Monday, 10 November 2014

BAKED BEANS WITH SCRAMBLES EGGS








SALAM SEMUA!




SARAPAN PAGI DATANG DALAM PELBAGAI RUPA DAN RASA...ADA YANG SUKAKAN YANG MANIS SEPERTI KUIH-KUIH MELAYU,ADA PULA HANYA MENGAMBIL ROTI BERSAMA MENTEGA JUGA SECAWAN AIR KOPI...



NIKEE PULA TIDAK MEMILIH SANGAT KALAU MENIKMATI SARAPAN,PADA NIKEE TERPULANG SELERA KITA.HARI INI NIKEE NAK BERKONGSI CARA PALING MUDAH UNTUK MENGALAKKAN ANAK-ANAK MENGEMARI MAKANAN YANG BERASAKAN KACANG...BAKED BEANS ADALAH SALAH SATU YANG SELALU DISEDIAKAN .



KALI INI TELOR DI CAMPURKAN UNTUK MENYEMBUNYIKAN RASA KACANG ITU SENDIRI..AL MAKLUM SAJALAH RAMAI YANG TIDAK BERAPA SUKAKAN BAKED BEANS INI.

JOM INTAI RESEPI:


 












1 TIN BESAR BAKED BEANS
1 BIJI BAWANG HOLLAND- POTONG DAN HIRIS HALUS
1 TBSP DAUN PASLEY KERING @ SEGAR
SEDIKIT GARAM
1-2 TSP SERBUK CILI KASAR KERING@
1 TSP SERBUK LADA HITAM
2 TBSP MENTEGA TAWAR@MINYAK MASAK BIASA
SEDIKIT PARUTAN CHEDDAR CHEESE BLOCK
2 BIJI TELOR AYAM GRED A


MAKANAN BERSAMA:

PITA
TORTILLA BREAD
WHITE BREAD@ ROTI PUTIH
PANINI
FRENCH TOAST
BAGUETTE
FRESH GARLIC BREAD


CARA:



PANASKAN KUALI NON STICK,LETAKKAN MENTEGA...DAN GORENGKAN BAWANG SAMPAI WANGI.MASUKKAN BAKED BEANS.

MASUKKAN SERBUK CILI ATAU LADA HITAM,KACAUKAN TELOR YG SUDAH DI PUKUL TERLEBIH DAHULU....KE DALAM  KUALI TADI ADUK RATA.

KAUP BALIK DAN KACAU SEDIKIT..LETAKKAN PASLEY SERTA GARAM DAN PARUTAN KEJU CHEDDAR TADI..

ANGKAT DAN NIKMATI SEGERA BERSAMA ROTI KEGEMARAN ANDA...

SAGATKAN SEDIKIT LAGI KEJU SEBELUM MENIKMATINYA.

LETAKKAN SEDIKIT MAYO,HONEY, CILI SOS UNTUK MELENGKAPKAN LAGI SARAPAN PAGI INI.


PESAN NIKEE:

BOLEH DISEDIAKAN UNTUK BRUNCH SEBAGAI SANDWICH BERSAMA SAYURAN-SAYURAN LAIN.....

SELAMAT MENCUBA!














 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...