Saturday, 1 November 2014

KERABU BILIS BERAPEL HIJAU











SALAM SEMUA!




SAPA YANG GEMARKAN KERABU ...TENTU RAMAI YANG MENYUKAINYA.KERABU DATANG DALAM PELBAGAI RASA,ADA DARI AYAM,DAGING,MAKANAN LAUT,SAYURAN MENTAH YANG BOLEH DI MAKAN TERUS MAHU PUN DI MASAK TERLEBIH DAHULU...



MASAKAN THAI SERTA MASAKAN VIETNAM BANYAK MENYEDIAKAN JUADAH KERABU YANG ENAK DARI KERABU MANGGA,SONTAM DAN BANYAK LAGI....



RESEPI KALI INI ADALAH MASAKKAN KERABU BILIS YANG BERTEMAN EPAL HIJAU YANG MEMANG SEDAP RANGGUP SERTA KALAU DAH MULAI MAKAN TAKKAN BERHENTI...


JOM KITA CUBA MENYEDIAKAN MASAKAN MUDAH INI...

 











2 BIJI EPAL HIJAU- BERSIHKAN DAN HIRIS MEMANJANG
1 CAWAN IKAN BILIS - GORENG GARING
1 BIJI BAWANG MERAH@BAWANG HOLLAND- MAYANG HALUS
1 BIJI LIMAU NIPIS- PERAHKAN AIRNYA
2 SUDU MAKAN  GULA KABUNG@1 SUDU BESAR GULA PASIR
SEDIKIT HIRISAN CILI PADI- HIASAN
3 SUDU MAKAN SOS IKAN
3  BIJI CILI PADI TUMBUK HALUS@ 3 SUDU KECIL CILI SERBUK KASAR
2 TANGKAI DAUN PUDINA - DI HIRIS HALUS
2 BATANG SERAI- MAYANG HALUS
1 BIJI BUNGA KANTAN- MAYANG HALUS ( JIKA SUKA)
1 BIJI TOMATO SEDANG- HIRIS HALUS



CARA:




TUMBUK CILI.....SATUKAN GULA,SOS IKAN ,AIR LIMAU NIPIS....


SATUKAN KE SEMUA BAHAN TADI KE DALAM MANGKUK BESAR BERSAMA DENGAN BANCUHAN SOS IKAN TADI..GAULKAN RATA....


LETAKKAN KEDALAM PINGGAN DAN HIDANGKAN DENGAN SEKADAR SEGERA BERSAMA NASI PANAS.
 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...