Thursday, 31 October 2013

ITALIAN CREAM CHEESE CAKE.....BUFDAY YAYA








                                 SALAM  SEMUA!


CUTI SEKOLAH SUDAH PUN BERMULA... DI MANAKAH DESTINASI KALI INI...HARAP-HARAP TAHUN INI JANGANLAH BERLAKU TSUNAMI HEBAT..TAKUT DAN SERIK RASANYA HENDAK BERCUTI DI TEPIAN PANTAI....



KE MANA SAJA HALUAN ANDA SEMUA..SELAMAT BERCUTI DAN BERLIBUR BERSAMA FAMILI...



HARI INI NIKEE  MASUKKAN N3 TERTUNGGAK YANG NIKEE SEDIAKAN UNTUK YAYA..KEK ITALIAN YANG NIKEE SEDIAKAN INI BUKANNYA ASING LAGI BAGI MAT SALEH DI LUAR SANA.MEREKA MENYEDIAN ITALIAN KEK INI SEWAKTU SAMBUTAN HARI NATAL..SEDAP SANGAT RASANYA LEBIH KURANG HUMMINGBIRDS CAKE CUMA TIDAK DI MASUKKAN PISANG SAHAJA.




BAGI YANG MENCARI IDEA UNTUK MEMASAK KEK HARIJADI..ITALIAN CAKE ADALAH SALAH SATU RESEPI TERBAIK..MODALNYA JUGA BUKANLAH BESAR SANGAT...SANGAT SESUAI SEBAGAI TEA TIME CAKE...







JOM KITA INTAI RESEPI;













ITALIAN CREAM CHEESE CAKE;
SUMBER;  TASTE OF HOME



1/2 CUP BUTTER- SOFTENED
1/2 CUP SHORTENING
2 CUPS OF SUGAR
5 EGGS- SEPARATED YOLKS AND WHITE
1 TSP VANILLA ESSENCE
2 CUPS OF FLOUR
1 TSP BAKING SODA
1 CUP OF BUTTERMILK
1- 1/2 CUPS OF FLAKES COCONUT( HAWAIAN SWEET COCONUTS)
1 CUP PECAN NUTS- TOASTED


CREAM CHEESE FROSTING;


2 PACKAGES CREAM CHEESE- ROOM TEMP...
3/4 CUP OF BUTTER- SOFTENED
6 CUPS OF ICING SUGAR
1-1/2 TSP VANILLA ESSENCE
3/4 CHOPPED TOASTED PECAN NUTS



MAKING CAKE;


CREAM THE BUTTER + SHORTENING+ SUGAR UNTIL LIGHT AND FLUFFY
BEAT IN THE EGG YOLKS AND VANILLA.
COMBINE FLOUR + BAKING SODA AND ALTERNATELY PUT THIS IN EGG MIXTURE....BEAT UNTIL JUST COMBINED...STIR IN COCONUT FLAKES.


IN SMALL BOWL BEAT THE WHITE EGGS UNTIL STIFF PEAKS FORM.FOLD IN THE WHITE EGGS INTO THE BATTER..SLOWLY FOLD UNTIL ALL WELL COMBINED.
POUR THE BATTER INTO THE ROUND BAKING TIN...9 INCH...POUR THE BATTER EQUALLY SAME AMOUNT FOR EACH BAKING TINS.


BAKE THE CAKE AT 180 C-AROUND 20- 25 MINUTES....UNTIL COOK.



BEAT THE CREAM CHEESE AND BUTTER UNTIL SMOOTH, BEAT IN THE ICING SUGAR..ALSO VANILLA UNTIL LIGHT AND FLUFFY...STIR THE PECAN..IF YOU LIKE..OR YOU MAY FROST THE CAKE FIRST BEFORE MIXING WITH THE PECAN.

FROST THE CAKE NICELY FOR THE EACH LAYER..AND CHILLED THEM BEFORE SERVING....




                 


PESAN NIKEE;


UNTUK KEK ITALIAN INI..NIKEE KURANGKAN GULA KASTER DI DALAM KEK..SUPAYA KURANG MANIS...KEPADA 1 1/2 CWN SAHAJA.


NIKEE JUGA MENGURANGKAN GULA ICING DI DALAM FROSTING CHEESE KEPADA 3 CWN SAHAJA....


NIKEE JUGA TIDAK MENCAMPURKAN PECAN KE DALAM FROSTING..SUPAYA KEK KELIHATAN LEBIH CANTIK..ANDA JUGA BOLE MENABURKAN PECAN DI ATAS FROSTING SETELAH KEK TADI DI HIAS CANTIK...


SELAMAT MENCUBA!








Wednesday, 30 October 2013

EGGLESS DATES AND WALNUT LOAF








                       SALAM SEMUA!



BILA BUKA PETI AIS PENUH DENGAN SAKI BAKI BUAH TAMAR ATAU KURMA DARI BULAN PUASA YANG LEPAS...DAH BEBERAPA KALI MENCARI RESEPI KEK TAMAR YANG MUDAH SERTA SEDAP UNTUK DI KONGSIKAN BERSAMA...ADA RESEPI PULA TIDAK MENEPATI CITARASA NIKEE INI PULA.


KEK TAMAR INI PALING SEDAP JIKA DI MAKAN BERSAMA CARAMEL SAUSE YANG DI BUAT SENDIRI..BARULAH SEDAP....


BAGI MEREKA YANG GEMARKAN TAMAR NIKEE SERTAKAN DI SINI RESEPI DAN SILAH MENCUBANYA JIKA ADA SAKI BAKI KURMA YANG DI SIMPAN DI PETI AIS....



JOM MASAK ....



1 CWN TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 CWN CASTER SUGAR
1/2 CWN KACANG WALNUT- DI CINCANG
1/2 CWN BUAH KURMA- DI CINCANG KASAR
1 OZ MENTEGA- SUHU BILIK
2/3 CWN AIR
1/2 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
2 SUDU TEH SERBUK KAYU MANIS



CARA;



SATUKAN SEMUA BAHAN KERING DI DALAM SEBUAH BEKAS BESAR.

MASUKKAN SEKALI KACANG WALNUT SERTA KURMA DAN KACAU SAMPAI SEBATI.


PANASKAN BUTTER SERTA AIR TADI DI DALAM PERIUK SAMPAI SEDIKIT MENDIDIH.


BUATKAN TELAGA DI TENGAH BEKAS YANG DI MASUKKAN BAHAN KERING TADI DAN...GAULKAN SEMUA SAMPAI BERCAMPUR RATA.

MASUKKAN KEDALAM LOAF PAN BERUKURAN 25CM X 7.5CM

BAKAR SELAMA 180C SELAMA 40 MINIT.....



PESAN NIKEE;

POTONG LOAF INI DENGAN PISAU ROTI SUPAYA TIDAK HANCUR..DI LETAKKAN DI DLM PETI AIS MEMBUATKANYA SENANG DI POTONG..

LEMBUT,SERTA CUKUP LEMBAP...









Tuesday, 22 October 2013

CINNAMON SUGAR CHOCOLATE CHIPS MUFFINS





                                  SALAM  SEMUA!



BERTEMU KEMBALI HARI INI...TERKADANG PENAT JUGA BILA NAK MENCARI RESEPI TERBAIK SERTA MENCUBA SUPAYA  MASAKAN YANG SEDIAKAN BENAR-BENAR MENJADI........



WALAUPUN PENAT TAPI NIKEE DI SINI AMATLAH BERBESAR HATI DAPAT BERKONGSI KEPANDAIAN YANG TAK SEBERAPA INI KEPADA YANG DI LUAR SANA...APA PUN WANITA SUDAH DI CIPTA OLEH ALLAH MENJADI YANG TERBAIK DI MUKA BUMI ALLAH INI.......


DALAM MENITI HARI SELAMA 15 TAHUN SEBAGAI SURI RUMAH  MEMANG AMAT MEMBOSANKAN..ITULAH NIAT DI HATI NI INGIN TERBANG KE AWAN BIRU SEBGAI CREW PENERBANGAN HAJI...DAPAT JUGA PAHALA MENOLONG UMAT ISLAM KE MEKAH..SAMBIL TU DAPATLAH MENUNAIKAN UMRAH SAMBIL MEMBUAT AMAL...GITULAH FEELING PADA PAGI HARI INI..


APA PUN PUN TU NIAT SEMATA-MATA NAK DI TUNAIKAN NIAT HATI INI..ENTAHLAH..BILA RASANYA????OK BERBALIK PADA MUFFINS NI MARI KITA CUBA...RAMAI DAH MENCUBA RESEPI TERBAIK DARI JOY OF BAKING INI..SO HARI INI NIKEE KONGSI BERSAMA....



JOM INTAI:









CHOCOLATE CHIPS MUFFIN;
JOY OF BAKING;




1/2 CWN(113 G) MENTEGA TAWAR- SUHU BILIK(CAIRKAN)
2 BIJI TELOR AYAM A
2/3  CWN (180 ML) SUSU SEGAR@ KOTAK
1 1/2 SUDU TEH ESEN VANILA
2 CWN(260 G) TEPUNG GANDUM
2/3 (135 G) GULA KASTER
2 1/2 SUDU TEH BAKING POWDER
1/4 SUDU TEH GARAM
1 CWN ( 240 ML) CHOCOLATE CHIPS

CINNAMON SUGAR TOPPING;

1 SUDU BESAR GULA KASTER
1/2 SUDU TEH CINNAMON POWDER( KULIT KAYU MANIS DEBU)



OVEN; 190 C @ 375 F

BAKE/BAKAR; 18-20 MINS












PANASKAN OVEN PADA SUHU YANG DI TETAPKAN..SEDIAKAN ACUAN MUFFIN.


MASUKKAN KE SEMUA BAHAN BASAH SEPERTI TELOR,SUSU SERTA ESEN VANILA..KE DALAM MANGKUK BESAR,...GAULKAN SAMPAI BENAR-BENAR RATA.


DI DALAM MANGKUK YANG LAIN PULA,MASUKKAN KE SEMUA BAHAN KERING GAULKAN SAMPAI BERCAMPUR RATA..DAN KETEPIKAN...


PADA MASA INI MASUKKAN BAHAN BASAH TADI KE DALAM MANGKUK  BAHAN KERING BERSAMA MENTEGA YANG DI CAIRKAN..KACAU MENGGUNAKAN SENDUK KAYU..GAULKAN PERLAHAN-LAHAN SAMPAI BENAR-BENAR SEBATI...

LEPAS TU ISIKAN KE DALAN ACUAN MUFFIN ..ISIKAN 3/4 PENUH DAN  TABURKAN CINNAMON SUGAR KE ATAS PERMUKAAN MUFFIN SEBELUM DI BAKAR.....

BAKAR SELAMA 18-20 MINIT SEHINGGA MASAK....


SELAMAT MEMASAK!



PESAN NIKEE;

NIKEE TABURKAN GULA PERANG SEBAGAI CINNAMON SUGAR MENGGANTIKAN GULA KASTER..


NIKEE GUNA SALTED BUTTER SO....TAK PAYAH BUBUH GARAM OK..JIKA GUNA MENTEGA MASIN.

PASTIKAN..CHOCOLATE CHIPS PUN DI GAULKAN BERSAMA DALAM BAHAN KERING TADI......

JIKA TIADA CHOCOLATE CHIPS BIASA..BOLEH DI GANTIKAN DENGAN MILK CHOCOLATE ,WHITE CHOCOLATE SERTA SEMI SWEET CHOCOLATE COINS @ BARS...


TABURKAN CINNIMON SUGAR BANYAK SEDIKIT SUPAYA APABILA DI BAKAR DIA BERTUKAR MENJADI CARAMEL SEDIKIT GARING DI ATAS TETAPI LEMBUT DI DALAM......






Monday, 21 October 2013

THE BOOK OF INGREDIENTS..WAJIB DI MILIKI!!!






                          SALAM  SEMUA!


NIKEE AMAT TERUJA HARI INI..MAHU BERKONGSI SEBUAH BUKU YANG NIKEE JUMPA DI LEMARI RUMAH...BUKU INI ADALAH PENGHULU SEGALA BUKU..KALAU SESEORANG YANG MEMANG GEMARKAN MEMASAK HARUS MEMILIKI BUKU INI..



KALI PERTAMA MELIHAT BUKU HAMPIR 19 TAHUN YANG LALU,DI RUMAH SAHABAT LAMA IAITU NORILLA..KETIKA ITU KAMI MASIH FLY DAN BERJIRAN PULAK..KATA ILLA WAJIB NIKEE ADA BUKU INI..LAMA NIKEE MENCARI..HINGGALAH MEMBELINYA SEMASA KUNJUNGAN KALI KE 2 KE LONDON...


BANYAK INFO TENTANG SEGALA JENIS HERBA,KEJU,IKAN ,DAGING AYAM DAN PELBAGAI JENIS BERAS,MEE SERTA BERMACAM JENIS LAGILAH...


KAMI WAJIB TAHU SEGALA JENIS BAHAN YANG DI GUNA PAKAI DI DALAM MASAKAN DAN FUNGSINYA KETIKA ITU..ALMAKLUM BUKAN SEKADAR MENJADI PRAMUGARI SAHAJA..AMAT PENTING BAGI CREW YANG BERTUGAS DI 1 ST CLASS SERTA 2 ND CLASS SEPERTI BISNESS CLASS..BANYAK HIDANGAN SERTA MINUMAN SERTA KEJU YANG WAJIB DI HAFAL DAN BAGAIMANA BAHAN-BAHAN INI TERHASIL....



JADI RASANYA SEMUA HARUS MENDAPATKAN BUKU INI UNTUK PENGETAHUAN ASAS..BUKAN SEKADAR..BERBLOGGER SERTA CARI GALI DALAM INTERNET SAHAJA....RASANYA BOLEH DI ODER SECARA TERUS DI TOKO BUKU YANG BESAR SEKITAR LEMBAH KELANG DAN KL ..SEPERTI MPH BOOKSTORE SERTA POPULAR...


DI BAWAH INI ANTARA..FOTO-FOTONYA...DI DALAM NYA PULA BANYAK PENERANGAN MENARIK BAGI SETIAP MAKANAN DAN BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK MENYEDIAKANNYA....HMM!! JOM INTAI!


















SELAMAT MEMBACA DAN MENAMBAHKAN INFO..BUKAN SEDAR MAKAN NASI BERULAMKAN BUDU SERTA IKAN PANGGANG TAWAR..SESEKALI KENA KENAL JUGA HAL KEJU,SMOKE FISH SERTA..SAYURAN MAT SALLEH...



TERIMA KASIH......

Thursday, 17 October 2013

KUAH KACANG AYAM TERBAIK..AZIE KITCHEN




                 SALAM SEMUA!



BILA MAKAN SATAY PASTI KENA ADA KUAH KACANG..TAPI ADA PELBAGAI CARA DALAM MENYEDIAKAN KUAH KACANG BUAT CICAHAN SATAY...TERKADANG ADA JUGA YANG KURANG MENEPATI SELERA KITA....



BUAT KALI PERTAMA MENCUBA KUAH SATAY DARI PUAN AZIE ...MEMANG TERBAIK...SEKALIGUS MEMBUANG KETAKUTAN NIKEE UNTUK MENCUBA KUAH KACANG DARI RESEPI MAMA NIKEE SENDIRI..
.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA NIKEE SUDAH PUN MENCUBA KEDUA-DUA RESEPI KUAH KACANG AZIE KITCHEN DARI YANG BERISIKAN DAGING SERTA KUAH KACANG KOSONG RESEPI 2...


BAGI KUAH KACANG RESEPI 2 YANG KOSONG TU SEDAP KALAU DI JAMAH BERSAMA SAMBAL NYIUR  MANIS BERSAMA NASI IMPIT DAN TIMUN POTONG SEGAR....SEMENTARA KUAH KACANG KOSONG INI JUGA SEDAP DI MAKAN BERSAMA TAHU SUMBAT SERTA DI BUATKAN KUAH GADO-GADO..SERTA PECAL...KALAU TAK CAYA KENALAH CUBA..!!


BAGI KUAH KACANG AYAM KAK AZIE..NIKEE KONGSIKAN DI SINI RESEPINYA......






KUAH KACANG AYAM AZIE;

BAHAN-BAHAN;

1 EKOR AYAM-GRILL SEKEJAP
1/2 KG KACANG TANAH-GORENG TANPA MINYAK DAN TUMBUK KASAR


BAHAN KISAR;

9 ULAS BAWANG MERAH
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
1 INCI LENGKUAS
4 BATANG SERAI
1 CAWAN CILI KISAR
1 GELAS (DARI 1 KEPAL) AIR ASAM JAWA
1 CAWAN GULA PASIR
2 SUDU BESAR GARAM HALUS
SEDIKIT GULA MELAKA
3/4 CAWAN MINYAK MASAK



CARA;


TUMISKAN BAHAN KISAR DENGAN MINYAK MASAK SAMPAI WANGI ..MASUKKAN SEKALI CILI KISAR DAN GORENG SAMPAI GARING.


MASUKKAN DAGING AYAM  YNAG TELAH DI HIRIS KECIL DAN REBUS DAHULU SAMPAI EMPUK.MASUKKAN SEDIKIT AIR DAN KACANG TANAH,AIR ASAM JAWA,GLA SERTA GARAM

MASAK DENGAN API PERLAHAN DAN SESUAIKAN RASA SERTA KEPEKATANNYA...SIAP DAN READY UNTUK DI MAKAN...






PESAN NIKEE;


UNTUK RESEPI KAK AZIE NI NIKEE MASUKKAN GULA MELAKA@ NISE DALAM 2 KEPING DAN SEDIKIT GULA PASIR UNTUK MEMANISKAN KUAH KACANG...


NIKEE MENUKARKAN SEDIKIT DARI SEGI GULANYA SEBABNYA MAMA NIKEE MEMANG MELETAKKAN LEBIH NISE DAN TIDAK MENGANGGU KESEDAPAN KUAT KACANG ITU SENDIRI.

UNTUK KACANGNYA PULA NIKEE MENGGORENGNYA DI DALAM MINYAK SAHAJA BERSAMA KULITNYA SAHAJA..PUN TIDAK MENJEJASKAN RASA KUAH ITU JUGA...

ANDA JUGA BOLEH MEMASUKKAN SANTAN PEKAT DALAM SECAWAN..DAN MATIKAN SANTAN ITU SAMPAI PECAH MINYAK BARULAH DI MASUKKAN BAHAN TUMIS..NI ADALAH CARA MAMA NIKEE MEMASAK KUAH KACANGNYA..LAMBAT SEDIKIT TAPI HASILNYA ENAK SEPERTI KUAH KACANG KAK AZIE JUGA...


SELAMAT MENCUBA  SEMUA..TQVM KAK AZIE!









LEMPENG PANDAN BERSAMA SERAWA DURIAN









               
                                         SALAM  SEMUA!

RASANYA LAMA BENAR TAK BER UPDATE BLOG LAMAN INI..SEBENARNYA AMAT SIBUK TAMBAHAN PULA CALEB SERTA NIKEE KURANG SIHAT..


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN BUAT SEMUA PEMBACA SERTA KEKAWAN BLOGGER DI ALAM MAYA...RASANYA SEMUA ADA PENGORBANAN MASING-MASING DALAM MENGHAYATI ERTI KORBAN ITU SENDIRI....BAGI NIKEE PULA SUDAH MASUK KALI KE 4 NIKEE TIDAK DAPAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN PADA AIDIL ADHA SEBAB NYA ..LEMBU YANG HENDAK DI KORBANKAN JAUH DARI KAMPUNG ASAL DI MANA WAE SERTA MAMA NIKEE TINGGAL..AL MAKLUMLAH MEREKA JUGA SUDAH TUA DAN TIDAK LARAT LAGI UNTUK MENGURUSKAN HAL DAGING YANG SUDAH DISEMBELIH ITU...



DARI SAYA KECIL HINGGA TINGKATAN 5..WAE SENTIASA MELAKUKAN IBADAH KORBAN UNTUK SAYA..ITULAH CARA WAE BERSEDEKAH HINGGALAH SAYA BERKAHWIN...TERNYATA WAE SEORANG AYAH YANG CUKUP HEBAT.....


BERBALIK KEPADA MASAKAN YANG NAK DI KONGSI INI..RASANYA DAH RAMAI YANG TAHU..TAPI TAKPELAH..KATA  OANG RUPA FOTO YANG CANTIK TU TAK SEMESTINYA SEDAP DAN FOTO YANG BURUK TU TAK SEMESTINYA TAK SEDAP...



LEMPENG PANDAN ADALAH FEVERET SAYA DARI DULU..LAGI..MALAHAN WAKTU KECIL INILAH YANG SELALU DI MASAK OLEH MAMA.. JOM KITA CUBA!








LEMPENG PANDAN;


2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL GARAM HALUS
1 CAWAN SANTAN KOTAK
AIR- SECUKUP- UTK MENCAIRKAN ADUNAN
4 SUDU BESAR- MENTEGA@ MARJERIN
PASTA PANDAN@ PERAHAN AIR DAUN PANDAN
MINYAK MASAK





CARA;


SEDIAKAN BEKAS PEMUTAR MAKANAN @ BLEDER..MASUKKAN AIR ,SANTAN,GARAM SERTA MARJERIN,PASTA PANDAN....BLENDER SEKEJAP SAMPAI MARJERIN RATA.

MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT-SEDIKIT SAMPAI ADUNAN MERATA DAN SEBATI TANPA GUMPALAN TEPUNG..

TAPISKAN ADUNAN..ANDAI KATA PEKAT TAMBAHKAN AIR DAN JIKA TERLAU CAIR TAMBAHKAN TEPUNG..

SEDIAKAN SAUCEPAN NON STICK DAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK MASAK DAN MASUKKAN SATU SENDUK KECIL ADUNAN TADI DAN MASAK SAMPAI MASAK...LAKUKAN SAMPAI HABIS....


KUAH SERAWA;

1 MANGKUK BESAR ISI DURIAN SEGAR- AMBIL ISI 
1 SUDU KECIL GARAM
2 HELAI DAUN PANDAN- SIMPULKAN
1 MANGKUK BESAR SANTAN PEKAT SEGAR
1  CAWAN  GULA MERAH HANCUR@ 2 KEPING MANISAN
AIR- JIKA KUAH TERLALU PEKAT.


SEDIAKAN PERIUK..MASUKKAN SANTAN SERTA ISI DURIAN,DAUN PANDAN SERTA GARAM..MASAK SEKEJAP SAMBIL MENGACAU KUAH SERAWA SELALU,PASTIKAN API TIDAK TERLALU BESAR...

APABILA KUAH SUDAH PANASKAN MASUKKAN GULA MERAH DAN TAMBAH SEDIKIT AIR JIKA KUAH TERLALU PEKAT..


MASA INI RASAKAN KEMANISAN KUAH SERAWA...JIKA KURANG MANIS TAMBAH GULA DAN MASAK SAMPAI SEDIKIT MENGELEGAK DAN ANGKAT SERTA SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN...




SELAMAT MENCUBA!



PESAN NIKEE;

KALU DI MASUKKAN AIR PANDAN ASLI ADUNAN LEMPENG KURANG BERWARNA HIJAU JADI MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA HIJAU EPAL.

SEKIRANYA TIADA SANTAN MEMADAI DENGAN MEMASUKKAN AIR.

TAK PERLU DI MASUKKAN TELOR SEBAB LEMPENG KOSONG LAGI BEST DI MAKAN BERSAMA KUAH SERAWA.








Thursday, 3 October 2013

CHILLI CRABS ALA SINGAPORE.....!!!











                                        SALAM  SEMUA!




BEBERAPA HARI LEPAS NIKEE MEMASAK KETAM..LAMA RASANYA TIDAK MENJAMAH KETAM..SECARA JUJUR KAMI JARANG MEMAKAN MAKANAN LAUT SANGAT KERANA TAKUTKAN ALLERGIK .



BILA HARI TU TERPANDANG KETAM BIRU YANG SEGAR SERTA XL SAIZNYA,NIKEE BELI DAN KEMUDIAN BARULAH TERFIKIR APALAH NAK DI MASAK DENGAN KETAM BESAR INI..





AKHIR SEKALI KETAM INI JADI PENANGAN MASAKAN NIKEE KONONNYA ALA-ALA CHILLI GRABS SINGAPORE STAIL...TAPI BEBERAPA HARI SUDAH NIKEE DAH POST KAN FOTO KETAM INI DI FB,MY COUSIN SI PERTH DAH KELAM KABUT NAK SHAREKAN RESEPI CHILLI GRABNYA..INSYAALLAH BILE PAT DAH POSTKAN RESEPI NANTI NIKEE AKAN SHARE BUAT SEMUA MEMANDANGKAN PAT SINGAPORERIAN..PASTI LAGI KAW KETAMNYA..













KAT BAWAH INI NIKEE AKAN SERTA RESEPI MUDAH YANG NIKEE JUMPA DI DALAM INTERNET YANG MUNGKIN MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN DALAM MEMASAK SINGAPORE CHILLI GRABS..KALAU ADA YANG TERKURANG NIKEE MINTA MAAF YER!



JOM SEMAK;




4 EKOR KETAM BIRU- BERSIHKAN BELAH 4


BAHAN REMPAH;

1 BIJI BESAR BAWANG HOLLAND- MESIN
4-5 ULAS BAWANG PUTIH-                 '
2-3 BATANG SERAI-                              '
2-3 KEPING HIRISAN LENGKUAS-    '
2-4 BIJI BUAH KERAS                      -   '
4-5 BIJI CILI KERING                       -   '


SEMUA BAHAN REMPAH DI MESIN SAMPAI HANCUR....KETEPIKAN



3-5 SUDU BESAR MINYAK
1 CAWAN AIR
GARAM
GULA
SOS TIRAM
SOS TOMATO
1 BIJI TELOR AYAM- UNTUK DIPECAHKAN DALAM KUAH
SEDIKIT- KACANG TANAH YAG DI TUMBUK- JIKA SUKA.


BAHAN HIASAN;

DAUN SUP- DI HIRIS
DAUN BAWANG - DIHIRIS




CARA MEMASAK;





TUMISKAN MINYAK...MASUKKAN BAHAN REMPAH YANG TELAH DISEDIAKAN TADI...MASAK SAMPAI BAHAN TUMIS PECAH MINYAK....MASUKKAN KETAM,LEPAS TU TUNGGU SEKEJAP,MASUKKAN SEDIKIT AIR,BIARLAH SEBENTAR DALAM 5 MINIT..MASA NI MASUKKAN GARAM,SOS TOMATO,GULA,SOS TIRAM,SERTA KACANG TANAH TADI JIKA SUKA...TAK LETAKKAN PUN TAK PER..



APABILA KUAH SUDAH HAMPIR PEKAT BOLEH DI PECAHKAN TELOR AYAM YANG TELAH DI KACAU TERLEBIH DAHULU..


KETAM INI SEDAP DI MAKAN BERSAMA NASI SERTA ROTI....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...