SALAM SEMUA!
BEBERAPA MINGGU LEPAS NIKEE MENCUBA CHEMILAN GENIUS DARI GROP KONGSI RESEPI DI FACEBOOK,SETELAH MENELITI FOTO,KOMEN TENTANG KEJADIAN HEBATNYA HAMBA ALLAH YANG MENCIPTA JAJAN MURAH SERTA SEDAP, NIKEE UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...MEMANG GENUIS AKAK INI MENCUBA MAKANAN MINUM PETANG BUAT ANAK-ANAKNYA DI MUSIM CUTI INI...
SEBELUM MAMA SERTA WAE KE SINI DARI PAHANG,NIKEE MENYEDIAKAN 2 BALANG BESAR JAJAN LAKSA INI..MEMANG BERBALOI MENCUBA..SEDAP,RANGGUP DAN MURAH...
JOM KITA INTAI RESEPI YANG MENJADI PERHATIAN DI FACEBOOK NIKEE HAMPIR 300 ORANG MENYUKAINYA....JOM KITA CUBA!
LAKSA TWISTIES:
1 BUNGKUS LAKSA KERING-PATAHKAN & GORENG
GARING
MINYAK MASAK SECUKUPNYA
BAHAN PERISA@ SADURAN:
1 SUDU KECIL GARAM HALUS
2 SUDU BESAR GULA HALUS
2 SUDU KECIL REMPAH KARI@ SERBUK AYAM KNORR@
MAGGI SECUKUP RASA
1 SUDU KECIL LADA SULAH PUTIH@HITAM
CARA;
APABILA LAKSA YANG DI GORENG SUDAH SEJUK GAULKAN SEMUA BAHAN SADURAN DI ATAS DI DALAM SATU BEKAS DAN GAUL BERSAMA LAKSA TADI..
BIARKAN SEMUA RATA DAN SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN..
SIMPAN LAKSA TWISTIES DI DALAM BALANG KEDAP UDARA.
NOTA NIKEE:
BOLEH DI KECUALIKAN SERBUK KARI JIKA TIDAK SUKA
BOLEH DI LETAKKAN SERBUK KEJU YANG BOLEH DI BELI DI KEDAI BAKERI
BOLEH DI KECUALIKAN LADA SULAH..
CITARASA JAJAN NI BOLEH DI PELBAGAI OLEH ANDA SEMUA..TERSERAH ATAS KREATIVITI MASING-MASING.
SELAMAT MEMASAK!
No comments:
Post a Comment