Sunday, 25 August 2013
SEMPERIT BUNGA ASLI
SALAM SEMUA!
SEBENARNYA NIKEE TAK BERKESEMPATAN UNTUK MEMBUAT KUKIS BANYAK SEMPENA AIDIL FITRI LALU RASANYA CUMA 4 JENIS SAHAJA..JADI SELEPAS BALIK DARI KAMPUNG TERUS GODEK RAMUAN DI DAPUR BUATKAN KUIH INI BUAT SANTAPAN DI RUMAH..KATA ORANG TAK BERKAT JIKA TIADA KUKIS ATAU MAKANAN LANGSUNG DI RUMAH WALAUPUN NAK MENJAMU PERUT SENDIRI.
BAGI KUKIS INI BIASALAH BUAT YANG PALING RINGKAS GITU...SEMPERIT DAHLIA GEBU...APA PUN TIDAK MENCAPAI RASANYA KUKIS DAHLIA SUSU PEKAT RESEPI WARISAN YANG LAMA DALAM SIMPANAN SAYA..APA PUN PUAS HATILAH JUGA..CAIR DI MULUT....
BAGI NAK INTAI RESEPI JOM...;
3 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 CAWAN KASTAD
1 1/2 CAWAN JAGUNG
1/1/2 CAWAN GULA HALUS AISING
1 1/2 CAWAN MARJERIN@ BUTTER
1 SUDU KECIL BAKING SODA
1 SUDU KECIL VANILA
2 BIJI KUNING TELOR
CERI BETIK - HIASAN
CARA;
PUKUL MENTEGA SAMPAI GEBU BERSAMA GULA....MASUKKAN KUNING TELOR SERTA VANILA....GAULKAN RATA.
MASUKKAN PULA TEPUNG GANDUM YANG SUDAH BERCAMPUR BAKING POWDER.
GAULKAN SAMPAI RATA DAN TERAP IKUT ACUAN SEMPERIT@ SEMPERIT DAHLIA....
BAKAR PADA SUHU 170 C SELAMA 15- 20 MINIT.
PESAN NIKEE;
UNTUK RESEPI KALI INI NIKEE BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA DUA WARNA..IAITU WARNA HIJAU DAUN DAN WARNA ASAL..
TERAPKAN MENJADI SEPERTI DI DALAM FOTO DI ATAS..SUPAYA NAMPAK KELAINAN DAN LEBIH MERIAH KUKIS TRADISIONAL...
HIASI DENGAN CERI BETIK.....SEBAGAI PEMANIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment