Saturday, 30 November 2013

MASAK HIJAU HATI LEMBU...

   


                                  SALAM SEMUA!



NIKEE JARANG-JARANG SEKALI MENIKMATI DAGING MERAH TETAPI NIKEE HANYA MENGAMBILNYA HANYA 1 KALI SAHAJA DALAM SEBULAN...HMMM!HAIRAN ITULAH SAYA..NIKEE HANYA MENYUKAI DAGING SEGAR YANG DI SEMBELIH DI KAMPUNG SAHAJA.ITU PUN KALAU BERUNTUNG..SEBAB WAE NIKEE PUN HANYA MEMILIH  DAGING YANG BAIK SAHAJA..MAKNANYA LEMBU JANTAN SAHAJA YANG DI MAKANNYA..PELIK.! PEMILIH YANG SERIUS..




KALI INI TERINGIN NAK MENIKMATI HATI LEMBU..INGATKAN NAK BUAT SAMBAL SAHAJA,ATAU PUN DI GORENG BEREMPAH..


NIKEE MENCUBA MASAKAN INI..NIKEE MENCUBA MASAKAN DARI VISTANA HOTEL KL..MEMANG BERBALOI SANGAT SEDAP DAN LAZAT...ITU RESEPI INI NIKEE MENGUNAKKAN SEPARUH SAHAJA,TAPI DI SINI NIKEE AKAN SERTAKAN RESEPI PENUH...






JOM KITA CUBA;







1/2 KATI HATI LEMBU-potong & rebus sampai masak



BAHAN A;

1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH
1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT
1 SUDU KECIL LADA HITAM
1 INCI KULIT KAYU MANIS@1 SUDU KECIL SERBUK KULIT KAYU MANIS
6 BIJI BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA

# SEMUA BAHAN DI ATAS DI MESIN SAMPAI LUMAT


BAHAN TUMIS;
KULIT KAYU MANIS
BUNGA LAWANG
1/2 INCI HALIA- RACIK HALUS


BAHAN B:


2 BIJI KELAPA- AMBIK SANTANNYA
1 BIJI LIMAU NIPIS- AMBIK JUS
SEDIKIT MINYAK
GARAM,PERISA,GULA


CARA MEMASAK;

MASUKKAN MINYAK KE DALAM PERIUK,TUMISKAN BAHAN  MENUMIS  SAMPAI WANGI.

MASUKKAN BAHAN A DAN ,TUMIS SAMPAI GARING DAN WANGI.

TAMBAHKAN SEDIKIT AIR REBUSAN KE DALAM TUMISAN SUPAYA TIDAK MELEKAT...GORENG SEBENTAR LAGI.

APABILA NAIK MINYAK,SILA MASUKKAN PULA HATI YANG TELAH DI REBUS TADI..


GORENGKAN SEMUA BEBERAPA MINIT..KACAU SEBATI MASA INI,BOLEH DI MASUKKAN SANTAN BERSAMA AIR LIMAU NIPIS.

MASUKKAN GULA,GARAM DAN PERISA,TUNGGU SAMPAI KUAH PEKAT DAN BOLEHLLAH DI ANGKAT..


HIDANGKAN BERSAMA LAUK KEGEMARAN DAN NASI PANAS.






























KUPANG MUAR TUMIS CILIPADI



                            SALAM SEMUA!



MINGGU LEPAS..HAI DAPATLAH MERASA KUPANG MUAR LAGI SEKALI,ABANG PIAN BALIK KE MUAR..BILA BALIK PASTI DI BELIKAN KUPANG MUAR SEBAB KUPANG ADALAH KERANGAN FEVERET PIPI DAN NIKEE..


JADI KALI INI..KUPANG YANG DI BELI SEDIKIT HALUS SERTA KECIL,MUNGKIN FAKTOR CUACA YANG AGAK TAK MENENTU SEKARANG TAPI TAK APALAH..JANJI DAPAT JUGAK MASAK KUPANG...

KALI INI RESEPI MUDAH LAGI NIKEE SEDIAKAN..JOM INTAI RESEPI:










500 G KUPANG SEGAR- BERSIHKAN
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR- CINCANG HALUS
2 ULAS BAWANG PUTIH- CINCANG HALUS
3 INCI HALIA MUDA- CINCANG HALUS
4 BIJI CILIPADI- TUMBUK HALUS
2 BATANG SERAI - DI TITIK
SEDIKIT AIR
1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
SOS IKAN@GARAM@SOS TIRAM
SECUBIT GULA_JIKA SUKA
PERISA- JIKA SUKA
MINYAK -UTK MENUMIS



CARA;


PANASKAN MINYAK..TUMISKAN BAWANG TADI BERSAMA CILIPADI ,HALIA SERTA JUGA SERAI SAMPAI WANGI.

LEPAS TU MASUKKAN PULA KUPANG,TUTUP SEBENTAR DENGAN TUDUNG PERIUK,DALAM 2 MINIT..BIARKAN KULIT KUPANG TERBUKA...

MASA NI MASUK,GULA,PERISA SERTA SOS IKAN...BANCUH AIR BERSAMA TEPUNG JAGUNG DAN GAUL RATA.

SESUAIKAN RASANYA..ANGKAT DAN HIDANGKAN...


.



SELAMAT MEMASAK!

Thursday, 28 November 2013

CORNBEEF BERTELOR




                                   SALAM  SEMUA!


CORNBEEF   ADALAH MAKANAN DI DALAM TIN YANG AMAT DIGEMARI OLEH SUAMI NIKEE..MANAKALA NIKEE LAGI SUKA MENGGUNAKAN CORNBEEF UNTUK MEMBUAT SANDWICH,BRUSCETTA ATAU BISKUT LEMAK BAKAR BERCORNBEEF..


KEBANYAKKAN CORNBEEF YANG DI JUAL DI MALAYSIA HALAL DAN SELAMAT UNTUK DI GUNAKAN..ANTARANNYA JENAMA HIGHWAY,LIBBY ATAU KUMPULAN BARKATH..MEMANG SEDAP! SERTA HALAL.










 HARI INI NIKEE KONGSIKAN DULU..RESEPI MUDAH YANG SELALU KAMI NIKMATI..DI RUMAH BERSAMA ROTI DI WAKTU PAGI..CARA MASAKAN INI JUGA BOLEH DI MASAK UNTUK PAI,ROTI GULUNG SERTA QUICHES..MEMANG SEDAP.





JOM INTAI RESEPI;







1 TIN CORNBEEF
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR
1 BIJI TELOR AYAM- DI PUKUL SEDIKIT
PERISA
LADA SULAH
2 SUDU BUTTER-UTK MENGGORENG




CARA;



PANASKAN KUALI..MASUKKAN BUTTER TUMISKAN BAWANG SAMPAI WANGI,MASUKKAN PULA CORNBEEF TADI..

MASUKKAN PULA,PERISA SERTA LADA SULAH.


GORENG GARING CORNBEEF ....APABILA SUDAH GARING SERTA KERING ANGKAT DAN HIDANGKAN


BOLEH DI MAKAN BERSAMA NASI PANAS ATAUPUN ROTI.  






      

SAMBAL NASI LEMAK KAWWW!



                                  SALAM SEMUA!





SAMBAL NASI LEMAK KAWW INI NIKEE SUDAH PUN KONSIKAN LAMAN FACEBOOK NIKEE..TAPI NIKEE BELUM DAPAT N3 KE BLOG NIKEE INI...WALAU BAGAIMANA..PASTI RAMAI YANG TAHU AKAN RESEPINYA...


NIKEE MENCARI RESEPI SAMBAL INI DI INTERNET..ALHAMDULLILAH AMAT BERPUAS HATI DENGAN HASIL KEJADIAN SAMBAL INI...BAGI YANG HENDAK BERKONGSI SILA INTAI RESEPI;...







SAMBAL NASI LEMAK KAWW
SUMBER; INTERNET










2 CWN CILI KISAR
1/2 CWN IKAN BILIS-KISAR HALUS
2 BIJI BWG BESAR MERAH- KISAR HALUS
3 BIJI BAWANG PUTIH
AIR ASAM JAWA- SECUKUPNYA@ ASAM KEPING
2 CM BELACAN-KISAR
1 KEPING @ 2 KEPING MANISAN@ GULA MELAKA
GARAM
PERISA- JIKA SUKA
1/2 CWN MINYAK- UTK MENUMIS





CARA;


PANASKAN MINYAK..TUMISKAN SEMUA BAHAN YANG TELAH DI KISAR HALUS TADI,GORENG SAMPAI WANGI BARULAH DI MASUKKAN CILI.


TUNGGU SAMPAI CILI PECAH MINYAK BARULAH DI MASUKKAN GULA MELAKA,MASUKKAN AIR ASAM JAWA ,JIKA TIADA ASAM KEPING PUNG BOLEH DI LETAKKAN..

SETELAH ITU MASUKKAN GARAM DAN PERISA...TAPI HARUS BERHATI-HATI TAU ALMAKLUMLAH IKAN BILIS SUDAH TERSEDIA MASIN.

LAST SEKALI PERISA...JIKA SUKA DAN MASAKLAH SAMBAL NASI LEMAK INI SAMPAI MENJADI MERAH..GELAP ATAUPUN MAROON GITU..LAGI LAMA LAGI BAGUS..

SELAMAT MENCUBA!




PESAN NIKEE;

BOLEH JUGA DI LETAKKAN SOTONG KATAK YG KECIK TU KE DALAM KUAH..BOLEH DI GORENGKAN GARING DAN DI MASUKKAN BERSAMA SEMASA MENUMIS IKAN BILIS...HARUMAN DARI SOTONG ITU JUGA AKAN MENYEDAPKAN LAGI KUAH SAMBAL ANDA..

UNTUK SAMBAL INI NIKEE GUNAKAN CILI YUDI DARI CINA..YANG DI BEKALKAN DARI KELANTAN...MEMANG CANTIK HASIL MERAH KUAH SAMBAL INI.









Tuesday, 26 November 2013

BANANA NUT MUFFINS WITH CARAMEL SAUCE



                   


                                               SALAM  SEMUA!


BERTEMU KEMBALI DI MUSIM CUTI SEKOLAH 2013...SEPERTI BIASA TIADA YANG ISTIMEWA BAGI NIKEE DI SINI,MASIH SEPERTI BIASA SAJA...KALAU ORANG LAIN SIBUK BERCUTI TAPI KAMI MASIH TERPERAP DI RUMAH MACAM BUDU..


KAMI MENGAMBIL LANGKAH AWAL BERCUTI PADA CUTI SELEPAS HARI HAJI  BARU- BARU INI DI SEKITAR KL,MEMANG SERONOK,SAMPAI NAIK 2 KILO BADAN NIKEE..


TAHUN INI,ADALAH TAHUN PERTAMA,ANAK DARA NIKEE MENGGANTIKAN PUASA,JADI RUTIN KALI INI PULA,NIKEE CUBA MENGHABISKAN PUASA BERSAMA DI RMAH,ALHAMDULILAH SEGALANYA TELAH PUN SELESAI SEMUANYA.

BERBALIK KEPADA MAKAN,MASAK DAN MINUM,YAYA BIASALAH MESTI ADA SWEET THINGS YANG HENDAK DI KUNYAHNYA..JADI BANANA MUFFINS INI NIKEE SEDIAKAN BERSAMA CARAMEL SOS UNTUK DI NIKMATI BERSAMA..




JOM INTAI:










BANANA NUT MUFFINS:



3 BIJI PISANG MASAK- HANCURKAN
1/2 CWN MINYAK JAGUNG
1/2 CWN GULA PASIR
1/2 CWN GULA PERANG
2 BIJI TELOR AYAM
2 CWN TEPUNG GANDUM
1 1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP BAKING SODA
1/4 TSP GARAM HALUS
1 CWN-KACANG PECAN-PANGGANG&CINCANG KASAR
SEDIKIT COKLAT RICE- UTK DI TABUR DI ATAS NYA-OPTIONAL


CARA;


PANASKAN OVEN PADA SUHU 180'C...SEDIAKAN BEKAS MUFFINS.



DI DALAM BEKAS YANG BESAR,SEDIAKAN SEMUA BAHAN YANG BASAH SEPERTI,PISANG,TELOR,MINYAK,BERSAMA GULA PUTIH SERTA GULA PERANG...KACAU SAMPAI SEBATI.

KEMUDIAN,AYAKKAN BAHAN KERING SEPRTI TEPUNG,BAKING POWDER,BAKING SODA,SEPARUH DARI KACANG PECAN TADI..MASUKKAN BAHAN KERING IN KE DALAM BAHAN BASAH...KACAU RATA DAN SEBATI.

MASUKKAN 3/4 PENUH KE DALAM ACUAN MUFINS YANG TELAH DI ALAS PAPERCUP ATAU ANDA BOLEH GUNAKAN SOUFFLE CUPS..TABURKAN LEBIHAN DENGAN KACANG PECAN TADI..


BAKAR SELAMA 18- 23 MINIT ATAU SAMPAI KEPERANGAN.APABILA MASAK SEJUKKAN





CARAMEL SOS;


1 CAWAN GULA PERANG
1/2 CAWAN HEAVY CREAM @ SUSU FULL CREAM
1/4 SUDU KECIL GARAM



PANASKAN DI ATAS DAPUR  SEHINGGA LIKAT DAN PEKAT ...SEJUKKAN DAN SEDIA UNTUK DI NIKMATI BERSAMA MUFFIN TADI...





EASY MERINGUES WITH STRAWBERRY CREAM.....



                                  SALAM  SEMUA!

SELAMA HAMPIR 2 TAHUN MENJADI BLOGGER,NIKEE BENAR-BENAR TIDAK SEMPATAN UNTUK BERKONGSI LAMAN DAPUR HELEN INI DI LAMAN FACEBOOK,MAHUPUN DI GROUP MASAKAN YANG DI BUKA OLEH RAMAI   BLOGGER-BLOGGER TERKENAL DI MALAYSIA.



SETELAH BERPELUANG DI MUSIM CUTI..NIKEE DAH PUN MENGIKUTI GROUP YANG BANYAK BERKONGSI RESEPI DAN KEPANDAIAN MASING-MASING DI FACEBOOK.BAGI KEKAWAN BARU SERTA LAMA YANG SUDI NAK SINGGAH DI SINI,ALHAMDULLILAH DAPATLAH KITA BERKONGSI NIKMAT KEPANDAIAN YANG ALLAH DAH BERIKAN.....


KALI INI NIKEE NAK KONGSI KERJA RUMAH DI MUSIM CUTI-CUTI INI....JOM KITA CUBA MERINGUES INI.









DI SINI KITA CERITA SIKIT OK..MERINGUES ATAU BISKUT DARI HASIL GULA SERTA PUTIH TELOR INI ADALAH ALTERNATIVE TERMUDAH UNTUK DI SEDIAKAN BUAT TETAMU,TETAPI BUKALAH BOLEH DI NIKMATI SELALU SEBAB MANIS..

ORANG PUTIH MEMANG SUKA MENIKMATINYA BERSAMA TEH O KOSONG PANAS DI WAKTU MINUM PETANG....PERBEZAAN PAVLOVA ADALAH DAN MERINGUES DI SINI IALAH PAVLOVA ADA DI LETAKKAN TEPUNG JAGUNG SERTA CREAM OF TARTAR..MANAKALA BAHAN UNTUK MERINGUES CUMA SEDIKIT GARAM HALUS SERTA PUTIH TELOR...ITU SAHAJA..BAGI YANG NAK  MENCUBA ATAU DAH PN MENCUBA SILAH JENGUK RESEPI :











BASIC MERINGUES;
SUMBER: INTERNET



4 BIJI TELOR PUTIH- SUHU BILIK
SECUBIT GARAM HALUS
220 G ( 1CAWAN) GULA KASTER


BAKAR; 120 C
                TURUN OVEN PADA SUHU 90'C
                 1 1/2 JAM



SEDIAKAN BEKAS PEMUTAR KEK..MASUKKAN TELOR PUTIH DAN SECUBIT GARAM,PUTAR TELOR PUTIH DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINGGA BERTANDUK ATAU SOFT PEAK.MASA INI MASUKKAN GULA KASTER SEDIKIT - SEDIKIT PADA KEKELAJUAN LAJU SEHINGGA GULA HABIS DAN PUTIH TELOR MENJADI LEBIH LIKAT SERTA BERKILAT.
MASA INI HENTIKAN MESIN DAN PUTIH TELOR ITU SEDIA UNTUK DI PAIPKAN DI ATAS KERTAS MINYAK.
PASTIKAN GULA BENAR-BENAR HANCUR SEBELUM MENGANGKATNYA  UNTUK DI PAIPKAN...
ANDAI BELUM HANCUR PUTAR LAGI TAPI JANGAN SAMPAI OVER BEAT,JIKA TIDAK MERINGUES AKAN RUNTUH...




PAIP MENGIKUT KESUKAAN ANDA...BAKAR PADA SUHU YANG SUDAH DI TETAPKAN SEPERTI DI ATAS..

# PANASKAN OVEN PADA SUHU 120'C..TETAPI SEBELUM MEMBAKAR MERINGUES TURUNKAN PADA 90'C SAMPAI MASAK..1 1/2 JAM..

  




BAHAN TOPPING;

1  1/2 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM (RICH)
3 SUDU BESAR JEM SMUCKER STRAWBERY NO SUGAR
SEDIKIT PEWARNA PINK- JIKA SUKA

* WHIPP CREAM SAMPAI BERTANDUK..MASUKKAN JEM SERTA PEWARNA MERAH..GAUL SEBATI...SEDIA UNTUK DI HIAS.



BUAH-BUAHAN ;

BLUEBERRIES,STRAWBERI,KIWI HIJAU,KIWI GOLD,TANGERINE DLM TIN,ANGGUR,PEACHES,SERTA MARKISA


STRAWBERI SOS;

5 SUDU MKN JEM STRAWBERI
2 SUDU MKN GULA ICING
3 SUDU BESAR AIR
2 SUDU BESAR PERAHAN AIR LIMAU@ LEMON@ ORANGE..

* PANASKAN SEMUA BAHAN DI DALAM PERIUK PADA API SEDERHANA BESAR..MASAK SAMPAI LIKAT SEDIKIT DAN ANGKAT DAN DI SEJUKKAN.


CARA MENGHIASKAN MERINGUES;

PAIPKAN WHIPPING CREAM SEDIKIT,MASUKKAN PULA BUAHAN POTONG YG KECIL,DAN PAIPKAN LAGI WHIPPING CREAM SAMPAI KE ATAS.

HIASI DENGAN  BUAH- BUAHAN TADI....PERAHAN SARI MARKISA DAN HIAS DENGAN SOS STRAWBERI..






PESAN NIKEE;


MERINGUES BOLEH DI SEDIAKAN SEHARI AWAL..

MERINGUES HENDAKLAH DI LETAKKAN KE DALAM BEKAS KEDAP UDARA UNTUK MENGEKALKAN KERANGGUPANNYA.

LETAKKAN MERINGUES YANG SUDAH MASAK KE DALAM OVEN SEHINGGA 3-4 JAM SUPAYA MERINGUES BENAR- BENAR KERING..

APABILA MELETAK WHIPPING CREAM MERINGUES BISKUT INI HENDAKLAH DI GUNAKAN SEKADAR SEGERA ...

BISKUT MERINGUES BOLEH DI SEDIAKAN SEPERTI PAVLOVA TETAPI DALAM BENTUK YG LAGI MINI DAN DI SEDIAKAN DI DALAM PINGGAN ATAU MANGKUK DESSERT SEBELUM DI LETAK WHIPPING CREAM.






Thursday, 21 November 2013

ROYCES DEATH BY CHOCOLATE.....





                                       SALAM SEMUA!




CERITA PASAL COCO..RASANYA NIKEE MEMANG PENGEMAR COKLAT.COCO ITU MEMANG UNIK SEADANYA.
HAL KEK,BISKUT SERTA DESSERT YANG BERASASKAN COCO JARANG DI LIHAT DI RUANGAN LAMAN NIKEE..NAK TAHU KENAPA?ANAK-ANAK NIKEE TIDAK BEGITU MENGEMARI MASAKAN BERASASKAN COCO.


SETELAH BERATUS KALI MEMBUAT KEK COCO SEBELUM MENJADI BLOGGER LAGI ,NIKEE NAK BERKONGSI LAH KEK NIKEE DI SINI..TIADA YANG SPECIAL TETAPI  PUAS HATI SEBAB DAPAT MENAMPUNG KELEMAHAN BLOG LAMAN YANG MEMANG MEMPUNYAI PELBAGAI KELEMAHAN DI SINI...TERUTAMANYA TIADA COKLAT KEK DI BLOG INI...



KEK DEATH BY CHOCOLATE IN AMAT INDAH KEJADIANNYA DAN PASTI RAMAI PENGEMAR COCO YANG TEGAR AKAN SUKA AKAN CITARASANYA...
    


INSYAALLAH DI MASA YANG AKAN DATANG NIKEE AKAN CUBA  RESEPI LAIN LAGI DAN KITA KONGSI DI LAMAN DAPUR HELEN....


INTAI RESEPI INI;













DEATH BY CHOCOLATE;
SUMBER; INTERNET



2 CWN TEPUNG
2 CWN GULA PERANG- JIKA TAK SUKA MANIS 1 1/2 CWN
1 CWN KOKO
4 TBSP TEPUNG JAGUNG
SECUBIT GARAM
1 1/2 TSP BAKING SODA
3/4 TSP BAKING POWDER-1/2+1/2 SUDU TEH (3/4)
1 CWN MINYAK JAGUNG
1 CWN SOUR CREAM@ YOGURT@BUTTERMILK
4 BIJI TELOR SEGAR(BUANGKAN PUSATNYA)
100 ML AIR+1 SUDU BESAR SERBUK KOPI SEGERA
200G CHOCOLATE CHIPS @ CHOCOLATE BAR -CINCANG.




ACUAN; 9 BULAT
BAKAR; 175'C
              50-55 MINIT



GANACHE TOPPING;

200 G COOKING CHOCOLATE
200 G HEAVY CREAM




CARA;


CAMPURKAN KESEMUA BAHAN DI ATAS SAMPAI BERCAMPUR SEBATI..DAN PALING AKHIR SEKALI GAULKAN CHOCOLATE CHIPS..

SEDIAKAN UNTUK DI BAKAR..


APABILA MASAK SEDIA UNTUK DI HIASKAN DENGAN GANACHE DI ATASNYA..





INI CHOCLATE ROYCES DARI KOREA YNG MEMANG MAHAL DAN SEDAP..NIKEE MEMBUAT LAPISAN DI ANTARA 2 KEK..DAN DI HIAS DARI DALAM DAN LUAR.


JIKA HENDAK MENDAPAT CHOCOLATE IN KENALAH KE MIDVALLEY DI KIOSK ROYCES DI HADAPAN COLD STORAGE..

SEJUKKAN DI DALAM PETI AIS..CHOCOLATE CAKE ENAK DI NIKMATI PADA SUHU BILIK ATAU PANSKAN 20 SAAT DI DALAM MIKROWAVE SEBELUM MENIKMATINYA...







Tuesday, 19 November 2013

LEMONY CUPCAKES AND LEMONY BUTTERCREAM







                          SALAM  SEMUA!


BERTEMU LAGI DI TENGAHARI INI..MACAM BIASALAH..ASYIK MEMBASUH,MEMASAK,DAN BERBAGAI MACAM RAGAMLAH SEMENJAK CUTI SEKOLAH INI.



WALAUPUN BERMACAM RAGAM MASAK TETAP MASAK..BILA MASUK CUTI SEKOLAH SAJA,REQUEST BUAT CUPPIES MULAH BANYAK TERUTAMANYA YAYA..ANAK DARA NIKEE YANG TUNGGAL TU....


BUAT N3 CUPCAKES KALI INI PULA,NIKEE MENCUBA RESEPI BARU YANG NIKEE GOOGLE ...BERMACAM JENIS RESEPI,TETAPI NIKEE MENCARI RESEPI BERASASKAN LEMON.STOCK LEMON ADA DI DALAM PETI AIS RASANYA DAH LAMA JUGA MEMBELINYA.


BAGI RESEPI BARU INI JOM KITA MASAK;






                   





ZING LEMON CUPPIES
BY;GOODFOOD.COM



125 G OF BUTTER-SUHU BILIK
125 G CASTER SUGAR
2 TELOR MEDIUM
2 TBSP SUSU SEGAR
100 G TEPUNG NAIK SENDIRI
2 LEMONS



PANASKAN OVEN PADA SUHU 180 C

PUKUL GULA BERSAMA MENTEGA SAMPAI GEBU DAN RINGAN.
MASUK TELOR SATU PERSATU,MASUKKAN PULA TEPUNG YANG TELAH DI AYAK DAN ZEST ATAU PARUTAN DARI LEMON ITU.
MASUKKAN JUGA JUS LEMON ITU...SEDIKIT SAHAJA DALAM 2 SUDU MAKAN.

CAMPURKAN SEMUA SAMPAI SEBATI...SKUP KE DALAM BEKAS ACUAN CUPCAKES DAN BAKAR SELAMA 10-15 MINIT.

SEJUKKAN SEBELUM DI LETAKKAN ICINGNYA.


LEMON FROSTING;


1 CWN MENTEGA MASIN
4 CAWAN GULA ICING- AYAKKAN
2 TBSP LEMON ZEST@PARUTAN KULIT LEMON-JIKA SUKA
3 TBSP JUS LEMON




PUTARKAN BUTTER SAMPAI GEBU BARULAH DI MASUKKAN GUAL ICING..PUTAR SAMPAI SEMUANYA RINGAN DAN GEBU.

MASUKKAN JUGA LEMON ZEST DAN JUS..SEDIA UNTUK DI SAPU
SAPUKAN FROSTING DI ATAS KEK CAWAN MENGIKUT KREATIVI MASING-MASING

KALAU NAK MENGURANGKAN GUALA ICING PUN BOLEH BERBUAT DEMIKIAN CUKUPLAH SEKADAR 2 CAWAN SAHAJA...

SELAMAT MEMASAK1






Monday, 18 November 2013

LEMON BLACK TEA WITH RAMBUTANS COCKTAIL





                          SALAM SEMUA!


NAMPAKNYA SUDAH LAMA JUGA TAK N3 BLOG LAMAN INI..BUKAN APA SIBUK KERANA KIDS SEMUA MEMERAP DI RUMAH...MELAYAN ANAK BUJANG SEORANG TU BUKAN MAIN PENAT RASANYA..


SEBAGAI PEMANIS TEKAK WALAUPUN MUSIM HUJAN..HARAP-HARAP SUDILAH MENCUBA COCKTAIL SEMUDAH 1 2 3 INI..


JOM TENGOK RESEPI;



3- 4 UNCANG TEH LEMON AHMED TEA
GULA-  SEMANIS RASA
1 TIN RAMBUTAN COCKTAIL
1 BIJI LEMON- AMBIL JUSNYA
AIS - SECUKUPNYA
AIR 
LEMON RING - HIASAN
GELAS TINGGI



CARA;


BUAT AIR TEH SEPERTI BIASA..BIAR PEKAT SEDIKIT.
TAMBAH GULA PASIR MENGIKUT MANIS..CAMPUR BERSAMA JUS LEMON,SERTA JUS COCKTAIL JUGA HIRISAN LEMON..CAMPUR SEMUA..

AMBIL GELAS TINGGI DAN LETAKKAN RAMBUTAN DAN AIS...HIASLAH LEMON RINGS SEBAGAI PEMANIS..


SELAMAT MENCUBA!   







Tuesday, 12 November 2013

BANANA CUPCAKES WITH WILTON EASY BUTTERCREAM RECIPE....DRIZZLES WITH SALTED CARAMEL






                                            SALAM SEMUA!



BILA BUKA BLOG TERPANDANG ANTIE PATSY BUAT SWISS BUTTERCREAM DAN ITALIAN BUTTERCREAM HAI! MULALAH TANGAN NI MENGGATAL NAK MEMBAKAR CUPPIES...



BILA BUKA INSTAGRAM PULAK NAMPAK MEMBER LAMA REYNA SAHAD BUAT CUPPIES DEVIL FOOD CAKE...HAI! DUGAAN TAK BOLEH TAHANLAH RASANYA..


UNTUK N3 KALI INI NIKEE CUMER NAK BERKONGSI RESEPI BUTTERCREAM SUPER EASY YANG DI DALAM SIMPANAN PALING LAMA SEKALI IAITU DARI WILTON...DARI BASIC BUTTERCREAM BIASA HINGGA DOUBLE CHOCOLATE BUTTERCREAM NIKEE ADA RESEPINYA..UNTUK BANANA CUPPIES SEPERTI YANG DI TUNJUKKAN DI DALAM FOTO DI ATAS NIKEE KAN KONGSI YANG PALING MUDAH SEKALI DI SINI.









SEBENARNYA TIADA LAH SUSAH SANGAT NAK MENYEDIAKAN BUTTERCREAM,PADA NIKEE SEMUANYA MENEPATI CITARASA NIKEE.KALAU INGIN CHOCOLATE BUTTERCREAM YANG GELAP BOLEH DI GUNAKAN DARK COCO SUPAYA HASILNYA NAMPAK LEBIH GELAP DAN CANTIK.

BUTTERCRAM YANG DI SATUKAN DENGAN KRIMWELL SERTA SHORTENING PALING HEBAT CUN KEJADIANNYA..JIKA SUKA YANG KURANG MANIS,ITALIAN SERTA SWISS BUTTERCREAM ADALAH PILIHAN YANG PALING TEPAT..CUMA PEMBIKINANNYA MENGGUNAKAN TELOR PUTIH SEGAR BOLEH MENYEBABKAN SAKIT JIKA ADA YANG ALAH DENGAN TELOR SEGAR....SEPERTI KUMAN SALMONELLA..


ANDA BOLEH GUNAKKAN MERINGUES POWDER YANG DI JUAL DI KEDAI BAKERI HASILNYA TETAP SAMA JUGA..MENGGUNAKAN ALTERNATIVE SEPERTI TELOR YANG DI PASTURKAN PUN BOLEH JUGA..


UNTUK RESEPI DI DALAM FOTO SILAH JENGAH DI SINI;












CUPPIES;  

BANANAS PECAN & WALNUT CUPCAKES
MINI MILK CHOCOLATE HERSHEY- GARNISHES

( FOR  MY BANANAS CUPPIE..PLEASE SEARCHED IN ONE OF MY CUPCAKES LABEL FOR THIS SIMPLE RECIPE)
- YOU MAY ALSO USE YOUR OWN BANANA CUPCAKES AND TRY WITH THIS EASY BUTTERCREAM




EASY BUTTERCREAM RECIPE;


1/2 CUP CRISCO@ VEGGIE SHORTENING(WHITE)
1/2 CUP BUTTER
2 CUP OF POWDER SUGAR-SHIFT NICELY
1 EGG WHITE
1 TBSP PURE VANILLA ESSENCE.



BEAT THE WHITE EGG UNTIL STIFF AND FLUFFY....
AND ADD THE PURE VANILLA ESSENCE.BEAT AGAIN AT MEDIUM SPEED FOR 2 MINUTES.

SLOW THE MIXER AND SLOWLY ADD THE VEGGIE SHORTENING..AND THE BUTTER...CONTINUE BEATING..AT MEDIUM HIGH SPEED.

LASTLY...AT MEDIUM SPEED ADD THE POWDER SUGAR..BEAT UNTIL ALL WELL COMBINE...BEAT WELL ...

THE LONGER YOU BEAT YOUR BUTTER CREAM ..THE BETTER AND IT IS WILL TURN MUCH MORE FLUFFIER


SALTED CARAMEL:

1 CUP DARK BROWN SUGAR@ LIGHT BROWN
2 CUP OF HEAVY CREAM- i used low fat mik only bcuz i run out of cream)
3  TBSP OF BUTTER
1 TSP SALT..


BRING ALL INTO THE BOIL IN THE BOWL AT MEDIUM FIRE...STIR NICELY.

WAIT UNTIL THE CRAM BECOME THICKER AND TURN TO LIGHT BROWN..TURN OFF THE FIRE..AT LET THE CARAMEL SAUCE COOL BEFORE DRIZZLES OVER YOUR BUTTERCREAM FROSTING..






    
PESAN NIKEE;

BAGI SWISS DAN ITALIAN BUTTERCREAM AMAT CANTIK KEJADIANNYA DAN JUGA CUKUP SEMPURNA JIKA INGIN MENYAPUKAN PADA KEK ATAUPUN CUPCAKE ANDA.


BUTTERCREAM BIASA PENAMBAHAN CORN SYRUP PULA ADALAH PALING BAIK SEBABNYA BOLEH MEMBUATKAN BUTTERCREAM ANDA TAHAN DI CUACA YANG PANAS...(HOLD THE SHAPE)

SALTED CARAMEL SAUCE JUGA SEDAP DI MAKAN BERSAMA STICKY DATES CAKES @ PUDDING...AMAT SESUAI DI PAIPKAN KE ATAS CAKE CHOCOLATE,KEK BERPERISA PEANUT BUTTER.....


SELAMAT MEMBAKING SEMUA!




Sunday, 10 November 2013

MINIONS VICTORIA CAKE WITH ITALIAN VANILLA BUTTERCREAM






                                     SALAM SEMUA!


TANGGAL 28 OKTOBER YANG LALU,CALEB MENYAMBUT HARI JADI YANG KE 4 BARU-BARU...SEBENARNYA,NIKEE CUKUP MALAS MEMBUAT KEK...TAPI NIKEE TERPAKSA TERUSKAN JUGA  PROJEK KEK MINIONS NI...


UNTUK BASIC KEK HARIJADI INI,NIKEE MENCUBA VICTORIA CAKE YANG DI AMBIL DARI BLOG THE GIUARDIAN KITCHEN...KAK YANI YANG MEMANG FEMES DAN MELETOP DI LUAR SANA....


DENGAN HATI PENUH BANGGA DAN PENUH KEIKHLASAN NIKEE MINTA DI PERTURUNKAN RESEPI KAK YANI BUAT SEMUA PENGUNJUNG LAMAN DAPUR HELEN..DI SINI..TQVM KAK YANI FOR THIS BEAUTIFUL RECIPE OF YOURS..


VICTORIA KEK INI NIKEE TAMBAHKAN PEWARNA LEMON YELLOW GEL FOOD COLOURING...UNTUK MEMBERIKAN MOOD MINIONS YANG KUNING TU....KITA SEMAK RESEPI DI BAWAH;
















VICTORIA SANDWICH CAKE;
BY; THE KITCHEN GUARDIAN




250 G BUTTER
250 G CASTER SUGAR
250 G SELF RAISING FLOUR- SIFTED
250 G EGGS-4-5 EGGS
1 1/2 TSP VANILLA
3 TBSP MILK
RASBERRY ,STRAWBERRY OR MIXED BERRIES JAMS- FOR FILLING
1 TBSP  LEMON YELLOW FOOD COLORING

BAKE; 170 C


CREAM THE BUTTER AND SUGAR AND VANILLA BEAT UNTIL FLUFFY.

BEAT IN THE EGGS ... AND THE TIME.

LASTLY ADD IN THE  FLOUR SLOWLY..ADD THE MILK UNTIL ALL IN CORPORATED..ADD  THE COLOR.

BAKE IN THE 7 INCHES ROUND CAKE TIN..BUT I USED 8 INCHES...BAKE THE  CAKE FOR 30 MINS.



ITALIAN VANILLA BUTTERCREAM ;
BY; BAKEPEDIA
MAKES 6 CUPS



1 1/4 CUPS  SUGAR- DIVIDED INTO 1 CUP AND 1/4 CUP
1/3 CUP WATER
6 LARGE EGGS- AT ROOM TEMPERATURE
3/4 TSP CREAM OF TARTAR
2 1/4   CUPS BUTTER(4 STICKS)-VERY SOFT-CUT INTO PCS.
1 TSP VANILLA ESSENCE.




PLACE  1 CUP OF SUGAR AND WATER INTO THE SAUCEPAN.BRING TO A BOIL,OVER MEDIUM HIGH HEAT..SWIRLING PAN OCCASIONALLY.DIP THE BRUSH IN THE COLD WATER AND WASH DOWN SUGAR CRYSTALS FROM THE SIDES OF THE POT ONCE OR TWICE..ALLOW SUGAR MIXTURE TO SIMMER GENTLY AS YOU PROCEED WITH EGG WHITES.



MEANWHILE,PLACE EGG WHITES IN THE,GREASE FREE MIXING BOWL AND WHIP UNTIL FROTHY ON LOW SPEED USING WIRE- WHIP ATTACHMENT OF A STANDING MIXER.ADD IN CREAM OF TARTAR AND TURN ON TO MEDIUM HIGH SPEED.WHEN SOFT PEAKS FORM,ADD INTO 1/4 CUP SUGAR GRADUALLY.CONTINUE WHIPPING UNTIL STIFF ,GLOSSY PEAKS FORM.


AS THE SUGAR SYRUP COOK REACHES 248 TO 250'F....IF WE DON'T HAVE THE THERMOMETER,WE WILL SEE THE SMALL BUBBLES IN THE ENTIRE SURFACE..

POUR THE SUGAR SYRUP INTO THE WHIPPING MERINGUES...AT THE MEDIUM HIGH SPEED...SLOWLY..AND BEAT UNTIL THE MIXING BOWL COLD TO TOUCH..THIS WILL TAKE AROUND 10-15 MINUTES.

ADD THE BUTTER SLOWLY,KEEP BEATING UNTIL ALL WELL COMBINE...AT THIS POINT YOU MAY PUT IN VANILLA ESSENCE..THE TEXTURE OF THE FROSTING IS BETWEEN PEANUT BUTTER AND MAYONNAISE




ASSEMBLY THE CAKE;

CUT THE CAKE INTO TWO LAYER..SPREAD THE FROSTING AND TOP WITH THE JAMS....

FROST THE CAKE...AND DECORATE THE CAKES WITH YOUR STYLES...

HAPPY BAKING!











PESAN NIKEE;

TAK SUSAH MANA PUN MEMBUAT ITALIAN DAN SWISS BUTTERCREAM.....YANG PENTING ANDA MEMERLUKAN PEMUTAR KEK YANG TAHAN LASAK SEPERTI BERJAYA,KITCHEN AID,KENWOOD,BANYAK LAGI DI PASARAN.PEMUTAR YANG MAHAL MAMPU BERTAHAN LAMA SEBABNYA LAGI LAMA DI PUTAR LAGI CANTIK FROSTING INI.


BOLEH DI CAMPUR SEPARUH SHORTENING SAYURAN BERSAMA BUTTER UNTUK MENDAPATKAN WARNA FROSTING YANG CANTIK.


UNTUK MEMASTIKAN AIR GULA YANG DI PANASKAN SEDIA UNTUK DI MASUKKAN KE DALAM FROSTING TELOR PUTIH, CUKUPLAH SEKADAR MELIHAT GULANYA HANCUR DAN BERBUIH SERTA MAKIN BERKILAT DAN LIKAT..CARA INI PENTING JIKA KITA TIDAK MEMPUNYAI CANDY THEMORSTAT.



KEK INI JUGA BOLE DI BAHAGIKAN KEPADA 2 CAKE TIN YANG SESUAI..JIKA TIDAK MAHU MEMBAKARNYA SEBIJI SAHAJA...





Thursday, 7 November 2013

BANANA AND PECANS BREAD....SIMPLY DELISH!






                              SALAM SEMUA!






UNTUK MARATHON MEMBUAT LOAF BERASASKAN KURMA INI..NIKEE HENDAK KONGSIKAN SALAH SATU LAGI RESEPI MUDAH SERTA ENAK YANG NIKEE CUBA BEBERAPA HARI YANG LALU..MEMANG BERBALOI MENCUBA...



INSYAALLAH NIKEE AKAN KONGSI LEBIH BANYAK LAGI RESEPI BERASAKAN LOAF DI DALAM BLOG INI.

UNTUK RESEPI KALI INI..TEKSTUR KEK LOAF LEBIH MENYAMAI RASA ROTI..YANG PASTI ENAK DI SAPU MENTEGA ATAUPUN CREAM CHEESE SPREAD..LOAF INI BOLEH DI MAKAN BERSAMA TEH PANAS...


KALAU ANDA MALAS HENDAK MENYEDIAKAN KEK SEPERTI KEK BUAH SERTA KEK BUAH KUKUS..KEK LOAF SEBEGINI JUGA LEBIH JIMAT DAN AMAT MUDAH DI SEDIAKAN.....KEK LOAF JUGA AMAT SESUAI DI HIDANGKAN KETIKA HARI RAYA DAN SEBAGAINYA...


JOM INTAI RESEPI...













1/2 CWN MENTEGA
1 1/2 CWN GULA PERANG @ KASTOR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CWN SUSU SEGAR
1/2 TSP GARAM-kecualikan jika guna mentega bergaram
1/2 TSP BAKING SODA
1/2 CWN KACANG PECAN- cincang kasar
1 CWN KURMA- cincang kasar
2 BIJI TELOR
3 BIJI PISANG MASAK-lecek hancur( 1 CWN)


BAKAR SUHU; 60-75 MINS
                          350F(180 C)



CARA;




MULA-MULA PANASKAN OVEN PADA SUHU YANG DI TETAPKAN...GRISKAN LOAF TIN YANG SESUAI DAN LETAK KERTAS MINYAK...



KRIMKAN GULA BERSAMA MENTEGA SAMPAI GEBU...MASUKKAN TELOR SATU PERSATU..PUTAR LAGI UNTUK BEBERAPA MINIT SAMPAI GEBU DAN RATA...

DI DALAM BEKAS LAIN SATUKAN BAHAN KERING GANDUM,SODA SERTA GARAM DAN KACANG PECAN..GAULKAN RATA.KETEPIKAN.

KEMUDIAN MASUKKAN PULA KE DALAM ADUNAN BASAH..PISANG LECEK..PUTAR LAGI DAN PERLAHANKAN MESIN DAN MASUKKAN SUSU BERSELANG SELI DENGAN BAHAN KERING SAMPAI SELESAI..

MASUKKAN KE DALAM LOAF TIN DAN BAKAR PADA SUHU DI ATAS SELAMA 60- 75 MINIT...



SELAMAT MEMASAK





Wednesday, 6 November 2013

HARIJADI KE 40 .......MAAL HIJRAH 2013



             
                            SALAM  SEMUA!


SEMALAM TANGGAL 5-11-2013 GENAPLAH USIA NIKEE YANG KE 40..MASYAALLAH UMPAMA BERMIMPI RASANYA DAPAT MENGENAPI USIA 40 INI..SYUKUR KE HADRAT MU YA ALLAH!!


SEMALAMAN SELAMA SEMINGGU SAYA TAK MAMPU UNTUK MENUTUP MATA HAMPIR SETIAP MALAM SEBELUM HARI JADI..NIKEE MASIH TERFIKIR APAKAH HIJRAH DI USIA SEBEGINI..APA PUN HIJRAH ITU, NIKEE AMAT BERSYUKUR MASIH KEKAL DI SINI BERSAMA ORANG YANG NIKEE SAYANGI....


NIKEE BERMULA SEBAGAI SEORANG ANAK PASANGAN GURU YANG AMAT SIMPLE DAN SEDERHANA ORANGNYA...PUAN ZAINAB ISMAIL SERTA CIKGU NIK YAHYA MAHMOOD....APALAH AKAN TERJADI ANDAI MEREKA TIADA LAGI PASTI..RINDU RASANYA...........


AYAH YANG SAYA PANGGIL "WAE" ADALAH ORANG YANG BANYAK MENERAPKAN NILAI-NILAI KESEDERHAAN ITU.....MAMA SAYA PULA ADALAH ORANG PALING BERSIFAT TERBUKA YANG PERNAH NIKEE KENALI..CUKUP BAIK DALAM MEMBERIKAN NASIHAT...


PAGI INI NIKEE MENERIMA PANGGILAN DARI WAE....SEPANJANG 40 INI WAE SENTIASA MENDOAKAN YANG BAIK-BAIK DAN MEMBUAT SEMBAHYANG HAJAT BUAT NIKEE...SEGALANYA CUKUP TERATUR..SEDANGKAN NIKEE BUKAN INSAN TERBAIK..IBU TERHEBAT DAN ISTERI ISTIMEWA BUAT SUAMI NIKEE..TETAPI NIKEE  AMAT GEMBIRA SEKALI KERANA MASIH DI KELILINGI MEREKA INI....



BAGI TEMAN-TEMAN,FAMILI SERTA IBU MERTUA..BAPA MERTUA,  SUAMI SERTA ANAK-ANAK  TERIMA KASIH TERAMAT SEKALI..UCAPAN HARI JADI YANG KE 40 CUKUP SYAHDU SEKALI DAN MELEKAT TERUS KE DASAR HATI....TERIMA KASIH SEMUA.




DI BAWAH INI NIKEE  N3 KAN SEKALI FOTO-FOTO KENANGAN BERSAMA MEREKA YANG NIKEE SAYANGI..DETIK BERSAMA YAYA.CALEB........SEMOGA NIKEE AKAN KEKAL LAGI HINGGA KE HUJUNG NYAWA...INSYAALLAH!!!































Monday, 4 November 2013

PRUNES,WALNUT AND DATES LOAF




                            SALAM SEMUA!


SEMPENA MARATHON MEMASAK LOAF BUAT BLOG NIKEE INI..NIKEE AKAN TUNJUKKAN SALAH SATU LAGI RESEPI LOAF YANG AMAT MUDAH DI SEDIAKAN..MARATHON MEMBAKAR LOAF INI ADALAH UNTUK MENGHABISKAN SAKI-BAKI TAMAR DI DALAM PETI AIS...



UNTUK RESEPI KEDUA  INI PULA...NIKEE RASA PASTI RAMAI YANG AKAN MENYUKAINYA..TAHU ATAU TIDAK LOAF ADALAH ANTARA KEK MUDAH YANG AMAT SESUAI DI BERIKAN SEBAGAI BUAH TANGAN KETIKA BERKUNJUNG...LOAF AMAT BERKHASIAT DAN KAYA DENGAN SERAT....



JOM INTAI RESEPI;        








225 G TEPUNG NAIK SENDIRI
100G GULA PERANG HALUS
175 G MENTEGA
3 SUDU BESAR MADU
3 SUDU BESAR DATES CONCENTRATED(juice kurma)
2 BIJI TELOR 
10-12 BUAH KURMA- POTONG KASAR
50 G WALNUT- CINCANG KASAR
2 BIJI PISANG- HANCURKAN
1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/4 SUDU TEH BAKING SODA
1/2 SUDU TEH SERBUK KAYU MANIS




CARA;

PANASKAN OVEN PADA SUHU 160 C....SEDIAKAN BEKAS LOAF YANG SESUAI DAN LETAKKAN KERTAS MINYAK..JUGA SAPUKAN SEDIKIT MENTEGA.


KRIMKAN MENTEGA BERSAMA GULA PERANG SAMPAI PUTIH..DAN GEBU.MASUKKAN PULA TELOR AYAM SATU PERSATU..MASUKKAN MADU.

SELEPAS ITU LETAKKAN JUICE KURMA PEKAT JUGA PISANG LECEK TADI..PUTARKAN SAMPAI BERGAUL RATA.

AYAKKAN BAHAN KERING SEPERTI TEPUNG,SERBUK SODA ,BAKING POWDER SERTA SERBUK KAYU MANIS.

MASUKKAN WALNUT KE DALAM BAHAN KERING..KETEPIKAN...KEMUDIAN TERUS MASUKKAN KURMA TADI..GAUL SEKEJAP DAN MASUKKAN BAHAN KERING SAMPAI HABIS...APABILA SUDAH BERGAUL RATA,MASUKKAN KEDALAM TIN LOAF DAN BAKAR SELAMA 50 MINIT...




PESAN NIKEE;

JUICE KURMA PEKAT TADI NIKEE TAMBAHKAN UNTUK MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK UNTUK LOAF TADI..JIKA TIADA TAK PERLU DI LETAKKAN.


LOAF SEBEGINI AMAT SESUAI DI MAKAN DI WAKTU SARAPAN DAN DI SAPUKAN BUTTER BERSAMA....

BOLEH DI KURANGKAN GULA JIKA SUKA..MAKLUMLAH PISANG MANIS DAN TAMBAHAN JUICE KURMA ITU PUN CUKUP MANIS JUKA..BOLEH DIKURANGKAN DALAM 80-90 G SAHAJA.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...