Monday, 16 March 2015

VIETNAMESE ROLLS










SALAM    SEMUA!



RASANYA DAH BANYAK RESEPI DARI NEGARA VIETNAM YANG NIKEE SEDIAKAN BUAT SEMUA..PALING BEST TENTULAH..POPIA GULUNG BERGORENG DARI VIETNAM  YG DAH PUN DI TULIS SEBELUM INI..


CUBA SEMAK RESEPI..PASTI JUMPA!



INI PULA POPIA VIETNAM YANG AMAT SEDAP SIHAT SERTA LAZAT...MUDAH MANAKALA AMAT SEDAP DI NIKMATI KERANA SEOLAH-OLAH ANDA MEMAKAN SALAD.


JOM SEMAK RESEPI:



















I PAKET VIETNAMESE RICE ROLL- 16CM@ BESAR SIKIT



BAHAN-BAHAN INTI;

DAUN BAWANG- HIRIS MEMANJANG
DAUN KETUMBAR- HIRIS MEMANJANG
TIMUN- HIRIS MEMANJANG
CARROT- PARUT HALUS MEMANJANG
DAUN PUDINA- AMBIL DAUNNYA SAJA
DAUN SELASIH THAI-JIKA SUKA
DAGING REBUS EMPUK-HIRIS NIPIS
UDANG REBUS- BELAH DUA
DADA AYAM-HIRIS HALUS

# DADA @ DAGING@ UDANG REBUS BERSAMA SEDIKIT GARAM.



CARA MENYEDIAKAN ROLLS:


AMBIK MANGKUK BESAR ISIKAN AIR MASAK BIASA.
MASUKKAN SATU RICE ROLLS KE DALAM AIR...APABILA SUDAH MULAI BASAH ANGKAT DAN LETAKKAN ATAS KAINTUALA KECIL YANG BERSIH.

MULA-MULA ATURKAN UDANG,DAUN SALAD,DAN DIKUTI DENGAN YANG LAIN.

GULUNG MACAM POPIA BIASA.

LAKUKAN SAMPAI HABIS.



SOS:

2 SUDU BESAR GULA KABUNG
2 SUDU BESAR DAUN KETUMBAR HIRIS
3 SUDU BESAR SOS IKAN NAM PLA
SEDIKIT CUKA@ AIR ASAM LIMAU
2 SUDU KECIL SERBUK CILI KERING
2 SUDU BESAR CILI PADI TUMBUK
SEDIKIT DAUN KETUMBAR
SEDIKIT BAWANG MERAH- RACIK HALUS

# SATUKAN DI BEKAS..GAUL MESRA.


NIKMATI POPIA INI DENGAN ROLLS TADI....JIKA ANDA MALAS HENDAK MENYEDIAKAN KUAH MEMADAIKAN MENCICAH DENGAN SOS CILI THAI BOTOL.



SELAMAT MENCUBA!







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...