SALAM SEMUA!
FOTO MASAKAN KALI INI ADALAH RESEPI TERTUNGGAK YG NAK DI MASUKKAN LAGI AWAL.DAGING SERTA TULANG-TULANG LEMBU INI DISEDEKAHKAN OLEH ORANG SEPANJANG MUSIM HARI RAYA HAJI BARU-BARU NI.
KALAU NAK TAHU SUP TULANG JUGA MASAKAN MUDAH KEGEMARAN SAYA.
BAGI KAMI DI KELANTAN ,MEMASAK HIDANGAN SUP TAK PAYAH SANGATLAH CUMA DI BALING-BALING KE DALAM PERIUK DAH JADI SUP.
SUP MUDAH NI JIKA DI REBUS BEBERAPA JAM MEMANG ENAK DI MAKAN SEGERA BERSAMA NASI PANAS.
BAGI NIKEE YG TAK MEMPUNYAI PRESSURE COOKER MEMANG AZAB TUK MEMASAKNYA...
JOM INTAI DAN MASAK SEKALI;
SUP TULANG SEMPOI;
1 KG TULANG RUSUK LEMBU
4 SEKAWAN-KAYU MANIS,BUNGA LAWANG,PELAGA HINDI SERTA CENGKIH
1 SUDU MAKAN LADA HITAM
AKAR DAUN KETUMBAR@ SUP
2 BIJI UBI KENTANG-POTONG DADU
BAWANG PUTIH- KETUK
HALIA-DIKETUK
TOMATO -BELAH 4
AIR
GARAM SERTA PERASA
BAHAN SAMPINGAN;
LOBAK MANIS JERUK
CILI PADI-POTONG HALUS
1 BIJI LIMAU NIPIS-POTONG SERONG
DAUN SUP
DAUN BAWANG
BAWANG GORENG
CARA;
MASUKKAN AIR...MASUKKAN HALIA SERTA BAWANG PUTIH KETUK SERTA 4 SEKAWAN DAN LADA HITAM..
MASA NI MASUKKAN SEMUA TULANG TADI RENEHKAN SAMPAI EMPUK.MASUKKAN SEKALI AKAR KETUMBAR,TOMATO,UBI SERTA GARAM DAN PERASA.
MASAKKAN TULANG TADI SAMPAI MASAK..RASA MASIN SERTA DAGING LEMBUNYA EMPUK BOLEHLAH DI ANGKAT
HIDANGKAN BERSAMA..BAHAN SAMPINGAN DI ATAS..NIKEE PULA SUKA MASUKKAN TAUGEH SEGAR SEBAGAI SAYURAN KETIKA MENIKMATI SUP NI.
PERAHLAH ASAM ..TERNYATA TERANGKAT
No comments:
Post a Comment