Thursday, 5 September 2013
DAGING HITAM SARAWAK AYUNA
SALAM SEMUA!
KALI INI NIKEE BERKONGSI MASAKAN DAGING SARAWAK NI..BAB MASAKAN DAGING NI NIKEE NAK KOMEN...SEDIKIT KENAPE?.... MASAKAN DAGING TAK SEMUA ORANG MASAK DENGAN JAYA NYA..KIRA IKUT AIR TANGAN ORANG YANG MEMASAKNYA...TERUTAMANYA DAGING YANG LIAT-LIAT GITU....
SEMASA NIKEE HAMILKAN CALEB MEMANG TERINGIN SANGAT NAK MAKAN DAGING MASAK HITAM SARAWAK..JADI TAHULAH ORANG SARAWAK MEMANG CHAMPION MASAK TERMASUK ISTERI SAHABAT SEPEJABAT DENGAN AZREEN DULU ..ABANG LATIF,KAK AYU...KAK AYU PUN BERKONGSILAH RESEPI..JADI NIKEE IKUT SEKADAR YANG TERMAMPU RASANYA DAH BEBERAPA KALI MEMASAK MASAKAN INI.
DAGING INI PALING SEDAP JIKA DI JAMAH BERSAMA PULUT LEMANG,KETUPAT PULUT DAUN PALAS SERTA PULUT TAITAI...JANJI PULUT..BAGI NIKEE TAK RUGI JIKA JIKA BERKONGSI SEDIKIT SEDIKIT INFO DI SINI OKE..WALAUPUN DAH RAMAI CHAMPION DI LUAR TU....
RESEPINYA DI SINI;
500G DAGING BATANG PINANG-(POTONG NIPIS)
2 BIJI BAWANG MERAH BESAR
4-5 ULAS BAWANG PUTIH
4-5 CM HALIA
2 BATANG SERAI
3 SUDU BESAR KISMIS
5-6 BIJI BUAH PRUNE
3-4 SUDU KERISIK
1/3 CAWAN KICAP PEKAT
1/3 CAWAN KICAP MANIS
2 SUDU BESAR KICAP MASIN@ GARAM
2 SUDU BESAR TOMATO SOS @TOMATO PURI
1/2 KEPNG GULA MANISAN@ GULA APONG
1/2 CAWAN SUSU CAIR
- SEMUA BAHAN YANG DI ATAS DI MESIN SAMPAI BENAR-BENAR HANCUR DAN TERUS CAMPURKAN KE DALAM DAGIN BATANG PINANG....PERAPKAN SEMALAMAN DI DALAM PETI AIS
BAHAN PENUMIS;
3 SUDU BESAR MINYAK SAPI
2 TANGKAI BUNGA LAWANG
1 BTG KAYU MANIS
3 BIJI CENGKIH
3 BIJI PELAGA HINDI
SEDIKIT BAWANG MERAH - MAYANG HALUS
2 SUDU KECIL CILI GILING-JIKA NAKKAN PEDAS SEDIKIT-TAKDA TAK PER
CARANYA;
PANASKAN PERIUK DALAM..TUMISKAN BAHAN REMPAH TADI BERSAMA BAWANG MERAH SERTA CILI SAMPAI GARING..KELUARKAN DAGING DARI PETI AIS DAN MASUKKAN KE DALAM PERIUK....MASAKLAH DI ATAS DAPUR SAMPAI PECAH MINYAK DAN DAGING EMPUK...MASAK DENGAN API SEDERHANA DAN KACAU SELALU..HARUS BERSABAR BILA MEMASAK DAGING INI...
RASALAH DAGING SUPAYA CUKUP MANIS.MASINNYA..APABILA SUDAH EMPUK DAN SESEDAP RASA BOLEHLAH DI ANGKAT DAN DI HIDANGKAN BERSAMA LEMANG..NASI MINYAK .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai Helen,
ReplyDeleteminta izin gunakan resepi Daging Hitam Sarawak ini te. Tq for sharing!