Wednesday, 2 April 2014
DEATH BY CHOCOLATE CUPPIES WITH FRESH COCO CREAM
SALAM SEMUA!
CUTI SEKOLAH SUDAH PUN TAMAT..KAMI TERPERAP DI RUMAH KALI INI...DISEBABKAN KAMI MEMULAKAN CUTI LAGI AWAL SEWAKTU RAYA CINA LALU.SERIK SERTA MENYAMPAH PUN ADA...CALEB MEMANG AKAN DEMAM JIKA DIA MULA BERCUTI....WALAUPUN DI HOTEL MEWAH DAN SELESA DIA TETAP AKAN MENGALAMI ALERGIK TERUK....INI KERANA CADAR,KARPET,TUALA HOTEL ITU SEMUA WALAUPUN ..CUKUP BERSIH PADA KITA SEMUA..
PERCUTIAN YANG LALU BERAKHIR DI HOSPITAL AMPANG PUTERI KERANA ALERGIK TERUK..HAMPIR BENGKAK KE SELURUH MUKA....
UNTUK N3 TERTUNGGAK NI NAK KONGSIKAN....KEK DEATH BY CHOCOLATE YANG NIKEE SEDIAKAN UNTUK JUALAN BULAN LEPAS....KEK INI JUGA SESUAI BAGI MEREKA YANG GEMARKAN COKLAT...
JOM SEMAK RESEPI;
1/2 CAWAN @ 115 G MENTEGA TAWAR-CAIRKAN
2 OZ SEMI SWEET BAKING CHOCOLATE -CAIRKAN
1/2 CAWAN SERBUK KOKO
3/4 @ 95G TEPUNG GANDUM
1/2 SUDU TEH BAKING SODA
1/3 SUDU TEH BAKING POWDER
1/4 SUDU TEH GARAM
2 BIJI TELOR AYAM A
1/2 CAWAN GULA KASTOR
1/4 CAWAN BROWN SUGAR
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
1/2 CAWAN BUTTERMILK
PANASKAN OVEN PADA SUHU 180 C...SEDIAKAN MUFFIN TIN..
CAIRKAN BUTTER BERSAMA COOKIN CHOCOLATE DAN SEJUKKAN.....
AYAKKAN KE SEMUA BAHAN KERING DAN KETEPIKAN...
PUTARKAN TELOR,GULA KASTOR,BROWN SUGAR..KACAU SAMPAI RATA.
MASUKKAN BUTTER CAIR SERTA COKLAT CAIR TADI DAN MASUKKAN SEPARUH DARI TEPUNG TADI...
MASUKKAN SEPARUH DARI BUTTERMILK.LAKUKAN SAMPAI ADUNAN HABIS.
KACAU SEMUA TETAPI JANGAN SAMPAI OVERMIX.....ADUNAN KEK AKAN LIKAT SEPERTI ADUNAN PUDDING..
MASUKKAN KE DALAM ACUAN MUFIN DAN BAKAR SAMPAI MASAK DALAM 18 MINIT....
UNTUK RESEPI INI..NIKEE HANYA MENGHIASKAN KEK CAWAN INI BERSAMA FRESH CHOCOLATE WHIPPING CREAM....
BOLEH DI HIASKAN BERSAMA GANACHE FROSTING YANG ANDA GEMARI....BUTTERCREAM COKLAT.....HIASLAH MENGIKUT KESESUAIAN ANDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeletetertarik tengok cuppies tu..menggiurkan dengan choc.fresh cream..mohon izin copy resepi ya..
BBWANA..SILAKAN KAK NIKEE OKAY JER...SIMPLE CREAM TU UTK BOLEH CAMPURKAK COCO POWDER ATAU MELTED COKLAT..HIASLAH....
ReplyDelete