU BESAR MENTEGA TAWAR
3 SUDU BESAR SUSU
3 1/2 CAWAN GULA ICING
METALIC COLOR DRAGEES-HIASAN
1 SUDU KECIL ESEN VANILA@ PERISA LAIN.







CARA MEMBUAT KEK:

PUTARKAN MENTEGA BERSAMA GULA HALUS SAMPAI PUTIH DAN KEMBANG.

MASUKKAN PULA TELOR SATU PERSATU SAMPAI HABIS,PASTIKAN ADUNAN DI PUKUL SELAMA 3-4 MINIT MASUK ESEN YG DI SUKAI.

PASTIKAN ADUNAN DI ATAS BENAR-BENAR GEBU DAN RINGAN,PERLAHAN KAN MESIN PEMUTAR,MASUKAN TEPUNG YANG TELAH DI AYAK BERSAMA SERBUK PENAIK,BERSELANG SELI DENGAN SUSU SAMPAI HABIS.

APABILA SUDAH SIAP BOLEHLAH DI MASUKKAN KE DALAM PAPERCUPS DAN BAKAR PADA SUDU 180C SELAMA 25-30 MINIT..





CARA MEMBUAT FROSTING;


MULA-MULA PUKUL MENTAGA TAWAR SAMPAI LEMBUT MASUKKAN ESEN YANG DI SUKAI.

SETELAH BERCAMPUR RATA,MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT GULA ICING SAMPAI HABIS,PADA MASA INI ANDA BOLEHLAH MEMASUKKAN SUSU ...

RASALAH FROSTING ANDA MENGUNAKAN GIGITAN DI HUJUNG LIDAH BAGI MEMASTIKAN KEMANISANNYA...JIKA ADUAN SUDAH RINGAN DAN GEBU BOLEH SEGERA DI GUNAKAN ANDAI KATA TERLALU BERAT,BOLEHLAH DI MASUKKAN SEDIKIT LAGI SUSU BAGI MERINGANKAN FROSTING.

APABILA SUDAH SIAP PAIPLAH DI ATAS KEK DAN HIASLAH DENGAN DRAGEES.





PESAN NIKEE;

KALAU DI IKUT RESEPI ASAL TIADA ESEN  DI MASUKKAN..NI TERPULANGLAH PADA CITARASA ANDA.

JIKA NAK MENDAPATKAN SEPERTI DI DALAM FOTO,NIKEE MENGGUNAKAN PAPERCUPS YG SEDIKIT KECIL DARI BEKAS ACUAN CUPCAKES DAN DISIKAN HAMPIR PENUH.

IKUT RESEPI INI..DAPAT CUPCAKES SEBANYAK 12 BIJI BERSAIZ BESAR..KALAU MEDIUM BANYAKLAH YG DAPAT.

ANDA BOLEH MEMBELI ACUAN CUPCAKES BERSAIZ TINGGI DAN RENDAH  DI KEDAI BAKERI  YG SEDERHANA BESARNYA..DALAM 16 BIJI SEACUAN.


UNTUK KEK INI NIKEE MEMBAKARNYA SELAMA 25 MINIT KERANA NAK DAPATKAN WARNA SERATA


BOLEH DI TABURKAN COCO CHIPS,DRIED BLUEBERRIES,RAISINS,BLACKCURRANT,DRIED CRANBERRIES DAN MACAM-MACAMLAH LAGI YANG ANDA GEMARI..APAPUN SEMUA BAHAN DI ATAS HARUSLAH DI GAUL DENGAN SEDIKIT TEPUNG SUPAYA TIDAK SINKING @ TENGGELAM KE DASAR KEK.







SELAMAT MENCUBA!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...