Wednesday, 18 December 2013
SPANISH CHURROS...NOSTALGIA SANGAT!!!
SALAM SEMUA!
CHURROS ADALAH SALAH SATU MAKANAN ATAU PASTRI RINGAN YANG AMAT MUDAH DI DAPATI DI NEGARA MEXICO SERTA SEPANYOL...
BILA TERPANDANG BEBERAPA HARI LEPAS PUAN AZIE DARI AZIE KITCHEN DI FACEBOOK..NOSTALGIA MENGAMBIT KEMBALI SAAT PERTAMA KALI KE LOS ANGELES USA..SEBENARNYA DISNEYLAND MENYEDIAKAN CHURROS YANG CUKUP SEDAP SERTA PANJANG..
CHURROS ADALAH UMPAMA KUIH BELIMBING..YANG DI GORENG DI DALAM MINYAK YANG DALAM..SETELAH DI PAIPKAN DI DALAM ACUAN BINTANG..TETAPI DI POTONG PENDEK- PENDEK KEMUDIAN DI SIRA DENGAN AIR GULA..
CARA MENYEDIAKAN KUIH BELIMBING PUN SERUPA SAHAJA..CARA MENYEDIAKAN CHURROS PUN LEBIH KURANG MEMBUAT CHOUX PASTRY ATAU LEBIH DI KENALI SEBAGAI PUFF PASTRY....
CHURROS ADA DUA JENIS ADA DI MASUKKAN TELOR DAN ADA JUGA TANPA TELOR..CHURROS JUGA BOLEH DI BAKAR SEADANYA,MEMANG SEDAP.CHURROS SEDAP DI CINCAH BERSAMA SOS CHOCOLATE...
JOM SEMAK RESEPI...
CHURROS;
1 CAWAN WATER
1/2 CAWAN BUTTER@ MARGERINE
1/4 GARAM HALUS
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CAWAN GULA
3 BIJI TELOR- PUKUL RATA.
MINYAK - UTK MENGGORENG
GULA KASTER*
1/2 SUDU TEH SERBUK KAYUMANIS*
- SEMUA DI GAUL DAN KE TEPIKAN..UTK DI GAULKAN CHURROS NANTI.
CARA MEMBUAT CHURROS;
CAMPURKAN KE SEMUA BAHAN SEPERTI AIR,GARAM,SERTA BUTTER..BIARKAN MENDIDIH DAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM SETELAH MENDIDIH..GAULKAN SAMPAI TEPUNG MENJADI BEBOLA BESAR DAN TIDAK MELEKAT DAN GAULKAN TELOR..GAULKAN LAGI SAMPAI SEMUANYA BERSATU..LAKUKAN SEKALI LAGI SAMPAI ADUNAN MENJADI RATA.
ANGKAT DAN MASUKKAN KE DALAM PIPING BEG YANG SUDAH PUN DI SERTAKAN ACUAN BERBENTUK BINTANG.
PAIPKAN KE DALAM MINYAK TERUS DLM 3 CM DAN POTONG DENGAN GUNTING..
PANASKAN MINYAK DAN GORENG CHURROS DALAM 2 MINIT SEHINGGA GARING...ANGKAT DAN TOSKAN...
SETELAH SEJUK SEDIKIT SALUTKAN BERSAMA GULA KAYUMANIS TADI... SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN
SOS COKLAT CICAHAN;
1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
2 CAWAN SUSU
4 OZ DARK COOKING CHOCOLATE- CINCANG
1/4 CAWAN GULA
* PANASKAN SUSU SAMPAI HANGAT ...GULA DAN TEPUNG JAGUNG MASUKKAN COKLAT MASAKAN,GAUL RATA .....BILA SUDAH LIKAT SEDIKIT ANGKAT DAN SEJUKKAN...
NOTA;
SEDAP DI MAKAN DENGAN TEH KOSONG...
SEDAP DI NIKMATI KETIKA PANAS..
CHURROS JUGA BOLEH DI KECUALIKAN TELOR..DI DALAM ADUNANNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya ikut resepi ni..masin giler..sampai pening kepala..Ehh..geramnyaa
ReplyDelete