SALAM SEMUA!
SEMPENA RAMADAN YANG MULIA INI NIKEE PASTI HIDANGAN BUBUR ,KUIH MUIH,PUDDING,AGAR-AGAR AKAN MENJADI PENAMBAT MATA SERTA HATI...
MASAKAN PEMANIS MULUT DARI KELANTAN AKAN MEMENUHI BAZAR RAMADAN....SEKITAR CERUK DI KL INI...AKOK KEDUT,NEKBAT,SERABE,PUTRI MANDI,BUAH MELAKA,SIRO PISANG DAN BERMACAM JENIS LAGI..
HARI INI KITA CUBA PULAK KUIH PEMANIS MULUT DARI KELANTAN YANG PASTI ENAK,LEMAK SERTA MUDAH UNTUK DI SEDIAKAN...
JOM;
2 CAWAN TEPUNG BERAS PULUT
SEDIKIT KAPUR MAKAN-AIRNYA
1 CAWAN AIR- IKUT SUKATAN TEPUNG TAMBAH JIKA PERLU
BEBERAPA WARNA YANG DI SUKAI...
AIR UNTUK MEREBUS
BEBERAPA HELAI DAUN PANDAN
1/2 CAWAN SANTAN
1/2 CAWAN KELAPA PARUT PUTIH
3-4 SUDU BESAR GULA MELAKA @ PUTIH
CARA;
CAMPURKAN KE SEMUA ULI DAN REHATKAN BEBERAPA MINIT.
SEDIAKAN PERIUK..MASUKKAN AIR SERTA KERATAN DAUN PANDAN.
PANASKAN AIR SAMPAI MENDIDIH.....
UNTUK TEPUNG TADI BULAT-BULATKAN SEPERTI GULI KECIL DAN TEKAN DI TENGAH DAN REBUS SAMPAI TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR...TOSKAN ..KE DALAM AIR SEJUK BIASA..LAKUKAN SAMPAI SEMUANYA HABIS..
AMBIL..SANTAN PANASKAN DI DALAM PERIUK...MASUKKAN KELAPA PARUT.DAUN PANDAN DAN SECUBIT GARAM....4 SUDU BESAR GULA MERAH ATAU PUTIH...APABILA SANTAN PEKAT SEDIKIT..MASUKKAN TEPUNG PUTRI MANDI TADI..GAUL RATA DAN ANGKAT..
SEDIA DI HIDANGKAN DI SUHU BILIK...
SELAMAT MENCUBA DAN BERBUKA PUASA
No comments:
Post a Comment