ASSALAMUALAIKUM..
DI TENGAHARI HARI JUMAAT YANG MULIA INI....DAPATLAH KITA BERSANTAI SEKEJAP..
HARI INI,YAYA MASUK SEKOLAH PETANG..SEKEJAP LAGI BERANGKATLAH DALAM JAM 0130 PETANG....
TENGAHARI KITA MASAK MUDAH DAN SIMPLE SAHAJA..ALMAKLUMLAH PENAT TERASA...MAKLUMLAH MELAYAN MAMA SERTA AYAH YG DATANG BERKUNJUNG.
HARI..IKAN KERISI..MENU YANG JARANG-JARANG SEKALI DI MASAK..
CHECK RESEPI KAT BAWAH;
4 ekor ikan kerisi-di bersihkan lumurkan garam kunyit+. 1 sudu kecil cuka..
ketepikan
3 ulas bwg merah kecil-di mayang
2 ulas bawang putih -dimayang halus
1 inci halia-dimayang halus
2 batang serai-dititik
2 sudu besar cili giling
3 batang cili padi-di tumbuk halus
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
2 sudu sos ikan@garam 1 sudu kecil
1 labu bawang besar kuning-di potong bulat
1 biji tomato-dadu kecil
2 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil serbuk perasa
sedikit minyak tuk menumis.
CARA;
1-PANASKAN MINYAK..GORENGKAN IKAN KERISI YG DIPERAP TADI SAMPAI GARING.
2-ANGKAT DARI KUALI IKAN..KETEPIKAN
3-DI DALAM KUALI YANG SAMA..TUMISKAN BAWANG MERAH,PUTIH SERTA HALIA BERSAMA SERAI SERTA CILI PADI YG DI TUMBUK..GORENG SAMPAI NAIK BAU.
4- MASUKKAN PULA,CILI GILING TADI,.....GORENG SAMPAI CILI PECAH MINYAK,MASUKKAN PULA KICAP PEKAT,KICAP MANIS.SOS IKAN SERTA SOS TOMATO...GORENG SEKEJAP.MASUKKAN SEDIKIT AIR..
5-BIAR MENDIDIH SEKETIKA..MASUKKAN PULA,TOMATO YG DI DADU BERSAMA BAWANG KUNING TADI....
6- RASA LAH KUAH NYA.....MASUKKAN PERASA..LEPAS TU BARULAH DIMASUKKAN IKAN YANG DI GORENG TADI..APABILA SUDAH SEBATI..ANGKAT DAH BOLEH DIHIDANGKAN BERSAMA NASI PANAS..
No comments:
Post a Comment