Thursday, 17 October 2013

KUAH KACANG AYAM TERBAIK..AZIE KITCHEN




                 SALAM SEMUA!



BILA MAKAN SATAY PASTI KENA ADA KUAH KACANG..TAPI ADA PELBAGAI CARA DALAM MENYEDIAKAN KUAH KACANG BUAT CICAHAN SATAY...TERKADANG ADA JUGA YANG KURANG MENEPATI SELERA KITA....



BUAT KALI PERTAMA MENCUBA KUAH SATAY DARI PUAN AZIE ...MEMANG TERBAIK...SEKALIGUS MEMBUANG KETAKUTAN NIKEE UNTUK MENCUBA KUAH KACANG DARI RESEPI MAMA NIKEE SENDIRI..
.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA NIKEE SUDAH PUN MENCUBA KEDUA-DUA RESEPI KUAH KACANG AZIE KITCHEN DARI YANG BERISIKAN DAGING SERTA KUAH KACANG KOSONG RESEPI 2...


BAGI KUAH KACANG RESEPI 2 YANG KOSONG TU SEDAP KALAU DI JAMAH BERSAMA SAMBAL NYIUR  MANIS BERSAMA NASI IMPIT DAN TIMUN POTONG SEGAR....SEMENTARA KUAH KACANG KOSONG INI JUGA SEDAP DI MAKAN BERSAMA TAHU SUMBAT SERTA DI BUATKAN KUAH GADO-GADO..SERTA PECAL...KALAU TAK CAYA KENALAH CUBA..!!


BAGI KUAH KACANG AYAM KAK AZIE..NIKEE KONGSIKAN DI SINI RESEPINYA......






KUAH KACANG AYAM AZIE;

BAHAN-BAHAN;

1 EKOR AYAM-GRILL SEKEJAP
1/2 KG KACANG TANAH-GORENG TANPA MINYAK DAN TUMBUK KASAR


BAHAN KISAR;

9 ULAS BAWANG MERAH
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
1 INCI LENGKUAS
4 BATANG SERAI
1 CAWAN CILI KISAR
1 GELAS (DARI 1 KEPAL) AIR ASAM JAWA
1 CAWAN GULA PASIR
2 SUDU BESAR GARAM HALUS
SEDIKIT GULA MELAKA
3/4 CAWAN MINYAK MASAK



CARA;


TUMISKAN BAHAN KISAR DENGAN MINYAK MASAK SAMPAI WANGI ..MASUKKAN SEKALI CILI KISAR DAN GORENG SAMPAI GARING.


MASUKKAN DAGING AYAM  YNAG TELAH DI HIRIS KECIL DAN REBUS DAHULU SAMPAI EMPUK.MASUKKAN SEDIKIT AIR DAN KACANG TANAH,AIR ASAM JAWA,GLA SERTA GARAM

MASAK DENGAN API PERLAHAN DAN SESUAIKAN RASA SERTA KEPEKATANNYA...SIAP DAN READY UNTUK DI MAKAN...






PESAN NIKEE;


UNTUK RESEPI KAK AZIE NI NIKEE MASUKKAN GULA MELAKA@ NISE DALAM 2 KEPING DAN SEDIKIT GULA PASIR UNTUK MEMANISKAN KUAH KACANG...


NIKEE MENUKARKAN SEDIKIT DARI SEGI GULANYA SEBABNYA MAMA NIKEE MEMANG MELETAKKAN LEBIH NISE DAN TIDAK MENGANGGU KESEDAPAN KUAT KACANG ITU SENDIRI.

UNTUK KACANGNYA PULA NIKEE MENGGORENGNYA DI DALAM MINYAK SAHAJA BERSAMA KULITNYA SAHAJA..PUN TIDAK MENJEJASKAN RASA KUAH ITU JUGA...

ANDA JUGA BOLEH MEMASUKKAN SANTAN PEKAT DALAM SECAWAN..DAN MATIKAN SANTAN ITU SAMPAI PECAH MINYAK BARULAH DI MASUKKAN BAHAN TUMIS..NI ADALAH CARA MAMA NIKEE MEMASAK KUAH KACANGNYA..LAMBAT SEDIKIT TAPI HASILNYA ENAK SEPERTI KUAH KACANG KAK AZIE JUGA...


SELAMAT MENCUBA  SEMUA..TQVM KAK AZIE!









3 comments:

  1. Terima kasih kerana mencuba, Nikee. Nak tanya kacang tu digoreng dengan kulit. Kemudian ditumbuk atau diblend dg kulit juga lah ya. Sebab ingat nak cuba mcm ni juga. Jimat masa

    ReplyDelete
  2. kak zie..nikee basuh dulu kacang setelah di asingkan kcg yg kurang elok..terus di goreng di dalm minyak..bersama kulit dan sejat..tumbuk separuh serta di blender separuh bersama air...ni mama yg ajar,mmg kuah kcang cantik...kemerahan kak!

    ReplyDelete
  3. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...