Monday, 16 July 2012

GULAI LEMAK DAGING SALAI


SALAM SEMUA..


HARI INI BUNTU SUNGGUH..HARI-HARI KENA MASAK..BAYANGKAN SAYALAH ORANG YG TAKUT NAK MAKAN NASI...


APABILA YAYA SEMAKIN MEMBESAR..SAYA TERPAKSA MEMUPUK MINAT SAYA DALAM BIDANG MASAKAN NI PERLAHAN-LAHAN..ALHAMDULILLAH SAYA MASAK  MASAKAN YG DUGEMARI SAHAJA...ALMAKLUMLAH KAMI SEMUA BUKAN BIG EATER..


MINGGU LEPAS..NIKEE MEMASAK GULAI INI....KIRA RESEPI BASILAH...TAKPELAH BAGI PENGEMAR DAGING MASAKAN NI BUKANLAH BOLEH DI MAKAN SELALU..HIGH KOLESTROLKAN

PADA NIKEE GULAI YG BERLEMAK ATAU MAKANAN YG FANCY NI ADA BAIKNYA KITA MASAK WAKTU HUJUNG MINGGU LAGI BEST BAGI MENGELAKKAN KOLESTROL KAN..


JOM LAYAN MASAKAN NIE;














500G DAGING BATANG PINANG- DISALAI DIDALAM OVEN @ DI PANGGANG DI ATAS KUALI .
5-6 TANGKAI CILI PADI- DI TUMBUK HALUS
200 ML  SANTAN PEKAT
3 CM KUNYIT HIDUP- TUMBUK HALUS
GARAM
SERBUK PERASA
1 BATANG SERAI- DI TITIK
2 KEPING ASAM KEPING

CARA MENYEDIAKAN;









1- PANASKAN KUALI NON STICK- SALAIKAN DAGING BATANG PINANG DENGAN MENLEMURKAN SEDIKIT GARAM...SALAIKAN SAMPAI KULIT LUAR KEPERANGAN.
2- APABILA SUDAH SIAP DAGING TADI HIRISLAH NIPIS-NIPIS IKUT KESESUAIAN ANDA.
3- PANASKAN PERIUK,MASUKKAN SANTAN,SERAI DI TITIK ,CILI PADI..KUNYIT TUMBUK .MASUKKAN PULA DAGING TADI....MASUKKAN JUGA ASAM KEPING TUNGGU SAMPAI KUAH MENDIDIH.
4- MASUKKAN GARAM DAN SERBUK PERASA MASAKLAH SAMPAI KUAH PEKAT DAN SESEDAP RASA...ANDAI KATA KUAH TERLAMPAU PEKAT MASUKKAN SEDIKIT AIR.
5- SELAMAT MEMASAK..





PESANAN NIKEE;


GULAI NI SEDAP JUGA KALAU DI OLEH DENGAN MELETAK SEDIKIT BAWANG MERAH DAN PUTIH


GULAI INI PUN ENAK DI MASUKKAN 2 SUDU MAKAN KERISIK KELAPA.


GULAI  INI PUN ENAK DI MASUKKAN KENTANG,BELIMBING BULUH ATAUPUN MANGGA MUDA...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...