Sunday 12 February 2012

RED VELVET CUPCAKES



Salam semua..entry hari ni memang tak ada yg istimewa..rv(red velvet) ni sebenarnya dah lama tersimp
an fotonya cumer tak berkesempatan nk masukkan jer..well i guess semua dah tahu bagaimana nk membuat kek ni kan..apa pun layan jerlah resepi kek rv yg humble ni.

BAHAN-BAHAN :

1/4 Cawan Mentaga Tanpa Garam
1 cawan Gula Halus
1 Biji Telur ( Gred A )
3 Sudu Makan Serbuk Koko
4 Sudu Makan Pewarna Merah ( Gel Food Colouring Better )
1 Sudu Teh Vanila Esen
1/2 Cawan ButterMilk Atau 1/2 Yogurt Plain
1 Cawan Tepung Gandum , Tepung Kek
1/2 Sudu Teh Baking Soda
1 1/2 Sudu Teh Cuka Putih Atau Apple Cider Vinegar

CARA-CARA :

1. Ayakan tepung bersama baking soda dan serbuk koko ( beberapa kali )
2.Untuk membuat buttermilk kalau tak dpt beli di kedai senang sahaja. Campurkan setengah cawan susu dengan satu sudu makan cuka. Biarkan selama 15 minit pada suhu bilik.
3.Seperti biasa mentaga + gula halus - pukul sampai kembang dan berwarna putih.
4. Setelah itu masukkan pula telur.
5.Buttermilk , perwarna merah, cuka digaul bersama sehingga sebati di dalam bekas yang lain.
6.Masukkan esen vanila ke dalam adunan telur tadi.Selapas itu masukkan beberapa sudu tepung dan diikuti bersama adunan buttermilk tadi.Ulangi proses ini sehingga habis.Berselang-seli dengan tepung.
7.Apabila adunan telah siap dah sebati , bolehlah dimasukkan ke dalam acuan cupcake untuk di bakar.Adunan diisi separuh penuh .
8. Bakar dalam suhu 170 C - 25 Minit

FROSTING:

1. 250 g Cream Cheese . Tartura @ Philedalphia Cream Cheese
2. 2 cawan icing sugar- Diayak beberapa kali
3. Zest of 1 whole lemon - Zest tu parutan kulit lemon yg berwrna kuning .
4. 2 sudu makan jus lemon

CARA CARA :

1. Pukul cream cheese sehingga kembang dan dimasukkan sedikit sedikit gula icing .
2. Kemudian masukkan jus lemon + parutan kulit lemon . Putar sampai sebati .
3. Dah siap, paipkan lah frosting cream cheese ini atas royal red velvet cupcake yang telah siap dibakar ..

P.S- Frosting ini boleh di adaptasi dengan pelbagai rase yang anda suka.. :)

ENJOYY..!!! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...