Wednesday, 21 August 2013
RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
SALAM SEMUA!
NIKEE SEBENARNYA BUKAN PENGEMAR MUFFIN TETAPI SETELAH DOK MAKAN MAKANAN YANG AGAK BERLEMAK SEHARI DUA NI ...RASANYA SEDAPLAH PULA MENGUNYAH MUFFIN INI...
DI SINI MASIH LAGI MAHU BERKONGSI RESEPI PUAN ROSHANIKI SAHABAT LAMA YANG KEBETULAN SAMA NAMA......NIKI MEMANG BELAJAR MEMBUAT MUFFIN INI DI FA KEK & BISKUT DI KAMPUNG PARIT LIMBAT,PASIR TUMBUH ,KOTA BHARU KELANTAN.....BAGI YANG DUDUK DI KB BOLEHLAH KE SANA DAN MENELEFON SAUDARI FARIDAH AHMAD DI NO TELEFON BIMBITNYA...013- 9206318
RICH CHOCOLATE CHIPS NI MEMANG MOIST SEPERTI BIASALAH SAYA MEMANG SUKA MENGOLAH RESEPI MUFFIN..UNTUK RESEPI KALI INI NIKEE MENGGUNAKAN TEPUNG NAIK SENDIRI DAN MEMASUKKAN SESUDU BESAR COCO CHIPS KE DALAM ADUNAN SUPAYA SUDAH MASAKKAN DI DALAM COCO CHIPS CAIR DAN TEKSTUR MUFFIN LEBIH LEMBAP KERANA ADANYA COCO CHIPS TU....
SEMAK RESEPI JIKA TERUJA:
BAHAN (A);
2 BIJI TELOR-GRED A
1 CAWAN GULA PERANG
BAHAN (B);
125 G SUSU SEGAR/DAIRY WHIPPING CREAM/SOUR CREAM/YOGURT/BUTTERMILK.
100 ML MINYAK JAGUNG/MELTED BUTTER@MENTEGA CAIR
BAHAN (C);
1 SUDU TEH BAKING POWDER@ 7 G -DOUBLE ACTION B/SODA
1 SUDU TEH ESEN VANILA
1/4 CAWAN SERBUK KOKO
190 G TEPUNG GANDUM/ TPG NAIK SENDIRI
COKLAT CHIP - UNTUK DI TABUR
CARA;
SATUKAN BAHAN KERING C KE DALAM SATU BEKAS KECUALI COCO CHIPS UNTUK HIASAN
SATUKAN BAHAN A BERSAMA B..KACAUKAN SAMPAI RATA MENGGUNAKKAN WHISK....
CAMPURKAN BAHAN BASAH TADI KE DALAM BAHAN KERING A..GAULKAN MERATA..MASA INI MASUKKAN SEDIKIT COCO CHIPS JIKA SUKA...BIARKAN BERPERAP SELAMA 10 MINIT SEBELUM MEMBAKARNYA..
APABILA CUKUP 10 MINIT...SKUP KE DALAM ACUAN MUFFIN DAN TABURKAN COCO CHIPS DAN BAKAR PADA SUHU 230 C SELAMA 12 MINIT SAHAJA.
NIKEE MENGUNAKKAN CONVENTIONAL OVEN YANG SESUAI BGI MEMBAKAR KEK IAITU PADA 180 C BAKAR SELAMA 15 MINIT-20 MINIT.....TERPULANG ATAS OVEN MASING-MASING...
MUFFIN INI LAGI ENAK DI BAKAR PADA MALAMNYA DAN DI BIARKAN DI LUAR BILIK...SUPAYA IANYA LEBIH MOIST LAGI.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment