HARI INI KITA SAMBUNG PULA MASAKAN MUDAH SEMPENA MERDEKA NI...HAI ASYIK-ASYIK PEKENA MASAKAN SEDAP RUMAH TERBUKA..APA SALAHNYA BERTUKAR SELERA SEKEJAP...
TEMPE NI SEBENARNYA SUMBER KALSIUM YG PALING MUDAH DAN AMAT MURAH MEMANG ELOK BENAR BAGI MEREKA YG KURANG MENGGEMARI SUSU.....TAPI SAYANG ADA YG TAK BERAPA PANDAI MENIKMATI MASAKAN UNIK NI TERUTAMANYA MEREKA YG BERASAL DARI KELANTAN,KEDAH ,PAHANG ,PERAK SERTA TERENGGANU......KECUALI YG MURTAD(MAKSUDNYA DAH LAMA DI KL..PANDAILAH JAMAH MASAKAN BERASASKAN TEMPE NI)
JOM INTAI RESEPI NI;
TEMPE GORENG KERING;
2 BUNGKUS TEMPE-POTONG NIPIS-NIPIS@DI RAMAS DENGAN TANGAN.
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR- TUMBUK HALUS
3 BIJI BAWANG PUTIH- MAYANG NIPIS& DI GORENG GARING-KETEPIKAN.
SEGENGGAM IKAN BILIS-GORENG GARING.
SEGENGGAM KACANG TANAH-GORENG GARING.
1 BIJI CILI KERING-.RENDAM & MAYANG HALUS& DI GORENG-
3 SUDU KECIL CILI GILING
1 SUDU KECIL PERASA
GARAM,GULA MERAH
2 SUDU MAKAN KICAP ABC.
MINYAK TUK MENUMIS.
CARA;
1- GORENGKAN SEMUA BAHAN DARI TEMPE,BAWANG PUTIH,CILI KERING SERTA KACANG SAMPAI GARING..TOSKAN MINYAK DAN KETEPIKAN.
2- PANASKAN MINYAK..TUMISKAN BAWANG MERAH TUMBUK BERSAMA CILI GILING SAMPAI GARING SERTA PECAH MINYAK...MASUKKAN PERASA..& GULA MERAH..
3- GAULKAN RATA SEMUA..MASUKKAN GARAM,SERTA KICAP...RASA SECUKUPNYA BARULAH DI ANGKAT DAN DI HIDANGKAN.
No comments:
Post a Comment