Monday, 30 September 2013
PUCUK PAKU LEMAK BELACAN
SALAM SEMUA!
SEHARI DUA NI BADAN TAK BERAPA SIHAT..CUBA BERTAHAN SUPAYA TAK BERJANGKIT,TAPI APAKAN DAYA..TERBABAS JUGA..
HARI INI N3 TERTUNGGAK NI DAH PUN DI POSTKAN FOTONYA DI DALAM FACEBOOK NIKEE ...BOLEHLAH SEKADAR NAK MEMENUHI MENU SEHARIAN....SELALU MASAK LEMAK PUTIH INI DI MASAK BERSAMA IKAN BILIS ATAU PUN UDANG KERING...TAPI NIKEE ADA SEDIKIT MASALAH NIKEE KURANG GEMAR RASA UDANG KERING KERANA KALAU DI LETAK TERLEBIH MENYEBABKAN MASAKAN TERSEBUT TIDAK SEDAP RASANYA...
MENU ASLI DARI NEGAR SEBERANG INI YANG DAH LAMA DI GUNAKAN DALAM MASAKAN BERLEMAK TERUTAMANYA TAUGEH DAN SAYURAN INI AMAT NIKEE GEMARI..
JOM MASAK;
2 IKAT PUCUK PAKU- BERSIHKAN DAN POTONG
1 CAWAN TAUGEH KASAR - BUANG EKOR
1 CAWAN UDANG KECIL KULIT PUTIH- BUANG KEPALA
3 BIJI BAWANG MERAH KECIL -*
1 BIJI BAWANG PUTIH -*
1 INCI BELACAN-*
1 KOTAK SANTAN KOTAK
1 SUDU KECIL KUNYIT SERBUK- JIKA SUKA
GARAM
SERBUK PERASA.
CARA;
* YANG BERTANDA INI DI TUMBUK SAMPAI HALUS.
SEDIAKAN PERIUK MASUKKAN PULA BAHAN TUMBUK TADI SERTA MASUKKAN SANTAN...BUBUHKAN PULA KUNYIT SERBUK..TAPI KALAU TAK NAK PUN TAK PER.
PANASKAN SANTAN TADI..SAMPAI MENDIDIH SEDIKIT..MASUKKAN UDANG KECIL SERTA PUCUK PAKU..KACAU SEBATI.
MASUKKAN PULA TAUGEH....MASA INI BUBUH SEDIKIT GARAM SERTA PERASA JIKA SUKAMASAK SEKAJAP LAGI HINGGA MASAK.
SEDAP DI HIDANGKAN BERSAMA NASI PANAS BERLAUKKAN IKAN KERING SERTA ULAMAN DAN JUGA SAMBAL BELACAN..
PESAN NIKEE;-
MASAKAN LEMAK ALA INDONESIA NI JUGA SEDAP DISEDIAKAN BERSAMA TAUGEH,PUCUK UBI KAYU ATAU PUCUK UBI KELEDEK TAUHU LEMBUT,PUTIK JAGUNG..MEMANG LAZAT..PUCUK MIDEN PUN BOLEH DI GUNAKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment