Tuesday, 8 January 2013

MEE KARI ALA NIKEE




                 SALAM SEMUA!

HARI INI HATI MASIH LAGI SEDIH MENGENANGKAN NASIB SAHABAT LAMA NOR SAZERA ABDUL GHANI YANG BARU SAHAJA KEHILANGAN SUAMI TERCINTA DI ABU DHABI,UAE.

SEMOGA PERJALANAN HIDUP ERRA AKAN KEMBALI NORMAL WALAUPUN PAHIT YANG HANYA DAPAT DITELAN KETIKA INI...YANG PASTI PALING PAYAH UNTUK MENERIMA KENYATAAN YANG TERSAYANG SUDAH TIADA LAGI DI SISI..

DALAM MENDENGAR SERTA MENGGAMATI KESUKARAN YANG DI RASAI OLEH MEREKA DI LUAR SANA..KITA TENANG-TENANGKAN JIWA SIKIT DENGAN MASAKAN...

MEE KARI INI SUDAH LAMA DI DALAM SIMPANAN CUMA TAKADA MASA UNTUK N3 AJER...RASANYA RAMAI YANG PANDAI MEMASAK MEE KARI INI KAN..




JOM SEMAK RESEPI OK...


2 BUNGKUS MEE KUNING-CELUR -TOSKAN AIRNYA.
TAUGEH
SAYUR SAWI
CILI MERAH
CILI HIJAU
TELOR REBUS
LIMAU NIPIS
SAMBAL BELACAN@SAMBAL TUMIS BELACAN
BAWANG GORENG

-SEMUA NI DI PERLUKAN SEBAGAI PELENGKAP MEE KARI.


BAHAN UTK KUAH;

2 EKOR AYAM RANGKA.
SEDIKIT IKAN BILIS
1 JUG AIR.

-JADIKAN STOK AYAM.REBUS SELAMA SETENGAH JAM.


BAHAN UTK TUMISAN;

4 SUDU MAKAN CILI GILING
2 BIJI BAWANG MERAH BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT HALIA
LENGKUAS-DITITIK
MINYAK TUK MENUMIS
2 PKT SERBUK KARI KECIL.

- SEMUA BAHAN DI KISAR HALUS KECUALI LENGKUAS...TUMISKAN SAMPAI PECAH MINYAK..BARULAH DI MASUKKAN REMPAH KARI..MASAK SAMPAI SEBATI.

400 ML SANTAN KOTAK
GARAM
GULA
ISI KERANG
ISI UDANG
FISH KEK
TAUHU KERING
DADA AYAM
SERBUK PERASA
FISH BALL.


- SEDIAKAN PERIUK YANG CUKUP BESAR MASUKKAN KESEMUA BAHAN UMISAN YANG DAH MASAK TADI DAN MASUKKAN STOK AYAM...KECUALI TULANGNYA.

-APABILA DAH MENDIDIH PULA,MASUKKAN SANTAN  TADI..TUNGGU SAMPAI MENDIDIH DAN MASUKKAN GARAM ,SERBUK PERASA SERTA GULA.

- APABILA KUAH MULAI LIKAT MASUKKAN ISI KERANG,UDANG SERTA DADA AYAM YANG DI HIRIS HALUS..MASUKKAN JUGA TAUHU KERING SERTA FISH KEK DAN FISH BALLS.

-PABILA KUAH SUDAH SIAP SILA NIKMATI MEE KARI BERSAMA BAHAN SAMPINGAN SEPERTI YANG DI TULIS DI ATAS.








PESAN NIKEE-

KUAH MEE BOLEH DI GANTIKAN DARI SANTAN KPD SUSU KACANG SOYA YANG SEGAR TANPA GULA..BAGI YANG NAK JAGA KOLESTRAL

SAYURAN SELAIN SAWI BOLEH DI GUNAKKAN TERUNG SERTA KACANG PANJANG .

BOLEH JUGA MENIKMATI MEE KARI INI BERSAMA CILI BESAR JERUK.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...