Monday, 2 September 2013

SOTO SURABAYA





                                    SALAM  SEMUA!





SEBENARNYA SOTO SURABAYA ANTARA SOTO YANG RINGKAS UNTUK DISEDIAKAN .....SEBENARNYA BERBELAS TAHUN YANG LALU NIKEE DI PERKENALKAN OLEH SAHABAT BAIK SAYA MARINA YANG MULAI MENGGEMARI SOTO INI BUAT PERTAMA KALINYA BELAJAR MEMASAK DARI PEMBANTU RUMAH MAJIKANNYA ....



NAMUN APA YANG MARINA PELAJARI ITU MEMANG BERBALOI RASANYA.....SOTO  INI MEMANG RINGKAS HANYA SEDAP DI MAKAN BERSAMA MEEHOON,MEE KUNING SERTA KUE TEOW...RASANYA AGAK PELIK BERBANDING BILA DI MAKAN BERSAMA NASI IMPIT...TAK NGAMM SEPERTI MAKAN SOTO JOHOR.


BAGI YANG MENCUBA...MEMANG TAK MENYESAL SEBAB HASILNYA MEMANG SEDAP....










BAHAN SUP;

2 BIJI BAWANG MERAH BESAR
4-6 ULAS BAWANG PUTIH
2 BATANG SERAI
4-5 INCI HALIA
4-5 INCI LENGKUAS
3 INCI KUNYIT HIDUP@ 2 SUDU BESAR KUNYIT DEBU
4-5 BIJI BUAH KERAS

2 HELAI DAUN SALAM
3-4 HELAI DAUN LIMAU PURUT
BEBERAPA HIRISAN BATANG DAUN SADERI@ SUP
BEBERAPA BATANG HIRISAN DAUN BAWANG
4-5 SUDU BESAR MINYAK-UTK MENUMIS

3-4 RANGKA AYAM@2 EKOR AYAM -POTONG EMPAT

-  SEMUA BAHAN DI ATAS DI MESIN SAMPAI HALUS

CARA;


PANASKAN MINYAK MASAK DI DALAM PERIUK,MASUKKAN BAHAN YANG TELAH DI GILING TADI..GORENG SAMPAI GARING..SEHINGGA BAHAN GILING BERTUKAR WARNA DARI KUNING MUDA KE WARNA HIJAU KECOKLATAN...


APABILA SUDAH WANGI SERTA GARING MASUKKAN AIR REBUSAN AYAM ATAU AIR BIASA...LALU MASUKKAN AYAM RANGKA ATAU AYAM YANG DI BELAH EMPAT TADI.....

JUMLAH AIR TERPULANG PADA KESESUAIAN JUMLAH ORANG YANG HENDAK KITA HIDANGKAN NANTI


BIARLAH KUAH MENDIDIH DAN MASUKKAN GARAM SERTA AJINOMOTO SERTA DAUN SALAM SERTA DAUN LIMAU PURUT..

APABILA KUAH SUDAH SESUAI RASANYA MASUKKAN PULA BELAHAN DARI DUA TOMATO...


SEMENTARA ITU ANGKAT AYAM YANG TELAH DI REBUS TADI DAN SEJATKAN SEBELUM DI GORENG GARING UNTUK ISINYA NANTI.....

ISI AYAM DI SIAT-SIAT HALUS UNTUK DI MAKAN BERSAMA MEEHOON

KUAH SUDAH SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.



BAHAN-BAHAN SAMPINGAN;

DAUN SUP- MAYANG HALUS
DAUN BAWANG-  MAYANG HALUS
KUBIS - MAYANG HALUS
BAWANG GORENG
1-2 KILO BIHUN,MEE ATAU KEU TEOW


SAMBAL KICAP;


 1 CAWAN CILI PADI HIJAU- MESIN HALUS
1 CAWAN KICAP MANIS
2 BIJI BAWANG MERAH KECIL
SEDIKIT GULA,GARAM,PERASA
SEDIKIT AIR PERAHAN LIMAU NIPIS@KASTURI
2 SUDU BESAR AIR ASAM JAWA.



- MESIN SEMUANYA DI ATAS..MASUKKAN KE DALAM BEKAS DAN SEDIA UNTUK DI MAKAN BERSAMA SOTO.















PESAN NIKEE;

JIKA ANDA MENGGUNAKAN BAWANG GORENG SEGERA- SILA TUMBUK SAMPAI HALUS BAWANG TADI MEMANG HASILNYA AMAT SEDAP DI MAKAN BERSAMA SUP SOTO

BOLEH DI KECUALIKAN BAWANG MERAH DI DALAM SAMBAL KICAP

AIR REBUSAN TULANG DAGING JUGA SEDAP DIJADIKAN KUAH SUP SOTO INI.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...