Monday, 25 August 2014

MH 17 AL -FATIHAH........WHERE ARE YOU MH 370?







SALAM  SEMUA!




BERMULA DARI KEHILANGAN  PESAWAT 9M-MRQ ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI MH 370 PESAWAT KOMERSIAL MILIK MAS BENAR-BENAR MERUNTUN JIWA KECIL SAYA.


PADA SEKITAR TAHUN 1991...SAYA MEMULAKAN KERJAYA SAYA SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI DI PENERBANGAN MAS ATAU PENERBANGAN MALAYSIA ....SAYA ADALAH ANTARA PRAMUGARI-PRAMUGARI PALING MUDA BERMULA KEJAYA SEAWAL USIA 18 TAHUN.


BATCH 220 ADALAH PERMULAAN KERJAYA SAYA..DAN BERMULAH SAYA SEBAGAI SALAH SEORANG PELATIH ASAS DI PUSAT LATIHAN ANAK-ANAK KAPAL DI TERMINAL 3 SUBANG AIRPORT SUBANG SELANGOR.













                                   SETELAH MENINGGALKAN MAS PADA SEKITAR TAHUN 1997,TIMBUL RASA PENYESALAN KETIKA ITU,MAKLUM SAJALAH USIA SAYA HANYA BERGANJAK 23 TAHUN..TERLALU AWAL UNTUK PERGI..KERANA MAS MENAWARKAN GAJI LUMAYAN SEBAGAI ANAK KAPAL...HANYA BERBEKAL KELULUSAN SIJIL SPM YANG TAK SEBERAPA ITU..MANA MUNGKIN SAYA DAPAT MENCARI PEKERJAAN SETIMPAL DENGAN GAJI ASAL SAYA SEBAGAI ANAK KAPAL....



                                KITA....HAMPIR 20 TAHUN MAS TETAP SUBUR DI HATI APATAH LAGI MASIH RAMAI TEMAN-TEMAN YANG KEKAL SETIA BERSAMA MAS,NAMUN SAYA TIDAK PERNAH SESAL....





                         APABILA KITA SEMUA DI KEJUTKAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT MH 370.HATI SAYA    BERDEBAR...SERTA RUNTUH KERANA YANG PASTI,MEREKA SEMUA TAK AKAN KEMBALI KE SISI.....SELAMA 7 TAHUN ITU PUN SAYA KELUAR RUMAH   DENGAN LAFAZ BISMILLAH DAN SETERUSNYA LAFAZ...DUA KHALIMAH SYAHADAT...ANDAI KATA SAYA PERGI..PERGI SAYA PENUH  BERMARUAH KERANA MATI SEWAKTU MENJALANI TUGAS...


                        MEMAKAI UNIFORM KERAMAT ITU,JUA MENJADIKAN SAYA BANGGA SEPERTI SEORANG TENTERA,POLIS ATAU TENTERA LAUT SERTA UDARA...MATI JIWA SYAHID...HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU.
                                       













KEJUTAN DEMI KEJUTAN,MH 17 JATUH TERHEMPAS DI LALUAN TRAFIK UDARA KOMERSIL.....??????BIAR BENAR.BERITA DI TERIMA SEWAKTU SAYA DI KOTA BHARU MENEMANI MAMA SAYA YANG BARU SELESAI MENJALANI PEMBEDAHAN PAYUDARA BUAT KALI KEDUA.

SEAWAL JAM 12 TENGAH MALAM PESANAN DARI TELEFON SAYA..SAYA BIARKAN SAJA,MUNGKIN PENAT HARI ITU.KETIKA AYAH BANGUN UNTUK SOLAT TAHJJUD JAM 3 PAGI BARULAH SAYA MEMBACA PESANAN..TERNYATA.SAYA RASA SEPARUH DIRI SAYA PECAH SEPERTI 9M-MRD YANG TERHEMPAS DI UKRAINE ITU


BILA BERITA DI TERIMA NAMA..DORA,GHAFFAR,LEE HUI PIN SERTA AZRINA YAKOB,WAN AMRAN...MEREKA INI SAYA KENALI SEWAKTU MASIH MUDA LAGI...MEREKA ADALAH SUPERVISOR SAYA KETIKA AWAL-AWAL BEKERJA.....AZRINA PULA,ADALAH JUNOIR I BATCH DI BAWAH SAYA


SAYA MEMANJAT DOA DAN MENANGIS TANDA SEDIH ATAS PEMERGIAN SECEPAT INI.SAYA TAHU MEREKA PASTIKAN HIDUP,MALAHAN JATUH DI TEMBAK SEBEGINI DARI ARAS 33,000 KAKI.











                                          LIHAT FOTO DI ATAS...SAYA BERBAJU BELANG MEMELUK AZRINA YAKOB KETIKA KAMI PERTAMA KALI DI JOHANNESBERG AFRIKA....BAYANGKAN KETIKA INI,SAYA DAN AZRINA MASIH PANJANG USIA...PENERBANGAN MASA ITU MASIH LAGI MENGGUNAKAN KAPAL JUMBO 747-400 SERIES.....KAPAL KAMI PULAK KEROSAKKAN ENJIN PESAWAT....KAMI ADA 6 JAM SEBELUM SAMPAI DI SANA.KAMI TERBANG MERENTAS LAUTAN INDIA.


                                      SAYA TERFIKIR MASA ITU KALAU SAYA MATI DENGAN AZRINA,NAMA SAYA JUGA AKAN DI KENANG DAN KAMI MATI KETIKA MENJALANI TUGAS.AJAL BELUM MENJEMPUT KAMI,KAMI SAMPAI DENGAN SELAMAT..TAPI TAKDIR ALLAH AMAT NYATA....KENAPA HAMPIR 20 TAHUN BARU AZRINA BENAR-BENAR MATI SEBAGAI ANAK KAPAL..MALAHAN LAGI TRAGIS,MATI DI TEMBAK PENGGANAS.


                                         CSS DORA SHAHILA,WANITA MANIS..TAHI LALAT DI  BIBIR MEMANG CANTIK. KETIKA SAYA MULAI TERBANG DENGAN BELIAU PADA TAHUN 1992 BELIAU ANTARA CABIN CREW YANG SAYA MINATI...BEGITU JUGA GHAFFAR SAYA TERBANG SEWAKTU DI PENERBANGAN WIDEBODY@ PENERBANGAN ANTARABANGSA.






                                PADA JUMAAT TANGGAL 22 OGOS 2014..AKAN TERSEMAT DI HATI,SAYA BANGGA MELIHAT MEREKA KEMBALI.MEREKA SEMUA DI ANGKAT SETINGGI PERAJURIT NEGARA,MENINGGAL DUNIA DI SANJUNG IBARAT SERIKANDI....




                 




























                                KINI SEMUANYA TINGGAL KENANGAN SEMATA-MATA,TAPI SAYA TETAP BANGGA DENGAN DIRI SAYA....BANYAK YANG MAS MENGAJAR SAYA DARI TIDAK TAHU APA-APA KEPADA MANUSIA YANG LEBIH BERKEYAKINAN.

                            
                                 BANYAK PERKARA YANG BAIK DIPELAJARI KETIKA ITU,MENGENALI DUNIA LUAR,MELANCONG,BERDIKARI SEMUA LENGKAP......


                              HATI MERUNTUN SEDIH APABILA MELIHAT KAWAN-KAWAN YANG TEWAS DI MH17 MASIH MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL.....MEREKA SEMUA LAMBAT BERKAHWIN ATAS TUGASAN KERJA,MEREKA SEMUA TERLALU BERDEDIKASI .....MEREKA SANGGUP MENGGADAI MASA MUDA MEREKA UNTUK MENCARI SESUAP NASI.....



                      KINI,SAYA MENARIK NAFAS LEGA.APABILA MEREKA SEMUA HAMPIR KEMBALI TERMASUK PENUMPANG MH 17 YANG JUGA TIDAK BERSALAH.....KINI HANYA DOA,SERTA LAFAZ AL-FATIHAH BUAT SEMUA    PENUMPANG DAN KREW MH 17.SEMOGA MEREKA SEMUA DICUCURI RAHMAT HENDAKNYA...AMIN.       











NIKEE DAN FSS JEMENAH ABDUL WAHAB DI LONDON






       






MASIH KEKAL DI LEMARI...DUA UNIFORM






ABDERRAHMAN AHMAD HAKIMI...ANAK KECIL BERSAMA FAMILI JURUTERBANG MAS





AL-FATIHAH MH 17.....KEMBALILAH MH 370 KAMI MASIH TETAP MENANTI!

2 comments:

  1. al-fatihah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. sayunya cerita akak ni..:( Malaysia banyak dugaan tahun ni.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman amin,...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...