SALAM SEMUA!
UNTUK MARATHON MEMBUAT LOAF BERASASKAN KURMA INI..NIKEE HENDAK KONGSIKAN SALAH SATU LAGI RESEPI MUDAH SERTA ENAK YANG NIKEE CUBA BEBERAPA HARI YANG LALU..MEMANG BERBALOI MENCUBA...
INSYAALLAH NIKEE AKAN KONGSI LEBIH BANYAK LAGI RESEPI BERASAKAN LOAF DI DALAM BLOG INI.
UNTUK RESEPI KALI INI..TEKSTUR KEK LOAF LEBIH MENYAMAI RASA ROTI..YANG PASTI ENAK DI SAPU MENTEGA ATAUPUN CREAM CHEESE SPREAD..LOAF INI BOLEH DI MAKAN BERSAMA TEH PANAS...
KALAU ANDA MALAS HENDAK MENYEDIAKAN KEK SEPERTI KEK BUAH SERTA KEK BUAH KUKUS..KEK LOAF SEBEGINI JUGA LEBIH JIMAT DAN AMAT MUDAH DI SEDIAKAN.....KEK LOAF JUGA AMAT SESUAI DI HIDANGKAN KETIKA HARI RAYA DAN SEBAGAINYA...
JOM INTAI RESEPI...
1/2 CWN MENTEGA
1 1/2 CWN GULA PERANG @ KASTOR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CWN SUSU SEGAR
1/2 TSP GARAM-kecualikan jika guna mentega bergaram
1/2 TSP BAKING SODA
1/2 CWN KACANG PECAN- cincang kasar
1 CWN KURMA- cincang kasar
2 BIJI TELOR
3 BIJI PISANG MASAK-lecek hancur( 1 CWN)
BAKAR SUHU; 60-75 MINS
350F(180 C)
CARA;
MULA-MULA PANASKAN OVEN PADA SUHU YANG DI TETAPKAN...GRISKAN LOAF TIN YANG SESUAI DAN LETAK KERTAS MINYAK...
KRIMKAN GULA BERSAMA MENTEGA SAMPAI GEBU...MASUKKAN TELOR SATU PERSATU..PUTAR LAGI UNTUK BEBERAPA MINIT SAMPAI GEBU DAN RATA...
DI DALAM BEKAS LAIN SATUKAN BAHAN KERING GANDUM,SODA SERTA GARAM DAN KACANG PECAN..GAULKAN RATA.KETEPIKAN.
KEMUDIAN MASUKKAN PULA KE DALAM ADUNAN BASAH..PISANG LECEK..PUTAR LAGI DAN PERLAHANKAN MESIN DAN MASUKKAN SUSU BERSELANG SELI DENGAN BAHAN KERING SAMPAI SELESAI..
MASUKKAN KE DALAM LOAF TIN DAN BAKAR PADA SUHU DI ATAS SELAMA 60- 75 MINIT...
SELAMAT MEMASAK
salam..
ReplyDeletenampak sedap dan mudah nak buat..
buatlah dik..mmg sedap nutricious buat ibu yg hamil..kerana kaya serat..
ReplyDelete