DI SEBABKAN KESUNTUKKAN MASA DI BULAN PUASA LALU..NIKEE TERPAKSA MENUNGGU SELEPAS RAMADAN BARULAH BOLEH MENAYANGKAN RESEPI BUBUR BUTIR SALAK NI....MEMANG SEDAP KALAU DI NIKMATI SEMASA HARI HUJAN....SEDAPNYA MEMBASAHI TEKAK..
BAGI YG MENCARI RESEPI BUBUR INI ADALAH SALAH SATU HIDANGAN DARI NEGARA SEBERANG...
JOM SEMAK RESEPI INI..
BUBUR BIJI SALAK;
2 CAWAN TEPUNG BERAS
2 SUDU BESAR TEPUNG UBI- NIKEE TAK LETAK PUN
SEDIKIT AIR KAPUR
AIR
PEWARNA KUNING TELOR@ LEMON
DAUN PANDAN
AIR -UTK MEREBUS DOH
KUAH;
1 CAWAN SANTAN PEKAT
1/2 CAWAN SANTAN CAIR@AIR BIASA
2 KEPING GULA MELAKA @ MANISAN
DAUN PANDAN
1 SUDU KECIL TEPUNG BERAS -UTK PEKATKAN KUAH
SECUBIT GARAM
2 SUDU BESAR SAGU KECIL-BASUH DAN CAMPURKAN DALAM KUAH
CARA MEMBUAT KUAH;
1- AMBIL PERIUK CAMPURKAN BERSAMA SEMUA BAHAN TADI..
2- PANASKAN DI ATAS DAPUR DAN KACAU SAMPAI KUAH BENAR-BENAR LIKAT DAN PEKAT.....
3- RASA MANIS KUAH...APABILA SUDAH MENEPATI RASA ANDA ANGKAT DAN KETEPIKAN.
CARA MEMBUAT BIJI SALAK;
1- PANASKAN AIR DI DALAM PERIUK...BERSAMA DAUN PANDAN..BIAR MENDIDIH
2- MASUKKAN TEPUNG BERAS& UBI...MASUKKAN AIR KAPUR...DAN GAULKAN BERSAMA AIR DAN PEWARNA KUNING TADI..ULI SELAMA BEBERAPA MINIT SAMPAI LEMBUT.
3- PABILA AIR DAN MENDIDIH...JEMPUT SEDIKIT DOH SEBESAR BIJI GULI MASUKKAN KE DALAM AIR MENDIDIH TADI..BIARKAN SEKEJAP..
4- BILA BIJI SALAK TERAPUNG BOLEHLAH DI ANGKAT DAN TERUS DI MASUKKAN DALAM KUAH TADI.
5- BUATLAH SAMPAI HABIS....DAN NIKMATILAH BUBUR TADI.
SELAMAT MENCUBA.
PESAN NIKEE;
KUAH BUBUR BOLEH DI KECUALIKAN SAGU TADI JIKA TAK SUKA.
BOLEH GK DI MASAKKAN SANTAN PEKAT YG BERCAMPUR SECUBIT GARAM SEBAGAI GARNISHES DI ATASNYA...CUMA CAIRKAN SAJA KUAH TADI DAN MASUKKAN LEBIH GULA MELAKA SUPAYA KUAH SEDIKIT COKLAT SEBELUM DI TABURKAN SANTAN PEKAT DI ATAS BUBUR SEBELUM DI MAKAN.
PELBAGAI WARNA DOH JIKA SUKA......
No comments:
Post a Comment