SALAM SEMUA...
HARI IN KITA TRY PULAK RESEPI PALING SIMPLE DAN AMATLAH MUDAH NAK DI SEDIAKAN...
NAK TAHU PUDING INI AMAT SESUAI UNTUK DIHIDANGKAN SEBAGAI HIDANGAN PENCUCI MULUT...PENDEK KATA HIDANGAN HEBAT SELEPAS KITA BERBUKA PUASA...
HHHMMMMM..ADER YG NAK MENCUBA KER?...
JOM SEMAK RESEPI MUDAH....
RESEPI; KOLEKSI PERIBADI MAMA
1 PEKET KECIK AGAR-AGAR SERBUK
3 CAWAN AIR
1/2 CAWAN SUSU CAIR
1/2 CAWAN GULA PASIR-BOLE KURANGKAN
1 SUDU TEH SERBUK VANILLIN@ ESEN VANILA
2 BIJI KUNING TELOR- DI PUKUL RATA SEDIKIT
SECUBIT GARAM
2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTAD
1/2 CAWAN SAGU - YG DI RENDAM 20 MINIT DIDALAM AIR DAN SEJATKAN.
CARA MENYEDIAKAN;
1- MASUKKAN AIR KE DALAM PERIUK..MASAK SAMPAI AIR MENDIDIH ,APABILA DAH MENDIDIH...MASUKKAN SERBUK AGAR-AGAR..TERUSKAN MEMASAK SAMPAI AGAR-AGAR SEBATI..MASUKKAN GULA.
2- PUKULKAN....TELOR KUNING TADI SAMPAI KEMBANG DAN TERUS DIMASUKKAN SUSU CAIR DAN TEPUNG KASTAD SERTA ESEN VANILLA.
3- SETELAH ITU..MASUKKAN KE DALAM PERIUK YG BERCAMPUR AGAR-AGAR TADI..PASTIKAN ANDA TIDAK BERHENTI MENGANCAU BANCUHAN TADI SUPAYA TIDAK BERGENTEL...
4-SETELAH ITU,BESARKAN API DAN MASAKLAH SAMPAI ADUNAN LIKAT..MASUKKAN GARAM...KALAU NAK TAK PUN TAKPA.
5-. AKHIR SEKALI MASUKKAN SAGU..MASAKKAN SAMPAI LIKAT DAN BOLEHLAH DI ANGKAT..PASTIKAN MASAK SAMPAI SAGU TADI MENJADI JERNIH....MAKA BOLEHLAH DI ANGKAT..
6-ANDAI KATA BANCUHAN TERLALU LIKAT DI SEBABKAN SAGU TADI TMBAHLAH SEDIKIT AIR ATAU SUSU CAIR..AGAK-AGAKLAH KELIKATANNYA...
7-APABILA DAH MASAK ANGKATKAN DAN BOLEHLAH DIMASUKKAN KE DALAM ACUAN YG DI GEMARI SERTA SEJUKKAN DALAM PETI AIS.
8- PUDING INI SEDAP DIHIDANGKAN BERSAMA SOS KASTAD DAN BUAH-BUAHAN KOKTAIL.
SOS KASTAD;
1/2 TIN SUSU CAIR
2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTAD
1/4 CAWAN GULA
1 TIN BUAH-BUAHAN KOKTAIL.
1/3 CAWAN AIR BUAHAN KOKTAIL
CARA MENYEDIAKAN SOS;
AMBIL PERIUK..CAMPURKAN SEMUA BAHAN - BAHAN TADI..GUNAKAN SENDUK KAYU SEMASA MENYEDIAKAN SOS INI...
PANASKAN DENGAN API BERLAHAN @ ANDA BOLER MENGUNAKKAN WATER BATH @ DOUBLE BOILER.
PASTIKAN SOS DI MASAK SAMPAI LIKAT,UNTUK MENGETAHUI SOS SUDAH MASAK...BUATKAN SATU GARISAN PANJANG DI BELAKANG SENDUK KAYU TADI..JIKA BANCUHAN TIDAK LAGI BERSATU MAKNANYA SOS DAH MASAK..KALAU MASIH BERSATU MAKNANYA SOS BELUM LIKAT SERTA MASAK..
ANGAKATLAH SERTA SEJUKKAN DALAM PETI AIS...
UNTUK MENIKMATI SOS KASTAD INI..ANDA BOLEHLAH MENIKMATINYA BERSAMA SI PUDING KASTAD SAGU TADI..
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment