SALAM SEMUA!
APA KHABAR SEMUA HARI INI?HARI KITA NAK BERKONGSI SEDIKIT TENTANG KEK ALUNAN KASIH @OMBAK KASIH INI...
SEPATUTNYA KEK INI DI TEMPAH OLEH ERRA TEMAN LAMA NIKEE UNTUK MAJLIS TAHLIL DI RUMAH,TAPI NIKEE MEMANG TELAH BERNIAT UNTUK BERSEDEKAH UNTUK ERRA PADA HARI SABTU LALU.
MEMANG SAYU SUNGGUH DI HATI NIKEE,BILA DIA CALL MINTAKAN 2 KG KEK BUTTER SIMPLE SEBAGAI PEMANIS MULUT..KATA ERRA DIA BAYARKAN HARGA KEK...KESIAN ERRA YANG BARU KEHILANGAN SUAMI TERCINTA PADA USIA 45 TAHUN.
JADI HARI SABTU LALU NIKEE SEDIAKAN 2 JENIS KEK SATU KEK CAWAN PISANG COCO CHIPS DAN KEK ALUNAN KASIH..
DALAM MENGAMBIL TEMPAHAN KEK ATAU KUKIS NI,NIKEE BUAT SEKADAR ATAS PERMINTAAN NI PUN TAK MENANG TANGAN LAGI MANA NAK URUSKAN RUMAHTANGGA SAMBIL TU NAK JAGA CALEB PULAK,NIKEE JUGA AKAN MEMBUAT KUKIS SEMPENA RAYA CINA NI MUNGGU HADAPAN...BERSAMA 2 JENIS KEK CAWAN....
BAGI NIKEE KITA KENALAH CARI MASA YANG SESUAI DAN PERLU BANYAK BERSABAR KALAU MAHUKAN SESUATU. MINAT MEMASAK INI HARUS BANYAKKAN KESABARAN DAN PERLU DI PUPUK SUPAYA MINAT INI MAKIN MENEBAL..
BAGI PENGGEMAR KEK BUTTER @ PERNAH MENGGILAI KEK NI SATU KETIKA DULU JOM KITA REFRESH MIND KITA BUAT KEK NI DI HUJUNG MINGGU SEDAP JUGAKAN!
KEK OMBAK KASIH@ALUNAN KASIH
RESEPI ASAL;MASTURA YASAK.
5 BIJI TELOR AYAM
1 1/2 CWN PLANTA@BUTTER
2 CWN TPG GANDUM @ SUPERFINE-AYAK SEKALI DGN BAKING POWDER
1 SUDU KECIL OVELETTE
1 CWN GULA HALUS@1 3/4 CWN GULA HALUS
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 CWN SUSU CAIR
1 SUDU KECIL ESEN VANILA-JIKA SUKA PERISA LAIN BOLEHLAH DIGANTIKAN.
PEWARNA YANG ANDA SUKAI -3 WARNA BERBEZA.
SERBUK KOKO @MILO
PENAPIS TEH HALUS
ACUAN EMPATSEGI @BULAT.
OVEN;160 C
BAKAR; 45 MINIT
CARA;
PUKULKAN PLANTA DENGAN GULA SAMPAI KAKU DAN BERTUKAR PUCATMASUKKAN 1 SUDU KECIL OVELETTE.
MASUKKAN PULA 5 BIJI TELOR TADI DAN PUKUL LAGI SAMPAI KEMBANG.
AYAKKAN TEPUNG GANDUM BERSAMA BAKING SODA TADI BEBERAPA KALI.
MASUKKAN ESEN ,SUSU CAIR..GAULKAN SAMPAI SEBATI
BAHAGIKAN ADUNAN KEK KEPADA 3 BAHAGIAN YANG ANDA GEMARI..
GRISKAN LOYANG ACUAN KEK..SERTA TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN KETEPIKAN.
MULA-MULA MASUKKAN PEWARNA PURPLE PALING BAWAH DAN TABURKAN SERBUK KOKO JGN TERLALU...NIPIS-NIPIS SAHAJA TAPI BIARKAN SEMUANYA DI TABURKAN RATA.
BAGI LAPISAN KEDUA HIJAU,RATAKAN PERLAHAN-LAHAN DAN TABURKAN KOKO.
BUATKAN LAGI BAGI LAPISAN PALING ATAS KUNING DAN RATAKAN...BOLEHLAH DI BAKAR PADA SUHU 160C SELAMA 45 MINIT.
No comments:
Post a Comment