Wednesday, 29 April 2015

KARI BAWANG IKAN MERAH

















SALAM   SEMUA!






MASAKAN BERKARI SEMEMANGNYA MENJADI MASAKAN WAJIB BAGI SESETENGAH FAMILI..MAKAN DI KEDAI MAMAK PUNYA HARUS 3X SEMINGGU.....APA LAGI PEKENA NASI,SERTA THOSEI JUGA ROTI CANAI.....


UNTUK RESEPI KELUARGA INI...KARI BAWANG ADALAH ALTERNATIF PADA MEREKA YG KEHABISAN BAHAN MASAKAN UTAMA DI RUMAH...HANYA MEMERLUKAN BAWANG SERTA SEDIKIT SAYURAN UNTUK MELENGKAPKAN MASAKAN INI.

UNTUK RESEPI INI NIKEE MELETAKKAN SEDIKIT ISI IKAN MERAH....

JOM KITA MASAK;








 


















2 KEPING IKAN MERAH@ UDANG- HIRISKAN KUIB BAGI IKAN
2 SUDU BESAR REMPAH KARI IKAN
1 SUDU KECIL CILI GILING


BAHAN TUMBUK:

5 ULAS BAWANG KECIL
3 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT HALIA
1 SUDU KECIL HALBA CAMPUR
2 TANGKAI DAUN KARI



10 ULAS BAWANG KECIL MERAH
10 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT KAROT- KUIBKAN
SEDIKIT CILI HIJAU
SEDIKIT BENDI
CERI TOMATO
250 ML SANTAN
GARAM
PERISA
AIR ASAM JAWA
MINYAK UNTUK MENUMIS



CARANYA:



PIJARKAN PERIUK,LETAKKAN MINYAK ,MASUKKAN BAHAN PENUMIS DAN....MASUKKAN HALBA CAMPUR SERTA DAUN KARI...TUMIS SAMPAI GARING.
APABILA SUDAH GARINGKAN LETAKAN SERBUK KARI SERTA CILI GILING.....TUMISKAN LAGI SAMPAI PECAH MINYAK.
MASUKKAN SANTAN..SERTA AIR ASAM JAWA.....MASUKKAN GARAM DAN PERISA..LETAKKAN KAROT,BIRAJKAN SEBENTAR...
MASUKKAN IKAN SERTA YANG LAIN..TUNGGU HINGGA MASAK,
SESUAIKAN RASA DAN ANGKAT BOLEH DI HIDANGKAN BERSAMA NASI PANAS.



TIP;

JIKA INGIN KARI INDIA YG PURE....JANGAN MELETAKKAN SANTAN TADI AMBAIKAN MENCUKUPI AIR ASAM JAWA SERTA SEDIKIT AIR LAIN UNTUK MENCAIRKAN KUAH...




SELAMAT    MEMASAK!






 



Tuesday, 28 April 2015

FUDGE BROWNIE ENAK AINA ZAHRA











SALAM   SEMUA!



FENOMENA MULA MENYERANG ALL THE HOME BAKERS SERTA BAKERS LAIN DI DALAM FB..
TERGELAK PUN ADER.....MALU PUN ADER,MALAYSIA INI RAKYATNYA SUKA COPY CATT ORANG LAIN.....ADER YG MENAMAKAN KEK BANTAT@BROWNIES NI....

APA PUN GELARANNYA...BROWNIES DATANG DALAM PELBAGAI RESEPI WALAUPUN NAMPAK MUDAH HASILNYA AMAT BERBEZA SERTA BERGANTUNG PADA RESEPI MASING-MASING.


KALI INI..NIKEE HANYA INGIN BERKONGSI RESEPI RAKAN FB YANG MEMANG MENJALANI PERNIAGAAN  KEK DI RUMAH.BROWNIES DARI RESEPI AINA NI AMAT BIASA SAJA TAPI PADA YANG BELUM BIASA MERASA BROWIES AKAN MENGATAKAN IANYA ENAK.
RESEPI AINA ZAHRAH SEDIKIT MANIS JIKA ANDA INGIN MEMCUBA NIKEE AKAN MENULIS RESEPI INI MENGIKUT KESESUAIAN RASA LIDAH NIKEE....


JOM CUBA!




 























170 G COKLAT MASAKAN
2 BIJI TELOR AYAM A
1/2 CAWAN  GULA KASTER
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 SUDU KECIL GARAM
3/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CAWAN SERBUK KOKO
6 SUDU BESAR MENTEGA TANPA GARAM
ACUAN 4 SEGI SAIZ 8-9 INCI
KERTAS MINYAK...


BAKAR: SUHU 180'C - 30-40 MINIT.



MENTEGA,KOKO SERBUK,COKLAT MASAKAN DI HANGATKAN SAMPAI HANCUR DAN SEBATI.
PUKUL TELOR SAMPAI GEBU,MASUKKAN COKLAT MASAKAN YG DI CAIRKAN.
SATUKAN BAHAN KERING...MASUKKAN SEMUA BAHAN KERING KE DALAM BAHAN BASAH...ADUK MERATA.

MASUKKAN KE ACUAN..YG DI ALAS KERTAS MINYAK DAN BAKAR MENGIKUT SUHU YG DI  SEDIAKAN....

SEDAP BERSAMA TEH TAWAR SERTA AIS CREAM.....

TIP:


BOLEH DI BUAT DUA ADUNAN JIKA INGINKAN ADUNAN YG TINGGI DAN DI SINI ANDA BOLEH MENGURANGKAN SEDIKIT JUMLAH GULANYA.

ANDA BOLEH MENGANTI COKLAT MASAKAN KEPADA COMPOUND DAN KURANGKAN JUMLAH GULA KERANA COMPOUND SUDAH PUN MANIS...



SELAMAT MEMASAK!








 


Wednesday, 22 April 2015

TAUHU GORENG SIAM MUDAH














SALAM  SEMUA!


MAKANAN BERASASKAN SOYA AMAT DI MINATI TAPI NIKEE LEBIH GEMARKAN TAUHU KERAS YG BERASA HERBA TU....MACAM RASA BUNGA LAWANG..TU AMAT SEDAP DI BUAT POPIA.

TAUHU,KACANG SOYA,TAU FOO FAH....SERTA MAKANAN BERASASKAN SOYA YANG LAIN TERNYATA BERKHASIAT...
KALI NI ADAPTASI RESTORAN LEMON MILIK PRODUCER FILEM DATUK DAVID TEO....

JOM MASAK INI YG MUDAH SAJA....






1 BEKAS TAUHU LEMBUT- KUIBKAN

BAHAN CELUPAN;


1 SUDU BESAR TEPUNG UBI KAYU
2 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
SEDIKIT GARAM
AIR- UTK BANCUHAN TEPUNG

#BANCUHKAN SEMUA SEPERTI TEPUNG CELUPAN PISANG GORENG.



MINYAK MASAK- UTK MENGGORENG



BAHAN HIASAN:


CARROT SAGAT
TIMUN SAGAT
HIRISAN BAWANG
SEDIKIT SOS CILI THAI


CARA;


PANASKAN MINYAK DI KUALI DAN CELUPKAN TAUHU TADI..GORENG SAMPAI GARING..
SEJATKAN MINYAK...

HIASAN DI PINGGAN HIDANGAN TABUR SAYURAN SANGAT... CURAH SOS CILI SEDAP DI MAKAN SEGERA.


SELAMAT MEMASAK!



 


Tuesday, 21 April 2015

SOYA PANDAN PUDDING WITH LONGAN










SALAM  SEMUA!

HAI JOM BUAT PUDING.....PUDING SOYA INI ADAPTASI DARI VIETNAMESE PUDDING ALMOND....SEDAP SERTA AMAT MUDAH UNTUK DI SEDIAKAN.


JOM SEMAK RESEPI:






 











  2 TBSP SERBUK AGAR-AGAR
1 LITRE AIR SOYA YEOS KOTAK
1 SUDU KECIL PASTA PANDAN@ PEWARNA HIJAU
1 HELAI DAUN PANDAN
2 TIN LONGAN TIN- UNTUK HIASAN
GELAS PUDDING



                                



         CARA;


PANASKAN SUSU SOYA BERSAMA AGAR-AGAR..SAMPAI MENDIDIH...TAMBAH GULA JIKA PERLU....
MASUKKAN PASTA HIJAU PANDAN SERTA DAUN PANDAN.
MASUKKAN KE TIN DAN SEJUKKAN..
UNTUK MENYEDIKAN PUDDING..

POTONG KUIB PUDDING DAN ATURKAN KE GELAS...MASUKKAN...AIR LOGAN SERTA LONGAN...SEJUKKAN BEBERAPA JAM SEBELUM DI HIDANGKAN...


TIP:


JIKA TIADA PASTA PANDAN..GUNAKAN PERISA PANDAN SERTA PEWARNA HIJAU UNTUK  MENYEDAPKAN PUDDING
TAMBAH GULA JIKA PERLU..TAPI MEMADAI SEBAB SOYA KOTAK SUDAH PUN MANIS.





                     
                  


















FROZEN BLUEBERRIES FRENCH TOAST












SALAM SEMUA!





I LOVE MAKING BREAKFAST ESPECIALLY DURING WEEKENED..MY FAVORITE ALWAY BE....PANCAKE...WELL TO BAD MY HUBBY DONT REALLY ENJOY EATING THEM..


BILA BERCERITA PASAL MAKANAN PAGI HAI!TERINGAT PULA MASAKAN JAPANASE PANCAKE DARI HOTEL PENGINAPAN CREW DI NARITA JEPUN...HMM!SEDAP GILER!BESAR DAN HARUM BAUNYA.


PALING SUKA BILA BERADA DI JEPUN ADALAH MINUMAN JUS ORENNYA AMAT SEDAP SERTA WANGI BAUNYA..BAULU IKAN NYA JUGA SEDAP....ALHAMDULILLAH SUDAH PUN KE SEMUA JAPAN PORT SEMASA BERTUGAS BERSAMA MAS...FUKUOKA,OSAKA,NARITA TOKYO.NAGOYA...SEMUA DAH DILAWATI.....


JOM MASAK ROTI YG DI FOTO..ROTI INI AMAT SESUAI BAGI MEREKA YG HAMIL..INI ADALAH ADAPTASI BUKU KEHAMILAN DALAM SIMPANAN NIKEE...


JOM INTAII!






4- 5 KEPING WHOLEMEAL BREAK@ ROTI SANDWICH
200 G FROZEN BLUEBERRIES@SEGAR
2 BIJI TELOR AYAM
1/4 CAWAN SUSU SEGAR@LOW FAT
20 G BUTTER @2 SUDU BESAR
1/4 CAWAN@3 SUDU MAKAN MADU@MAPLE SYRUP- UTK MKN BERSAMA.



CARA MEMASAK:




PUKUL TELOR SAMPAI SEBATI BERSAMA SUSU..KETEPIKAN

PANASKAN PAN BERSAMA MENTEGA@BUTTER...CELUPKAN ROTI KE DALAM ADUNAN TELOR...
GORENG DI PAN PADA SUHU MEDIUM...
TEKAN FROZEN DI ATAS ROTI SEPERTI DI GAMBAR ATAS....
TERBALIK....LAKUKAN SAMPAI MASAK...DAN GARING...
BILA SUDAH GARING ANGKAT....DAN NIKMATI BERSAMA MADU ATAUPUN MAPLE SYRUP....



SELAMAT MEMASAK!






 


Monday, 20 April 2015

UDANG MASAK HIJAU SEDAP












SALAM  SEMUA!




NIKEE MINTA MAAF KERANA AGAK LEWAT MEMASUKKAN FOTO-FOTO MASAKAN TERKINI DARI LAMAN..YG JELASNYA KESIBUKAN MENGATASI SEMUANYA...RASA SEDIKIT PENAT TAHUN 2015 NI DENGAN TUGASAN MENJADI SUPIR NON STOP NIE...


BILA TERPANDANG FOTO DI ATAS PASTI RAMAI TERFIKIR SEDAP KE MASAKAN INI...MEMANG SEDAP DI MAKAN BERSAMA NASI TOMATO, LEMAK,SERTA NASI MINYAK,BERYANI SERTA PILAF BIASA.


JADI KLU TAK CUBA..TAKKAN TAHU HASILNYA! JOM MASAK!








500 G UDANG BESAR@ UDANG HARIMAU-BERSIH BELAH BELAKANG

BAHAN TUMISAN;#

1 BIJI BAWANG HOLLAND
4 BIJI BAWANG PUTIH
SEDIKIT HALIA-TAK LETAK PUN TAKPER
1 CM BELACAN BAKAR
20-30 BATANG CILI HIJAU BESAR- BUANG BIJI


4  SUDU BESAR MINYAK SAPI@ MENTEGA
GARAM
GULA
PERISA
4 SUDU BESAR TAIRU@YOGURT@SANTAN
AIR SEDIKIT


#SEMUA  INI DI KISAR HALUS @ TUMBUK HALUS.


HIASAN:1 TIN KECIL KACANG PEAS
1/2 BIJI BAWANG KUNING BESAR- HIRIS BULAT.



CARA;


PANASKAN MINYAK......TUMIS BAHAN YG DI KISAR SAMPAI WANGI....DAN BERTUKAR GELAP....MASUKKAN GULA,GARAM,ASAM KEPING,PERISA GAUL MESRA.
MASUKKAN UDANG TADI....MASA NI GAUL BERSAMA BAHAN TUMISAN DALAM 2 MINIT..MASUKKAN AIR SEDIKIT BERSAMA TAIRU..KACAU SEBATI.

APABILA UDANG EMPUK SERTA KUAH SEDIKIT KERING,MASUKKAN PEAS SERTA BAWANG KUNING.GAUL SEBENTAR...

KECAP RASA DAN ANGKAT SERTA HIDANGKAN..........













 


VICTORIA SPONGE PASSIONFRUIT CAKE















SALAM   SEMUA!




UNTUK N3 HARI INI...RESEPI VICTORIA KEK INI ADALAH RESEPI KE 5 DALAM SIMPANAN NIKEE.
UNTUK KALI INI NIKE MELETAKKAN SEDIKIT JUS FRESH DARI BUAH MARKISA @ PASSIONFRUTS....SEDAP,WANGI.....TAK CAYA KENALAH CUBA MENCARI BUAH MARKISA.

BUAH MARKISA AMAT MURAH TERDAPAT DI GERAI BUAH-BUAH DALAM WAKTU-WAKTU YANG TERTENTU!


JOM..KITA TENGOK RESEPI INI..:










3/4 CAWAN BUTTER& SEDIKIT UTK SAPUAN TIN
3 BIJI TELOR A
SEDIKIT ESEN VANILA
1 CAWAN GULA KASTER
1 1/2 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI
60 ML JUZ PASSIONFRUITS@ESEN PASSIOFRUIT 1 SUDU KECIL.

FILLING@ INTI KEK:


4 - 5 SUDU BESAR JEM STRAWBERRY SMUCKER
1 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM@DAIRY WHIPPING CREAM ANCHOR-PUKUL HINGGA BERTANDUK LEMBUT
1 BIJI BUAH MARKISA- AMBIL JUSNYA


CARA;

PANASKAN OVEN PD SUHU 160-180'C.

GRISKAN TIN KEK BERSAIZ 8 INCI...
DALAM MANGKUK BESAR PUKUL TELOR BERSAMA VANILA SAMPAI GEBU...KETEPIKAN

AMBIL MANGKUK LAIN PUKUL MENTEGA BERSAMA GULA SAMPAI PUTIH SERTA GEBU.MASUKKAN ADUNAN TELOR PERLAHAN SEDIKIT-SEDIKIT..HINGGA HABIS.MASUKKAN JUS MARKISA@ESEN...GAUL SEBATI.

AYAK BAHAN KERING BEBERAPA KALI.AMBIL SEDIKIT DEMI SEDIKIT BAHAN KERING ADUK PERLAHAN-LAHAN DI DALAM ADUNAN TEPUNG..LAKUKAN DENGAN TANGAN SAMPAI HABIS.

ASINGKAN DUA TIN .....BAKARNYA SAMPAI MASAK DALAM 20 MINIT ATAU SEBIJI KEK DALAM 35 MINIT.

APABILA KEK SEJUK...LETAKKAN INTI WHIPPING CREAM..BERSAMA SAPUAN JEM DAN CURAHKAN JUS MARKISA...


TIP:


ANDA JUGA BOLEH MEMASUKKAN JUS MARKISA KE DALAM ADUNAN WHIPPING CREAM YG SIAP DI PUKUL DAN RATAKAN....


SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.....

 





CHICKEN SHEN SO TUN SOUP










SALAM  SEMUA!





BEBERAPA HARI LALU HAMPIR SEBULAN NIKEE MENGALAMI SAKIT KAKI YG TERUK JUGAK.LENGUH MENJADI-JADI AKIBAT AIR CON...SETELAH HAMPIR SATU BULAN..NIKE MEMASAK SUP SHEN SO TUN IAITU HERBA CINA YANG BOLEH DI BELI DI KEDAI MENJUAL HERBA-HERBA DI SEKITAR IBU KOTA DI KUALA LUMPUR.


SUP AYAM HERBA INI AMAT SEDAP.MANIS-MANIS BUAH SERTA WANGI DAN   AMAT BERSESUAIAN DI MAKAN JIKA KITA SAKIT....


JOM KITA SEMAK RESEPI!






1/2 EKOR AYAM BIASA@KAMPUNG-POTONG KECIL
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR
4 ULAS BAWANG PUTIH
4 ULAS HALIA TUA
- SEMUA BAHAN DI ATAS TUMBUK@MESIN HALUS
1 SUP BUNJUT ADABI- NIKEE TAMBAH

1 1/2 LITER AIR
1 PAKET REMPAH HERBA CINA SHEN SO TUN
PERISA-JIKA SUKA
3 BIJI KENTANG-BELAH 4
1 BIJI KAROT-POTONG DADU
1 BIJI TOMATO- JIKA SUKA@BELAH 4
2 SUDU MAKAN MINYAK
GARAM



CARA:
PANASKAN PERIUK MASUKAN BAHAN TUMBUK TADI,TUMIS SAMPAI NAIK BAU...

APABILA AIR MENDIDIH MASUK SUP BUNJUT,HERBA CINA.....TUNGGU DALAM 15 MINIT.

MASA INI MASUKKAN KENTANG ,KAROT, BERSAMA AYAM...
MASUKKAN PERISA,SERTA GARAM...TUNGGU SAMPAI 1 JAM@ LEBIH..TAMBAH AIR JIKA PERLU.

APABILA AYAM EMPUK...DAN KUAH SUP BERTUKAR KEPERANGAN..BOLEH DI RASA SUPNYA...TAMBAH GARAM JIKA PERLU.

SEDIA UNTUK DI NIKMATI SEMASA PANAS.



SELAMAT MEMASAK!


TIP;


SUP INI ELOK UNTUK MEREKA YG SAKIT,SELSEMA SERTA SENGAL-SENGAL BADAN.
BOLEH DI SEDIAKAN 2X SEBULAN...MASUKKAN 2 PATI AYAM  KNOOR TAU CHICKEN ESSENCE....UNTUK KESEDAPAN.

 


Sunday, 19 April 2015

MARMALADE TEA BREAD










SALAM SEMUA!


LAMA RASANYA TAK MEMBUAT TEA BREAD....KEBANYAKKAN ORANG MALAYSIA KURANG JELAS DENGAN KEJADIAN TEA BREAD KECUALI KEK PISANG MAHU PUN KEK CARROT....

NIKEE DAH PUN MENYEDIAKAN BANYAK RESEPI KEK LOF MUDAH NAMUN TIDAK MENJADI HIT MANA PUN....MUNGKIN NIKEE TAK SEHEBAT AZLITA MASAM MANIS,AZIES KITCHEN MAHU PUN SEHEBAT CHE MAT GEBU...


MAI NAK CITER SIKIT..TEA BREAD AMAT SENANG ADA SESETENGAH RESEPI HANYA MENCAMPURKAN SEMUA BAHAN KE DALAM SATU WADAH MAHUPUN BEKAS DAN TEA BREAD SIAP UNTUK DI BAKAR.

ADA PULA TEA BREAD YG DI MASAK MENGUNAKKAN OLIVE OIL,CANOLA,SUNFLOWER SERTA CORN OIL ...SEMUA SEDAP!


KALI INI RESEPI MUDAH LAGI...JOM SEMAK!


 










7 TBSP MENTEGA
1 3/4 CAWAN  TEPUNG NAIK SENDIRI
1 TSP BAKING POWDER
4 TSP SERBUK KAYU MANIS
1/4 CAWAN GULA MERAH BIASA
1 BIJI TELOR A
4 TBSP JEM OREN@ MARMALADE
3 TBSP SUSU SEGAR@KOTAK- TAMBAH JIKA PERLU


HIASAN;

4 TBSP GULA AISING
2 TBSP JUS OREN SEGAR@KOTAK
SEDIKIT SAGATAN KULIT OREN



CARA:


PANASKAN OVEN API ATAS BAWAH PADA SUHU 160C.


GRISKAN LOAF PAN BIASA ....
AMBIL BAHAN KERING AYAK BEBERAPA KALI..AMBIL BUTTER CAMPURKAN DAN BIARKAN TERJADI BREAD CRUMBS.

AMBIL MANGKUK LAIN..CAMPURKAN TELOR,JEM,SUSU,..KACAU SEBATI DAN KETEPIKAN.

SATUKAN BAHAN BASAH DAN KERING..GAULKAN PERLAHAN -LAHAN MENGGUNAKAN SPATULA ...JIKA ADUNAN TERLALU PEKAT MASUKKAN LAGI SUSU SEHINGGA ADUNAN DAPAT DI KACAU MUDAH TAPI BUKAN CAIR TAU.

MASUKKAN KE ACUAN LOF DAN BAKAR SEHINGGA MASAK 1 15MINIT.....ATAU HINGGA MASAK.

BIARKAN SEJUK DALAM  1 JAM 15 MINIT...LEPAS TU SIRAM GLAZING ICING DI ATASNYA....DECO DENGAN SAGATAN KULIT OREN..

SEDIA UNTUK HIDANGAN MINUM PETANG.









 


PISANG NANGKA GORENG BERKEJU.....










SALAM  SEMUA!


PISANG GORENG ATAUPUN GORENG HMMM!MANA SATU YANG BETULKAN?APA PUN ORANG MALAYSIA SERANTAU ASIA PASTI TAKDAN DAPAT MENINGGALKAN KESEDAPAN PISANG GORENG.

SEKARANG INI FENOMENA PISANG GORENG CHEESE MELANDA MALAYSIA..NAIK MABUK NAK MENCUBA PISANG GORENG CHEESE.APA PUN BIASA LA ORANG MALAYSIA MEMANG TERKENAL KAKI COPYCAT..NAK BUAT MACAM MANAKAN...JANJI SEDAP!


JOM KITA MENCUBA PISANG GORENG YANG TELAH DI  OLAH OLEH NIKEE SUPAYA MENEPATI RASA SADURAN TEPUNGNYA BERSAMA RASA CHEDDAR CHEESE YG DI SAGAT KE ATAS GORENGAN PISANG TADI....


 












PISANG RAJA@ PISANG NANGKA- BELAH 3


BAHAN SADURAN:


1 CAWAN TEPUNG BERAS
3 SUDU BESAR TEPUNG NAIK SENDIRI
2 SUDU BESAR TEPUNG UBI@JAGUNG
1 SUDU KECIL BIJAN HITAM@ PUTIH
1 SUDU KECIL GARAM
1 SUDU KECIL GULA
1 SUDU BESAR AIR KAPUR
1/4 CAWAN SUSU CAIR @ SANTAN KOTAK
SEDIKIT PEWARNA KUNING LEMON
SEDIKIT AIR SUAM -UTK MEMBANCUH TEPUNG
MINYAK


HIASAN:

CHEESE CHEDDAR BLOK- SAGAT HALUS
CHOC RICE
SEDIKIT SUSU KENTAL MANIS/COKLAT SOS HERSEY
SOS CARAMEL



CARA;



SEDIAKAN BAHAN CELUPAN@SADURAN PISANG GORENG TERLEBIH DAHULU.


PANASKAN MINYAK YG BANYAK DALAM KUALI.....

CELUPKAN PISANG YG DI POTONG TADI KE DALAM BAHAN SADURAN,GORENGLAH SATU PERSATU SAMPAI PISANG GARING DAN SEJATKAN MINYAK...

ATURKAN DI PINGGAN HIDANGAN ...SAGATKAN CHEESE DAN TABURKAN CHOC RICE SERTA SIRAMKAN SUSU KENTAL..
BAHAN HIASAN MENGIKUT KEINGINAN MASING-MASING..


SELAMAT MENCUBA!



CARA:

 






AYAM GORENG KETUMBAR













    SALAM    SEMUA!




HARI INI SAMBIL DENGAR LAGU-LAGU SENTIMENTAL PINOY YANG MEMANG MENJADI KEGEMARAN NIKEE..TERKINI DARI DARYL ONG UNTUK OST DRAMA BRIDGES OF LOVE ...LAKONAN TERBARU JERICHO ROSALES DAN PAULO AVELINO...

NIKEE MEMANG SELALU MENGIKUTI PERKEMBANGAN ECHO SERTA KEHIDUPAN PERIBADINYA DI LUAR DADA AKHBAR....APA PUN DRAMA-DRAMA JUGAK TAPI MASAK TU PASTI!


JOM KITA INTAI RESEPI AYAM GORENG DAUN KETUMBAR......




500 G AYAM-POTONG KECIL&BERSIHKAN-GOREN BERSAMA GARAM KUNYIT SEHINGGA MASAK.

BAHAN TUMISAN:

1 BIJI BAWANGHOLLAND#
3 ULAS BAWANG PUTIH#
3 INCI HALIA MUDA#
1 IKAT BESAR DAUN KETUMBAR#
5 BIJI CILI PADI KAMPUNG#
2 BATANG SERAI- DITITIK


# SEMUA NI DI MESIN@TUMBUK SAMPAI LUMAT.

1 SUDU BESAR KICAP MANIS
1 SUDU BESAR GULA MERAH
1 SUDU BESAR SOS IKAN
SEDIKIT PERAHAN AIR ASAM LIMAU

BAHAN HIASAN:

BAWANG BESAR KUNING- HIRIS BULAT
CILIPADI

SEDIKT MINYAK UNTUK MENUMIS.



CARA:


PANASKAN KUALI..PIJARKAN MINYAK MASAK,TUMISKAN BAHAN KISAR TADI SAMPAI WANGI DAN GARING.

MASUKKAN SEKALI SERAI TITIK.

PABILA DAH GARING MASUKKAN AYAM YG DI GORENG TADI...LETAKKAN SEDIKIT AIR DAN JUS LIMAU...MASUK GULA,SOS IKAN,KICAP MANIS...KECAP RASANYA..TAMBAHKAN RASA JIKA KURANG.

APABILA KUAH SEDIKIT PEKAT MASUKKAN CILI PADI SERTA BAWANG BESAR TADI...GAUL SEKEJAP DAN ANGKAT.....SEDIA UNTUK HIDANGAN TENGAHARI MAHUPUN MALAM...





SELAMAT MENCUBA!















 


Wednesday, 15 April 2015

RED RUBIES @ TAB TIM GROB......IN COCONUT MILK.....




                                                                   




                                               SALAM  SEMUA!

RESEPI RED RUBIES INI NIKEE AMBIL DARI BLOG RACHEL COOKS THAI.....YANG BESTNYA...HIDANGAN PENCUCI MULUT INI AMAT EKONOMI SERTA AMAT MUDAH UNTUK DISEDIAKAN WALAUPUN SEDIKIT CEREWET DALAM MENYEDIAKANNYA.




BAGI PENGGEMAR PENCUCI MULUT THAI.....RED RUBIES ADALAH PILIHAN BIJAK BOLEH DISEDIAKAN AWAL..AMAT SESUAI UNTUK HIDANGAN DI BULAN PUASA...




JOM SEMAK RESEPI....


                                           










1 CAWAN SENGKUANG CINA@ SENGKUANG BIASA-POTONG DADU KECIL...
20 TITISAN PEWARNA MERAH TERANG.
2 SUDU BESAR AIR
1 CAWAN TEPUNG UBI KAYU
1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN AIR
1 CAWAN SANTAN KELAPA ASLI
AIS CERUT
SEDIKIT BUAH NANGKA - HIRIS HALUS @ KUIB.




CARA;



AMBIL SENGKUANG TADI SATUKAN BERSAMA SEDIKIT AIR DAN PERWARNA MERAH...BIARKAN DALAM 20 MINIT@LEBIH
APABILA LEBIH 20 MINIT.....SEJATKAN SENGKUANG DAN TEPIKAN.

AMBIL SATU PLASTIK MAKANAN LETAKKAN TEPUNG UBI DAN MASUKKAN SENGKUANG..KOCAKKAN PLASTIK BEBERAPA KALI..SEHINGGA SEMUA MELEKAT.
DALAM MASA YG SAMA....PANASKAN AIR DAN....APABILA AIR MENDIDIH MASUKKAN SENGKUANG..
TUNGGU SAMPAI SENGKUAN TERAPUNG..ANGKAT DAN MASUKKAN DALAM MANGKUK YG BERISI AIR.LAKUKKAN SAMPAI HABIS.


UNTUK KUAH:

HANGATKAN SANTAN,AIR SERTA GULA...MASAK SEHINGGA SANTAN SEDIKIT PANAS DAN GULA CAIR...ANGKAT DAN BIARKAN SEJUK.
JIKA SUKAN MASAKKAN SANTAN BERSAMA SEHELAI DAUN PANDAN.

UNTUK MENYEDIAKAN RED RUBIES.....MASUKKAN KE DALAM MANGKUK KUAH SANTAN DAN JUGA RED RUBIES TADI..MASUKKAN AIS CERUT SERTA NANGKA..SEDIA UNTUK DI MAKAN.








 


Monday, 6 April 2015

PEANUT BUTTER BASE DOUGH

















SALAM SEMUA!



HEIRLOOM RECIPE DARI NEW YORK MILK & COOKIES BAKERY OLEH TINA CASACELI ADALAH ANTARA YG TERBAIK DALAM  SIMPANAN SAYA.....


RESEPI INI BOLEH DI BAKAR DALAM 2 CARA...JIKA ANDA MENGINGKAN BISKUT YANG CHEWY ATAU LIAT BAKAR HANYA DALAM 8 MINIT SEHINGGA HUJUNGNYA GARING.GUNAKKAN SKOP ICREAM MEDIUM UNTUK MEMBENTUK KUKIS YG BESAR.

JIKA INGIN MENIKMATI YANG GARING..SUDUKAN DENDAN SUDU TEH...JADIKAN DROP COOKIES.RESEPI INI OLEH DI OLEH MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN TAMBAHAN SEPERTI KACANG,CHIP PEANUT BUTTER.CHIP COCO,ATAUPUN BUAHAN KERING SEPERTI,CRANBERRY,BLUEBERRY,CURRANTS,BLACKCURRANTS....


JOM INTAI RESEPI:


 











1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 TSP BAKING SODA
1/2 TSP BAKING POWDER
1/4 TSP GARAM HALUS- ABAIKAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN MENTEGA BERGARAM
1 1/2 CAWAN MENTEGA TANPA GARAM- SUHU BILIK
1 CAWAN GULA PERANG HALUS
1 CAWAN MENTEGA KACANG HALUS@ CHUNKY
2 BIJI TELOR- GRED A
1  TBSP ESEN VANILA@ SERBUK VANILIN




CARA;




SATUKAN SEMUA BAHAN KERING..........

SATUKAN GULA PERANG DAN MENTEGA PUTAR SAMPAI SEBATI..MASUKKAN TELOR AYAM SATU PERSATUKAN GAUL RATA.

MASUKKAN TEPUNG DAN PUTAR SEBENTAR HINGGA BERGAUL...KELUARKAN DOH ULI DI MEJA SEBENTAR HINGGA BERSATU..MASUKKAN DALAM PLASTIK DAN DIAMKAN DI PETI AIS UNTUK 1JAM

PANASKAN KETUHAR DALAM 160- 175'C....


SETELAH SATU JAM.....GUNAKAN SKOP ICE CREAM PLING KECIL..SKUP KE ATAS DULANG PEMBAKAR,JARAKKAN SATU SAMA LAIN.
BOLEH DI TEKAN DENGAN GARPU JIKA SUKA...
BAKAR SAMPAI MASAK.....

UNTUK RESEPI NIKEE DI FOTO...NIKEE MEMASUKKAN
1/4 CAWAN KISMIS @CURRANT
1 CAWAN WHOLE ALMONDS NUTS YG DI PANGGANG GARING DAN DI POTONG KASAR-KASAR........

SELAMAT MEMASAK!

 


Sunday, 5 April 2015

GULAI LEMAK SAYUR BROKOLI DAN CENDAWAN TIRAM

 
 
 








SALAM  SEMUA!




ASSALAMUALAIKUM!

MASIH LAGI BUSY MEMANJANG DENGAN URUSAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH DAN SEWAKTU DENGANNYA....
ALAHAMDULILLAH..KURANG KALUT SEDIKIT SEBAB NADIF MULAI KELAS TAMBAHAN SAMPAI JAM 230 PETANG SETIAP HARI.

N3 DI DALAM BLOG NIKEE AMAT-AMAT PERLAHAN..MEMANG TIADA WAKTU UNTUK BERIADAH...SAMANTELAH UNTUK MENULIS...KALI INI MASAKAN BIASA MEMULAI.....LAMAN DAPUR HELEN







1 CAWAN KECIL SANTAN SEGAR@KOTAK
3 BIJI BAWANG MERAH KECIL
5 TANGKAI CILI PADI
2 CM KUNYIT HIDUP
SEDIKIT GARAM
BROKOLI- POTONG MENGIKUT SUKA
1 PAKET BESAR CENDAWAN TIRAM-SIAT-SIAT KASAR
1 CWAN TAUGEH KECIL@KASAR



CARA;

TUMBUK CILI DAN BAWANG SAMPAI HANCUR.....BERSAM KUNYIT.
MASUKKAN KE DALAM  PERIUK DAN LETAKKAN SANTAN...TUNGGU SAMPAI MENDIDIH...KACAU PERLAHAN DENGAN API SEDERHANA BESAR.

APABILA MULAI MENDIDIH LETAKKAN GARAM....MASUKKAN CENDAWAN DAN BROKOLI...LAST SEKALI MASUKKAN TAUGEH..MASAK SAMPAI SAYUR SEDIKIT EMPUK DAN SESUAIKAN RASA....ANGKAT SERTA HIDANGKAN....

 






                      SELAMAT MEMASAK!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...