Sunday, 22 July 2012

NASI GORENG LIMAU PURUT BERUDANG


SALAM SEMUA..
HMMM ....APA MENU BERBUKA AGAKNYA?
NIKEE BUKANLAH ORG YG GEMAR BERSAHUR..BERBUKA PUN ALA KADAR SAHAJA.


PERCAYA TAK TAHUN LEPAS KITA HANYA MAKAN NASI KERABU SELAMA 1 BULAN...HAHA TAK LALU UTK JAMAH LAUK LAIN.


SEMALAM NIKEE SEDIAKAN AIR DURIAN BELANDA BERSUSU SELASIH..SORI MALAS NAK SNAP FOTO..HARI INI NIKEE SEDIAKAN AIR BANDUNG BERSUSU RENDAH LEMAK SELASIH...SIMPLE KAN.


BILA CAKAP HAL SAHUR SAYA MEMANG TAK SUKA BERSAHUR..PALING TERUK PUN SAYA AKAN MINUM SEGELAS AIR SUAM ATAUPUN SECANGKIR MILO PANAS BERSAMA KURMA.


DARI SEAWAL UMUR 9 TAHUN SAYA MEMANG TIDAK BERSAHUR,TAPI CUKUP SEKADAR SEGELAS AIR SAHAJA.


UNTUK MENU SAHUR SEMALAM NASI GORENG DAN SOSEJ BERKICAP BERSAMA CORNBEEF BEBAWANG SEDAP..NI SEMUA UTUK PAPA DAN YAYA..


PAPA HANYA BERSAHUR DAN MAKAN SELAMA 3 HARI SAHJA LEPAS TU DIA HANYA MENJAMAH AIR SAHAJA.



JOMLAH BUAT NASI GORENG NI;





2 CAWAN NASI PUTIH
1 BIJI BWG PUTIH
3 BIJI BAWANG MERAH KECIL
2 SUDU KECIL SAMBAL BELACAN
6 EKOR UDANG
1 BATANG DAUN BAWANG
SEDIKIT DAUN SUP
SEDKIT DAUN KOBIS
3 HELAI DAUN LIMAU PURUT-DI MAYANG HALUS
KICAP PEKAT
KICAP MANIS
SOS IKAN
LADA AJISIO
SERBUK PERASA
2 SUDU MAKAN MINYAK TUK MENUMIS










CARA;
1- BWG MERAH DAN PUTIH,DI MAYANG HALUS ATAU DI TUMBUK HALUS.
2- MAYANG SEKALI DAUN BAWANG DAN DAUN SUP
3- MAYANG HALUS DAUN LIMAU PURUT
4- HIRIS DAUN KOBIS HALUS-HALUS
5- PANASKAN MINYAK TUMISKAN BAWANG BERSAM BWG TADI ..GORENGKAN SAMPAI WANGI.
6- MASUKKAN UDANG GORENG BERSAMA SAMBAL BELACAN..
7- MASUKKAN NASI TADI KACAU SAMPAI SEBATI MASUKKAN KICAP PEKAT,KICAP MANIS BERSAM SOS IKAN DAN AJISIO..GORENG SEKEJAP.
8- MASUKKAN PULA, KOBIS,DAUN BAWANG DAN SUP..KACAU SEBENTAR..MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT TADI...RASA NASI GORENG NI...APABILA DAH OK....ANGKAT DAN HIDANGKAN.





SELAMAT BERSAHUR...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...