Tuesday, 22 July 2014

ONDE-ONDE KELEDEK KUNING







SALAM SEMUA!


ONDE- ONDE INI MASA KECIK SELALU DI SEDIAKAN OLEH MOKCIK ESOH SENG...SEDARA SEBELAH ARWAH NENEK..YANG KAMI PANGGIL MOK ABE.


MEMANG SEDAPA TERUTAMANYA,JIKA ADA MUSIM UBI KELEDEK ATAU DI KENALI SEBAGAI UBI SETELO.


UBI KELEDEK INI PULA BANYAK DI GUNAKAN DALAM KUIH CHE MEK MOLEK,KERIA  ATAU PUN  KELEDEK SIRA DENGAN GULA MANISAN MEMANG SEDAP.


UNTUK MENGIMBAU KEMBALI ONDE-ONDE INI JOM KITA TENGOK RESEPI ..........MANALAH TAHU ADA YANG TERLEBIH RAJIN UNTUK MENYEDIAKANNYA SEWAKTU RUMAH TERBUKA...


SELAMAT MENCUBA

PESAN NIKEE- UNTUK MENDAPAT ADUNAN LEBIH BANYAK SILA BUAT DUA ADUNAN. 





I BIJI KELEDEK KUNING SEDERHANA BESAR- KUKUS /REBUS- LECEK HALUS

30 G TEPUNG UBI
30 G TEPUNG GANDUM
1-2 SUDU BESAR AIR PANDAN SEGAR@ PASTA PANDAN HIJAU@ SEDIKIT PERISA PANDAN.
DAUN PANDAN.


INTI;

1/4 KEPING GULA MELAKA- DI POTONG KUIB KECIL
1/2 SUDU GULA PASIR


HIASAN;

KELAPA PARUT PUTIH
SEDIKIT GARAM

CARA;


SEDIAKAN PERIUK REBUS AIR BERSAMA DAUN PANDAN.

BIARKAN AIR MENDIDIH.

SATUKAN KESEMUA BAHAN DI DALAM BEKAS....ULI BERSAMA AIR PANDAN SEHINGGA DOH DAPAT DI BENTUK DAN LEMBUT.


SEDIAKAN INTI..

BULAT- BULATKAN DOH DAN LETAK INTI DI DALAMNYA,BENTUKKAN BULAT-BULAT.LAKUKAN SAMPAI HABIS.


APABILA AIR BENAR- BENAR MENDIDIH, MASUKKAN BEBOLA TADI DAN.REBUS SAMPAI BEBOLA TERAPUNG...

SEJATKAN GOLEKKAN DI ATAS KELAPA PARUT YANG TELAH BERCAMPUR GARAM...

SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.




 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...