Friday, 27 December 2013

KEK MINYAK CHOCOLATE TWIST MAK LONG....




                                SALAM  SEMUA!



BEBERAPA HARI LALU AMATLAH SIBUK..ALMAKLUMLAH RAMAI YANG DATANG BERKUNJUNG KE RUMAH..IBARAT TONGKANG PECAH SEKEJAP...LEPAS ITU TERUS BALIK KE KAMPUNG DALAM 2 MALAM,FIRST TIME TINGGAL RUMAH SEADANYA..SELALUNYA BERKEMAS DAHULU...NAK DI JADIKAN KISAH PULAK,AIR TAKDER..HMMM !BAJU YANG SEHARUSNYA DI BASUH TERTANGGUH..JADILAH KEDAI DOBI....




TINGGAL SEMUA TU..JOM LAPANGKAN DADA SEKEJAP..BERCAKAP TENTANG RESEPI KEK MUDAH YANG NAK DI KONGSI,NIKEE  MEMBUAT PENELITIAN RUPERNYA.....RASA KEK MINYAK INI TAK JAUH DARI KUIH AMBON KELANTAN....NIKEE SUDAH PUN BERKONGSI RESEPI DI PAGE NIKE DALAM FACEBOOK...






JOM KITA MASAK KEK MINYAK  SENSASI,YANG INI PULA ADA SEDIKIT RASA CHOCOLATE TWIST......






KEK MINYAK CHOCOLATE TWIST MAK LONG:
OLEH: MAKLONG@BLOGSPOT.COM



5 BIJI TELOR AYAM
1/2 CAWAN GULA HALUS
1 SUDU KECIL  OVALETTE
1 CWN SUSU PEKAT MANIS
1 SUDU KECIL VANILA ESEN
2 1/2  CAWAN TEPUNG SUPERFINE
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 CAWAN MINYAK JAGUNG@MINYAK BIASA
4 JENIS WARNA PILIHAN- NIKEE GUNA 3 SAJA
COCO- 2 SUDU BSR SERBUK KOKO@COCO EMULCO
MERAH
HIJAU
KUNING



CARA;



PUTARKAN TELOR BERSAMA DENGAN GULA SAMPAI KEMBANG DAN BETUL-BETUL GEBU....DALAM 15-20 MINIT.
MASUKKAN OVALETTE BERSAMA ESEN VANILA PUTAR DALAM  2 MINIT ATAU SAMPAI OVALETTE HANCUR..SATUKAN SUSU..PUTAR LAGI SUPAYA BERGAUL RATA.
MASUKKAN TEPUNG SUPERFINE YANG SUDAH BERAYAK BERSAMA BAKING POWDER...SELANG SELIKAN MEMASUKKAN TEPUNG BERSAMA MINYAK SAMPAI HABIS.
MASUKKAN KE DALAM MANGKUK YANG SAMA BESAR DAN SAMA BANYAK ADUNANNYA DAN WARNAKAN...

LAPISKAN KEK SAMPAI HABIS DENGAN MENGGUNAKAN SUDU ATAU PIPING BEG..LAKUKAN PERLAHAN-LAHAN SAMPAI HABIS...

BAKAR PADA SUHU 160-170C SELAMA 35- 45 MINIT.DALAM ACUAN 8 INCI.

KALAU DI KUKUS DALAM 45 MINIT-1 JAM...SAMPAI MASAK...


SELAMAT MENCUBA!







PESAN NIKEE;

GULA& TELOR HARUS DI PUKUL SAMPAI PUTIH,GEBU DAN BERKILAT.


SUKATAN GANDUM JUGA HARUSLAH TEPAT...JANGAN TERKURANG....

KALAU KAEDAH BAKAR,KEK NI MEMANG LAMBAT NAIK..JADI APA PUN OVEN HARUSLAH DI TAHAP SEDERHANA PANAS..160-170C MEMANG TEPAT DAN MEMADAI...


KALAU SUDAH DI BAKAR,MASIH BELUM MASAK SILA TUTUP PERMUKAAN ATAS KEK DENGAN FOIL ALUMINIUM ATAU TUTUP PERIUK UNTUK MENGELAKKAN KEK HANGUS.


JIKA MENGUKUS,SILALAH TUTUP PENUTUP TUDUNG KUKUSAN SUPAYA TIDAK DI MASUKKI AIR KE DALAM ADUNAN KEK.

API YANG DI GUNAKAN MEDIUM BUKAN TERLALU BESAR DAN TERLALU KECIL..JIKA TIDAK ADUNAN AKAN BERKEDUT,MAKNANYA API YANG DI GUNAKAN BESAR.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...