SELAMAT PAGI.......
SALAM SEMUA..HARI INI SEJUK RASANYA..MANA TAK HUJAN SEPANJANG MALAM....
BEST KALAU DAPAT TARIK SELIMUT DAN TERUS LENA DI BUAI MIMPI....
WALAUPUN SUDAH LAMA PENCEN DARI BEKERJA..TERINGAT WAKTU BERSAMA MAS (PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINE)..PAGI-PAGI SUFFER GILA BANGUN SEKITAR JAM 3-4 PAGI UNTUK MENCARI REZEKI..MASA HUJAN-HUJAN SEGINILAH..PERASAAN MALAS ITU MULAI MENEBAL....ADA JUGA SESEKALI TERMISS FLIGHTS.
WELL..TU SEMUA TINGGAL KENANGAN PENGALAMAN INDAH BERSAMA MAS TAK AKAN MUDAH PUDAR SEBEGITU SAHAJA....
HARI INI KITA MULAI PAGI INI DENGAN HIDANGAN SIMPLE YG PASTI DIGEMARI OLEH RAMAI DI LUAR SANA....
KENAL TAK .....INILAH PULUT INTI..HMM SEDAP BUKAN..
NIKEE DAH BANYAK KALI MENYEDIAKAN MENU NI UTK HUSBAND NIKEE...UTK MINUM PETANG..TAPI ALMAKLUMLAH...MALAS NAK MENGAMBIL FOTO....
PULUT INTI NI KIRA NIKEE MEMANG SUKA TERUTAMANYA MASAKAN LAIN YG BERASAS PULUT SEPERTI PULUT KUNING,PULUT IKAN KERING SERTA PULUT PAGI....
BAGI YG SUKA MASAKAN PERANAKKAN NYONYA @BABA.,.PASTI SUKA PULUT TETAL YG DI SEDIAKAN BERSAMA KAYA PANDAN...
KALAU TAK SALAH BLOG CHE MAT GEBU ADA SEDIAKAN PULUT TETAL NI DENGAN PANGGILAN LAIN PULUT TAI TAI...
ASAS MENYEDIAKAN PULUT INTI NI SAMA SAHAJA DENGAN SI PULUT TETAL....TETAL HARUS DI MAMPATKAN DALAM LOYANG EMPATSEGI BERTINDIHKAN BENDA BERAT SEPERTI BATU-BATA @ LESUNG BATU....
LEPAS TU DI KELUARKAN DAN DI POTONG EMPATSEGI...MANAKALA YG PULUT INTI NI DI BUNGKUS DALAM DAUN PISANG
UNTUK TAYANGAN FOTO KALI NI..MALAS NIKEE NAK MENCARI DAUN PISANG DALAM HUJAN-HUJAN NI..JADI KITA TEKAP JER DALAM BEKAS ACUAN PLASTIK PUDDING...CANTIK JUGAKAN RUPANYA...
JOM LAYAN RESEPI DI BAWAH NI;
CARA MASAK; MENGUKUS
HIDANGAN; 4 ORANG -8 BUNGKUS
180G@ 1 CWN BERAS PULUT( rendam semalaman @ 6jam)
250ML@1/2 PT SANTAN PEKAT+1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
1 HELAI DAUN PANDAN
8 HELAI DAUN PISANG UTK MEMBUNGKUS
15X 20CM @ 6X8 INCI
CARA MEMASAK;
SEDIAKAN BEKAS PENGUKUS..MASUKKAN 1/2 PERIUK AIR.....JERANGKAN SAMPAI MENDIDIH.
SEDIAKAN PULUT..BASUH DAN TOSKAN PULUT TADI....KUKUS BERSAMA SEHELAI DAUN PANDAN SELAMA 10 MINIT.
SETELAH 10 MINIT,ANGKAT DARI KUKUSAN GAULKAN SANTAN KELAPA TADI...KALI NI KUKUS SELAMA 20-25 MINIT.
APABILA PULUT MASAK BOLEHLAH DISEJUKKAN
RESEPI INTI KELAPA;
2 SUDU MAKAN KELAPA PARUT TANPA KULIT ARI
1/4 KEPING GULA MELAKA
30G@1 SUDU BESAR GULA PASIR
1 HELAI DAUN PANDAN
1 BIJI CENGKIH
2 SUDU BESAR AIR
CARA;
MASUKKA AIR+ GULA MELAKA ,CAIRKAN SAMPAI MENDIDIH.
MASUKKAN PULA DAUN PANDAN BERSAMA CENGKIH TADI...MASAK SAMPAI ADUNAN MENJADI LEMBUT DAN KERING.ANGKAT DAN SEJUKKAN.
MENYEDIAKAN DAUN PISANG;
LAYUKAN DAN SEKEJAP DI ATAS API BASUHKAN KERINGKAN.
POTONG DAUN PISANG TADI MENGIKUT UKURAN YG DI KEHENDAKI.
PENYEDIAAN KUIH;
SENDUKKAN 1 SUDU MAKAN PULUT TADI DAN LETAKAN 1 SUDU BESAR INTI KE ATAS PULUT YG DI LAPIK DAUN PISANG...KEMUDIAN BUNGKUSKAN PULUT TADI..MCAM BUAT NASI LEMAK 1.00RM
BUATLAH SAMPAI PULUT+ INTI HABIS.
HIDANGKAN DALAM PINGGAN KUIH BERSAMA KOPI ATAU TEH PANAS.
P/S-
UNTUK PULUT DI ATAS NIKEE WARNAKAN SEPARUH PULUT DENGAN SEDIKIT WARNA VIOLET..
APA YG NIKEE LAKUKAN NIKEE RENDAM SEDIKIT PULUT BERSAMA WARNA VIOLET..KEMUDAIAN TOSKAN DAN DI KUKUS BERSEBELAHAN BERSAMA PULUT YG TIDAK BERWARNA KEMUDIAN APABILA PULUT DAH SEPARUH MASAK BARULAH NIKEE CAMPURKAN KEDUA PULUT TADI SEBELUM DI MASUKKAN SANTAN PEKAT.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment