Tuesday, 12 March 2013

CREAM CHEESE AI YI PING



                              SALAM SEMUA!





BEBERAPA MINGGU INI CUACA AMAT PANAS DI SEKITAR KL INI.MENCURI SEDIKIT RUANG DI SINI..NIKEE LAPANGKAN SEDIKIT WAKTU MEMASAK PUDING INI.AI YI PING NI DAH LAMA DALAM SIMPANAN TAPI MASIH BELUM DATANG MOOD UNTUK MEMBUAT RESEPI CHA CHA AI YI PING...

AI YI PING NI BOLEH DI DAPATI DI KEDAI BAKERI,KALAU DI YEN ADA DI JUAL DALAM 10 GRAM BERATNYA..TAPI OLEH DI GUNA PAKAI UNTUK MAJLIS YG TETAMUNYA  RAMAI...

AI YI PING ADALAH AGAR-AGAR RUMPAI LAUT JEPUN....






BAGI YANG TAK KENAL AI YI PING INILAH AI YI PING YANG SUDAH DI WARNAKAN HIJAU SERTA KUNING TELOR.MEYEDIAKAN AI YI PING ADALAH TANPA MEMASUKKAN GULA DI SINI NIKEE LETAK DALAM 6 SUDU GULA TAPI MASIH LAGI TAWAR.KALAU YG SUKAKAN MANIS BOLEHLAH DI MASUKKAN LEBIH IKUT CITARASA ANDA..





DI SINI KITA DAPAT SEDIAKAN AI YI PING DALAM PELBAGAI CARA DAN DEKORASI TERPULANG JADI JOM JENGUK RESEPI;




       CREAM CHEESE AI YI PING

     OLEH; NIKEE



10 G SERBUK AI YI PING

1500 ML AIR

1/2  CAWAN GULA@ NIKEE LETAK 6 SB SHJ


CARA;

PANASKAN DI DALAM PERIUK BESAR DAN MASUKKAN AI YI PING.MASAKKAN SAMPAI MENDIDIH ANGKAT.

MASUKKAN WARNA YANG DI GEMARI..SEJUKKAN DALAM PETI AIS SAMPAI KERAS.









CREAM CHEESE;


250 G CREAM CHEESE- DI SUHU BILIK
1 CAWAN GULA ICING-AYAKKAN
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
1 SUDU BESAR BUTTER-SUHU BILIK
4-5 SUDU SUSU SEGAR@SUSU KOTAK.


CARA;

PUTARKAN CHEESE BERSAMA BUTTER SAMPAI LEMBUT,MASUKKAN PULA ESEN VANILA DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT ICING SAMPAI SEBATI,LEPAS ITU TERUS MASUKKAN SUSU PUTAR SAMPAI SEBATI DAN RATA,ANDAIKAN KATA ADUNA MASIH KERAS TERUSKAN MEMASUKKAN SUSU,PASTIKAN JGN TERLALU CAIR.



HIASAN;

BUAHAN KOKTAIL,PINEAPPLE,RAMBUTAN,LAICI@LONGAN @ PEACHES-

1 CAWAN NON DAIRY WHIPPING CREAM-PUTAR SAMPAI BERTANDUK


BEKAS PUDING YG DIGEMARI.



CARA MENYEDIAKAN PUDING;


1 - SEDIAKAN BEKAS ...PAIPKAN CREAM CHEESE.


2- DI TABURKAN FRUITS COCKTAILS,MASUKKAN AI YI PING DAN DI PAIPKAN WHIPPING TADI..ULANGI PROSES SAMPAI HABIS.

3- APABILA SUDAH HABIS SEJUKKAN DI DALAM PETI AIS...BEBERAPA JAM SEBELUM DI HIDANGKAN SEJUK.




PESAN NIKEE;

BOLEH DI SEDIAKAN DALAM CASSEROLE BOWL.

AI YING JUGA ALTERNATIVE JELLY BAGI YG GEMARKAN PUDING TRIFLES,CUMA TAMBAHKAN PERISA DALAM MENYEDIAKAN AI YI PING.


AI YI PING BOLEH DI SEDIAKAN BERENDAM DALAM KUAH KASTAD MEMANG ENAK...SEBAB TIDAK MANIS LANGSUNG..

PUDING JUGA BOLEH DI GANTI DENGAN BUAHAN SEGAR SEPERTI ANGGUR,STRAWBERI JUGA KIWI

TEKSTUR AI YI PING MEMANG LIAT DAN SUSAH PUTUS.



SELAMAT MENCUBA!










2 comments:

  1. Aduh, terliur habis ni. Rasa macam lama tak bersua dg Nikee di alam maya ni

    ReplyDelete
  2. salam kak zie!tahniah buat nana ain yer!nikee sibuk....hahaha!akak suka trifles kan..guna ai yi ping ni..save modal....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...