Monday, 4 November 2013
PRUNES,WALNUT AND DATES LOAF
SALAM SEMUA!
SEMPENA MARATHON MEMASAK LOAF BUAT BLOG NIKEE INI..NIKEE AKAN TUNJUKKAN SALAH SATU LAGI RESEPI LOAF YANG AMAT MUDAH DI SEDIAKAN..MARATHON MEMBAKAR LOAF INI ADALAH UNTUK MENGHABISKAN SAKI-BAKI TAMAR DI DALAM PETI AIS...
UNTUK RESEPI KEDUA INI PULA...NIKEE RASA PASTI RAMAI YANG AKAN MENYUKAINYA..TAHU ATAU TIDAK LOAF ADALAH ANTARA KEK MUDAH YANG AMAT SESUAI DI BERIKAN SEBAGAI BUAH TANGAN KETIKA BERKUNJUNG...LOAF AMAT BERKHASIAT DAN KAYA DENGAN SERAT....
JOM INTAI RESEPI;
225 G TEPUNG NAIK SENDIRI
100G GULA PERANG HALUS
175 G MENTEGA
3 SUDU BESAR MADU
3 SUDU BESAR DATES CONCENTRATED(juice kurma)
2 BIJI TELOR
10-12 BUAH KURMA- POTONG KASAR
50 G WALNUT- CINCANG KASAR
2 BIJI PISANG- HANCURKAN
1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/4 SUDU TEH BAKING SODA
1/2 SUDU TEH SERBUK KAYU MANIS
CARA;
PANASKAN OVEN PADA SUHU 160 C....SEDIAKAN BEKAS LOAF YANG SESUAI DAN LETAKKAN KERTAS MINYAK..JUGA SAPUKAN SEDIKIT MENTEGA.
KRIMKAN MENTEGA BERSAMA GULA PERANG SAMPAI PUTIH..DAN GEBU.MASUKKAN PULA TELOR AYAM SATU PERSATU..MASUKKAN MADU.
SELEPAS ITU LETAKKAN JUICE KURMA PEKAT JUGA PISANG LECEK TADI..PUTARKAN SAMPAI BERGAUL RATA.
AYAKKAN BAHAN KERING SEPERTI TEPUNG,SERBUK SODA ,BAKING POWDER SERTA SERBUK KAYU MANIS.
MASUKKAN WALNUT KE DALAM BAHAN KERING..KETEPIKAN...KEMUDIAN TERUS MASUKKAN KURMA TADI..GAUL SEKEJAP DAN MASUKKAN BAHAN KERING SAMPAI HABIS...APABILA SUDAH BERGAUL RATA,MASUKKAN KEDALAM TIN LOAF DAN BAKAR SELAMA 50 MINIT...
PESAN NIKEE;
JUICE KURMA PEKAT TADI NIKEE TAMBAHKAN UNTUK MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK UNTUK LOAF TADI..JIKA TIADA TAK PERLU DI LETAKKAN.
LOAF SEBEGINI AMAT SESUAI DI MAKAN DI WAKTU SARAPAN DAN DI SAPUKAN BUTTER BERSAMA....
BOLEH DI KURANGKAN GULA JIKA SUKA..MAKLUMLAH PISANG MANIS DAN TAMBAHAN JUICE KURMA ITU PUN CUKUP MANIS JUKA..BOLEH DIKURANGKAN DALAM 80-90 G SAHAJA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Nikee.... apa khabar... lama betul kita x menjenguk dapur nikee.... tengok kek tu maveles sungguh..... yummy2 licious...
ReplyDeletewasalam mori!..rindu kat awak...hrp sihat selalu....buatlaa mori..rasa enak semanis tamar...dr di biar kering di peti ais
Delete