Monday, 16 July 2012

UDANG KARI KERISIK


SALAM..


JOM MASAK UDANG..
JUADAH KARI UDANG SEBENARNYA NIKEE BUKANLAH SUKA SANGAT..SELALU DALAM FAMILI  NIKEE DI KELANTAN..NIKEE MEMASAK UDANG UNTUK HIDANGAN HARI RAYA SAHAJA..TAPI UDANG NI FEVERET WAN SEBAB DIA KURANG MENGEMARI AYAM..JADI JUADAH HARIAN UDANG ,TELOR,SOTONG  SERTA IKAN KERING.




GULAI KARI UDANG SELALU KAMI MEMASAK DENGAN MENGUNAKKAN REMPAH KARI AYAM BERSAMA REMPAH KERUTUK..SEMATA-MATA..KENAPA RASA PELIK KER?


NIKEE,TAK PASTI PADA KELANTANESE YG LAIN..KAMI MEMANG MEMASAK KARI UDANG NI MACAM MASAK KARI AYAM BIASA CUMA DI SAAT AKHIR APABILA GULAI SUDAH MASAK KAMI TERUS MASUKKAN UDANG KE DALAM GULAI DAN MASAK UNTUK BEBERAPA MINIT..MEMANG SEDAP GULAI WALAUPUN TAK DIGUNAKKAN REMPAH KARI IKAN YG BIASA TU.

MENU DI DALAM FOTO INI...MASAKKAN KARI BIASA BERKERISIK..INTAI RESEPI OK.














GULAI UDANG KARI BERKERISIK;










20 EKOR UDANG MEDUM SAIZ- BERSIHKAN DAN BELAH BELAKANG
2 BIJI BAWANG PUTIH*
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR*
3 INCI HALIA MUDA*- *SEMUA DI MAYANG HALUS.
2 SUDU BESAR KARI AYAM ADABI- CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT AIR.
1 SUDU BESAR CILI GILING
200ML SANTAN KOTAK@ 1 KOTAK KECIL SUSU FULLCREAM F&N
2 TANGKAI DAUN KARI
3 SUDU BESAR KERISIK
1 SUDU KECIL GULA MANISAN @ GULA MELAKA.
@ SUDU KECIL HALBA CAMPUR- TAK LETAK PUN TAK PER
1 SUDU KECIL AIR  ASAM JAWA@  2 KEPING ASAM KEPING.
 10 TANGKAI CILI PADI - JGN  BUANG TANGKAINYA
GARAM
PERASA
MINYAK TUK MENUMIS




CARA;


1- BERSIHKAN UDANG DAN GAULKAN BERSAMA CUKA MAKAN TUK NYAHKKAN BAU HANYIR DAN MEMEJALKAN ISI UDANG.
2- PANASKAN PERIUK,MASUKKN MINYAK TUMISKAN HALBACAMPUR,DAUN KARI SAMPAI WANGI..MASUKKAN PULA BAWANG SERTA HALIA TADI...GORENG SAMPAI BAWANG JADI GARING.
3- MASUKKAN REMPAH KARI YG DI CAMPURKAN BERSAMA SEDIKIT AIR SUAM..KACAU  SAMPAI PECAH MINYAK.
4- MASUKKAN PULA,CILI GILING TUNGGU SAMPAI PECAH MINYAK,MASUKKAN SANTAN @ SUSU TADI..TUNGGU SEKEJAP..KACAU SEBATI ..TUNGGU SAMPAI MENDIDIH
5- MASUKKAN PULA....GARAM,PERASA GULA MELAKA@MANISAN..RASA KUAH TADI..
6- LAST SEKALI MASUKKAN SI UDANG BERSAMA KERISIK TADI..MASAKKAN  DALAM 3-5 MINIT.
7- APABILA SUDAH MASAK...MASUKKAN PULA CILI PADI BERTANGKAI,BOLEHLAH DI ANGKAT DAN HIDANGKAN


















.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...