Tuesday, 31 December 2013

SELAMAT TAHUN BARU..2014...............2013 SERVED ME GOOD!




                            SALAM  SEMUA!


PERJALANAN SEPANJANG 2013 BENAR-BENAR PENUH BERMAKNA.....TIDAK SESUKAR TAHUN-TAHUN YANG SEBELUMNYA,NAMUN ADA JUGA YANG KECEWA PASTI RAMAI JUGA YANG BERSEDIH ATAS KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG.PEKERJAAN,RUNTUHNYA SESEBUAH PERKAHWINAN.HILANGLAH MATA PENCARIAN..RUNTUHNYA EMPAYAR PERNIAGAAN..KEHILANGAN IBU AYAH TERCINTA..NAMUN KESULITAN INI TIADA GANTINYA KATA ORANG PUTIH"ONLY TIME CAN HEAL".......

2013 ADALAH TAHUN YANG PENUH BERMAKNA PADA KAMI BEREMPAT,BANGKIT DARI KEJATUHAN SEMALAM UMPAMA PATAH SERIBU PASTI TAK AKAN TUMBUH LAGI,TAPI SELAGI ADA HAYAT DI KANDUNG BADAN,SELAGI ITULAH MANUSIA MAMPU BANGKIT DAN BERMULA KEMBALI......



















 DI SINI NIKEE INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA PEMBACA SERTA TEMAN DI ALAM MAYA.PENGUNJUNG SETIA LAMAN DAPUR HELEN YANG KERDIL INI,SEMOGA ANDA SEMUA MELALUI SAAT-SAAT MANIS DAN JUGA HEBAT SEPANJANG 2013,ANDAI KATA TIADA YANG HEBAT ...KITA SUDAHI 2013 DENGAN LAFAZ..SYUKUR DAN ALHAMDULLILAH..KERNA KITA MAMPU BERTAHAN SAMPAI KE PENHUJUNG AKHIR....2013




SEMOGA 2014,MEMBUKA LEMBARAN BARU BUAT KITA SEMUA....DAN DI MURAHKAN REZEKI SERTA BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN TAHUN BARU PULA..INSYAALLAH!



DI SINI,KITA LAPANGKAN DADA BERSAMA MELIHAT FOTO-FOTO KENANGAN KAMI DENGAN KEHADIRAN INSAN KECIL BERNAMA CALEB NADIF AMELIEN YANG MEMANG MURAH DENGAN SENYUMAN..SEMOGA CALEB DI PERMUDAHKAN PERJALANAN HIDUPNYA SETELAH SENTIASA SAKIT SEPANJANG AWAL KEMUNCULANNYA...




HAPPY NEW YEAR 2014...DARI KAMI SEFAMILI...CALEB,AZREEN ,NIKEE DAN YAYA!
















HAPPY NEW YEAR 2014.......

Monday, 30 December 2013

KEK MINYAK PANDAN





                 SALAM  SEMUA!



BESOK BERMULA HARI ORENTASI TADIKA SMART READER BAGI CALEB,ANAK LELAKI TUNGGAL NIKEE..RASA TERHARU SERTA BERSYUKUR SANGAT SEBAB DAPAT MEMBESAR CALEB WALAUPUN SEPANJANG JALAN KENANGAN BANYAK KEJADIAN YANG BERLAKU...SEMOGA PENGORBANAN YANG TAK MENGENAL ERTI JEMU INI MAMPUMENGUBATI SEMUANYA...




BERBALIK KEPADA KEK MINYAK PANDAN INI ADALAH ENTRI YANG TERTUNGGAK...JOM KITA INTAI RESEPI TRADISI DARI KAK BADARIAH DELIGHTS DARI PEKAN PAHANG...













KEK MINYAK PANDAN

OLEH- BADARIAH DELIGHTS







5 BIJI TELOR AYAM SEGAR
1 CAWAN GULA KASTOR@ PASIR
1 CAWAN TEPUNG GANDUM*
1 SUDU KECIL TEH BAKING POWDER*
-  AYAK BERSAMA*


1 SUD TEH OVALETTE- TAK LETAK TAKPE
1 CAWAN MINYAK JAGUNG@BIASA
1 SUDU TEH VANILA ESEN
PEWARNA KEGEMARAN 3 WARNA


MERAH
KUNING
HIJAU- PERISA PASTA PANDAN



CARA:



MULA- MULA PUTARKAN TELOR BERSAMA DENGAN GULA SAMPAI GEBU,LIKAT DAN BERKILAT...PASTIKAN GULA BENAR-BENAR HANCUR.PROSES INI HARUSLAH MELEBIHI 15-20 MINIT.

MASUKKAN PULA OVALETTE..PUTAR LAGI SAMPAI HANCUR SISA OVALETTE...BARULAH DI MASUKKAN TEPUNG GANDUM SELANG-SELI DENGAN MINYAK JAGUNG TADI SAMPAI HABIS....


AMBIL ADUNAN KEK WARNAKAN DI DALAM MANGKUK YANG SAMA BESAR....KEPADA 3 WARNA...JANGAN LUPA PASTA PANDAN YANG MENJADIKAN KEK INI BERPERISA PANDAN..


MASUKKAN ADUNAN DI DALAM ACUAN BULAT BERSAIZ 8 INCI DAN SELANG SELIKAN ADUNAN BERWARNA TADI SAMPAI HABIS..

BAKAR PADA SUHU 160-170C SELAMA 45 MINIT.....APABILA MASAK JANGAN DI KELUARKAN TERUS DARI OVEN BIARKAN SEKETIKA ....DI OVEN YANG SUDAH DI TUTUP SUISNYA...

SEDIA UTK DI HIDANGKAN.....






Friday, 27 December 2013

KEK MINYAK CHOCOLATE TWIST MAK LONG....




                                SALAM  SEMUA!



BEBERAPA HARI LALU AMATLAH SIBUK..ALMAKLUMLAH RAMAI YANG DATANG BERKUNJUNG KE RUMAH..IBARAT TONGKANG PECAH SEKEJAP...LEPAS ITU TERUS BALIK KE KAMPUNG DALAM 2 MALAM,FIRST TIME TINGGAL RUMAH SEADANYA..SELALUNYA BERKEMAS DAHULU...NAK DI JADIKAN KISAH PULAK,AIR TAKDER..HMMM !BAJU YANG SEHARUSNYA DI BASUH TERTANGGUH..JADILAH KEDAI DOBI....




TINGGAL SEMUA TU..JOM LAPANGKAN DADA SEKEJAP..BERCAKAP TENTANG RESEPI KEK MUDAH YANG NAK DI KONGSI,NIKEE  MEMBUAT PENELITIAN RUPERNYA.....RASA KEK MINYAK INI TAK JAUH DARI KUIH AMBON KELANTAN....NIKEE SUDAH PUN BERKONGSI RESEPI DI PAGE NIKE DALAM FACEBOOK...






JOM KITA MASAK KEK MINYAK  SENSASI,YANG INI PULA ADA SEDIKIT RASA CHOCOLATE TWIST......






KEK MINYAK CHOCOLATE TWIST MAK LONG:
OLEH: MAKLONG@BLOGSPOT.COM



5 BIJI TELOR AYAM
1/2 CAWAN GULA HALUS
1 SUDU KECIL  OVALETTE
1 CWN SUSU PEKAT MANIS
1 SUDU KECIL VANILA ESEN
2 1/2  CAWAN TEPUNG SUPERFINE
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 CAWAN MINYAK JAGUNG@MINYAK BIASA
4 JENIS WARNA PILIHAN- NIKEE GUNA 3 SAJA
COCO- 2 SUDU BSR SERBUK KOKO@COCO EMULCO
MERAH
HIJAU
KUNING



CARA;



PUTARKAN TELOR BERSAMA DENGAN GULA SAMPAI KEMBANG DAN BETUL-BETUL GEBU....DALAM 15-20 MINIT.
MASUKKAN OVALETTE BERSAMA ESEN VANILA PUTAR DALAM  2 MINIT ATAU SAMPAI OVALETTE HANCUR..SATUKAN SUSU..PUTAR LAGI SUPAYA BERGAUL RATA.
MASUKKAN TEPUNG SUPERFINE YANG SUDAH BERAYAK BERSAMA BAKING POWDER...SELANG SELIKAN MEMASUKKAN TEPUNG BERSAMA MINYAK SAMPAI HABIS.
MASUKKAN KE DALAM MANGKUK YANG SAMA BESAR DAN SAMA BANYAK ADUNANNYA DAN WARNAKAN...

LAPISKAN KEK SAMPAI HABIS DENGAN MENGGUNAKAN SUDU ATAU PIPING BEG..LAKUKAN PERLAHAN-LAHAN SAMPAI HABIS...

BAKAR PADA SUHU 160-170C SELAMA 35- 45 MINIT.DALAM ACUAN 8 INCI.

KALAU DI KUKUS DALAM 45 MINIT-1 JAM...SAMPAI MASAK...


SELAMAT MENCUBA!







PESAN NIKEE;

GULA& TELOR HARUS DI PUKUL SAMPAI PUTIH,GEBU DAN BERKILAT.


SUKATAN GANDUM JUGA HARUSLAH TEPAT...JANGAN TERKURANG....

KALAU KAEDAH BAKAR,KEK NI MEMANG LAMBAT NAIK..JADI APA PUN OVEN HARUSLAH DI TAHAP SEDERHANA PANAS..160-170C MEMANG TEPAT DAN MEMADAI...


KALAU SUDAH DI BAKAR,MASIH BELUM MASAK SILA TUTUP PERMUKAAN ATAS KEK DENGAN FOIL ALUMINIUM ATAU TUTUP PERIUK UNTUK MENGELAKKAN KEK HANGUS.


JIKA MENGUKUS,SILALAH TUTUP PENUTUP TUDUNG KUKUSAN SUPAYA TIDAK DI MASUKKI AIR KE DALAM ADUNAN KEK.

API YANG DI GUNAKAN MEDIUM BUKAN TERLALU BESAR DAN TERLALU KECIL..JIKA TIDAK ADUNAN AKAN BERKEDUT,MAKNANYA API YANG DI GUNAKAN BESAR.









Saturday, 21 December 2013

KELANTAN MEMANG UNIK.........




                   SALAM  SEMUA!




BILA BALIK KAMPUNG SAYALAH ORANG PALING GEMBIRA..SEBABNYA NAK MAKAN MASAKAN MAMA DAN WAE  NIKEE.MASAKAN WAE TERBAIK...




KALI INI KUNJUNGAN KE KAMPUNG PADA MASA MUSIM SEKOLAH INI DI LUAR DARI RENCANA NIKEE,KAMI MEMANG MENGAMBIL KESEMPATAN BERADA DI SINI SEBAIK MUNGKIN....JOM KITA LAYAN KELANTAN YANG MEMANGNYA UNIK..






 KUIH SEKAYA TELOR..







PERCIK PERUT AYAM..





JALA EMAS......
















BUAH TANJUNG.....









TAHI ITIK DAN PULUT DAKAP.......




GULAI KARI GEAR BOX XXXL.. DI RESTORAN RASA KASIH USM KUBANG KERIAN.....








UBI ITIK....











UBI BADAK....







BUAH KERANJI HITAM









BUAH CIKU KAMPUNG....










ACUAN JALA EMAS DAN ROTI JALA BIASA BERLUBANG 3...RASANYA SUSAH NAK DI DAPATI DI KL......






ITULAH FOTO-FOTO YANG MEMAPARKAN PELIK DAN UNIKNYA BILA BERADA DI SANA....DI KELANTAN JUGA ADA BANYAK LAGI YANG ISTIMEWA DARI MURTABAK DIRAJA,TEPUNG TUKIR,BUAH PEROH,DAN BERMACAM LAGILAH....



LOVE YOU KELATE!......

Wednesday, 18 December 2013

SPANISH CHURROS...NOSTALGIA SANGAT!!!






                                                    SALAM  SEMUA!


CHURROS ADALAH SALAH SATU MAKANAN ATAU PASTRI RINGAN YANG AMAT MUDAH DI DAPATI DI NEGARA MEXICO SERTA SEPANYOL...



BILA TERPANDANG BEBERAPA HARI LEPAS PUAN AZIE DARI AZIE KITCHEN DI FACEBOOK..NOSTALGIA MENGAMBIT KEMBALI SAAT PERTAMA KALI KE LOS ANGELES USA..SEBENARNYA DISNEYLAND MENYEDIAKAN CHURROS YANG CUKUP SEDAP SERTA PANJANG..


CHURROS ADALAH UMPAMA KUIH BELIMBING..YANG DI GORENG DI DALAM MINYAK YANG DALAM..SETELAH DI PAIPKAN DI DALAM ACUAN BINTANG..TETAPI DI POTONG PENDEK- PENDEK KEMUDIAN DI SIRA DENGAN AIR GULA..

CARA MENYEDIAKAN KUIH BELIMBING PUN SERUPA SAHAJA..CARA MENYEDIAKAN CHURROS PUN LEBIH KURANG MEMBUAT CHOUX PASTRY ATAU LEBIH DI KENALI SEBAGAI PUFF PASTRY....


CHURROS ADA DUA JENIS ADA DI MASUKKAN TELOR DAN ADA JUGA TANPA TELOR..CHURROS JUGA BOLEH DI BAKAR SEADANYA,MEMANG SEDAP.CHURROS SEDAP DI CINCAH BERSAMA SOS CHOCOLATE...



JOM SEMAK RESEPI...











CHURROS;



1 CAWAN WATER
1/2 CAWAN BUTTER@ MARGERINE
1/4 GARAM HALUS 
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CAWAN GULA
3 BIJI TELOR- PUKUL RATA.
MINYAK - UTK MENGGORENG


GULA KASTER*
1/2 SUDU TEH SERBUK KAYUMANIS*

- SEMUA DI GAUL DAN KE TEPIKAN..UTK DI GAULKAN CHURROS NANTI.



CARA MEMBUAT CHURROS;


CAMPURKAN KE SEMUA BAHAN SEPERTI AIR,GARAM,SERTA BUTTER..BIARKAN MENDIDIH DAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM SETELAH MENDIDIH..GAULKAN SAMPAI TEPUNG MENJADI BEBOLA BESAR DAN TIDAK MELEKAT DAN GAULKAN TELOR..GAULKAN LAGI SAMPAI SEMUANYA BERSATU..LAKUKAN SEKALI LAGI SAMPAI ADUNAN MENJADI RATA.

ANGKAT DAN MASUKKAN KE DALAM PIPING BEG YANG SUDAH PUN DI SERTAKAN  ACUAN BERBENTUK BINTANG.

PAIPKAN KE DALAM MINYAK TERUS DLM 3 CM DAN POTONG DENGAN GUNTING..


PANASKAN MINYAK DAN GORENG CHURROS DALAM 2 MINIT SEHINGGA GARING...ANGKAT DAN TOSKAN...

SETELAH SEJUK SEDIKIT SALUTKAN  BERSAMA GULA KAYUMANIS TADI... SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN


SOS COKLAT CICAHAN;

1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
2 CAWAN SUSU
4 OZ DARK COOKING CHOCOLATE- CINCANG
1/4 CAWAN GULA


*  PANASKAN SUSU SAMPAI HANGAT ...GULA DAN  TEPUNG JAGUNG MASUKKAN COKLAT MASAKAN,GAUL RATA .....BILA SUDAH LIKAT SEDIKIT ANGKAT DAN SEJUKKAN...



NOTA;

SEDAP DI MAKAN DENGAN  TEH KOSONG...

SEDAP DI NIKMATI KETIKA PANAS..

CHURROS JUGA BOLEH DI KECUALIKAN TELOR..DI DALAM ADUNANNYA.







Tuesday, 17 December 2013

LAKSA TWISTIES....KAWW DAN TERBAIK!





SALAM SEMUA!


BEBERAPA MINGGU LEPAS NIKEE MENCUBA CHEMILAN GENIUS DARI GROP KONGSI RESEPI DI FACEBOOK,SETELAH MENELITI FOTO,KOMEN TENTANG KEJADIAN HEBATNYA HAMBA ALLAH YANG MENCIPTA JAJAN MURAH SERTA SEDAP, NIKEE UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...MEMANG GENUIS AKAK INI MENCUBA MAKANAN MINUM PETANG BUAT ANAK-ANAKNYA DI MUSIM CUTI INI...



SEBELUM MAMA SERTA WAE KE SINI DARI PAHANG,NIKEE MENYEDIAKAN 2 BALANG BESAR JAJAN LAKSA INI..MEMANG BERBALOI MENCUBA..SEDAP,RANGGUP DAN MURAH...


JOM KITA INTAI RESEPI YANG MENJADI PERHATIAN DI FACEBOOK NIKEE HAMPIR 300 ORANG MENYUKAINYA....JOM KITA CUBA!











LAKSA TWISTIES:




1 BUNGKUS LAKSA KERING-PATAHKAN & GORENG 
                                                                                GARING
MINYAK MASAK SECUKUPNYA



BAHAN PERISA@ SADURAN:

1 SUDU KECIL GARAM HALUS
2 SUDU BESAR GULA HALUS
2 SUDU KECIL REMPAH KARI@ SERBUK AYAM KNORR@  
  MAGGI SECUKUP RASA
1 SUDU KECIL LADA SULAH PUTIH@HITAM



CARA;


APABILA LAKSA YANG DI GORENG SUDAH SEJUK GAULKAN SEMUA BAHAN SADURAN DI ATAS  DI DALAM SATU BEKAS DAN GAUL BERSAMA LAKSA TADI..

BIARKAN SEMUA RATA DAN SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN..

SIMPAN LAKSA TWISTIES DI DALAM BALANG KEDAP UDARA.







NOTA NIKEE:

BOLEH DI KECUALIKAN SERBUK KARI JIKA TIDAK SUKA

BOLEH DI LETAKKAN SERBUK KEJU YANG BOLEH DI BELI DI KEDAI BAKERI

BOLEH DI KECUALIKAN LADA SULAH..

CITARASA  JAJAN NI BOLEH DI PELBAGAI OLEH ANDA SEMUA..TERSERAH ATAS KREATIVITI MASING-MASING.





SELAMAT MEMASAK!







Monday, 16 December 2013

SAMBAL BAWANG INDONESIA





                  SALAM  SEMUA!



BILA MAKAN NASI PASTI TAK BOLEH KECUALIKAN SAMBAL,CAKAP PASAL SAMBAL ANTARA SAMBAL DARI NEGARA SEBERANG KEGEMARAN SAYA ADALAH SAMBAL HIJAU DAN SAMBAL TEMPE...


KALI INI NIKEE BAWA ANDA BERKENALAN DENGAN SAMBAL BAWANG..DAN INSYAALLAH NIKEE AKAN CUBA MENGENEGAHKAN JENIS SAMBAL DARI INDONESIA INI  DARI JENIS YANG LAIN PULA..MACAM SAMBAL SERAI.SAMBAL TERASI INDON SERTA SAMBAL KECAP MANIS....DAN BEBERAPA LAGI.









SAMBAL BAWANG INDONESIA:


2O BIJI BAWANG KECIL-KUPAS DAN HIRIS HALUS
12 BIJI  CILI MERAH BESAR- BUANG BIJI DAN HIRIS 
8 ULAS BAWANG PUTIH-KUPAS DAN HIRIS
1 SUDU KECIL GARAM
1 SUDU BESAR BELACAN@ TERASI- BAKAR
1 SUDU KECIL PERAHAN JUS LIMAU NIPIS
1 CAWAN MINYAK



PANASKAN MINYAK PADA SUHU SEDERHANA.

GORENGKAN SEMUA BAHAN TADI KECUALI PERAHAN AIR LIMAU NIPIS....DALAM MASA 2-3 MINIT SAHAJA.


SEJUKKAN DAN TAMBAH AIR LIMAU NIPIS SEBELUM MENGHIDANGKANNYA.

NOTA: BOLEH DI SIMPAN SELAMA 1 MINGGU ATAU LEBIH JIKA DI MASUKKAN KE PETI AIS.

BOLEH DI TAMBAHKAN CILI PADI BEBERAPA BIJI JIKA INGINKAN SAMBAL LAGI PEDAS...



SELAMAT MEMASAK!






Friday, 6 December 2013

DIA YANG TERPILIH...TIZ &ECHO





                    SALAM  SEMUA!


BILA MENULIS TENTANG JERICHO ROSALES ,NIKEE PERLU BERHATI-HATI KERANA RAMAI FOLLOWER NYA YANG SINGGAH KE LAMAN UNTUK MENJENGUK KISAH JERICHO...



HARI INI AMAT TERUJA SEBAB MENDENGAR TENTANG TIZ ZAKIYAH YANG TERPILIH UNTUK BERSAMA BERGANDINGAN DENGANNYA DI DALAM DRAMA TERBITAN ASTRO...

MENURUT SUMBER,DRAMA YANG BAKAL BERTAJUK "CHEF" BAKAL DI TAYANGKAN DI ASTRO SEBANYAK 60 EPISOD....BAKAL MEMULAKAN PENGGAMBARAN PADA TAHUN HADAPAN 2014....JERICHO JUGA MENJELASKAN DI DADA KABAR BAHAWA BANYAK DRAMA,SERTA FILEM BAKAL MUNCUL DI TAHUN HADAPAN..DI FILIPINA SEKALIGUS DI MALAYSIA..... 








TIZ JUGA MEMBERITAHU YANG DIA AMAT SUSPEN DAN TAKUT,BERDEBAR KERANA MASIH TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK BERDEPAN DENGAN BINTANG HEBAT DARI NEGARA FILIPINA IN ...TIZ MEMEBERITAHU PAYAH BAGI DIA UNTUK MENCAPAI KESERASIAN ITU.TIZ MEMBERITAHU..MUNGKIN KESERASIAN BAKAL MUNCUL SELEPAS BEBERAPA HARI BERSAMA BERLAKON DENGAN JERICHO..



TIZ JUGA AMAT MEMINATI JING, SEKALI GUS BERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA DAPAT BERLAKON DAN TERPILIH....




NAMPAK GAYANYA...2014 ADALAH PERMULAAN YANG BAIK BAGI JING YANG AKAN BERKAHWIN DENGAN TUNANGANNYA MODEL BERDARAH PINOY-BRITISH...KIM JONES..AMAT TERUJA SEKARANG DI MANILA KERANA MEREKA BERDUA SIBUK MEMPERSIAPKAN DIRI BAGI MAJLIS PERKAHWINAN MEREKA



JERICHO JUGA,BARU MENDAPAT AWARD DI GUAM INTERNATIONAL FILEM FESTIVAL...... PENGARAH IAN LORENAS MENDAPAT TITLE LAGI UNTUK FILEM TERBAIK ALAGWA....















SEMOGA GANDINGAN YANG HEBAT INI,SERTA KEHADIRAN JING DI MALAYSIA.MEMERIAHKAN LAGI DUNIA LAKONAN MALAYSIA..APA PUN JING MEMANG DI SENANGI DI MALAYSIA..SEBAGAI PEMINAT NIKEE MEMANG MENGHORMATI SERTA ADMIRED ARTIS MUDA INI..SEMOGA TIZ YANG MASIH BARU INI MAMPU MEMPELAJARI SESUATU DARI JING YANG DI KATAKAN A VERY INTENSE ACTOR AND THE BEST YOUNG ACTOR AT THIS ERA......JING JUGA DI LABELKAN 9 DARI 10 NATIONAL TREASURE OF THE FILIPINE SEPERTI....ANGKOR WATTS,GREAT WALL OF CHINA..BELIEVE IT OR NOT.




FOR JING...ANG GALING MU...MISS KITA HERE AND HOPE MORE CHANCES COME DOWN HERE IN MALAYSIA..


LOVE YOU....

Thursday, 5 December 2013

ORANGE BANANA DATES LOAF








              SALAM  SEMUA!




HARI INI NIKEE TERUJA SEKALI WALAUPUN KAT LUAR TU MASA HUJAN RENYAI,APALAH AGAKNYA ORANG KUANTAN AGAKNYA..MASA INI TERINGAT DEKAT ABANG DIHAIZAD..MOGA KG PERAMU JAYA TAK DI LANDA BANJIR BESAR...KESIAN KALAU RUMAH TENGGELAM.




APA YANG BUAT NIKEE TERUJA..DULU NIKEE ADA SEORANG SAHABAT LAMA NIKEE YANG NIKEE KENALI SEWAKTU DI SEKOLAH  RENDAH DAN MENENGAH..PERSAHABATAN KAMI HANYA BERDASARKAN SURAT SAHAJA. MASA TU MANALAH GADGET BERBAGAI....PERSONAL MESSAGE YANG DI HANTAR OLEH KAK FAZILA MEMANG MENGUNDANG TUAH..JOHARITA JOHARI MASIH DALAM INGATAN.


DI PENDEKKAN CERITA..RUPA MEREKA BERSAHABAT BAIK...@ BFF GITU....APA PUN...SEMOGA JALINAN YANG TELAH TERPUTUS INI,BAKAL BERTAUT KEMBALI AKHIRNYA..INSYAALLAH.



DALAM MUSIM INI,KITA PASTI AKAN CEPAT LAPAR BUKAN,MAKAN JER YANG DI INGAT..TAK GITU..TAPI NIKEE TERINGAT IKAN BUDU YANG DI GORENG BERSAMA TELOR DADAR,LAZATNYA BERTEMAN NASI PANAS DAN BUDU SERTA PUCUK UBI.



UNTUK MENGISI PERUT YANG SENTIASA LAPAR DI MUSIM HUJAN INI JOM MASA LOF,LESS BUTTER,LESS CALORI, HIGH FIBRE.....














2 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI
1 TSP BAKING SODA
1 CAWAN PISANG MASAK- LECEK
1/2 TSP SERBUK BUAH PALA@ KAYUMANIS
2/3 CAWAN GULA PERANG
3/4 CAWAN @ 175ML OREN JUS
1 BIJI TELOR
60 G MENTEGA@ 2 SUDU BSR
1 CAWAN KURMA - POTONG KECIL-KECIL



BAKAR; 175C-180C
              1 JAM



CARA;





PUTARKAN MENTEGA BERSAMA DENGAN GULA SAMPAI GEBU DAN PUCAT...
MASUKKAN TELOR, PUTAR LAGI SUPAYA SEMUANYA BERGAUL RATA..MASUKKAN JUS OREN..GAULKAN SAMPAI RATA... MASUKKAN PISANG DAN GAUL RATA. KETEPIKAN

AYAKKAN TEPUNG BERSAMA SODA DAN MASUKKAN PULA KURMA TADI GAULKAN SAMPAI SEBATI...
.
AMBIL ACUAN LOAF DAN SAPUKAN DENGAN MENTEGA DAN KERTAS MINYAK.MASUKKAN ADUNAN DAN BAKAR SAMPAI MASAK SEPERTI YANG DI NYATAKAN DI ATAS.


SELAMAT MENCUBA....












PESAN NIKEE;

UNTUK  LOAF INI ANDA TIDAK PERLUKAN PEMUTAR ELEKTRIK,CUKUPLAH SEKADAR MENGGUNAKAN SENDUK KAYU @WHISK BELON SAHAJA...


JIKA TIADA JUS OREN BOLEH DI GANTIKAN DENGAN AIR SUNQUICK,SUSU,SANTAN KOTAK,ATAUPUN KRIM TETAPI RASANYA AKAN SEDIKIT BERBEZA.


AMAT SESUAI DI NIKMATI SEWAKTU PAGI DAN PETANG BERSAMA 







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...