Thursday, 20 March 2014

LIME COCONUT CAKE WITH SIMPLE CHEESE LIME FROSTING




                           SALAM SEMUA!


SETIAP HARI SETELAH HAMPIR 13 HARI KES KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370,MEMANG BANYAK MENGANGGU GUGAT KERJA SEHARIAN...NIKEE SENDIRI PUN KEHAIRAN,SETELAH HAMPIR 16 TAHUN MENINGGALKAN DUNIA PENERBANGAN,MASIH LAGI TAKUT,PASRAH,SABAR,TETAP MENANTI APA JUA SITUASI YANG BAKAL MENANTI.


HARI PULA BANYAK SPEKULASI-SPEKULASI BARU MUNCUL DI LAMAN WEB MENGENAI MH 370...SEBAGAI BEKAS CREW MAS...KAMI MEMANG GOLONGAN MINORITI YANG SELALU DI LUPAI OLEH SEMUA ORANG.....



APA PUN KITA BERDOALAH AGAR ALLAH MENUNJUKKAN KITA JALAN KE ARAH MENCARI KEHILANGAN PESAWAT INI..INSYAALLAH!




KALI INI KITA NAK BERKONGSI LIME COCONUT CAKE YANG PASTINYA SEDAP DI JAMAH SEWAKTU PETANG...JOM MASAK;




           

 8 OZ MENTEGA
8 OZ TEPUNG NAIK SENDIRI
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
4 BIJI TELOR AYAM GRED A
1/3 CAWAN HAWAIAN SWEET COCONUTS
1 SUDU KECIL VANILA ESEN
1 SUDU KECIL LIME ZEST
3 SUDU BESAR PERAHAN LIMAU NIPIS




CARA;

SATUKAN SEMUA BAHAN DAN BEAT DENGAN PEMUTAR ELEKTRIK SELAMA 5 MINIT.


APABILA SUDAH RATA,MASUKKAN ADUNAN KEK KE DALAM ACUAN BULAT KECIL BERSAIZ 5 @ 6...BAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN.

BAKAR PADA SUHU 170 SELAMA 45 MINIT.


APABILA MASAK..SEJUKKAN



UNTUK MENGHIAS KEK INI,ANDA BOLEH MENGHIASNYA BERSAMA COCONUT BUTTERCREAM,BUTTERCREAM VANILA ATAU LIME CHEESE FROSTING..


LIME CHEESE FROSTING;

250 G CREAM CHEESE- DI SUHU BILIK
100 G MENTEGA TAWAR- SUHU BILIK
LIME ZEST @ PARUTAN  1 SUDU KECIL
2 SUDU KECIL LIME JUS
1-2 CAWAN GUALA ICING
1 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM-RICH-PUKUL SAMPAI BERTANDUK
1 SUDU BESAR PEWARNA CHERRY PINK@ PINK



CARA;

PUTARKAN CHEESE BERSAMA MENTEGA SAMPAI KEMBANG..DAN MASUKKAN JUS LIMAU,PARUTAN KULIT LIMAU NIPIS....

LAST SEKALI MASUKKAN GULA ICING..ADUK RATA

MASUKKAN WHIPPING CREAM DAN PEWARNA.

LETAKKAN SEBENTAR DI DALAM PETI AIS DALAM 1-2 SEELUM DI SAPU DI ATAS KEK.




PESAN NIKEE;


BOLEH DI HIAS SEPEUHNYA KE ATAS KEK ...ATAU MELETAKKAN CREAM DI ANTARA TENGAH KEK SAHAJA

TEKSTUR KEK INI SEPERTI KUIH BAULU SEDAP DI JAMAH SEADANYA....

BOLEH DI LETAKKAN SUGAR SYRUP DI ATAS SETIAP KEK SEBELUM MENGHIASNYA BERSAMA CREAM..






2 comments:

  1. salam..

    menariknya kek ni..suka tengok kaler kek..cantik..

    ReplyDelete
  2. NIKEE GUNA SEBUK WARNA CHERRY RED

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...