BERSIARAN KEMBALI KALI INI..ALHAMDULILLAH SEGALA URUSAN KITA DI PERMUDAHKAN SEPANJANG KITA BERPUASA PADA BEBERAPA HARI INI..
NIKEE TAK NAK BERCELOTEH PANJANG PADA PAGI JUMAAT NI CUKUPLAH SEKADAR BERKONGSI RESEPI UNTUK JUADAH BERBUKA NANTI..
ASPARAGUS GORENG NI NIKEE MASAK HARI RABU LEPAS..TAPI SEMASA MENYEDIAKAN SAYUR NI NIKEE BETUL-BETUL KETANDUSAN UDANG GERAGAU..HMM SEDAP KALAU DI GORENG DENGAN GERAGAU BERSAMA CILI PADI TUMBUK LUMAT..TERANGKAT....
JOM INTAI RESEPI MUDAH..
1 CAWAN ASPARAGUS SEGAR- BASUH DAN DI POTONG SERONG*.
1 BATANG CILI MERAH- DI POTONG SERONG.
1/2 BATANG CARROT- DI SAGAT HALUS
2 BIJI BAWANG MERAH- MAYANG HALUS
1 BIJI BAWANG PUTIH- MAYANG HALUS
SOS IKAN
LADA SULAH
SERBUK PERASA
SEDIKIT MINYAK- UTK MENUMIS
*CELURKAN ASPARAGUS DIDALAM AIR PANAS SEKEJAP.
CARA MEMASAK;
1- PANASKAN MINYAK....TUMISKAN BAWANG- BAWANG TADI SAMPAI GARING...
2- MASUKKAN ASPARAGUS TADI GORENG 1-2 MINIT..
3- MASUKKAN SEDIKIT, AIR ......MASUKKAN CARROT TADI BERSAMA SOS IKAN ,LADA SULAH DAN JUGA PERASA JIKA SUKA.
4- ANGKAT DAN SEDIA DI MAKAN BERSAMA NASI PANAS.
No comments:
Post a Comment