Saturday, 30 November 2013
MASAK HIJAU HATI LEMBU...
SALAM SEMUA!
NIKEE JARANG-JARANG SEKALI MENIKMATI DAGING MERAH TETAPI NIKEE HANYA MENGAMBILNYA HANYA 1 KALI SAHAJA DALAM SEBULAN...HMMM!HAIRAN ITULAH SAYA..NIKEE HANYA MENYUKAI DAGING SEGAR YANG DI SEMBELIH DI KAMPUNG SAHAJA.ITU PUN KALAU BERUNTUNG..SEBAB WAE NIKEE PUN HANYA MEMILIH DAGING YANG BAIK SAHAJA..MAKNANYA LEMBU JANTAN SAHAJA YANG DI MAKANNYA..PELIK.! PEMILIH YANG SERIUS..
KALI INI TERINGIN NAK MENIKMATI HATI LEMBU..INGATKAN NAK BUAT SAMBAL SAHAJA,ATAU PUN DI GORENG BEREMPAH..
NIKEE MENCUBA MASAKAN INI..NIKEE MENCUBA MASAKAN DARI VISTANA HOTEL KL..MEMANG BERBALOI SANGAT SEDAP DAN LAZAT...ITU RESEPI INI NIKEE MENGUNAKKAN SEPARUH SAHAJA,TAPI DI SINI NIKEE AKAN SERTAKAN RESEPI PENUH...
JOM KITA CUBA;
1/2 KATI HATI LEMBU-potong & rebus sampai masak
BAHAN A;
1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH
1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT
1 SUDU KECIL LADA HITAM
1 INCI KULIT KAYU MANIS@1 SUDU KECIL SERBUK KULIT KAYU MANIS
6 BIJI BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
# SEMUA BAHAN DI ATAS DI MESIN SAMPAI LUMAT
BAHAN TUMIS;
KULIT KAYU MANIS
BUNGA LAWANG
1/2 INCI HALIA- RACIK HALUS
BAHAN B:
2 BIJI KELAPA- AMBIK SANTANNYA
1 BIJI LIMAU NIPIS- AMBIK JUS
SEDIKIT MINYAK
GARAM,PERISA,GULA
CARA MEMASAK;
MASUKKAN MINYAK KE DALAM PERIUK,TUMISKAN BAHAN MENUMIS SAMPAI WANGI.
MASUKKAN BAHAN A DAN ,TUMIS SAMPAI GARING DAN WANGI.
TAMBAHKAN SEDIKIT AIR REBUSAN KE DALAM TUMISAN SUPAYA TIDAK MELEKAT...GORENG SEBENTAR LAGI.
APABILA NAIK MINYAK,SILA MASUKKAN PULA HATI YANG TELAH DI REBUS TADI..
GORENGKAN SEMUA BEBERAPA MINIT..KACAU SEBATI MASA INI,BOLEH DI MASUKKAN SANTAN BERSAMA AIR LIMAU NIPIS.
MASUKKAN GULA,GARAM DAN PERISA,TUNGGU SAMPAI KUAH PEKAT DAN BOLEHLLAH DI ANGKAT..
HIDANGKAN BERSAMA LAUK KEGEMARAN DAN NASI PANAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment