SALAM SEMUA..
HARI INI ,NIKEE NAK BERKONGSI SATU MASAKAN MUDAH YG SELALU WAN NIKEE SEDIAKAN APABILA DIA MEMBELI IKAN TENGGIRI YG CUN MACAM DALAM FOTO NI..
IKAN JERUK NI AMAT TERKENAL DI KELANTAN TERUTAMANYA APABILA TIBA MUSIM HUJAN @ TENGKUJUH..MASA NI LAH KITA DAPAT MELIHAT BANYAK IKAN-IKAN KEMBUNG SEGAR YG DI JERUK DIDALAM BESIN BESAR DI PASAR-PASAR SEKITAR KELANTAN. IKAN-IKAN NI AKAN DI JERUK BERSAMA GARAM KASAR.
IKAN JERUK NI SEDAP...APABILA DI GORENG BERSAMA TELOR KEPOK..IATU TELOR DADAR TU..MEMANG SEDAP..ADA PULA SUKA IKAN NI DI GORENG GARING SAHAJA..
UNTUK RESEPI WAN NI MUDAH SAHAJA...APA YG ANDA PERLUKAN IALAH SEKEPING IKAN TENGGIRI YG CANTIK ISINYA DAN SEGAR...
CARA MEMBUAT JERUK TENGGIRI;
1- BERSIHKAN IKAN..KERINGKAN
2- LUMURKAN IKAN DENGAN GARAM..
3- MASUKKAN KE DALAM BEKAS PLASTIK YG BERTUTUP...BIARLAH IKAN DI LUAR BILIK @ DI ATAS KAUNTER DAPUR SEMALAMAN.
4- PADA KEESOKAN HARINYA..BOLEH ANDA MENGGORENGKAN IKAN TENGGIRI NI SEHINGGA GARING.
FAKTA TENTANG IKAN JERUK NI;
1- SEDAP KERANA BERSIH DAN DI SEDIAKAN SENDIRI OLEH KITA DI RUMAH.
2- AMAT SESUAI BAGI YG BARU MELAHIRKAN BABY..SEBAB TENGGIRI MEMPUNYAI ASID AMINO YG TINGGI SEPERTI IKAN HARUAN YG ELOK DI MAKAN OLEH IBU SELEPAS MELAHIRKAN.
3- PERCAYA ATAU TIDAK..IKAN JERUK NI ADALAH PEMBUKA SELERA YG AMAT ENAK..DI MAKAN BERSAMA GULAI-GULAI LEMAK KEGEMARAN ANDA.
4- ANDA BOLEH MEMBUAT GARAM SECKUPNYA PADA IKAN MENGIKUT SELERA MASING-MASING
SELAMAT MENCUBA DAN MERASAI KELAINAN DALAM MENCUBA MAKAN SEPANJANG BULAN RAMADAN NI..
No comments:
Post a Comment