Wednesday, 3 October 2012

SAVOURY CREPE & KARI AYAM


SALAM SEMUA!

 SIAPA SUKA LEMPENG? NOSTALGIA BUKAN? MINGGU LEPAS NIKEE  SEDIAKAN 2 JENIS LEMPENG YG BERBEZA CITA RASA...SATU LAGI NAMANYA MURTABAK MANIS@TERANG BULAN.SEDAP TAPI MAAF SESANGAT SEBAB TAK SEMPAT NAK AMBIL FOTONYA.INSYAALLAH DI N3 YG AKAN DATANG NIKEE MASUKKAN FOTO BERSAMA RESEPI SEKALI OK.!


     BERCERITA TENTANG LEMPENG @CREPE NI MEMANG SERONOK SANGAT.MASA NIKEE KECIL MAMA @ WAE MESTI MASAKKAN LEMPENG SAVOURY NI BERSAMA CICAH KARI AYAM,MEMANG SEDAP.AGAKNYA KAMI MEMBESAR SEBEGITU SEDERHANA NAK DI BANDING ANAK-ANAK YG TERDEDAH DENGAN MAKANAN-MAKANAN MODEN SEPERTI KFC DAN MC D..



     HARI NIKEE NAK BERKONGSI SEDIKIT CREPE BUATAN MAMA NI WALAU NIKEE SEDAR DI LUAR SANA TU TENTU SUDAH BIASA DENGAN HIDANGAN NI KAN...TAPI SEMUA LUPA BILA BAB LEMPENG KECUALI BUAT KUIH KETAYAP GULUNG..TU KAN.


  UNTUK MENU INI ENAK DI SEDIAKAN PADA WAKTU PAGI DENGAN SEGELAS KOPI..KALAU PETANG RASANYA HEAVY SANGATLAH JUADAH NI.


SEMAK RESEPI DI BAWAH OK.




SAVOURY CREPE;
OLEH; PUAN ZAINAB ISMAIL





2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL GARAM
 11/2 CAWAN AIR
1 BIJI TELOR AYAM
2 SUDU MAKAN MARJERIN
MARJERIN TUK MENGRIS PAN.
SETITIK PEWARNA KUNING TELOR.
1 BIJI BAWANG BESAR KUNING- MAYANG HALUS@CINCANG HALUS

SEDIKIT DAUN BAWANG- CINCANG HALUS

DAUN SUP- DI CINCANG HALUS

1 BIJI CILI BESAR MERAH- ASING BIJINYA-CINCANG HALUS




CARA;

AMBIL BLENDER MASUKKAN AIR DAN TELOR SERTA MARJERIN.BLEND SEKEJAP HINGGA SEMUANYA BERCAMPUR SEBATI..MASUKKAN GARAM.

 KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM,PUTAR SEKEJAP..JIKA SUKA MASUK 2 TITIK PEWARNA KUNING TELOR..KALI NI PUTAR SELAMA 5 MINIT SEHINGGA BERCAMPUR RATA.REHATKAN BATTER SEKEJAP.


PANASKAN NON STICK FRYING PAN,SAPUKAN SEDIKIR MARJERIN..TUANGKAN BATTER CREPE TADI MASAKLAH SATU BAHAGIAN SAHAJA.

SEBAIK SAHAJA DI MASUKKAN KE DALAM PAN TADI TERUS TABURKAN DAUN BAWANG,DAUN SUP,CILI SERTA BAWANG CINCANG,LAKUKAN SEPANTAS MUNGKIN SEBELUM PERMUKAAN ATAS KERING,TAKUT BAHAN TABUR TU TAK MELEKATLAH PULAK.

GUNAKAN API KECIL SEMASA MEMBUAT CREPE NI. BUATLAH SAMPAI ADUNAN HABIS DAN  GULUNGKAN CREPE SEBAIK SAHAJA DI KELUARKAN DARI PAN.


HIDANGKAN BERSAMA KARI.





PESAN NIKEE;

RASANYA TAK PAYAH NIKEE SERTAKAN RESEPI KARI AYAM..ANDA BOLE MENYEDIAKAN BERSAMA KARI AYAM MASAKAN SENDIRI..KALAU NAK JUGA RESEPI NIKEE CARILAH DI DALAM BLOG MUNGKIN ADA YG MENARIK HATI.


BAGI MEMBUAT CREPE NI BAGI ANAK KECIL KECUALIKAN BAHAN TABUR TADI..CUKUPLAH SEKADAR MEMBUATNYA KOSONG DAN DI HIDANG SEBEGITU SAHAJA.

SELAMAT MEMASAK.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...