Tuesday, 10 July 2012

SEMUR AYAM

SALAM....

JOM MASAK AYAM...APA AGAKNYA MENU YANG BEST LAGI KALAU MASAK AYAM...KEKADANG-KADANG TAK DAPAT MASUK KE KEPALA BAGAIMANA NAK MASAK AYAM....

KALAU DI KELANTAN..GULAI DARAT AYAMLAH YANG PALING BEST TAU TAK...MUNGKIN LEPAS NI NIKEE MASAK GULAI DARAT AYAM


KALI INI KITA CUBA PULAK MASAKAN YANG AGAK FAMOUS JUGA DI INDONESIA DAN UTARA TANAH AIR.


SEMUR INI ENAK DI JAMAH BERSAMA NASI IMPIT,LEMANG MAHUPUN KETUPAT DAUN PALAS.







BAGI YANG NAK MENUKAR SELERA..JOMLAH INTAI RESEPI NI..SEDAP KALAU DIMASAK UTK LEBARAN TAHUN NI..APA KATA?


INTAI RESEPI;







BAHAN A;


500G AYAM-POTONG IKUT SUKA
200G BAWANG BESAR
100G BAWANG PUTIH
100 G HALIA
2 INCI KUNYIT HIDUP
-MESINKAN SEMUA BAHAN DIBAWAH.




BAHAN B;


1 CAWAN SANTAN PEKAT
4 SUDU BESAR KICAP PEKAT
2 BIJI TOMATO-BELAH 4
5 BIJI CILI HIJAU;BELAH 2
5 BIJI CILI MERAH BESAR-BELAH 2
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
2 LABU BAWANG BESAR-MAYANG BULAT.
SOO HOON- DI RENDAM
GARAM,GULA,PERASA.
1/2 CAWAN AIR.
CARA MENYEDIAKAN SEMUR;




1- AYAM HENDAKLAH DI POTONG DAN DI BERSIHKAN..PERAPKAN BERSAMA BAHAN KISAR TADI SELAMA 10-15 MINIT KETEPIKAN


2- PANASKAN KUALI,TUANGKAN MINYAK MASAK..TUMISKAN BAHAN A TADI SAMPAI GARING DAN NAIK BAU.


3- TUANGKAN KICAP PEKAT BERSAMA SEDIKIT AIR.....

4- APABILA KUAH MENDIDIH  TERUS MASUKKAN AYAMDAN SANTAN.


5- MASAKKAN SEMUA TADI SAMPAI AYAM EMPUK....

 6- APABILA DAH EMPUK AYAMNYA,MASUKKAN SOO HOON,CILI MERAH DAN HIJAU BERSAMA TOMATO. JUGA BAWANG BESAR YG DHIRIS BULAT.


7- SESUAIKAN RASA MASUKKAN GARAM SERTA PERASA DAN GULA..

8- SEDIA UTK DI HIDANGKAN....









P/S;


PABILA MEMASAK SEMUR INI..ANDA BOLEHLAH LETAKKAN AIR SEDIKIT JIKA KUAH HAMPIR KERING, KERANA TAKUT AYAM TIDAK EMPUK.


AYAM JUGA BOLEH LAH DI GORENGKAN BERSAMA GARAM SEDIKIT SEBELUM DI MASUKKAN KE DALAM KUAH..MAKNANYA..GORENGKAN SEPARUH GARING@MASAK.


KUAH SEMUR HARUSLAH PEKAT-PEKAT SEDIKIT BARU SEDAP.


SOON HOON BOLEH DI KECUALIKAN KALAU TAK SUKA,SEBAB TAKUT SOO HOON MENYERAPKAN SEMUA KUAH TADI...TAK LETAK PUN TAK PE.


SELAMAT MEMASAK.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...