Tuesday, 26 November 2013
EASY MERINGUES WITH STRAWBERRY CREAM.....
SALAM SEMUA!
SELAMA HAMPIR 2 TAHUN MENJADI BLOGGER,NIKEE BENAR-BENAR TIDAK SEMPATAN UNTUK BERKONGSI LAMAN DAPUR HELEN INI DI LAMAN FACEBOOK,MAHUPUN DI GROUP MASAKAN YANG DI BUKA OLEH RAMAI BLOGGER-BLOGGER TERKENAL DI MALAYSIA.
SETELAH BERPELUANG DI MUSIM CUTI..NIKEE DAH PUN MENGIKUTI GROUP YANG BANYAK BERKONGSI RESEPI DAN KEPANDAIAN MASING-MASING DI FACEBOOK.BAGI KEKAWAN BARU SERTA LAMA YANG SUDI NAK SINGGAH DI SINI,ALHAMDULLILAH DAPATLAH KITA BERKONGSI NIKMAT KEPANDAIAN YANG ALLAH DAH BERIKAN.....
KALI INI NIKEE NAK KONGSI KERJA RUMAH DI MUSIM CUTI-CUTI INI....JOM KITA CUBA MERINGUES INI.
DI SINI KITA CERITA SIKIT OK..MERINGUES ATAU BISKUT DARI HASIL GULA SERTA PUTIH TELOR INI ADALAH ALTERNATIVE TERMUDAH UNTUK DI SEDIAKAN BUAT TETAMU,TETAPI BUKALAH BOLEH DI NIKMATI SELALU SEBAB MANIS..
ORANG PUTIH MEMANG SUKA MENIKMATINYA BERSAMA TEH O KOSONG PANAS DI WAKTU MINUM PETANG....PERBEZAAN PAVLOVA ADALAH DAN MERINGUES DI SINI IALAH PAVLOVA ADA DI LETAKKAN TEPUNG JAGUNG SERTA CREAM OF TARTAR..MANAKALA BAHAN UNTUK MERINGUES CUMA SEDIKIT GARAM HALUS SERTA PUTIH TELOR...ITU SAHAJA..BAGI YANG NAK MENCUBA ATAU DAH PN MENCUBA SILAH JENGUK RESEPI :
BASIC MERINGUES;
SUMBER: INTERNET
4 BIJI TELOR PUTIH- SUHU BILIK
SECUBIT GARAM HALUS
220 G ( 1CAWAN) GULA KASTER
BAKAR; 120 C
TURUN OVEN PADA SUHU 90'C
1 1/2 JAM
SEDIAKAN BEKAS PEMUTAR KEK..MASUKKAN TELOR PUTIH DAN SECUBIT GARAM,PUTAR TELOR PUTIH DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINGGA BERTANDUK ATAU SOFT PEAK.MASA INI MASUKKAN GULA KASTER SEDIKIT - SEDIKIT PADA KEKELAJUAN LAJU SEHINGGA GULA HABIS DAN PUTIH TELOR MENJADI LEBIH LIKAT SERTA BERKILAT.
MASA INI HENTIKAN MESIN DAN PUTIH TELOR ITU SEDIA UNTUK DI PAIPKAN DI ATAS KERTAS MINYAK.
PASTIKAN GULA BENAR-BENAR HANCUR SEBELUM MENGANGKATNYA UNTUK DI PAIPKAN...
ANDAI BELUM HANCUR PUTAR LAGI TAPI JANGAN SAMPAI OVER BEAT,JIKA TIDAK MERINGUES AKAN RUNTUH...
PAIP MENGIKUT KESUKAAN ANDA...BAKAR PADA SUHU YANG SUDAH DI TETAPKAN SEPERTI DI ATAS..
# PANASKAN OVEN PADA SUHU 120'C..TETAPI SEBELUM MEMBAKAR MERINGUES TURUNKAN PADA 90'C SAMPAI MASAK..1 1/2 JAM..
BAHAN TOPPING;
1 1/2 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM (RICH)
3 SUDU BESAR JEM SMUCKER STRAWBERY NO SUGAR
SEDIKIT PEWARNA PINK- JIKA SUKA
* WHIPP CREAM SAMPAI BERTANDUK..MASUKKAN JEM SERTA PEWARNA MERAH..GAUL SEBATI...SEDIA UNTUK DI HIAS.
BUAH-BUAHAN ;
BLUEBERRIES,STRAWBERI,KIWI HIJAU,KIWI GOLD,TANGERINE DLM TIN,ANGGUR,PEACHES,SERTA MARKISA
STRAWBERI SOS;
5 SUDU MKN JEM STRAWBERI
2 SUDU MKN GULA ICING
3 SUDU BESAR AIR
2 SUDU BESAR PERAHAN AIR LIMAU@ LEMON@ ORANGE..
* PANASKAN SEMUA BAHAN DI DALAM PERIUK PADA API SEDERHANA BESAR..MASAK SAMPAI LIKAT SEDIKIT DAN ANGKAT DAN DI SEJUKKAN.
CARA MENGHIASKAN MERINGUES;
PAIPKAN WHIPPING CREAM SEDIKIT,MASUKKAN PULA BUAHAN POTONG YG KECIL,DAN PAIPKAN LAGI WHIPPING CREAM SAMPAI KE ATAS.
HIASI DENGAN BUAH- BUAHAN TADI....PERAHAN SARI MARKISA DAN HIAS DENGAN SOS STRAWBERI..
PESAN NIKEE;
MERINGUES BOLEH DI SEDIAKAN SEHARI AWAL..
MERINGUES HENDAKLAH DI LETAKKAN KE DALAM BEKAS KEDAP UDARA UNTUK MENGEKALKAN KERANGGUPANNYA.
LETAKKAN MERINGUES YANG SUDAH MASAK KE DALAM OVEN SEHINGGA 3-4 JAM SUPAYA MERINGUES BENAR- BENAR KERING..
APABILA MELETAK WHIPPING CREAM MERINGUES BISKUT INI HENDAKLAH DI GUNAKAN SEKADAR SEGERA ...
BISKUT MERINGUES BOLEH DI SEDIAKAN SEPERTI PAVLOVA TETAPI DALAM BENTUK YG LAGI MINI DAN DI SEDIAKAN DI DALAM PINGGAN ATAU MANGKUK DESSERT SEBELUM DI LETAK WHIPPING CREAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment