Sunday, 29 July 2012

SAMBAL SOTONG BERKERISIK





SALAM SEMUA..SELAMAT BERTEMU KEMBALI!














MASAK APA AGAKNYA PETANG NANTI..SEMALAM HARI MINGGU...NIKEE HANYA BERBUKA PUASA DENGAN MEMBELI SAHAJA JUADAH BERBUKA PUASA DI BAZAR SEKITAR SS 18 SUBANG JAYA..


JUADAH SEMALAM..NASI KERABU,SIRA PISANG,BURGER JUMBO,KEPAK AYAM MADU,SOMTAM.......KUIH TALAM UBIKAYU DAN SERI MUKA.




SEBENARNYA NIKEE MEMANG PENAT SEMALAM SEBAB MENYIAPKAN  BISKUT TAT TERATAI UTK SAMPLE OFIS AZREEN...HMM KATANYA ADA YG NK ODER..


PENAT GAK MEMBUAT TAT TU..BANYAK MASA YG DI HABISKAN........




NI N3 BASI...SAMBAL SOTONG KERISIK NI..NIKEE SEDIAKAN HARI JUMAAT LEPAS SEBAB TAK TAHU NAK MEMASAK APA LAGI...TEKAK NI HANYA KEPINGIN MINUM AIR SAHAJA.


JOM INTAI RESEPI;
















5-6 EKOR SOTONG- BASUH DAN BERSIHKAN DENGAN CUKA.
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR*
2 ULAS BAWANG PUTIH*
2 CM BELACAN
1 CM HALIA MUDA
1/2 CAWAN CILI GILING
2 KEPING ASAM KEPING@ SEDIKIT AIR ASAM JAWA.
1/4 CAWAN AIR
3 SUDU MAKAN KERISIK
GARAM ,GULA,SERBUK PERASA
MINYAK UTK MENUMIS
1 BIJI BAWANG BESAR KUNING - HIRIS BULAT





CARA MEMASAK;


1- PANASKAN MINYAK...SEJATKAN SOTONG YG DI BASUH TADI.
2- TUMISKAN * TADI SAMPAI GARING..
3- MASUKKAN CILI DAN GORENG SAMPAI PECAH MINYAK.
4- APABILA DAH TERBIT MINYAK MASUKKAN SEDKIT GULA,KEMUDIAN MASUKKAN PULA...SOTONG TADI MASAK SAMPAI SOTONG MASAK SEDIKIT..MASUKKAN AIR SEDIKIT.
5- MASUKKAN KERISIK...GAUL RATA..MASA NI ANDA KAN BAU KERISIK YG KUAT..MUNGKIN TAK SESUAI RASANYA DENGAN SAMBAL, TAPI SETELAH DI RENEHKAN 3-5 MINIT..SEMUA BAHAN MESRA DAN SEMUA JADI OK.
6- MASUKKAN PULA ASAM KEPING @ AIR ASAM TADI....
7- MASUKKAN PERASA, GARAM,BAWANG KUNING TADI..MASAK SAMPAI SEBATI..RASALAH SAMBAL ITU..TAMBAH RASA JIKA BERKURANGAN.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...