Monday, 1 April 2013

AYAM ASAM PEDAS BERLIMAU PURUT.








SALAM SEMUA!




RAMAI YANG GEMARKAN MASAKAN YANG BERASAKAN AYAM NIKAN..KATA ORANG AYAM LAH JUGA PENYEBAB DATANGNYA PELBAGAI MASALAH KESIHATAN SEPERTI PENYAKIT KULITLAH...GATAL SATU BADAN..PENYEBAB BARAH  MALAH MACAM-MACAM LAGI..BETUL KER?



RASANYA GITULAH DEFINASI TENTANG KURANG SIHATNYA JIKA MENJAMAH TERLALU BANYAK MASAKAN YANG  BER ASASKAN AYAM..


BAGI NIKEE PULAK AYAM TETAP SIHAT DI MAKAN ASALKAN DI BUANG KULITNYA DAN DI MASAK SEADANYA...JADI AYAM MASIH SIHAT BERISI PUTIH..MEMANG KURANG LEMAK GITU..NIKEE JARANG MENJAMAH DAGING MERAH TETAPI BANYAK MENIKMATI IKAN MALAH SETIAP HARI....MANAKALA SEAFOOD PULA JIKA WAJIB AJA DI HIDANGKAN..SEBAB TAK BAGUS MENGAMALKAN MAKANAN LAUT INI BUKAN SAJA HIGH CHOLESTROL MALAHAN BOLEH MENYEBABKAN SKIN ALLERGIC..


HARI INI KITA MASAK SIMPLE......AYAM ASAM PEDAS..

JOM MASAK..







AYAM ASAM PEDAS BERLIMAU PURUT;


500G AYAM-POTONG KECIL
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
4 CM HALIA
3 CM LENGKUAS
2 BATANG SERAI- DITITIK
3 SUDU BESAR CILI GILING
1 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT
1 BATANG BUNGA KANTAN-BELAH 4
3 HELAI DAUN LIMAU PURUT-HIRIS HALUS
2 CM BELACAN
5 BIJI TOMATO CERI
2 BIJI KENTANG- BELAH KECIL
CILI BESAR MERAH- BELAH DUA.
DAUN KESUM-JIKA SUKA TAKDER TAKPER.
GARAM
PERASA
GULA
2 SUDU BESAR ASAM JAWA ADABI
2 MANGKUK KECIL AIR
1/3 CAWAN MINYAK -UTK MENUMIS.



CARA;


MULA-MULA MESINKAN SAMPAI HANCUR,BAWANG MERAH,PUTIH,HALIA,BELACAN SERTA LENGKUAS SAMPAI LUMAT DENGAN SEDIKIT AIR.


PIJARKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN KISAR SAMPAI WANGI..MASUKKAN CILI GILING SERTA KUNYIT..GORENG SAMPAI PECAH MINYAK..

LEPAS DAH SEBATI,MASUKKAN SERAI YANG DITITIK..BIARKAN SEKEJAP SAMPAI NAIK BAU..MASUKKAN AYAM YANG SUDAH DI POTONG TADI.MASA INI MASUKKAN UBI DAN BIARKAN EMPUK SEKEJAP.

BIARKAN AYAM MENGELUARKAN AIR DAN MASAK SAMPAI AYAM  EMPUK DAN AIR KERING SEDIKIT.

APABILA  AIR AYAM DAH HAMPIR KERING BANCUHKAN AIR BERSAMA ASAM JAWA..KACAU SEBATI LEPAS TU MASUKKAN KE DALAM AIR TADI.

TUTUP PERIUK..MASA NI MASUKKAN JUGA DAUN LIMAU YANG DIHIRIS TADI BERSAMA BUNGA KANTAN,DAUN KESUM CILI MERAH...MASA INI MASUKKAN PERASA,GULA,GARAM SERTA BUAH CERI TOMATO..MASAK SAMPAI KUAH LIKAT..SEDIA DI HIDANGKAN.









2 comments:

  1. sedaappnya... memang yummmy asam pedas ayam...

    ReplyDelete
  2. alaa..nak masam-masamkan lidah ni ajer

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...