Thursday, 20 March 2014

LIME COCONUT CAKE WITH SIMPLE CHEESE LIME FROSTING




                           SALAM SEMUA!


SETIAP HARI SETELAH HAMPIR 13 HARI KES KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370,MEMANG BANYAK MENGANGGU GUGAT KERJA SEHARIAN...NIKEE SENDIRI PUN KEHAIRAN,SETELAH HAMPIR 16 TAHUN MENINGGALKAN DUNIA PENERBANGAN,MASIH LAGI TAKUT,PASRAH,SABAR,TETAP MENANTI APA JUA SITUASI YANG BAKAL MENANTI.


HARI PULA BANYAK SPEKULASI-SPEKULASI BARU MUNCUL DI LAMAN WEB MENGENAI MH 370...SEBAGAI BEKAS CREW MAS...KAMI MEMANG GOLONGAN MINORITI YANG SELALU DI LUPAI OLEH SEMUA ORANG.....



APA PUN KITA BERDOALAH AGAR ALLAH MENUNJUKKAN KITA JALAN KE ARAH MENCARI KEHILANGAN PESAWAT INI..INSYAALLAH!




KALI INI KITA NAK BERKONGSI LIME COCONUT CAKE YANG PASTINYA SEDAP DI JAMAH SEWAKTU PETANG...JOM MASAK;




           

 8 OZ MENTEGA
8 OZ TEPUNG NAIK SENDIRI
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
4 BIJI TELOR AYAM GRED A
1/3 CAWAN HAWAIAN SWEET COCONUTS
1 SUDU KECIL VANILA ESEN
1 SUDU KECIL LIME ZEST
3 SUDU BESAR PERAHAN LIMAU NIPIS




CARA;

SATUKAN SEMUA BAHAN DAN BEAT DENGAN PEMUTAR ELEKTRIK SELAMA 5 MINIT.


APABILA SUDAH RATA,MASUKKAN ADUNAN KEK KE DALAM ACUAN BULAT KECIL BERSAIZ 5 @ 6...BAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN.

BAKAR PADA SUHU 170 SELAMA 45 MINIT.


APABILA MASAK..SEJUKKAN



UNTUK MENGHIAS KEK INI,ANDA BOLEH MENGHIASNYA BERSAMA COCONUT BUTTERCREAM,BUTTERCREAM VANILA ATAU LIME CHEESE FROSTING..


LIME CHEESE FROSTING;

250 G CREAM CHEESE- DI SUHU BILIK
100 G MENTEGA TAWAR- SUHU BILIK
LIME ZEST @ PARUTAN  1 SUDU KECIL
2 SUDU KECIL LIME JUS
1-2 CAWAN GUALA ICING
1 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM-RICH-PUKUL SAMPAI BERTANDUK
1 SUDU BESAR PEWARNA CHERRY PINK@ PINK



CARA;

PUTARKAN CHEESE BERSAMA MENTEGA SAMPAI KEMBANG..DAN MASUKKAN JUS LIMAU,PARUTAN KULIT LIMAU NIPIS....

LAST SEKALI MASUKKAN GULA ICING..ADUK RATA

MASUKKAN WHIPPING CREAM DAN PEWARNA.

LETAKKAN SEBENTAR DI DALAM PETI AIS DALAM 1-2 SEELUM DI SAPU DI ATAS KEK.




PESAN NIKEE;


BOLEH DI HIAS SEPEUHNYA KE ATAS KEK ...ATAU MELETAKKAN CREAM DI ANTARA TENGAH KEK SAHAJA

TEKSTUR KEK INI SEPERTI KUIH BAULU SEDAP DI JAMAH SEADANYA....

BOLEH DI LETAKKAN SUGAR SYRUP DI ATAS SETIAP KEK SEBELUM MENGHIASNYA BERSAMA CREAM..






Wednesday, 19 March 2014

SIMPLE CHOCOLATE CAKE

    



  
                                            SALAM SEMUA!


KEK KEK CAWAN YANG DI SEDIAKAN KALI INI ADALAH ATAS PERMINTAAN YAYA UNTUK JUALAN  DI SEKOLAH
SEBENARNYA NIKEE AGAK LIAT BILA NAK MEMBAKAR KEK YANG BERASASKAN COKLAT..SEBAB TIADA YANG SUKA MENJAMAHNYA.


UNTUK RESEPI KEK MUDAH INI ..HARAP DAPAT MEMBANTU MEREKA YANG MEMANG MENCARI RESEPI COKLAT KEK CAWAN YANG MUDAH DISEDIAKAN.


JOM INTAI RESEPI;




 









100 G DARK COOKING CHOCOLATE-CAIRKAN DI MIKRO WAVE SELAMA 1 MINIT..SEJUKKAN
1 CWN @ 250 ML AIR
125 G BUTTER- SUHU BILIK
1 1/4 CWN @ 225G GULA PERANG
3 BIJI TELOR AYAM GRED A
1 1/2 CWN @ 225 G TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 CWN @75 G TEPUNG GANDUM BIASA
1/4 CWN@ 30 G SERBUK KOKO


CARA;


PUTAR MENTEGA BERSAMA GULA SAMPAI KEMBANG..MASUKKAN PULA TELOR AYAM SATU PERSATU.


AYAKKAN TEPUNG GANDUM DAN TEPUNG NAIK SENDIRI.AYAK BERSAMA SERBUK KOKO...


MASA INI SATUKAN BERSAMA COKLAT YANG DI CAIRKAN BERSAMA TEPUNG TADI DAN AIR.

SATUKAN ENGAN ADUNAN TELOR..GAUL RATA..
SEDIA UNTUK DI SEKUP KE DALAM BEKAS MUFFIN DAN SEDIA UNTUK DI BAKAR.

BAKAR SELAMA 20 MINIT SUHU 170C...

HIASLAH DENGAN KRIM KEGEMARAN....



SOUR CREAM GANACHE FROSTING;

300 G DARK COOKING CHOCOLATE
300 G SOUR CREAM

CARA;

CAIRKAN COKLAT DAN CAMPURKAN SOUR CREAM.....BOLEH DI HIAS DI ATAS KEK..
JIKA INGINKAN GANACHE LEBIH SENANG DI PAIP BIARKAN DI PETI AIS SEBENTAR SEBELUM DI PAIPKAN DI ATAS KEK...


SELAMAT MENCUBA!


 

 PESAN NIKEE;


UNTUK KEK YANG DI DALAM FOTO,NIKEE HIASKAN DENGAN FRESH WHIPPING CREAM SAHAJA..
MANAKALA YANG FROSTING BERWARNA BIRU ADALAH WHIPPING KRIM PUTIH YANG DI LETAKKAN PEWRANA BIRU SEBAGAI PENYERI..

Monday, 17 March 2014

BANANA WALNUT WITH CARAMEL SWISS BUTTERCREAM




                                            SALAM SEMUA!


PISANG TIME!..SEMUA ORANG SUKA MAKAN PISANG...HARI INI NIKEE  NAK KONGSIKAN KESEDAPAN KEK PISANG WALNUT YANG DI SEDIAKAN DI LAMAN BLOG THE KITCHEN GUARDIAN....KAK YANI....


JOM MENCUBA KEK PISANG WALNUT YANG TERNYATA SEDAP SERTA MANIS.....ENAK DI JAMAH BERSAMA CARAMEL   SWISS BUTTERCREAM....INTAI RESEPI DI BAWAH;


 







BAHAN KEK:

250 G MENTEGA TAWAR@MENTEGA MASIN
180 G GULA KASTOR
2 TSP ESEN VANILA
4 BIJI TELOR
PISANG EMAS- DI HANCURKAN
6 SUDU BESAR YOGURT @BUTTERMILK
SEGENGGAM PENUH KCG WALNUT-CINCANG KASAR

BAHAN KERING;


350 G TEPUNG GANDUM
4 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH BAKING SODA
SEDIKIT GARAM- JIKA GUNA MENTAGA MASIN SKIP GARAM

#SEMUA BAHAN INI DI AYAKKAN BEBERAPA KALI.


CARA;


PUKUL TELOR BERSAMA GULA DAN MENTEGA SAMPAI KEMBANG.

MASUKKAN TELOR AYAM SATU PERSATU..

MASUKKAN PISANG BERSAMA ESEN VANILA

MASUKKAN YOGURT @BUTTERMILK..LAST SEKALI MASUKKAN TEPUNG TADI BERSAMA KACANG WALNUT.

GAUL RATA DAN MASUKKAN KE DALAM ACUAN BULAT..

BAKAR PADA SUHU 170 SELAMA 30 MINIT.


CARAMEL SAUCE;


1/2 CWN GULA PERANG
1 CWN DAIRY WHIPPING CREAM

CARA;

HANCCURKAN GULA SAMPAI PERANG,MATIKAN API MASUKKAN WHIPPING CREAM PERLAHAN-LAHAN DAN KACAU RATA..SEJUKKAN


CARAMEL BUTTERCREAM;


70 G TELOR PUTIH
100 G GULA KASTOR
227 G UNSALTED BUTTER/MENTEGA TAWAR-POTONG KUIB DAN BIARKAN SEJUK..

CAMPURKAN PUTIH & GULA DI DALAM SATU BEKAS..PANASKAN DI ATAS PERIUK SECARA DOUBLE BOILER..KACAU SAMPAI CAMPURAN GULA DAN TELOR HANCUR.

ALIHKAN DARI API DAN PUTAR DI DALAN BEKAS PEMUTAR SAMPAI KEMBANG DAN PUCAT..

RASA DI MANGKUK PEMUTAR,JIKA CAMPURAN TELOR TADI SUDAH SEJUK,MASUKKAN MENTEGA YANG SEJUK TADI...LAKUKAN PERLAHAN-LAHAN SAMPAI CAMPURANNYA BERGAUL RATA.

MASUKKAN VANILA SERTA SEPARUH DARI CAMPURAN CARAMEL SOS TADI..SEDIA UNTUK DI GUNAKAN.

CARA MEMGHIAS;

BAHAGI KEK KPD 3 BAHAGIAN..LAPISKAN DENGAN CREAM,SALUTAN CARAMEL SOS ..LAPISKAN SAMPAI HABIS.

SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN..HASILNYA SEPERTI DI FOTO JIKA SUDAH SIAP...


 


 




MASALAVADAI YANG MUDAH DAN SEDAP






                              SALAM  SEMUA!


MASALAVADAI ADALAH SALAH SATU KUIH KAUM INDIA YANG SESUAI UNTUK MINUM PAGI SERTA PETANG YANG NIKEE GEMARI...SEDAP BERKHASIAT SERTA SENANG UNTUK DI SEDIAKAN...




JOM KITA INTAI DULU RESEPI;








12OG KACANG DHAL KUNING- RENDAM 4 JAM
1/2 SUDU TEH JINTAN MANIS
1/2 BIJI CILI MERAH- MAYANG HALUS DAN BUANG BIJI
2 ULAS BAWANG MERAH- MAYANG HALUS
1 TANGKAI DAUN KARI- MAYANG HALUS
GARAM
PERASA-JIKA SUKA
MINYAK UNTUK MENGGORENG
SEHELAI DAUN PISANG@PLASTIK




CARA;


SEJAT KERING DHALL YANG TELAH DIRENDAM TADI,GILING ATAU TUMBUK 1/4 TINGGAL YANG MASIH KASAR.

CAMPURKAN KE SEMUA BAHAN LAIN BERSAMA..


PANASKAN MINYAK,...
KEPALKAN DHALL YANG SIAP DI GAUL TADI..BULATKAN DAN LEPERKAN DI ATAS DAUN PISANG DAN GELONGSORKAN.PERLAHAN-LAHAN DI DALAM MINYAK..


GORENG SAMPAI KUNING KEEMASAN..ANGKAT DAN TOSKAN MINYAKNYA.

UNTUK RESEPI INI..BOLEH MENGHASILKAN 7 KETUL MASALAVADAI..JIKA ANDA MENGINGINKAN LEBIH HARUS DI TAMBAH JUMLAH KACANG DHALL NANTI.


SELAMAT MENCUBA





Sunday, 16 March 2014

SKON MUDAH@BASIC SCONES





                  SALAM SEMUA!


AIR!AIR!..MASALAH AIR MASIH MELANDA..HAI!DUGAAN BETUL MANA NAK LAYAN MASALAH JEREBU SERTA KEJUTAN MH 370 YANG MASIH HILANG JADI TANDA TANYER....DI SEBABKAN MASALAH- MASALAH KECIL NI..NIKEE BANYAK MENGHADKAN  MEMASAK AIR.MEMASAK NASI DIRUMAH..KALAU BOLEH BELI JER MAKAN DI LUAR..LAGI EKONOMI SERTA MUDAH.....





BEBERAPA HARI LEPAS NI MEMBUAT SKON MUDAH UNTUK DI JAMAH BERSAMA SECAWAN TEH..TERNYATA PUAS MEMAKANNYA....JADI JOM KITA CUBA MASAKAN PASTRI MUDAH....
 


                   




3 CWN TEPUNG NAIK SENDIRI
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
80 G BUTTER@MENTEGA SEJUK- POTONG DADU
1 -1 1/2 CWN SUSU
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
JAM
DAIRY WHIPPING CREAM- ANCHOR,SHANI,EMBORG DLL- PUKUL SAMPAI BERTANDUK
BUTTER



CARA;



PANASKAN OVEN PADA SUHU 20-220 C
BAKAR 15 MINIT


AYAKKAN TEPUNG BERSAMA BAKING SODA..KETEPIKAN..


AMBIL MANGKUK BESAR..RAMASKAN TEPUNG TADI BERSAMA BUTTER SEJUK TADI..SAMPAI MENJADI SEPERTI BREAD CRUMBS...

BUATKAN LUBANG DI DALAM TEPUNG TADI....MASUKKAN SUSU& ESEN VANILA...KACAU MENGUNAKAN SENDUK KAYU SAMPAI SEMUA BERSATU..

LETAKKAN DI ATAS PAPAN PENCANAI..ULI SEKEJAP DAN CANAI RATA..TERAP DENGAN ACUAN YANG DI GEMARI......

LETAK DI DULANG YANG TELAG DI GRIS..SATUKAN SEDIKIT SUSU DI ATAS SKON YANG TELAH DI TERAP..SEDIA UNTUK DI BAKAR..

SESUAI UNTUK MINUMAN PETANG....



SELAMAT MENCUBA!


PESAN:

SUSU MEMADAI 1 CWN SAHAJA

BOLEH DI MASUKKAN 1/4 CWN RAISIN,BUAHAN CAMPURAN,KEKACANG,BAWANG GORENG

SUSU BOLEH DI GANTI DENGAN BUTTERMILK,SOUR CREAM ATAU YOGURT.







Thursday, 13 March 2014

SURIMI MAYO COLD SALAD



                                         
                                                  SALAM SEMUA!



SURIMI COLD SALAD INI ADALAH RESEPI PERIBADI ADIK IPAR NIKEE SI WAWA...SELALUNYA KAMI AKAN HIDANGKAN SALAD SEJUK INI KETIKA KAMI MENGADAKAN PARTI BBQ DI RUMAH....SALAD INI AMAT SESUAI DI MAKAN BERSAMA AYAM,DAGING,KAMBING,MAHUPUN DI JAMAH BERSMA SEAFOOD YANG DI BAKAR......RASANYA YANG LEMAK-LEMAK BERSUSU AMAT SESUAI SANGAT..DI TAMBAH PULA ADA SAHABAT BAIKNYA..SALAD KENTANG ATAU COLESLAW.........
 

BAGI YANG MENCUBA MOLEK SANGATLAH SEBAB SALAD INI BUKANLAH MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR DALAM PENYEDIAAN.......................



JOM INTAI RESEPI NIKEE INI.... 






2 PAKET SURIMI BERPERISA KETAM- KOYAKKAN HALUS 
1 PAKET MIXED VEGGIE KECIL- CELURKAN& SEJAT AIRNYA.

3 SUDU BESAR MENTEGA MASIN
3-4 SUDU BESAR SUSU KOTAK ATAU SEGAR
1 SUDU KECIL GARAM
1 SUDU KECIL PERISA
1/2 CAWAN MAYONAISE



CARA;


LETAKKAN SURIMI DI DALAM MANGKUK BESAR,CELURKAN MIXED VEGGIE DENGAN SEDIKIT GARAM..ANGKAT DAN SEJATKAN..
CAMPURKAN MIXED VEGGIE PANAS TADI BERSAMA SURIMI..GAULKAN BERSAMA MENTEGA,PERISA DAN JUGA MAYO..GAULKAN RATA DAN SEJUKKAN DALAM PETI AIS....

APABILA HENDAK DI MAKAN KELUARKAN DARI PETI AIS....  


 




SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 12 March 2014

KEK KAROT YANG SEDAP......




                                               SALAM SEMUA!


SUDAH AGAK LAMA NIKEE MENYEPIKAN DIRIKAN..SEMALAM BARU SAHAJA BERPELUANG MEMASUKKAN N3 TERTUNGGAK..APA PUN NIKEE SUDAH PUN MENGEMAS KINI LAMAN DAPUR HELEN DI PAGES FACEBOOK NIK HELENNA....BUKAN APA SELALUNYA KALAU TERLEWAT PASTI NIKEE TERLUPA.



MASALAH AIR DAN MH 370 MENYEBAKAN SEGALA PERBUATAN SEHARIAN KITA JADI TERBATAS,BAYANGKAN NIKEE MENGGUNAKAN PINGGAN PLASTIK PAKAI BUANG UNTUK MENJIMATKAN BEKALAN AIR YANG SEDIA ADA DI RUMAH INI....BILA MALAM SAYIK DI DEPAN KACA TV MENUNGGU DAN MENUNGGU BERITA TERKINI HAL PESAWAT YANG MEMBAWA TEMAN-TEMAN LAMA NIKEE...SEMOGA ALLAH MEMBUKA JALAN AGAR DI TEMUI DALAM KADAR SEGERA....




UNTUK N3 TERTUNGGAK INI NIKEE MASUKKAN DULU..HAL KEK KAROT SEDAP YANG DI GEMARI SANGAT OLEH KAWAN NIKEE PUAN N....
JOM SEMAK RESEPI: 







CARROTS CAKE WITH HONEY UNBLEACHED ALMONDS;



1 CWN KCG PECAN/WALNUT/ALMOND  NIBS/ALMOND FLAKES/HONEY ALMONDS-CINCANG HALUS
2 1/2 CWN CARROT SEGAR- SAGAT HALUS
4 BIJI TELOR AYAM GRED A
1 CWN MINYAK MASAK BIASA/JAGUNG/CANOLA/SUNFLOWER
1/2 CWN CURRANTS/RAISIN- CINCANG HALUS
 2 SUDU KECIL ESEN VANILA
1 BIJI BUAH LEMON-PERAH AIRNYA DAN 1 SUDU BSR PARUTAN KULITNYA.
1 1/2 CWN GULA KASTOR / GULA MERAH GELAP

BAHAN KERING;

2 CWN TEPUN GANDUM/TPG NAIK SENDIRI
1 SUDU KECIL BAKING SODA
1 1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 1/2 SUDU KULIT KAYUMANIS

* SEMUANYA DI AYAKKAN BEBERAPA KALI-KETEPIKAN

CARA;



PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C @ 160C
ACUAN BULAT:SIZE 8 @ 4 SEGI SAIZ 9


PUKUL TELOR  DAN GULA SAMPAI KEMBANG SELAMA 10-15 MINIT.
APABILA KEMBANG MASUKKAN ESEN VANILA SERTA MINYAK MASAK.PARUTAN KULIT LEMON DAN JUS LEMON..GAUL RATA.
MASUKKAN BAHAN KERING DAHULU DAN GAUL SEBATI..
AKHIR SEKALI MASUKKAN CARROT SERTA KCG TADI SERTA CURRANT YANG DI GAUL SEDIKIT TEPUNG..GAUL RATA.

MASUKKAN KE DALAM ACUAN YANG DI SEDIAKAN DAN BAKAR SELAMA 45 MINIT..
ANGKAT SEJUKKAN..BOLEH DI MAKAN TERUS BEGITU ATAU DI HIASKAN SEPERTI DI DALAM FOTO.

TIPS NIKEE:

KEK INI SEDAP JIKA DI MASUKKAN JUS OREN SERTA OREN ZEST...
SEDAP DI LEPA BERSAMA CREAM CHEESE SPREAD
BOLEH JUGA DI HIASKAN BERSMA WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM



 

Tuesday, 11 March 2014

MAS.....STILL THE BEST...WHERE ARE YOU MH 370





                                      SALAM  SEMUA!


MH 370 WHERE ARE GUYS?......


THE MISSING OF FLIGHT MH 370,GIVING THE BIG IMPACT TO ALL THE PEOPLES ALL OVER THE WORLD...SAME THING GOES TO ME...
   MH 370 BOUND FROM KL- BEIJING..WAS A NORMAL ROUTINE FLIGHT,NEVER EVER  CROSSED MY MIND THAT  THE BIGGEST AIRCRAFT SUCH LIKE B777 WAS MISSING..... QUITE A SHOCKED...



BERSAMA MAS SELAMA 7 TAHUN CUKUP BERMAKNA PADA BEKAS ANAK KABIN MAS,MEMANG NIKEE MASIH TERUJA UNTUK TERBANG..MALAHAN OFER ATAU TAWARAN BEKERJA MASIH BELUM PUTUS WALAUPUN KAMI SUDAH LAMA BERHENTI KERJA...


TAWARAN TERBARU DARI MAS CHARTED AIRLINES....UNTUK B737 DOMESTIK AIRLINES...APA PUN NIKEE TERUJA..MALAHAN TIDAK ADA SEDIKIT PUN RASA GEMENTAR UNTUK BERTUGAS DAN TERBANG LAGI...
.


SEMOGA PENCARIAN INI AKAN BERAKHIR SECEPAT MUNGKIN...INSYAALLAH
  




                                 FOTO: FA ROZITA ANI DAN NIKEE DI ISTANBUL AIRPORT...1994







HARAPAN NIKEE..WALAU DI MANA PUN MEREKA BERADA SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN MH 370...DENGAN HARAPAN YANG CUKUP TINGGI SEMOGA SEMUANYA SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN FAMILI TERSAYANG.....




ALL THE BEST..MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU PEOPLES  IN THERE...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...