Tuesday, 1 January 2013

2013...PERMULAAN BARU




                            SALAM SEMUA!


HARI INI 1-1-2013.....TARIKH KERAMAT PERMULAAN BARU BAGI SELURUH UMAT MANUSIA DI DUNIA INI..BAIK YANG JAUH SERTA YANG DEKAT.

BAGI NIKEE....2013 ADALAH SATU TITIK TUMPUAN YANG BARU DALAM MENGHARUNGI 2013 DENGAN LEBIH TELITI SERTA PENUH KESABARAN.

4 TAHUN YANG LALU BERMULA PADA TAHUN 2009-2012 AMAT SUKAR SEKALI BAGI KAMI BEREMPAT MELALUINYA...PENUH DENGAN CABARAN DAN DUGAAN.SEKALI LAGI NIKEE AMAT BERSYUKUR PADA ALLAH MASIH LAGI DI BEKALKAN DENGAN SEMANGAT KENTAL DALAM MENGHARUNGI 4 TAHUN ITU...PENUH TRAGIS..DISUSULI AIR MATA SUKA SERTA JUGA DUKA....IKUTILAH CORETAN KISAH LALU YANG HADIR TANPA DI UNDANG.....

BERMULA 2009.....

HADIR CALEB NADIF AMILEIN AZREEN.....KEDATANGAN CALEB DINANTI HAMPIR SEPULUH TAHUN LAMANYA..ALHAMDULILLAH CALEB LAHIR DALAM KEADAAN SIHAT PADA 28-10-2009 BERKONGSI TARIKH NO 28 SEPERTI PAPANYA 28-01-1970...SIAPA SANGKA!KUASA ALLAH..


JERIH PERIH MASUK DAN KELUAR DARI RUMAH SAKIT BERMULA 2000-2006 AMAT TRAGIS..DETIK HITAM DALAM  HIDUP NIKEE YANG MANA..NIKEE TAKKAN LUPAKAN SAAT SUKA DUKA INI SAMPAI MATI...NIKEE MENGALAMI KEGUGURAN SEBANYAK 5 KALI ...TIADA PERNAH JEMU BERDOA SUPAYA DI BERIKAN REZEKI PADA SATU HARI NANTI..KINI KUASA ALLAH MENGATASI SEGALA...AMIN.




JULAI 2010......


SEPANJANG TAHUN INI...KAMI DI DUGA YALAH SAAT GEMBIRA MENYAMBUT HADIRNYA SI CALEB...ALLAH MENDUGA KAMI..SELEPAS BEBERAPA HARI MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2010..AZREEN PULA JATUH SAKIT..TANDEN ..DI KAKI KANANNYA PUTUS...NI MENYUKARKANNYA UNTUK BERGERAK BEBAS...TERPAKSA DI SIMEN SEHINGGA KE ATAS PEHA...

FOTO DI ATAS..SIMEN KAKI AZREEN DI BUKA DAN DI SIMEN HANYA DARI BETIS MELEWATI SEPARUH KAKINYA SAHAJA...JADI SEPANJANG 3 BULAN TU NIKEE SABAR DAN MELAYAN AZREEN YANG SEDANG SAKIT..MASA NILAH TERCETUS NAK MENJADI BLOGGER SEBAB NAK MENGISI MASA LAPANG SEMENTARA MEMBANTU AZREEN DALAM WAKTU DIA SAKIT ITULAH..NAMUN HASRAT HANYA DAPAT DI LAKSANAKAN SEHINGGA NOVEMBER 2011..

SEPANJANG DI RUMAH MEMANG AGAK SUKAR UNTUK AZREEN BERBUAT SEMUA KERJA HARIANNYA..SEBAB DIA SEORANG YANG BERTANGAN KIDAL..JADI DIA TERPAKSA BERTONGKAT AGAK LAMA JUGA SELEPAS ITU..JIKA DI KENANG KAN KEMBALI PERIT SUNGGUHLAH NAK MENGHABISKAN 2010...






PADA TAHUN YANG SAMA JUGA YAYA ANTARA YANG PALING AWAL MENGALAMI KESUSAKARAN TRAGEDI DI SEKOLAH PADA 7-7-2010..DI KENANG...YAYA TERKENA KIPAS ANGIN DI SEKOLAH..KATA YAYA..DIA TAK MENYANGKA YANG INSIDEN INI MENIMPA DIA..

PIHAK SEKOLAH MENGAMBIL KEPUTUSAN DRASTIK MENURUNKAN KISAP CEILING YANG DI PASANG HAMPIR 15 TAHUN DI BILIK PERSALINAN ITU APABILA KEJADIAN BURUK MENIMPA YAYA...KAMI TIDAK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN KE ATAS PIHAK SEKOLAH MEMANDANGKAN..BANYAK LAGI KESUKARAN YANG BAKAL DI HADAPI..MALAHAN KAMI BERSYUKUR KERANA ALLAH MASIH LAGI PANJATKAN USIA YAYA....TIADA GANTI RASANYA..PIHAK SEKOLAH JUGA MEMOHON KEMAAFAN ATAS APA YANG TELAH TERJADI...KINI YAYA TAKUT MEMANDANG PARUT DI DAHINYA SENDIRI...

DAHI YAYA TERBUKA HAMPIR SEPARUH DAN DI JAHIT SEMULA SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN PLASTIK DI SJMC DAN JAHITANNYA HAMPIR 23 JAHITAN...TRAJIS KISAH YAYA.



2011-2012...

KAMI MENGHARUNGI TAHUN -TAHUN NI PENUH DENGAN SERIBU KEBIMBANGAN..KAMI CUBA ELAKKAN SAMPAI KAMI JARANG KELUAR UNTUK BERIADAH LAGI..HANYA PERGI KE SANA-SINI ATAS DASAR TERPAKSA SAHAJA..

AZREEN JUGA KEMBALI BEKERJA SETELAH DIA BENAR-BENAR SEMBUH SEPENUHNYA...YAYA JUGA SUDAH SEMBUH SEPENUHNYA...WALAUPUN PARUTMUDA ITU MASIH SEGAR DI DAHINYA....KINI YAYA FOBIA BILA MELIHAT KIPAS....

2012 JUGA MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP KAMI WALAUPUN DUGAAN ITU TETAP DATANG DAN PERGI..KINI SEMUA YANG DILALUI MASIH  SEGAR DI KOTAK FIKIRAN..YA MASIH TERINGAT-INGAT AKAN SAAT SUKAR ITU...

KINI NIKEE BERSYUKUR DAPAT MEMULAKAN 2013...HARAPAN NIKEE MOGA HARAPAN DAN IMPIAN SEDERHANA KAMI INI DI MAKBULKAN OLEH ALLAH DAN SEKALIGUS DI PELIHARAKAN KESIHATAN YANG BAIK DALAM MENGHADAPI 2013..

BAGI MEREKA YANG SUDI SINGGAH DI LAMAN DAPUR HELEN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..BLOG INI TERNYATA AMATLAH SEDERHANA DAN TERNYATA AMAT PERIBADI PADA NIKEE...

DI KESEMPATAN  INI NIKEE BERDOA AGAR KALIAN MENDAPAT SERIBU KEMUDAHADALAM MENGHADAPI 2013....                                                              
                                                                                              

HARAPAN NIKEE...CUBA KUMPULKAN SERIBU MALAHAN SEJUTA KESABARAN DALAM MENGHADAPI KESUKARAN YANG MENDATANG..JANGAN SESEKALI BIARKAN KESABARAN KITA HILANG..YANG PASTI KITA AKAN HILANG KAWALAN..


SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MAJU JAYA..









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...