Monday, 10 November 2014

LAKSA PENANG ALA-ALA CHEF NORZAILINA....SIMPLE DAN LAZAT






SALAM SEMUA!


LAKSA ADALAH SALAH SATU MAKANAN KEGEMARAN RAKYAT DI MALAYSIA INI, SUDAH SINONIM..TANPA LAKSA TAK BEST RASANYA HIDUP DI NEGARA ASIA INI.

LAKSA JUGA PELBAGAI RASA..YANG PALING PENTING TERLETAK PADA KUAH IKANNYA..

ADA LAKSA BALI,LAKSA SIAM,LAKSA TAIPING,LAKSA PENANG,LAKSA SARAWAK,LAKSA BAGAN,LAKSA PAHANG...DAN BEBERAPA LAKSA LAGI...


UNTUK RESEPI LAKSA PENANG INI..NIKEE AMBIL DARI BUKU RESEPI@PRIMA YANG MENGUNDANG CHEF NORZAILINA NORDIN SEBAGAI CHEF DALAM MENYEDIAKAN JUADAH LAKSA DARI PELBAGAI NEGERI DI MALAYSIA...YANG PALING NIKEE SUKA,LAKSA PENANG ZAILINA AMAT RINGKAS SERTA MUDAH.


JOM SEMAK RESEPI:









 










1 KG LAKSA- DI CELURKAN
1 KG IKAN KEMBUNG- REBUS& ASINGKAN DARI TULANG
2 KUNTUM BUNGA KANTAN
5 KEPING ASAM KEPING
10 BIJI CILI PADI
1 TANGKAI DAUN KESUM
2 SUDU MAKAN OTAK UDANG- LEBIH SEDIKIT PUN OK
2 BATANG SERAI- DITITIK
2 LITER AIR
2 BIJI BAWANG BESAR- HIRIS HALUS
2 SUDU MAKAN CILI KISAR@GILING
GARAM SECUKUP RASA


BAHAN HIASAN:

DAUN PUDINA
NANAS-RACIK HALUS
1 BIJI TIMUN- HIRIS HALUS
200 G DAUN SALAD CINA@ ICEBERG LETTUCE
4 BIJI TELOR REBUS- BELAH 4
LIMAU KASTURI - BELAH 2




CARA MENYEDIAKAN KUAH:


REBUSKAN IKAN,ASINGKAN ISI DARI TULANG...MESIN HANCUR  BERSAMA TAPISAN AIR REBUSAN IKAN TADI...ASINGKAN SEDIKIT IKAN JIKA INGIN KUAH YANG ADA   RACIKKAN IKAN DI DALAM KUAHNYA.


LETAK BAWANG BESAR,BUNGA KANTAN,DAUN KESUM,SERAI,CILI PADI,ASAM KEPING,OTAK UDANG,2 LITER AIR...KE DALAM PERIUK...DIDIHKAN DLM 20 MINIT.


APABILA KUAH MENDIDIH MASUKKAN ISI IKAN TADI..DAN LETAKKAN GARAM..MASAKKAN DALAM 25 MINIT LAGI SAMPAI KUAH MESRA.MASUKKAN JUGA RACIKKAN KASAR IKAN REBUS TADI..JIKA SUKA..

SEDIA DI NIKMATI BERSAMA LAKSA DAN HIASANNYA..







 



 SELAMAT MEMASAK!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...