Monday, 10 November 2014

NASI GORENG BUTTER MUDAH






SALAM SEMUA!





KELEWATAN DEMI KELEWATAN RASANYA...MAAFKANLAH NIKEE YER!SEBENARNYA NIKEE AMAT SIBUK BEBERAPA BULAN INI..MASAK-MASAK PUN ALA-ALA KADAR SAHAJA.


NIKEE HANYA MEMUATKAN TURUN FOTO SERTA SALINAN RESEPI DI WALL LAMAN DAPUR HELEN DI FB SAHAJA..APA PUN KESIBUKKAN MASIH          MELANGKAUI MASA NIKEE DENGAN CALEB SUDAH PUN MULAI SEKOLAH HINGGA PERTENGAHAN DISEMBER INI...


APA PUN KITA BERKONGSILAH JUGA,SEGALA MASAKAN SYOK SENDIRI TANPA MENIRU DI BLOG-BLOG LAIN....JOM KITA MASAK....KALI NI NASI GORENG BUTTER MUDAH.



INTAI RESEPI:



1 MANGKUK SEDANG NASI SEJUK -BASMATHI@SIAM
1 BIJI BAWANG BESAR MERAH- TUMBUK HALUS
2 BIJI BAWANG PUTIH- TUMBUK HALUS
2 SUDU BESAR CILI KISAR
1 CAWAN KUBIS - MAYANG HALUS
1/3 CAWAN KICAP MANIS
1 SUDU BESAR KICAP PEDAS ABC
1 SUDU KECIL SOS IKAN
3 SUDU BESAR MINYAK MASAK
3 SUDU BESAR MENTEGA BEKU- KUIB



CARA:


PANASKAN KUALI..PIJARKAN MINYAK MASAK..MASUKKAN BAHAN TUMBUK BERSAMA CILI KISAR,GORENG SAMPAI MASAK DAN WANGI.

MASUKKAN KICAP MANIS,KICAP PEDAS,SOS IKAN DAN LETAKKAN NASI SEJUK,KACAU SAMPAI RATA.

MASUKKAN KUBIS DAN GAUL LAGI,SESUAIKAN RASA....SEBELUM NASI DI ANGKAT MASUKKAN MENTEGA BEKU TADI,GAUL RATA PERLAHAN-LAHAN..ANGKAT DAN HIDANGKAN BERSAMA LAUK KEGEMARAN ANDA

SELAMAT MEMASAK
 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...